Larangan Mencela Dan Melabel Orang Lain



SOALAN:
Apakah terdapat hadith berkaitan larangan melabel seseorang dengan fasiq?

JAWAPAN:
Islam amat menganjurkan umatnya untuk sentiasa mengucapkan perkataan-perkataan yang baik kepada saudaranya sama ada Muslim atau bukan Islam. Ini dijelaskan oleh Allah SWT di dalam al-Quran:

Firman Allah SWT:

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّـهِ وَعَمِلَ صَالِحًا
“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh.” (Fussilat:33)

Syeikh Wahbah al-Zuhaili Rahimahullah berkata ketika menafsirkan ayat ini dengan menyatakan beberapa isi penting iaitu perkataan menyeru kepada mengesakan Allah dan taat kepada-Nya serta beribadah kepada-Nya. Selain itu, maksud beramal soleh di dalam ayat di atas adalah menunaikan segala yang difardhukan oleh Allah SWT ke atas manusia di samping menjauhkan segala yang diharamkan oleh Allah SWT ke atasnya. [Lihat: Tafsir al-Munir, 228-229/24]

Tambahan pula, di dalam sebuah hadith yang sahih bahawa Nabi SAW memerintahkan kita agar berkata yang baik atau diam. Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW:

وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ
“Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam.” [Riwayat al-Bukhari (6018)]

Berdasarkan soalan di atas, terdapat sebuah hadith yang mencegah kita daripada mencela atau mengejek saudara kita dengan ucapan seperti fasiq atau kafir. Antara hadith tersebut adalah:

Daripada Abu Zar R.A, dikatakan bahawa beliau mendengar Nabi SAW bersabda:

لاَ يَرْمِي رَجُلٌ رَجُلًا بِالفُسُوقِ، وَلاَ يَرْمِيهِ بِالكُفْرِ، إِلَّا ارْتَدَّتْ عَلَيْهِ، إِنْ لَمْ يَكُنْ صَاحِبُهُ كَذَلِكَ
“Tidaklah seseorang melempar tuduhan kepada orang lain dengan kefasiqan dan tidak pula menuduh dengan kekufuran melainkan (tuduhan itu) akan kembali kepadanya, jika saudaranya tidak seperti itu.” [Riwayat al-Bukhari (6045)]

Kata Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani: “Barangsiapa yang berkata kepada seseorang dengan mengatakan kamu fasiq atau kamu kafir dan tuduhan itu tidak seperti yang dikatakan maka dia (yang melemparkan tuduhan) berhak mendapat apa (sifat) yang disebutkan itu. Jika sebaliknya, maka tuduhan itu tidak akan kembali kepadanya disebabkan tuduhannya itu benar.

Tambahan pula, jika seseorang itu mengatakan sedemikian dengan tujuan untuk menasihatinya atau menasihati orang lain dengan menjelaskan hal keadaannya maka ia dibenarkan. Adapun jika tujuannya untuk memalukan orang yang dituduhnya atau memperkenalkan kepada khalayak akan sifat tersebut yang ada pada dirinya makai ia tidak benarkan kerana kita dituntut untuk menutup aib saudara kita serta mengajarnya dan memberi nasihat kepadanya dengan penuh hikmah.

Selain itu, selagimana seseorang itu mampu untuk melakukannya dalam keadaan yang baik maka dia tidak boleh melakukannya dalam keadaan kekerasan kerana bimbang ini akan menjadi sebab orang yang dituduh akan berterusan dengan keadaan seperti itu.” [Lihat: Fath al-Bari, 466/10]

Hal ini juga dikuatkan lagi dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:

Daripada Abu Zar R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:

وَمَنْ دَعَا رَجُلًا بِالْكُفْرِ، أَوْ قَالَ: عَدُوُّ اللهِ وَلَيْسَ كَذَلِكَ إِلَّا حَارَ عَلَيْهِ
“Dan barangsiapa yang memanggil seseorang dengan kafir atau dengan berkata wahai musuh Allah sedangkan tidak sedemikian melainkan perkataan tersebut akan kembali kepadanya.” [Riwayat Muslim (112)]

Penutup

Kesimpulannya, sebagai seorang muslim perlulah bersifat dengan segala sifat-sifat yang diajarkan oleh Allah SWT dan Nabi SAW di dalam hadith. Hadith di atas juga, jelas menunjukkan kepada kita larangan yang keras kepada kita agar tidak sewenang-wenangnya menuduh saudara kita dengan perkataan seperti fasiq atau kafir. Ini kerana, jika tuduhan itu merupakan satu tuduhan yang palsu, maka tuduhan tersebut akan kembali semula kepada kita. Di samping itu, kita juga perlu menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang boleh menyakiti saudara seagama kita khususnya. Akhirnya, semoga Allah SWT memelihara lidah kita daripada mengucapkan perkataan yang boleh menyakiti saudara kita. Amin.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/12/larangan-mencela-dan-melabel-orang-lain.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siapa Johari Banding Dengan Daim Robert Kuok Dan Lain Lain Anggota Cep

Siapa Johari Banding Dengan Daim Robert Kuok Dan Lain Lain Anggota Cep

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 269 hits
A Kadir Jasin BUAT beberapa waktu saya menahan diri daripada menulis mengenai watak Umno ini dan tindak tanduknya walaupun kami telah bertukar tukar mesej melalui WhatsApp Daripada bahas kecil WhatsApp itu saya sudah memperoleh cukup bahan ...
Ibu Bersalin Penatnya Lain Macam Jangan Sampai Diri Terabai Takut Meroyan

Ibu Bersalin Penatnya Lain Macam Jangan Sampai Diri Terabai Takut Meroyan

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 457 hits
Selepas bersalin mungkin si ibu mengalami beberapa gejala yang dianggap tiada apa apa Maklumlah tidak nampak dengan mata kasar Si ibu sendiri mungkin tidak menyedarinya apatah lagi orang sekeliling seperti suami dan keluarga Nampak normal r...
Gadis Dakwa Nampk Kelibat Ayah Dengan Perempuan Lain Rupanya Pasangan Dituduh Jadi Mangsa Bahan Di Twitter

Gadis Dakwa Nampk Kelibat Ayah Dengan Perempuan Lain Rupanya Pasangan Dituduh Jadi Mangsa Bahan Di Twitter

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 392 hits
Media sosial boleh menjadi pelbagai medium sama ada untuk menyebarkan perkara baik atau buruk Maka pilihlah untuk sebar dan kongsikan perkara baik yang tidak menyakiti orang lain Sesetengah individu yang tidak sensitif terkadang berkongsi p...
Tak Merokok Di Kedai Makan Tapi Puntung Rokok Bersepah Depan Kedai Orang Lain Apa Cerita

Tak Merokok Di Kedai Makan Tapi Puntung Rokok Bersepah Depan Kedai Orang Lain Apa Cerita

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 483 hits
Larangan merokok pada premis makanan dan restoran mempunyai satu matlamat sahaja iaitu untuk membawa kebaikan kepada masyarakat Malaysia Sebagai pelanggan di premis makanan sudah lega apabila melihat individu yang merokok sudah mula mengamb...
Penaja Utama Gv6 Mendapat Pujian Melangit Dari Netizen Contoh Untuk Para Penaja Lain Memang Sempoi Terbaik Boss Susu

Penaja Utama Gv6 Mendapat Pujian Melangit Dari Netizen Contoh Untuk Para Penaja Lain Memang Sempoi Terbaik Boss Susu

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 453 hits
Bahang program rancangan nyanyian Gegar Vaganza 6 nampaknya masih dirasai hingga ke hari ini Penaja Utama GV6 Mendapat Pujian Melangit Dari Netizen Contoh untuk para penaja Lain Memang sempoi Terbaik Boss Susu
Lipi Teliti Sampah Plastik Di Laut Limbah Rakyat Ri Atau Milik Negara Lain

Lipi Teliti Sampah Plastik Di Laut Limbah Rakyat Ri Atau Milik Negara Lain

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 725 hits
Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia melakukan penelitian sampah plastik di perairan dalam Indonesia yakni di Selatan Jawa Bali dan Selat Makassar Penelitian dilakukan untuk melihat benarkah sampah plastik di laut Indonesia berasal dari masya...
Kongres Cina Berani Kata Tak Serang Kaum Lain Kepala Bapak Kau

Kongres Cina Berani Kata Tak Serang Kaum Lain Kepala Bapak Kau

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 389 hits
Jika saya ada kuasa sudah lama saya tarik kerakyatan pengkhianat ini JADILAH Cina Malaysia yang memahami Melayu dan Bumiputera kerana itu tanggungjawab kamu selaku pendatang asal usul sejarahnya bukan jadi lebih Cina daripada China atau Cin...
Adab Parking Block Kereta Orang Lain

Adab Parking Block Kereta Orang Lain

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 385 hits
Saja nak kongsi pasal adab sebab berlaku pada k fiezz mr hubby semalam Kejadian berlaku semalam pukul 1 30 2 00ptg di PPR area KL Kawasan rumah k fiezz Bukan tujuan nak malukan tuan kereta ni ke apa cuma nak berkongsi adab orang kita yang p...
Orang Lain Dah Kahwin Aku Bila Lagi

Orang Lain Dah Kahwin Aku Bila Lagi

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 257 hits
AssalamualaikumBismillah Ramai yang sedia maklum bahawa pernikahan itu adalah penyempurna agama Ketika aku masih remaja pernikahan itu it s something that I wanted to do tetapi aku tidak tahu bila waktu yang sesuai untuk seseorang itu berka...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu