Laungan Daulat Tuanku 3 Kali Tanda Sempurna Pertabalan


Noor Shamsiah Mohamed @ Ismail, Bernama     

Laungan Daulat Tuanku sebanyak tiga kali dan tembakan meriam 21 das bergema di Istana Negara di ibu negara Kuala Lumpur, hari ini bagi menandakan penyempurnaan istiadat pertabalan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16

Datuk Paduka Maharaja Lela Azuan Effendy Zairakithnaini mengetuai laungan 'Daulat Tuanku' di dalam Balairung Seri manakala tembakan meriam dilepaskan oleh Pasukan 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja Kem Sungai Buloh sejurus Sultan Abdullah menyempurnakan lafaz ikrar sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Istiadat pertabalan itu, yang dilaksanakan dengan penuh tradisi dan adat istiadat warisan Kesultanan Melayu, menjadi lebih bermakna bagi Sultan Abdullah, yang lengkap memakai 'Muskat', kerana hari ini juga merupakan ulang tahun keputeraan ke-60 Seri Paduka.

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, yang anggun berbusana Tenun Pahang berona putih gading, turut berangkat ke istiadat pertabalan yang penuh bersejarah itu.

Istiadat Pertabalan itu, yang disiarkan secara langsung oleh kesemua stesen televisyen tempatan ke seluruh negara, amat signifikan kerana sarat dengan nilai estetika dan sentuhan peribadi Tunku Azizah, sekali gus mencatat detik indah bagi Seri Paduka berdua.

Pasangan diraja itu, yang sentiasa tampil romantik, turut mencatat sejarah tersendiri kerana Seri Paduka berdua masing-masing merupakan anakanda kepada dua Yang di-Pertuan Agong terdahulu.

Keunikan juga terserlah apabila Sultan Abdullah menggunakan singgahsana sama yang pernah digunakan oleh Almarhum Paduka Ayahanda semasa ditabalkan menjadi Yang di-Pertuan Agong ketujuh.

Lebih nostalgik, detik bersejarah itu turut dikongsi bersama puteri bongsu Seri Paduka, Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah yang mengenakan busana yang pernah dipakai Tunku Azizah semasa menyaksikan pertabalan ayahanda baginda Almarhum Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.
Istiadat pertabalan hari ini juga mencatat sejarah apabila Tun Dr Mahathir Mohamad, selaku Perdana Menteri ketujuh, mengisytiharkan Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Semasa menjadi perdana menteri keempat, beliau pernah mengisytiharkan Sultan Ahmad Shah dan Sultan Iskandar masing-masing sebagai Yang di-Pertuan Agong ketujuh dan kelapan.

Istiadat pertabalan hari ini menyaksikan Sultan Abdullah, dalam lafaz ikrar sebagai Yang di-Pertuan Agong, bertekad melaksanakan pemerintahan seadil-adilnya bagi Malaysia, mengikut undang-undang dan Perlembagaan Negara selain memelihara dengan sempurna agama Islam dan berdiri teguh di atas pemerintahan yang adil dan aman.

Dr Mahathir, semasa mempersembahkan ucapan tahniah dan taat setia, pula berkata kemakmuran bersama rakyat menjadi teras komitmen kerajaan yang diterajui parti Pakatan Harapan (PH) dalam merencana program dan dasar bagi merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju, bermaruah dan merdeka.

Beliau berkata walaupun baru sahaja memegang tampuk pemerintahan kira-kira setahun, kerajaan telah menunjukkan komitmen yang tinggi dan berhasil dalam banyak perkara mengambil kira kedudukan kewangan negara yang diwarisi sebelumnya.

"Dalam hal ini, Patik akan terus memastikan jentera Kerajaan Tuanku tidak berpeluk tubuh dan berpuas hati dengan pencapaian-pencapaian yang telah dicapai setakat ini.

"Usaha-usaha akan terus dilipat ganda untuk mengembalikan Malaysia menjadi antara paksi ekonomi penting di Asia," kata Dr Mahathir pada pertabalan itu yang pertama kali diadakan semasa pemerintahan kerajaan PH.

Selain Raja-Raja Melayu dan Permaisuri masing-masing, dua tetamu diraja dari luar iaitu Putera Mahkota Abu Dhabi merangkap Timbalan Komander Tertinggi Angkatan Tentera Emiriah Arab Bersatu Sheikh Mohamed Zayed Al-Nahyan dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan isteri, Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha turut berangkat ke istiadat pertabalan itu

Ia turut dihadiri wakil Raja-Raja Melayu, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan menteri-menteri Kabinet selain tetamu-tetamu kehormat yang terdiri daripada ketua-ketua Diplomat Asing dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Sultan Abdullah, yang diputerakan pada 30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal Pekan, adalah cahaya mata keempat dan putera sulung Almarhum Sultan Ahmad Shah dan Almarhum Tengku Ampuan Afzan Tengku Muhammad.

Seri Paduka dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Khas di Istana Negara pada 24 Jan lepas berikutan peletakan jawatan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-15 Sultan Muhammad V pada 6 Jan lalu.

Sultan Abdullah mendirikan mahligai dengan Tunku Azizah pada 6 Mac 1986.

Seri Paduka dikurniakan empat putera dan lima puteri.- Bernama




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/07/laungan-daulat-tuanku-3-kali-tanda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ww Daulat Tuanku

Ww Daulat Tuanku

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 328 hits
Suka tengok pasangan DiRaja ini terutamanya Tuanku Permaisuri Kerendahan hati budi Baginda memang mengagumkan
Kenali Sultan Kita Daulat Tuanku

Kenali Sultan Kita Daulat Tuanku

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 578 hits
Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong XVI Hidup Dikandung Adat Mati Dikandung Tanah Nah Upacara yang penuh dengan adat dan protokol berlangsung hari ni 29 Julai 2019 Seperti biasa aku suka tengok upcara macamni walau...
Guna Gambar Profile Orang Lain Tanda Kecelaruan Minda

Guna Gambar Profile Orang Lain Tanda Kecelaruan Minda

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 483 hits
Tujuan gambar profile di media sosial WhatsApp Twitter dan sebagainya adalah bertujuan untuk memudahkan orang lain mengenali kita Itu tujuan perhubungan dan persahabatan Malang sekali ada yang tidak ingin dikenali Gambar profile yang diguna...
Maki Tanda Sayang

Maki Tanda Sayang

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 362 hits
So you want me to go and give discharge plan is it Do you have any brain
10 Tanda Anda Telah Jumpa Calon Suami Ideal

10 Tanda Anda Telah Jumpa Calon Suami Ideal

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 348 hits
Tiada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi jika anda telah pun jatuh hati dengan seseorang individu itu semua baik buruk pasangan tidak menjadi halangan buat anda untuk terus mencintainya Namun selepas beberapa ketika barulah anda sedar ...
Status Kelayakan Renan Alves Beraksi Di Perlawanan Akhir Piala Fa Terus Jadi Tanda Tanya

Status Kelayakan Renan Alves Beraksi Di Perlawanan Akhir Piala Fa Terus Jadi Tanda Tanya

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 267 hits
Status kelayakkan Renan Alves untuk beraksi di perlawanan akhir Piala FA terus menjadi tanda tanya terutama di kalangan penyokong Walaupun sebelum ini Malaysian Football League mengesahkan pemain import Kedah itu harus menjalani hukuman gan...
Piala Fa Tanda Kesetiaan Penyokong Setia Lang Merah

Piala Fa Tanda Kesetiaan Penyokong Setia Lang Merah

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 321 hits
SEORANG penyokong setia Kedah sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk mewarnakan kenderaannya serta menempah busana tradisional Melayu berwarna Hijau Kuning demi memenuhi minat dan menunjukkan kesetiaan terhadap Lang Merah Mohd Rizal Isma...
11 Tanda Orang Yang Bahagia Dunia Akhirat

11 Tanda Orang Yang Bahagia Dunia Akhirat

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 199 hits
Setiap orang tentu ada yang merasa bahwa hidupnya bahagia dan senang juga tak sedikit yang merasa hidupnya celaka dan sengsara Untuk mengetahui yang mana golongan orang yang berbahagia dan yang mana golongan orang yang celaka tentu bisa ter...
Ibu Bapa Patut Tahu 5 Tanda Anak Mula Jadi Bos Dalam Keluarga

Ibu Bapa Patut Tahu 5 Tanda Anak Mula Jadi Bos Dalam Keluarga

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 333 hits
Bagi pasangan yang berkahwin kehadiran anak anak adalah harta yang tidak ternilai Apa segala yang diingin mereka kita akan tunaikan walaupun ia di luar jangkaan kehendak sehinggakan terpaksa korbankan wang ringgit Mudah kata kita sebagai ib...
Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

Speed Read Motorcycle News From Ducati Bmw Dab And Yamaha

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Perginya Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke 5

Saya Sudah Berjanji Saya Tidak Boleh Mungkir Janji Pak Lah

Tema Hari Guru 2025 Guru Pemacu Reformasi Pendidikan

Understand Your Target Audience

Sinopsis Filem Mantera


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans

Zahnita Wilson Akui Burnout Akibat Dakwaan Penderaan Rumah Tangga Tuntut Keadilan Di Mahkama

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Waspada Taktik Penipuan Yang Menawarkan Bantuan Tunai Rm300 Ke Dalam Mykad Melalui Pautan Palsu

Lawatan Negara Pm Anwar Sambut Ketibaan Presiden China Xi Jinping

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal