Latar Belakang Kajian Uda Dan Dara


 Kisah cinta Uda dan Dara, latar belakangnya ialah masyarakat Melayu kampung (sosio budaya), di zaman pra merdeka (latar masa) jika diambil kira karya asal iaitu puisi Gadis di Kuburan yang diterbitkan pada 1956) dan permulaan proses urbanisasi (latar ekonomi).
Kisah penolakan lamaran Uda boleh difahami dengan mengambilkira latar belakang yang berkenaan. Perbezaan status menjadi antara punca lamaran Uda ditolak (aspek sosio budaya). Uda berhijrah ke bandar untuk mengumpul duit bagi mengahwini Dara (aspek perkembangan ekonomi); urbanisasi membolehkan penghijrahan ke bandar sebagai satu alternatif untuk meningkatkan status ekonomi. Namun, latar masa (beberapa tahun sebelum merdeka) tidak begitu ketara sumbangannya dalam memahami kisah cinta ini. Begitu juga dengan sesuatu tesis. Latar belakang kajian sepatutnya memberikan konteks yang jelas untuk memahami 'cerita' yang ingin disampaikan dalam tesis. Jika cerita yang ingin disampaikan berkisar tentang hubungan antara efikasi kendiri dan kualiti pentaksiran bilik darjah (PBD) , maka beberapa latar yang releven perlu dihuraikan. Contohnya, latar dasar pendidikan: bilakah PBD menjadi amalan yang penting dalam dunia pendidikan
latar pendidikan bakal guru: sebanyak manakah PBD wujud dalam kurikulum pendidikan bakal guru
latar sosio budaya: apakah faktor sosio budaya yang mungkin menggalak atau menghalang penerimaan amalan PBD (cth: orientasi peperiksaan yang tebal)
latar politik: sekuat mana political will dalam melaksanakan PBD
latar pendidikan global: sejauh mana PBD menjadi amalan di negara-negara lain di dunia
Bahagian Latar Belakang Kajian tidak perlu membentangkan pernyataan masalah. Belum masanya. Takut nanti jadi keliru dan bercampur aduk. Jelaskan betul-betul latar atau konteks yang sesuai. Bila latarnya jelas, maka masalah yang diangkat juga boleh dijelaskan dan difahami dengan baik. Perlukah diteliti masalah cinta terhalang Uda dan Dara? Mungkin cerita itu cuba menyedarkan masyarakat tentang masalah sosial yang wujud pada ketika itu ("Emas ringgit membakar kita" - seperti dalam lagu Uda dan Dara). Begitu jugalah sesuatu tesis perlu memberi justifikasi kepada permasalahan yang diangkat. Permasalahan antara Uda dan Dara dirungkaikan menerusi plot yang puitik. Permasalahan kajian pula perlu dirungkaikan menerusi data dan analisis yang bersistematik. Selepas plot mencapai klimaks, maka ada pengajaran yang boleh diambil. Kajian kes Uda dan Dara boleh dijadikan panduan bagi memperbaiki sosio budaya masyarakat Melayu. Dapatan kajian daripada tesis pula boleh dijajarkan kembali kepada latar yang disebut di awal tesis. Adakah guru perlu dipersiapkan secara rasmi dengan ilmu untuk melaksanakan PBD
Adakah political will perlu diperteguh untuk menjayakan PBD
Perlukah perlu wujud amalan PBD versi Malaysia sendiri
Jangan abaikan latar belakang kajian
Jangan ditulis secara sambil lewa
Atau diceritakan tanpa plot yang ketara
Jika tiada latar belakangnya (ground), maka tidak timbullah objek (fokus kajian - figure)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pakalang.blogspot.com/2021/06/latar-belakang-kajian-uda-dan-dara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Latar Belakang Menantu Sultan Brunei

Latar Belakang Menantu Sultan Brunei

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 430 hits
Pada minggu lalu Brunei menjadi perhatian antarabangsa apabila salah seorang anak kepada Sultan Brunei Sultan Hasanal Bolkiah iaitu Pengiran Abdul Malik telah melangsungkan perkahwinannya secara gilang gemilang Pasangannya Dayangku Raabi at...
9 Khasiat Habbatus Sauda Menurut Kajian Sains

9 Khasiat Habbatus Sauda Menurut Kajian Sains

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 221 hits
Cara hidup umat Islam banyak dipandukan oleh sunnah Rasulullah SAW Antara salah satu aspek sunnah yang sentiasa dijadikan panduan ialah amalan pemakanan berkhasiat seperti Habbatus Sauda Dengan kemajuan teknologi yang ada sekarang terdapat ...
Ngo Pertahan Kajian Transgender Suhakam Bidas Bantahan Pas Melampau Anti Ilmu

Ngo Pertahan Kajian Transgender Suhakam Bidas Bantahan Pas Melampau Anti Ilmu

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 141 hits
Sekumpulan NGO dan individu berkata PAS sepatutnya menghormati Perlembagaan Persekutuan sebagai undang undang tertinggi negara yang memberikan hak dan perlindungan kepada semua warganegara termasuk transgender tanpa diskriminasi PETALING JA...
Kajian Campuran Vaksin

Kajian Campuran Vaksin

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 497 hits
dekat malaysia parti politik pun boleh bergabung takkan vaksin tak boleh berikut formula baru tahun 2021 Pas Umno Bersatu GPS PUBGPkr Amanah Dap Umno PADUAZ Pfizer AZIZER Darurat akan dipanjangkan untuk memberikan masa kepada menteri sains ...
Laksa Bodo Bodo Je Buat Anak Dara Tersayang

Laksa Bodo Bodo Je Buat Anak Dara Tersayang

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 288 hits
Assalamualaikum Hi korang Biasanya kita yang mak mak ni pasti nak masak makanan yang digemari anak anak kita kan Macam tu jugak la SA gigih hari Khamis lepas buatkan Dania Laksa SA nak buat utara style yang siap ada nenas tu tapi cari nenas...
Kemain Anak Dara Daddy Rizman Gaya Tu Ala Diva Cute Sangat Dengan Handbagnya

Kemain Anak Dara Daddy Rizman Gaya Tu Ala Diva Cute Sangat Dengan Handbagnya

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 336 hits
Rezeki Rizqaa menjadi anak pereka fesyen tersohor Malaysia Siapa sangka si comel yang dilahirkan pada 2 September tahun lalu kini menjadi model cilik rekaan daddynya sehingga penampilan comel Rizqaa sentiasa menjadi perhatian ramai Anak kep...
Kematian Covid 19 Boleh Cecah 26 000 Kes Menjelang Sept Kajian

Kematian Covid 19 Boleh Cecah 26 000 Kes Menjelang Sept Kajian

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 214 hits
Malaysiakini Satu kajian mendapati jumlah kematian berkaitan Covid 19 di negara ini berkemungkinan mencapai 26 000 kes menjelang September berdasarkan trajektori semasa kata Ahli Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia Prof Datuk Dr Adeeb...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran