Latihan Menulis Prasekolah Asas Menulis A Z 1 10
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak pada peringkat prasekolah atau berusia 3 tahun dan ke atas, anda sudah boleh mula memberikan latihan asas menulis kepada mereka. Hal ini demikian bagi memastikan anak-anak anda sudah mempunyai asas sebelum ke peringkat seterusnya, iaitu sekolah rendah.
Berikut kami kongsikan set latihan yang boleh anda berikan kepada anak-anak anda, yang berusia seawal tiga tahun hingga usia 6 tahun.Pastikan juga anda teruskan pembacaan anda sehingga ke penghujung artikel ini untuk tahu tips ajar anak-anak anda menulis yang mudah dan berkesan.
Latihan Menulis PraSekolah A hingga Z
ABC-Tulisan Pages 1-27 – Flip PDF Download _ FlipHTML5Download
toaz.info-latihan-asas-menulis-4-5-6-tahun-pr_a2475179c3fab2c8e9e0fb81e4833828Download
toaz.info-buku-menulis-abc-pdf-pr_27d041cd5a7ec0e68793cc9226f77601Download
Latihan Menulis PraSekolah 1 hingga 10
nombor-1-10Download
Tips Ajar Anak Menulis
Berikut merupakan beberapa tips yang boleh anda amalkan jika anda ingin mengajar anak anda menulis:
Latihan menguatkan tangan
Sebelum anak prasekolah belajar menulis ABC, disarankan untuk menggalakkan mereka melakukan aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus bagi memudahkan proses pembelajaran tulisan tangan.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan termasuklah:
Melukis dan mewarna
Menyurih garis lurus, garis senget, serta bentuk-bentuk lain
Membuat rantai menggunakan manik
Melukis menggunakan pasir atau tepung
Menggunakan gunting
Melakukan Latihan Menulis PraSekolah dengan Menjalankan Aktiviti Deria
Aktiviti menulis deria (sensory letter writing) merupakan cara lain yang boleh anda gunakan untuk anak anda belajar menulis abjad. Antara objek harian yang boleh anda gunakan dalam aktiviti ini ialah:
Chopstick
Blok mainan
Putik kapas
Reben atau tali kasut untuk huruf berlekuk
Tanah Liat
Latihan Menulis Secara Kerap
Berikan anak-anak anda latihan menulis secukupnya. Hal ini bagi memastikan mereka dapat mengingat apa yang telah mereka pelajari sebelum ini. Ia juga dapat membantu dalam memperkemaskan lagi tulisan mereka.
Latihan Surih Huruf
Bagi anak-anak yang baru sahaja mula mempelajari ilmu asas menulis ini, aktiviti menyurih huruf merupakan latihan yang sangat berguna buat mereka. Dengan menyurih ia membantu anak-anak anda memahami bentuk dan corak huruf yang ingin ditulis.

Sumber: Quarantine ideas for kids
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/latihan-menulis-prasekolah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=latihan-menulis-prasekolah