Laporan Tokoh Lantang Dalam Isu 1mdb Diminta Tinggalkan Mpob
MALAYSIAKINI    Kerajaan  Perikatan Nasional (PN) dilapor meminta Bakke Mohd Salleh, yang  dikenali antara beberapa individu yang lantang bersuara mengenai 1MDB  sebelum ia menjadi skandal global, meletakkan jawatan sebagai Pengerusi  MPOB.
The Straits Times melaporkan Bakke diminta mengosongkan jawatannya yang dilantik oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada bulan Julai 2018.
Bakke meletak jawatan dari  lembaga 1MDB selepas pengurusannya membenarkan AS$ 700 juta dialihkan  ke Good Star Ltd, sebuah syarikat yang dikuasai ahli perniagaan, Low  Taek Jho pada tahun 2009.
Menurut laporan itu, langkah itu dan beberapa lagi usaha dilakukan kerajaan PN  bertujuan menjaga hati para penyokongnya.
"Mereka  perlu memenangi hati penyokong dari pelbagai kumpulan politik yang puak  mereka tidak diberikan jawatan menteri," katanya.
Difahamkan kerajaan PN juga melantik Mohammed Azlan Hashim dalam Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad.
Azlan  merupakan sebahagian daripada panel pelaburan Kumpulan Wang Persaraan  Diperbadankan (KWAP) yang mengesyorkan kelulusan RM4 bilion pinjaman  kepada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd pada tahun  2011 dan 2012, yang kemudian didakwa disalahgunakan.
Laporan yang  memetik sumber itu juga berkata Pengerusi Institut Penyelidikan Khazanah  (KRI) Nungsari Ahmad Radhi diberitahu untuk meninggalkan badan pemikir  berkenaan yang dibiayai oleh Khazanah.
Ini selepas beliau menulis surat terbuka bersama ahli-ahli ekonomi lain bagi menggesa tindakan tegas kerajaan dalam menangani wabak Covid-19.
Menurut laporan itu, Nungsari dijangka akan digantikan oleh bekas Menteri Kewangan, Nor Mohamed Yakcop.
Kerajaan PN juga telah menamatkan khidmat pengerusi Mara, Hasnita Hashim dan profesional lain.
Hasnita merupakan Pengerusi Maybank Asset Management Group dan ahli lembaga Kumpulan Maybank.
Ahli-ahli  majlis Mara yang turut digugurkan ialah Jamelah Jamaluddin, Tengku Tan  Sri Mahaleel Tengku Ariff, Nungsari Ahmad Radhi, Ameer Ali Mydin, Syed  Tamim Ansari Syed Mohamed, Zakri Mohd Khir dan Ahmad Baslan Che Kassim.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/04/laporan-tokoh-lantang-dalam-isu-1mdb.html