Latarbelakang Dan Biodata Pm Ke 8 Tan Sri Muhyiddin Yassin


Latarbelakang PM Ke 8 Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tan Sri MuhyiddinYassin berasal dari Muar Johor dan mendapat pendidikan awal dari Sekolah Tinggi Muar bersama-sama dengan bekas MB Johor Dato' Abd Ghani Othman. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Maharani dan Sekolah Kebangsaan Ismail di Muar. Kemudiannya beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pengajian Melayu (1971). Beliau menjadi Ahli Parlimen Pagoh, Johor sejak 1978.

Memiliki 4 cahayamata bersama perkongsian hidup dengan Pn Sri Noorainee Abdul Rahman dari tahun 1972 hingga sekarang.


YAB Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin (singkatan TSMY) lahir 15 Mei 1947 adalah seorang ahli politik Malaysia dan Perdana Menteri Malaysia ke-8. Beliau dilantik pada 29 Februari 2020 dan bersumpah pada 1 Mac 2020 selepas peletakan jawatan yang tidak dijangka oleh Mahathir Mohamad pada 24 Februari 2020.

Latarbelakang Politik Dan Biodata PM Ke 8 Tan Sri Muhyiddin Yassin
Berikut adalah susur galur latarbelakang TSMY dalam jalur politik Malaysia yang saya kompilasikan daripada beberapa blog/ web/ portal berita ;

Jawatan Pernah Disandang Dari Tahun 1995 - 2015
Antara jawatan yang beliau pernah sandang ketika berkhidmat di peringkat Jemaah Menteri sejak tahun 1995 sehingga 2015 adalah Menteri Belia dan Sukan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Menteri Pelajaran dan Menteri Pendidikan I. Selain daripada itu, beliau juga adalah mantan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional dan mantan Timbalan Presiden UMNO.

Menteri Besar Johor Dari 1986 - 1995
⏺ Semasa menjadi Ahli Dewan Negeri Bukit Serampang pada tahun 1986 sehingga 1995, beliau telah dilantik sebagai Menteri Besar Johor Darul Ta'zim.

⏺ Beliau pertama kalinya telah dipilih menjadi Wakil Rakyat apabila beliau memenangi kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1978. Setelah mendapat kemenangan tersebut, beliau dilantik di dalam Dewan Rakyat sebagai Ahli Parlimen Pagoh.

⏺ Pada tahun 1981, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri Malaysia, oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

⏺ Beliau yang berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh berkenaan pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1982 dan seterusnya dilantik sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Malaysiapada tahun yang sama oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad. Selepas setahun, iaitu pada tahun 1983, beliau telah bertukar portfolio sebagai Timbalan Menteri Perdagangan dan Perindustrian I Malaysia sehingga tahun 1986.

⏺ Beliau telah dilantik menjadi Menteri Besar Johor Darul Ta'zim selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 1986 apabila memenangi kerusi Dewan Negeri Johor (Dewan Negeri) Bukit Serampang. Beliau menjadi Pengerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim sebagai EXCO Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan dan Perancangan. Sebagai Ahli Dewan Negeri Bukit Serampang, beliau berjaya mempertahankan kerusi Dewan Negeri Bukit Serampang pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1990 dan dilantik sebagai Menteri Besar Johor Darul Ta'zim untuk penggal kedua. Di bawah kepimpinan beliau, negeri Johor Darul Ta'zim terus berkembang pesat dan menjadi antara negeri yang termaju di Malaysia.

⏺ Selepas memenangi kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1995, iaitu pada bulan Mei 1995, beliau telah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Empat tahun kemudian, beliau dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia mulai bulan Disember 1999 setelah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 yang lalu

Tahun 2004 - 2010
⏺ Pada bulan Januari 2004, beliau diberi kepercayaan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi bagi mengetuai Kementerian Pertanian Malaysia berikutan penstrukturan semula Kabinet Persekutuan.

⏺ Setelah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh semasa Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, beliau dilantik semula menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia yang fungsinya ditambah bagi memajukan sektor pertanian dan industri yang berkaitan agar lebih berdaya saing. Pelbagai usaha telah dijalankan bagi memperkasakan bidang pertanian menjadi suatu perniagaan.

⏺ Beliau sekali lagi telah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, beliau telah dilantik sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia. Beliau menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia dalam tempoh yang tidak lama, iaitu selama lebih kurang 1 tahun kerana selepas itu telah diberi peluang untuk naik ke tahap yang lebih tinggi lagi.

⏺ Pada tanggal 9 April 2009, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah bersetuju untuk melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia, berikutan peralihan tampuk kuasa Perdana Menteri Malaysia daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Jawatan Timbalan Perdana Menteri yang disandang oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dikekalkan sehingga 5 tahun. Beliau juga telah dilantik sebagai Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi I Malaysia dari tahun 2009 hingga tahun 2013.

⏺ Semasa menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia, beliau telah mendiami Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, iaitu Seri Satria.

⏺ Kenderaan rasmi beliau adalah merupakan sebuah kereta Proton Perdana Eksekutif bersaiz limousin yang dikhaskan untuk kegunaan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan bernombor pendaftaran W9M. Selain daripada itu, beliau juga menggunakan sebuah kenderaan peribadi berupa sebuah kenderaan pelbagai guna, Toyota Alphard bernombor pendaftaran JBM2.

⏺ Beliau juga telah melancarkan laman sesawang peribadi, MY-Malaysia di Angkasapuri pada 30 Januari 2010 sebagai satu wadah untuk berinteraksi bersama rakyat Malaysia.

⏺ Seperti yang diduga, beliau telah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2013 yang lalu.

⏺ Pada tanggal 15 Mei 2013 di Malaysia, semasa beliau menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-66, beliau sekali lagi telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan sebagai Menteri Pelajaran I Malaysia pada tahun 2013 untuk penggal kedua.

⏺ Pada 12 Ogos 2013, beliau telah bertukar portfolio daripada menjadi Menteri Pelajaran I Malaysiakepada Menteri Pendidikan I Malaysia.

⏺ Pada tanggal 28 Julai 2015, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah membuat satu keputusan mengejut iaitu membuat rombakan besar-besaran ke atas Kabinet Malaysia 2013 dengan menggugurkan nama Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Kedudukan Tan Sri Muhyiddin digantikan oleh Dato' Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ringkasan Kerjaya YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin:
1970 - Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Johor
1974 - Penolong Pegawai Daerah Muar
1978 - Pertama kali dipilih menjadi wakil rakyat apabila memenangi kerusi Parlimen Pagoh pada pilihan raya umum kelima
1981 - Setiausaha Parlimen, Kementerian Luar Negeri
1982 - Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan
1983 - Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri
1986-1995 - Menteri Besar Johor ke-13
1995-1999 - Menteri Belia dan Sukan
1999 - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
2004-2006 - Menteri Pertanian
2006-2008 - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
2009-2013 - Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan
2015 - Dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri (UMNO-BN)
2016 - Dipecat sebagai Timbalan Presiden UMNO
Ogos 2016 - Asaskan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan dilantik sebagai Presiden
2018 - Presiden, Pakatan Harapan Negeri Johor
- Menteri Dalam Negeri (di bawah kerajaan Pakatan Harapan)
2020 - Dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan


Sumber:

1. Wikipedia Bahasa Malaysia
2. Astro Awani
3. BH Online
4. TV3
5. Bernama.comSelamat membaca, Sebarkan bahagia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aynorablogs.com/2020/03/latarbelakang-dan-bioadata-pm-ke-8-tan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Biodata Tan Sri Muhyiddin Yassin

Biodata Tan Sri Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 1230 hits
Biodata Perdana Menteri Ke 8 Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin Tahniah daripada kami tim di atas pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke 8 Malaysia Semoga TSMY dapat mengembalikan keharmonian negara dan mengukuhkan la...
Tiada Jawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

Tiada Jawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 383 hits
Menerusi siarang langsung pengumuman kabinet yang sedang berlangsung kini Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tiada keperluan untuk melantik Ahli Parlimen sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk penggal kali ini Sebaliknya kabin...
Tan Sri Muhyiddin Yassin Umum Senarai Penuh Menteri Kabinet Baharu Malaysia

Tan Sri Muhyiddin Yassin Umum Senarai Penuh Menteri Kabinet Baharu Malaysia

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 438 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini bagi mempersembahkan senarai barisan Jemaah Menteri baharu kerajaan Jam 5 00 petang tadi Tan Sri M...
Sidang Media Tan Sri Muhyiddin Yassin

Sidang Media Tan Sri Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 231 hits
SIDANG MEDIA TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN Posted by on Sabtu 29 Februari 2020 https t me johortimes klik untuk follow kami di Telegram
Tan Sri Muhyiddin Yassin Angkat Sumpah Perdana Menteri Ke 8

Tan Sri Muhyiddin Yassin Angkat Sumpah Perdana Menteri Ke 8

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 759 hits
KUALA LUMPUR Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muyhyiddin Yassin selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah ibni Almarhum S...
Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebagai Perdana Menteri Yang Ke 8 Ini Komen Tun Mahathir

Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebagai Perdana Menteri Yang Ke 8 Ini Komen Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 535 hits
Saya OK Muhyiddin jadi PM Tun MTan Sri Muhyiddin Yassin Sebagai Perdana Menteri Yang Ke 8 Ini Komen Tun Mahathir
Teks Ucapan Penuh Pm Tan Sri Muhyiddin Yassin

Teks Ucapan Penuh Pm Tan Sri Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 644 hits
Teks Ucapan Penuh PM Tan Sri Muhyiddin Yassin Berikut dikongsikan teks ucapan penuh oleh Perdana Menteri ke 8 Malaysia Tan Sri Muhyiddin yang telah disiarkan secara langsung di semua saluran televisyen 2 Mac 2020 Ini merupakan ucapan rasmi ...
Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2020 Dibawah Pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin

Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2020 Dibawah Pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 968 hits
Berbagai reaksi yang diberikan ramai atas pengumuman Menteri Kabinet yang telah disenaraikan dalam Kabinet Di bawah Pentadbiran Tan Sri MuhyiddinYassin hari ini Rata ratanya ramai yang terkejut dan mempertikaikan tentang pelantikan Rizal Me...
Perjalanan Tan Sri Muhyiddin Yassin Yang Dilantik Menjadi Pm Ke 8

Perjalanan Tan Sri Muhyiddin Yassin Yang Dilantik Menjadi Pm Ke 8

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 731 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan melantik Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan selaras dengan Perkara 402 dan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Filem Sheriff

Sustainable Weekend Villa By Kanopea Architecture Studio And T3 Architects In Vietnam

Senarai Wakil Piala Thomas Uber Cup Finals 2024 Chengdu



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Pemberian Sempena Perayaan Songkran 2024

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji

Musim Panas Ini 10 Petua Hilangkan Sakit Tekak Yang Korang Boleh Cuba

Tremendous Diary 4 17

Cari Makan Lepas Berbuka

Spontaneous Thursday