Lautan Pokok Keladi Bunting Di Loji Kumbahan Sungai Petani
Assalamualaikum dan salam sejahtera
LAUTAN POKOK KELADI BUNTING DI LOJI KUMBAHAN SUNGAI PETANI Beberapa minggu lalu viral satu lokasi pemandangan yang sangat cantik terletak di Sungai Petani, Kedah . Memang sudah menjadi kebiasaan ramai setiap kali terdapat satu destinasi baru yang cantik, semua orang akan berpusu-pusu sehingga tidak mahu melepaskan peluang ingin ke sana.
Siapa sangka sebuah loji kumbahan yang terletak di Sungai Petani, Kedah boleh berubah menjadi begitu cantik apabila ia dihiasi dengan pokok keladi bunting yang sedang berbunga kembang sekaligus menarik perhatian orang awam termasuk CCL .
Bila tengok semua gambar-gambar yang instagramable shot di loji kumbahan tersebut , hati terus meronta-ronta nak pergi sana. Memandangkan jarak dari Perlis ke Sungai Petani tidaklah mengambil masa terlalu lama, so weekend lepas CCL ajak suami ke Sungai Petani . Ramai yang cakap loji kumbahan ni sangat busuk , so nak tahu tahap kebusukkan loji tersebut sekaligus nak bergambar di tepi loji yang tasik ni , gagahkan juga ajak encik suami untuk ke sini .
Sampai di loji kumbahan ini juga sudah jam menghampiri 5.30 petang . Keadaan cuaca juga amat mendung , syukur juga tak hujan , kalau tidak memang tidak berpeluang lah nak bergambar di sini . Orang Sungai Petani semestinya tahu kewujudan loji kumbahan ni , kalau korang yang travel dan nak singgah ke sini korang boleh sahaja waze " Texas Chicken Sungai Petani" . Ianya terletak betul-betul berhadapan Texas Chicken Sungai Petani .
Sewaktu , CCL sampai sana , ada juga orang yang sedang bergambar di loji tersebut , mujur tak ramai dapat juga CCL dan suami menyelit di setiap sudut untuk mencari angle yang cantik . Memang banyak komen di media sosial mengatakan kawasan itu berbau busuk . Busuknya sampai melekat ke baju . .betul ke ? Apabila CCL sendiri yang jejak kaki ke sana , barulah tahu keadaan yang sebenarnya . Bau loji kumbahan ini tidaklah sebusuk sampai tidak boleh bernyawa, bau tu kadang-kadang lalu sepintas lalu dibawa angin .
Demi mendapatkan gambar yang cantik , ala-ala tengah bercuti di oversea , ku gagahkan juga .
Disebabkan keadaan cuaca yang mendung , hasil tangkapan gambar lautan pokok keladi bunting tidak menghasilkan warna ungu , sebaliknya warna putih ,bunga pokok keladi bunting tidak sebegitu kembang sebab datang pun dah petang kan tetapi ia tetap nampak menarik untuk dipandang.
Memang banyak komen di media sosial mengatakan kawasan itu berbau busuk
Ada yang cakap sebenarnya loji kumbahan ini bukanlah loji najis , sebaliknya loji kumbahan sisa-sisa kilang yang disalahgunakan . Tempat itu sebenarnya adalah sebuah tasik semula jadi yang telah disalah guna sebagai lokasi pembuangan sisa-sisa kilang berhampiran. Apa-apa pun loji ini tetap nampak menarik untuk dipandang kerana ia ditumbuhi dengan pokok keladi bunting
Lokasi : Loji kumbahan , Jalan bakar sampah Padang Nahu (berhadapan Texas Chicken Sungai Petani)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://cikcappuccinolatte.blogspot.com/2022/01/lautan-pokok-keladi-bunting-di-loji.html