Last Minute Cari Baju Raya Di Ipoh
Lagi 2 hari nak raya, k.fiezz, mr hubby & mak shopping baju raya utk anak buah k.fiezz ni. Saja bagi dia seronok sebab tahun ni pertama kali dia dapat puasa penuh. Alhamdulillah..So bagi reward kat dia.
Iman ni anak kepada salah seorang sepupu k.fiezz. Ayah dia belum ada kerja tetap lagi, kerja kampung bila ada orang panggil je jadi k.fiezz & mr hubby tolong lah beli baju raya untuk anaknya...Berkongsi rezeki...
SHOPPING BAJU RAYA KAT MYDIN IPOHHari Rabu kitaorang balik kampung, esoknya bawa Iman ke Mydin Ipoh untuk cari baju raya dia. Sebelum nak beli ni ada risik-risik kat mak tanya kot dia dah ada baju raya. Mak k.fiezz cakap tak ada. Jadi nya k.fiezz & mr hubby decide beli je lah..
So let'sss shopping time...
Kitaorang ke Mydin Ipoh. Sampai-sampai kat Mydin, parking penuh. Berpusing-pusing mencari parking kosong, jumpa juga tapi jarak agak jauh dari pintu Mydin. Kalau ikut mr hubby nak betul-betul depan pintu. Ater udah nak raya ni, memang ramai lah orang tambah yang mana dah balik ke kampung, nak shopping last minute sebelum raya. Jadi, parking je lah yang mana dapat. Janji ada parking.
Masuk dalam Mydin, kat bahagian tengah tu memang ada booth jual baju-baju raya. Apa lagi, moh lah mencari..
Tema baju Iman, tak kisah janji ada saiz.
1st pit stop. Berkenan warna yang ni tapi saiz hat Iman pakai ni ngam-ngam & tak ada saiz besar sikit. Kain samping ada warna yang sesuai tapi udah tak ada saiz juga. Tinggal saiz kecil je. Biasa lah bila beli last minute ni. Memang banyak lah saiz dah habis.
Next booth lain pula. Cari punya cari nampak baju warna biru pekat ni. Tanya dengan jurujual ada tak saiz besor sikit. Dia cakap ada tapi kena cari dulu. Yang ada display saiz 6 so minta saiz yang besor sikit, saiz 8...Dah dapat saiz, terus sarung. Yeszaaa ngam...Ikutkan Iman nak warna hitam tapi k.fiezz tak berapa setuju sebab risau panas..dan betul pun rupanya raya pertama panas membahang..
Samping pula.. Kat booth yang beli baju melayu ni ada warna biru pekat sama dengan baju tapi saiz kecil atau dah tak berapa elok sulam dia & tak ada hat baru. So sambung mencari kain samping kat dalam Mydin..Hat ni jumpa kat tingkat atas, matching dengan baju Iman tapi jahitan dia dah terkeluar lah pula..Bukan sikit, agak besor juga jahitan yang terkeluar tu...Aisehhh..Sama juga lah tinggal hat satu ni je tak ada yang lain..Jadi cancel. Cari kat tempat lain..
Ni penyudahnya jumpa dalam Hari-Hari kat area Mydin ni juga. Sebelum tu kitaorang round bawah khemah yang ada jualan raya kat depan Mydin tapi tak banyak sangat kain samping budak. Kalau ada pun, warna yang nak tak ada...Jadi ke Pusat Pakaian Hari-Hari lah ceritanya. Saja tengok kot ada...Nasib baik ada..Memang tinggal yang Iman cuba ni je & saiz dia.
Ni mr hubby cari kopiah..Eh tetiber dia pun selit juga.. Beli kan je lah..
Mencari kain samping budak kat khemah depan Mydin Ipoh ni.
Dah selesai misi mencari baju raya Iman lengkap dengan samping + kopiah, ke sini pula beli bunga api & mercun. Kawan mr hubby jual..Dah mr hubby nak beli, follow je lah..
CUBA BAJU RAYAMalam lepas berbuka suruh Iman pakai satu set baju raya yang beli siang tu. Ini lah gambor nya..Sebab Iman tak raya dengan kitaorang. Ayah dia minta hantar dia balik sebab nak beraya dulu dengan Iman jadi petang raya pertama baru pi ambil Iman ni semula
Biasa lah bila hari raya ni budak-budak yang paling excited tambah ada baju raya baru pula. Lagi bertambah semangat nak pusing-pusing nak beraya dengan kawan-kawan..
Mungkin ada yang perasan kadang k.fiezz ada share gambar bercuti kat sosial media k.fiezz, Iman ni ada. Sebab selalu juga bawa dia kalau kebetulan masa tu cuti sekolahJadi kot ada yang tertanya-tanya tahu lah dah siapa Iman ni dalam family k.fiezz...hehe...
BANYAK DAPAT KUMPUL DUIT RAYA KE TU??Iman banyak juga..Alhamdulillah..Nanti nak masukkan dalam akaun ASB dia..Haritu try nak masukkan dalam akaun dia tapi bank nak surat beranak dia yang asal sekali. So mak k.fiezz cakap tak apa lah, nanti bila-bila ajak ayah dia sekali ke bank. Senang...Masa kitaorang pi ke bank sebelum tu, bawa dia je sebab kitaorang kat Sg Siput. Ayah dia kat kampung. Ingatkan boleh je masuk macam tu sebab nak masukkan duit bukan nak keluar...Tapi bank cakap tak boleh kena bawa surat beranak atau ayah dia ada sekali...Gituuu...Baru lah tahu step dia...Ikut je lah kalau macamtu...
Akaun ASB Iman ni dah lama buat masa kitaorang jaga dia sekejap dulu. Tak pernah keluar pun duit dia. Masukkan je sebab nak keluar pun kena tunggu dia cukup umur 18 tahun nanti...Tapi idak lah nak guna duit dia pun. Kitaorang saja bukakan akaun ni dulu untuk kegunaan Iman di masa depan (kot dia dapat sambung belajar ke Universiti nanti). Insyaallah...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2023/05/Last-Minute-Cari-Baju-Raya-Di-Ipoh.html