Larang Forum Aswara Ph Sama Macam Bn


Nadia Azam 
   
Pelakon dan pengarah terkenal, Nam Ron, mendakwa dia kecewa apabila mendapati isu yang berlaku di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) sejak bertahun-tahun dulu masih belum diatasi walaupun selepas kerajaan berubah.

Lebih malang katanya keadaan itu berlaku ketika PH menjanjikan hak dan kebebasan bersuara dalam kalangan rakyat - termasuk penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) - dijamin.

Bercakap kepada Malaysiakini, Nam Ron berkata pentadbiran Aswara tidak sepatutnya mengekang pelajarnya menganjurkan atau menghadiri sesuatu wacana.

Dia - yang datang ke Aswara untuk memenuhi undangan sebagai panel forum 'Siapa Selepas Rizon' semalam - menegaskan penuntut wajar diberi ruang untuk meluahkan rasa tidak puas hati masing-masing, atau mengambil tindakan dirasakan wajar berhubung IPT tempat mereka menuntut ilmu.

“Sekarang tak ada kebebasan bersuara sebab mereka dihalang.

"Keadaan ini macam tak ada perubahan walaupun menteri kata sudah dipimpin kerajaan baru dan kita sepatutnya boleh bersuara dalam himpunan aman.

“Kalau begini keadaannya, janji tu boleh tinggal retorik sajalah.

"Apa yang jadi semalam sama seperti yang pernah berlaku pada zaman saya belajar di Aswara kira-kira 19 tahun dulu,” kata pemilik nama sebenar Shahili Abdan itu.

Semalam sepatutnya berlangsung satu forum di kafe Aswara bagi membincangkan isu semasa dan hala tuju IPT.

Ia diadakan beberapa jam selepas sekumpulan kakitangan Aswara bersama Sasterawan Negara Muhammad Hj Salleh menyerahkan memorandum kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) di Putrajaya.

Memorandum tersebut diterima oleh timbalan menteri, Muhammad Bakhtiar Wan Chik dan Timbalan Ketua Setiausaha Kebudayaan Saraya Arbi.

Forum tersebut dianjurkan seorang bekas penuntut Aswara. Selain Nam Ron, 49, turut dijemput sebagai panel adalah Hassan Muthalib - nama yang tidak asing lagi dalam dunia kritikan filem.

Dianggarkan, sekurang-kurang 50 orang hadir, termasuk pelajar, wartawan dan beberapa wakil kerajaan.

Bagaimanapun, pihak pentadbiran Aswara mengeluarkan arahan kepada pihak keselamatan supaya tidak membenarkan forum berkenaan dijalankan atas sebab-sebab tertentu.

Aswara ketika ini sedang berdepan isu jawatan rektornya kerana tokoh yang dilantik Motac tidak disenangi beberapa pihak.

Penyandang jawatan itu Dr Mohd Rizon Juhari pernah disaman atas dakwaan melakukan salah guna kuasa dan kes gangguan seksual. Bagaimanapun kes berkenaan masih di peringkat rayuan.
Nam RonKata Nam Ron, kemelut yang melanda Aswara kini didakwa lebih menjurus kepada rasa tidak percaya terhadap pelantikan jawatan rektor dan kemungkinan penggantinya.

“Saya pergi ke Aswara sebagai bekas pelajar dan nak tahu lebih lanjut apa terjadi. Saya nak cakap, memang saya terkesan sekiranya kemelut yang berlaku sekarang ada kaitan dengan amalan kronisme.

“Saya tak setuju jika ia benar sebab saya tak percaya pemimpin boleh mentadbir dengan baik kalau kerja bermula dengan cara tak elok,” katanya.

Pada masa sama, pelakon dan pengarah filem Redha dan Mencari Rahmat itu berkata, dia tidak dapat menyatakan sikap dalam isu Aswara buat masa ini sebab baru mendengar kisah daripada satu pihak.

“Saya belum dengar penjelasan pihak Rizon dan saya tak mahu 'gali' lebih dalam sebab bukan saya yang kena buat keputusan, sepatutnya itu tanggungjawab menteri," katanya.

'Tidak seperti harapan ramai'
Sementara itu penulis dan aktivis kebudayaan Raja Ahmad Aminullah turut sependapat dengan Nam Ron.

Katanya jika suara rakyat dikekang terus, tidak ada beza kerajaan sekarang dengan BN sebelum ini.
Raja Ahmad AminullahBeliau juga kecewa apabila kejadian yang dianggap tidak cerdik seperti itu boleh berlaku di sebuat IPT yang sepatutnya mencerdaskan penuntutnya.

"Kalau pihak terbabit nak buat tindakan tak cerdik sekali atau dua kali, saya boleh faham atau maafkan, tapi kalau berkali-kali saya pun tak faham bagaimana seseorang pemimpin itu boleh dilantik.

Ditanya perasaannya melihat wacana yang dirancang itu gagal, Raja Ahmad mengakui beliau sedih.
Katanya ia tidak menggambarkan suasana yang diharapkan orang ramai di bawah Putrajaya yang baru.

"Mahasiswa ni, kita kena uruskan suara mereka. Setuju atau tak, itu hal lain," katanya.

Penulis buku Minda Tertawan itu juga berharap tiada tindakan disiplin dikenakan ke atas mana-mana penuntut ekoran apa yang terjadi semalam.

Katanya sebahagian daripada penuntut yang hadir semalam adalah dari jurusan penulisan dan mereka wajar dipuji kerana berani.

"Jadi untuk menulis kita kena ada jiwa dan keberanian. Kalau takut, jangan jadi seniman," katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/larang-forum-aswara-ph-sama-macam-bn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Anak Perempuan Selebriti Sama Cantik Macam Mommy Yang Akhir Ramai Tidak Sangka

10 Anak Perempuan Selebriti Sama Cantik Macam Mommy Yang Akhir Ramai Tidak Sangka

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 856 hits
Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi Paras rupa ibu yang jelita biasanya memang akan turun kepada wajah anak perempuan mereka Berikut antara gambar selebriti Hollywood dan selebriti tempatan bersama anak perempuan mereka yang korang bole...
Adakah Aku Bukan Anaknya Sampai Hati Abah Ibu Tak Sama Layan Aku Macam Layan Adik Dan Abang

Adakah Aku Bukan Anaknya Sampai Hati Abah Ibu Tak Sama Layan Aku Macam Layan Adik Dan Abang

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 595 hits
Nama aku gelaran dirumah Ira Berumur 24 tahun Aku merupakan anak ke dua dari 5 orang adik beradik Abah aku seorang engineer Mak seaorang surirumah Dari kecil aku memang bukan seorang yang pandai tak bermaksud aku tak pandai sangat tapi bagi...
Ini Kaedah Yang Betul Nak Buat Telur Separuh Masak Memang Hasilnya Sebijik Sama Macam Makan Kat Kedai

Ini Kaedah Yang Betul Nak Buat Telur Separuh Masak Memang Hasilnya Sebijik Sama Macam Makan Kat Kedai

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 481 hits
Cara Buat Telur Separuh Masak Macam Dekat Kedai Tak Keras Tak Cair Gebu Je Alahai hari ni cair sangat pulak telur separuh masak ni Semalam terlebih masak dah jadi telur keras pulak Ish tension tension Macam mana nak bajet bagi gebu elok je ...
Nampak Macam Baru Letak Semula Motosikal Penuntut Uitm Raub Dijumpai 8 Bulan Hilang Tapi Kelihatan Elok

Nampak Macam Baru Letak Semula Motosikal Penuntut Uitm Raub Dijumpai 8 Bulan Hilang Tapi Kelihatan Elok

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 837 hits
Kes kehilangan Muhammad Aiman Hakim Mat Ani dan mayat yang dijumpai terapung di tangki air Felda palong 12 masih menjadi tanda tanya Selepas 8 bulan dilaporkan keluar daripada rumah dan tidak pulang misteri kehilangannya belum lagi terungka...
Hotel Macam Pokok

Hotel Macam Pokok

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 274 hits
Lego mungkin hanyalah sebuah mainan kanak kanak Namun di China ribuan lego ditempah menjadi bangunan hotel bintang tujuh yang mewah dan indah Hotel yang digelar Nine Trees Beautiful ini terdiri daripada sembilan bangunan yang kelihatan sepe...
Kereta Terbang Sebenar Bukan Macam Model Kipas Itu Kata Menteri Viralhancing

Kereta Terbang Sebenar Bukan Macam Model Kipas Itu Kata Menteri Viralhancing

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 395 hits
KUALA LUMPUR 28 Mac Reka bentuk sebenar kereta terbang pertama Malaysia kelak tidak akan kelihatan seperti model skala kecil yang dipamerkan di Langkawi Kedah semalam Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata kereta...
Macam Macam Sample Dapat

Macam Macam Sample Dapat

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 350 hits
Macam macam Sample Dapat Assalamualaikum alahai hari ini baru ada mood nak update blog 2 hari tinggal blog sebab letih dan penat puasa ganti hihihi Lagi pulak sekarang Cik Ash sibuk sikit dengan urusan rumah ni sebab ada la nak ubahsuai tan...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian