Laundry Cafe Take Your Time To Drink
Let's talk about this cafe tonight, shall we?
Sebenarnya, ini adalah draft post yang telah dibuat sejak tahun lepas tapi aku baru nak siapkan malam ini. Entah tiba-tiba rasa nak update blog mengenai kafe ini. Mungkin sebab aku ke sini lagi petang tadi dan ada post di insta story. Ada juga yang bertanya lokasi kafe ini. Jadi, meh lah, aku post satu entri khas untuk Laundry Cafe.
Laundry Cafe: Take Your Time to Drink while doing laundry :D
Kafe ini telah dibuka beberapa tahun lepas, kalau tak silap aku. Disebabkan kafe ini berdekatan dengan rumah aku dan merupakan laluan aku ke rumah Mama, makanya aku tahu akan kewujudan kafe ini. Kafe ini sebenarnya terletak ke dalam sedikit dari jalan utama. Oleh itu, orang yang lalu di kawasan kilang dan Subang 2 saja yang tahu akan adanya kafe ini. Tengah-tengah bengkel kereta, kilang, kedai mamak, tiba-tiba ada satu kafe yang menarik 😉
Bahagian luar kafe
Laundry: Harga sama je macam kedai laundry yang lain.
Dari tempat laundry dan menuju ke arah kafe
Love this view the most!! Kafe ini ada dua tingkat :D
Seperti yang korang boleh nampak dalam gambar di atas, kafe ini ada bahagian buku!!! Yeay!! Aku sangat suka dengan buku dan asalkan ada buku je dalam satu kafe, perasaan gembira itu datang dengan sendirinya. Bukan aku baca pun buku yang ada dalam kafe ini, aku akan bawa buku aku sendiri. Tapi, suka tengok banyak buku. Hihi.
Buku ilmiah agaknya ni? Atau kamus? Aku tak tengok secara dekat pula
Book corner
Banyak buku kat sini. Korang boleh pilih dan baca di kafe ini. Dah habis baca, sila letak di tempat asal. Jangan bawa balik pulak tau. Hihi. Aku biasanya bawa buku sendiri. Buku kat rumah pun bersepah lagi nak baca. Aku beli lebih kurang 5 buku satu bulan dan bacanya adalah dua buku je kot. Ikut mood. Hihi.
Tingkat atas: Bahagian kiri
Tingkat atas: Bahagian kanan
Love the book!!
Kafe ini selesa dan persekitaran pun menarik. Tenang saja. Ada dimainkan lagu slow, romantik gitu. Bolehlah nak lepak lama-lama kat sini sementara tunggu laundry siap. Aku hanya ke sini kalau nak do laundry je dan hanya ketika aku berseorangan. Feeling laundry kat kafe 😂
Staf kafe ni pun mesra je. Aku ada tanya mengenai nak bagi buku kat kafe ini. Staf kata boleh. Jadi, mungkin aku nak bawa buku yang nak let-go ke sini. Biasa aku bagi charity. tapi kali ni boleh bagi kafe pula
Mengenai makanan dan minuman pula...
Antara menu yang ada di sini
Selain daripada menu di atas, kat sini ada juga pasta dan makanan barat yang lain. Aku tak ambil gambar menu pula. Kalau ke sini aku biasanya minum Hazelnut Latte atau Caramel Latte dan kedua-duanya sedap bagi aku. Minuman panas lagi sedap daripada minuman sejuk di sini. My personal opinion
Mushroom Soup & Iced Hazelnut Latte. Both just so-so for me.
Business Hour. Ahad closed ye.
Kafe ini juga menerima tempahan untuk apa jua jenis acara. Birthday bash, baby shower, bridal shower, apa-apa jela. Boleh hubungi mereka untuk pertanyaan lebih lanjut. Kalau buat acara kat tingkat atas, nampak menarik kan? 😊
Details this laundry cafe as below: Address: 65, Jalan Apollo U5/187, Bandar Pinggiran Subang, Seksyen U5, Shah Alam, Malaysia. Phone No: 03-7859 7090
Disebabkan aku habis baca buku Steal Like An Artist di kafe ini, jadi aku lampirkan sekali review ringkas buku ini. Tak tahulah bila nak siapkan entri review buku yang panjang lebar. Writer's block lah sekarang. Writer lah sangat 😜Steal Like An Artist by Austin Kleon
Entri seterusnya, akan aku update mengenai satu kafe yang aku pergi pada hari jadi aku yang lalu, 28 Oktober 2018 😍
Stay tuned, 😊
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://siqahiqa.blogspot.com/2018/11/laundry-cafe-take-your-time-to-drink.html