Last Minute Akhirnya Shafie Apdal Minta Maaf




Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal meminta maaf kepada anggota keselamatan, anggota keluarga mereka dan seluruh rakyat Malaysia atas kenyataan ahli partinya Mohamaddin Ketapi yang menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada 2013 sebagai “sandiwara”.
Bagaimanapun, ketua Menteri Sabah itu berkata bahawa kenyataan Mohamaddin itu dikeluarkan secara spontan dan “disalahertikan”.
"Saya selaku presiden Parti Warisan Sabah dan ketua menteri Sabah ingin memohon maaf kepada setiap anggota keselamatan, ahli keluarga mereka dan seluruh rakyat Malaysia atas kenyataan seorang pemimpin parti baru-baru ini.
"Kenyataan beliau yang dikeluarkan secara spontan telah disalah erti kan dan sama sekali tidak berniat untuk menghina perjuangan para perajurit dan anggota keselamatan kita yang mengorbankan nyawa mereka demi mempertahankan rakyat dan negara ini," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Shafie berkata demikian berikutan video kontroversi bekas menteri pelancongan, seni dan budaya yang didakwa menghina pengorbanan anggota tentera dan polis dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu.
Berdasarkan video yang tular itu, dia berucap semasa kempen baru-baru ini dengan mendakwa perkara itu dibangkitkan selepas Umno dikatakan akan kalah dalam pilihan raya negeri.
Susulan itu, dia dihujani kecaman kerana disifatkan menghina anggota keselamatan yang terkorban dalam operasi itu.
Bagaimanapun, Mohamaddin dalam kenyataan semalam memohon maaf sambil menafikan dia membuat penghinaan terhadap anggota keselamatan.
Dia juga mendakwa video yang disebarkan itu tidak menggambarkan keseluruhan ucapannya, permainan kotor untuk memburukkan partinya Warisan dan telah diputar belit.
Shafie memberitahu bahawa beliau sebagai bekas timbalan menteri pertahanan, amat memahami keperitan yang terpaksa ditempuh anggota keselamatan ketika menjaga sempadan negara terutama di pos-pos kawalan Sabah yang terpencil dan serba kekurangan.
"Setiap anggota yang berada di perbatasan bukan sahaja bersedia mengorbankan nyawa demi keselamatan rakyat Malaysia, malah mereka juga terpaksa berjauhan dengan ahli keluarga sepanjang tempoh bertugas.
"Dalam berdepan pandemik Covid-19, saya selaku ketua menteri Sabah turut memahami dan menghargai peranan anggota keselamatan kita sebagai frontliners menentang musuh yang tidak kelihatan tetapi amat berbahaya," katanya.
Sementara itu, Shafie menyatakan peruntukkan RM10 juta kerajaan negeri untuk petugas barisan hadapan termasuk, RM1 juta kepada polis dan RM1 juta kepada Kem Lok Kawi bawah Pakej Bantuan Covid-19, membuktikan komitmen kerajaan negeri terhadap anggota keselamatan.
"Sumbangan ini tidak dilakukan di mana-mana negeri di Malaysia.
"Jumlah tersebut tidaklah banyak jika dibandingkan dengan risiko dan pengorbanan wira-wira negara ini, namun itu membuktikan komitmen kerajaan Sabah meskipun agensi keselamatan di bawah bidang kuasa Persekutuan," katanya.
Operasi Daulat dilancarkan pada Mac 2013 membabitkan polis dan tentera susulan pencerobohan kumpulan yang menggelar diri mereka Tentera Diraja Sulu. Kumpulan itu menuntut Sabah sebagai wilayah mereka.
Ia berterusan selama kira-kira sebulan. Sejumlah 10 anggota keselamatan terkorban manakala sekurang-kurangnya 68 anggota pengganas Sulu ditembak mati.
MR :  Itu pun lihat reaksi rakyat marah  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/09/last-minute-akhirnya-shafie-apdal-minta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Shafie Apdal Minta Maaf Lagi Rayuan Terdesak Hari Akhir

Shafie Apdal Minta Maaf Lagi Rayuan Terdesak Hari Akhir

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 262 hits
KOTA KINABALU Dua hari sebelum rakyat Sabah membuang undi dalam Pilihan Raya Negeri Presiden Warisan Shafie Apdal memohan maaf kepada seluruh rakyat negeri itu kerana membubarkan Dewan Undangan Negeri walaupun menyedari negara masih diancam...
Did The Sabah State Election Cost Shafie Apdal His Political Future

Did The Sabah State Election Cost Shafie Apdal His Political Future

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 598 hits
Zainal Epi Malay Mail Online Datuk Shafie Apdal had taken the political gamble to dissolve the state assembly in order to end the rebellion against his leadership but failed by just one seat at the just concluded state election yesterday A ...
Shafie Apdal Masih Calon Pm Kata Dr Mahathir

Shafie Apdal Masih Calon Pm Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 291 hits
Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal masih calon perdana menteri blok pembangkang walaupun gagal mempertahankan kerajaannya dalam pilihan raya Sabah kata Dr Mahathir Mohamad Pengasas Parti Pejuang Tanah Air itu berkata ahli Parlimen Semporna ...
Terbongkar Sijil Shafie Apdal Palsu

Terbongkar Sijil Shafie Apdal Palsu

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 518 hits
Isu sijil diploma ijazah palsu dan tipu memang sinonim dengan pemimpin pemimpin Pakatan Harapan Tidak kira pemimpin Pakatan Harapan di Malaysia Barat mahu pun pemimpin Pakatan Harapan di Malaysia Timur Bulan Februari tahun lepas isu sijil p...
Musa Aman Minta Shafie Apdal Henti Fitnah Dendamnya

Musa Aman Minta Shafie Apdal Henti Fitnah Dendamnya

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 505 hits
819 total views 819 views today KOTA KINABALU Bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman akhirnya membuka mulut hari ini apabila menggesa Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal supaya berhenti menabur fitnah dan dendamnya sema...
Shafie Apdal Pembuyuk Kata Najib

Shafie Apdal Pembuyuk Kata Najib

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 322 hits
Warisan dan Shafie Apdal membuat video licik penuh emosi dan drama untuk claim bahawa mereka telah berjaya mencapai 17 daripada 20 perkara Perjanjian Malaysia MA63 dalam tempoh 2 tahun sahaja Ini penipuan jelas 17 perkara yang diclaim Waris...
Shafie Apdal Pengundi Ada Maruah Jangan Jual Undi Kamu

Shafie Apdal Pengundi Ada Maruah Jangan Jual Undi Kamu

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 464 hits
153 total views 153 views today Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengajak pengundi Sabah menghentikan kuasa politik wang pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke 16 ini Mohd Shafie berkata pilihan raya adalah platform untu...
Sabah Election Shafie Apdal Dr M Hold Video Call Discussion

Sabah Election Shafie Apdal Dr M Hold Video Call Discussion

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 1578 hits
Parti Warisan Sabah president Datuk Seri Mohd Shafie Apdal made a video call this morning to former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad pic Courtesy of WarisanSEMPORNA Parti Warisan Sabah president Datuk Seri Mohd Shafie Apdal made a vid...
Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Trust Legal Process Says Ex Rep After Ewon S Premature Resignation

4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rinduuu Blogging

Aktiviti Konvensyen Seni Silat Melayu Antarabangsa 2025 Ppim 09 11 2025

Lirik Lagu Jamilah Jamal Mirdad

Adakah Selamat Makan Coklat Putih Rahsia Di Sebalik Fenomena Chocolate Bloom

Sunda Woles Mojang Priangan Chord

Showstoppers The 5 Most Viewed Custom Motorcycles Of October