Larian Malaysia Sarong Music Run 2025 Dirasmikan Oleh Yab Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim


LARIAN MALAYSIA SARONG MUSIC RUN 2025 DIRASMIKAN OLEH YAB PERDANA MENTERI DATO' SERI ANWAR IBRAHIM | Assalammualaikum semua! Wahh hujung minggu kami sangat bermanfaat! Kami menyertai larian Malaysia Sarong Music Run 2025 yang buat julung kali diadakan! Selepas kejayaan Keretapi Sarong sejak 2017 dianjurkan oleh LOCCO. 
Tahun 2025 adalah tahun yang membawa tuah buat LOCCO kerana penganjuran Malaysia Sarong Music Run 2025 (MSMR2025) dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Larian, budaya, tradisi, warisan dan perpaduan dalam satu acara yang bermakna.

MSMR2025 secara rasmi berlangsung hari ini di hadapan Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur. Acara ini berjaya mengumpulkan seramai 10,500 penyertaan peserta dalam satu keraian luar biasa yang mengangkat budaya, warisan dan gaya hidup aktif

Dari kiri Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YAB Perdana Menteri Malaysia; Dato’ Sri Tiong King Sing, YB Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya; YB Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi; YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan YBhg Dato’ Seri Dr. Maimunah Binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur ketika flag-off melepaskan peserta Malaysia Sarong Music Run 2025


Acara ini dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, bersama YB Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Sri Tiong King Sing, yang menghimpunkan ribuan rakyat Malaysia dalam suasana penuh warna-warni yang menampilkan kepelbagaian tradisi dan semangat kebersamaan.

Turut hadir sama memeriahkan acara adalah YB Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi, YB Puan Hannah Yeoh Tseow Suan, Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Zaliha Binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan, YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi, YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan YBhg Dato’ Seri Dr. Maimunah Binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur.


Wira Si Beruang Matahari! Maskot Rasmi Visit Malaysia 2026
Manja Si Beruang Matahari! Maskot Rasmi Visit Malaysia 2026
Kami semasa beratur sebelum flag-off. Cuaca agak panas pada ketika ini. 4:30pm - 5:30pm kami berdiri

Sambil menunggu, boleh tonton secara langsung persembahan Pancaragam PDRM. 
Berbeza dengan larian seperti yang lazimnya diadakan, MSMR 2025 mengintegrasikan elemen budaya sepanjang laluan larian, memberikan peserta pengalaman menyelami tradisi Malaysia dengan lebih mendalam. Antara intipati utama acara ini ialah:

Sarong sebagai Simbol Perpaduan & Warisan; Peserta mengenakan sarong tradisional, mencerminkan identiti budaya Malaysia yang pelbagai tetapi bersatu.

Checkpoint Budaya; Menampilkan Tarian Singa, Caklempong, Bhangra dan Dhol, serta pelbagai persembahan tradisional lain yang menghidupkan warisan Malaysia sepanjang laluan larian.

Permainan Tradisional & Pameran Warisan; Aktiviti interaktif seperti congkak, gasing, batu seremban, serta pameran seni dan kraf Malaysia.

Pameran Sajian Warisan; Jelajah kulinari dengan hidangan istimewa dari pelbagai negeri di Malaysia, memberikan peserta peluang merasai keunikan rasa setiap negeri


Platform untuk Bakat Tempatan; Dimeriahkan dengan konsert menampilkan artis tempatan seperti IamNeeta, Cherpen dan Sixth Sense yang menjanjikan malam penuh hiburan untuk semua yang hadir.

Acara ini dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), bersama Malaysia Marathon sebagai Penganjur Bersama serta SCORE Sports Management sebagai Rakan Teknikal.

LOCCO, yang terkenal dengan acara Keretapi Sarong turut bersama dalam memastikan sambutan budaya ini berjalan dengan penuh elemen kebudayaan dan warisan negara.

Malaysia Sarong Music Run 2025 juga turut disokong oleh rakan strategik dan para penaja, termasuk Tourism Malaysia, PROTON, ASICS, Decathlon, BOOM+, ASTRO Radio, HeyJom, Jantzen, Hameediyah, Bank Simpanan Nasional (BSN) dan KL Hop-On Hop-Off


Pada pendapat Ruby, acara sebegini wajib dijadikan sebagai acara tahunan. Malaysia Sarong Music Run boleh diadakan di lokasi yang sama tetapi pada waktu pagi. Ruby dah kenyang makan siang, dan tak dapat menikmati roti canai, karipap, kuih tradisional lain. Sepatutnya kami bawa bekal makanan kosong. Boleh tapaww. Hahaha. Tahun depan kami akan lebih bersedia! Hahahaha! 

Ruby salute dengan pengurusan acara ini, tshirt selesa, medal berkualiti dan produk-produk dari jenama sponsor berikan memang terbaik. Hausboom tak lokek sediakan minuman isotonik. Free flow minum lah puas-puas. Sejuk pula tu. Decathlon pula siap beri bag. Memang Ruby love freebies macam ni. Tak rugi pun daftar Malaysia Sarong Music Run. Macam-macam aktiviti ada. Lokasi pula di Menara Berkembar Petronas. Ambil lah gambar dan video puas-puas. Hari ini, Jalan ini kita yang punya! 


Paling mudah lokasi larian berdekatan dengan LRT KLCC. Lepas tu nak shopping boleh masuk dalam Suria KLCC Mall. Kami sekeluarga parking di basement Suria KLCC hari ni dari jam 2 petang. RM 13.00 sahaja. 
Semoga pihak LOCCO terus adakan lagi acara begini pada masa akan datang! Jom kembali aktif untuk diri sendiri. Dah lama juga Ruby tak masuk larian, kita mulakan balik dengan Malaysia Sarong Music Run dengan 3KM Brisk Walk dan tahun depan 5KM larian pula. Jika larat le. Hahaha. 
Lapar? Jom ke Signature Food Court Suria KLCC aje! 

Tahniah LOCCO, Kerajaan Madani dan kita semua yang menyertai dan menamatkan Brisk Walk dan Larian. Sakit kaki sambung di rumah ya. Sekarang kita enjoy! Hehehe. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2025/02/larian-malaysia-sarong-music-run-2025.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Sarong Music Run 2025

Malaysia Sarong Music Run 2025

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 188 hits
MALAYSIA SARONG MUSIC RUN 2025 Assalammualaikum semua Pembukaan tahun 2025 jom kita hidupkan kembali gaya hidup sihat dengan menyertai fun run Ruby tertarik dengan Malaysia Sarong Music Run yang bakal diadakan pada 8 Februari 2025 di hadapa...
Senarai Gelaran Perdana Menteri Malaysia

Senarai Gelaran Perdana Menteri Malaysia

papar berkaitan - pada 1/2/2025 - jumlah : 136 hits
Tahukah anda setiap perdana menteri di Malaysia mempunyai gelaran perdana menteri Malaysia yang tersendiri berdasarkan sumbangan mereka Semenjak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 sebanyak 10 orang perdana menteri telah mengetuai p...
Navigating Trump 2 0 Malaysia S Role As 2025 Asean Chairman

Navigating Trump 2 0 Malaysia S Role As 2025 Asean Chairman

papar berkaitan - pada 29/1/2025 - jumlah : 231 hits
From Shakila YacobAs Malaysia prepares to be the chair of Asean in 2025 the region must navigate the complexities of a Donald Trump 2 0 presidency US foreign policy has undergone a dramatic shift making Asean unity and strategic diplomacy m...
Hari Cuci Malaysia 2025 Kpkt

Hari Cuci Malaysia 2025 Kpkt

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 137 hits
JEMAAH MENTERI SEBULAT SUARA SETUJU HARI CUCI MALAYSIA DIJADIKAN ACARA TAHUNAN Dalam usaha memperkukuh budaya kebersihan di seluruh negara kerajaan telah memperkenalkan inisiatif tahunan yang dikenali sebagai Hari Cuci Malaysia Disambut pad...
Ds Anwar Ibrahim Dan Ds Rafizi Ramli Kekal Pendedahan Terkini Dari Datu

Ds Anwar Ibrahim Dan Ds Rafizi Ramli Kekal Pendedahan Terkini Dari Datu

papar berkaitan - pada 2/2/2025 - jumlah : 96 hits
PKR berkemungkinan tidak akan mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti yang dijadual berlangsung pada Mei ini Pengerusi Biro Antarabangsa PKR Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin berkata cadangan itu berda...
Malaysia To Build School Hospital And Mosque In Gaza Says Anwar

Malaysia To Build School Hospital And Mosque In Gaza Says Anwar

papar berkaitan - pada 30/1/2025 - jumlah : 174 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim said Malaysia and Japan are working together to establish a fund under the East Asian Cooperation Framework for Palestinian Development to accelerate Gaza s reconstruction PETALING JAYA Malaysia will begin rebui...
Malaysia S Chairmanship Of Asean And Related Summits In 2025 Explained

Malaysia S Chairmanship Of Asean And Related Summits In 2025 Explained

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 135 hits
1 When Laos handed the Chairmanship of ASEAN and Related Summits to Prime Minister Anwar Ibrahim on October 14th 2024 Malaysia was certain that it could accept the proverbial baton and carry the race of the Association of Southeast Asian Na...
Malaysia Pengerusi Asean 2025 Inklusiviti Dan Kelestarian

Malaysia Pengerusi Asean 2025 Inklusiviti Dan Kelestarian

papar berkaitan - pada 30/1/2025 - jumlah : 121 hits
Kuala Lumpur Malaysia secara rasmi akan Mempengerusikan ASEAN pada tahun ini di bawah Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim Dimana Malaysia berhasrat untuk memperkukuh peranan ASEAN sebagai blok serantau yang bers...
Presiden Indonesia Prabowo Subianto Dikurniakan Darjah Kerabat Johor Oleh Yang Di Pertuan Agong Sultan Ibrahim

Presiden Indonesia Prabowo Subianto Dikurniakan Darjah Kerabat Johor Oleh Yang Di Pertuan Agong Sultan Ibrahim

papar berkaitan - pada 28/1/2025 - jumlah : 207 hits
BernamaPengurniaan D K 1 kepada Prabowo berlangsung di Istana Negara di sini dan disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Sumber foto FB Sultan IbrahimKUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengu...
Apa Itu Tin Ini 3 Cara Dapatkan Tin Tax Identification Number

The Era Fm Dj S Thaipusam Fiasco Might Originally Be An Accident But It Has The Potential Of Turning Into A Disaster

Speed Read The Race Bred Harley Davidson Cvo Road Glide Rr And More

More Flood Victims Evacuated In Sabah

Akhirnya Pembangkang Puji Cara Kerajaan Kemudi Ekonomi Negara

Alindya Ichi Takdir Cinta Harus Berpisah Chord

Midea Mencatat Pertumbuhan Dua Angka Untuk Bertahun Tahun Di Malaysia Dengan Inovasi Rumah Pintar Mampu Milik

Bbc History A Comprehensive History Knowledge Hub


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hidup Yang Kekal

Senarai Penaksir Risiko Bising Nra Di Sabah

Tips Sukses Membentuk Sales Pipeline Sesuai Perjalanan Prospek

Bunuh Pelajar Vokasional 2 Tertuduh Dakwa Dipaksa Buat Pengakuan

Genap Setahun Pemergian Arwah Tok

Lirik Lagu Seribu Tahun Lagi Imran Ajmain Ost Seribu Tahun