Laporan Rci Batu Puteh Berlaku Adil Jangan Syok Sendiri




Mukadimah
LAPORAN terkini Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Untuk Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Kes Kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan yang dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Selasa lalu, menarik perhatian pakar Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang, MOHAMED HANIFF KHATRI ABDULLA.
Prosidingnya diadakan secara tertutup, malah tiada siapa tahu perkara yang terkandung di dalamnya. Beliau musykil mengapa secepat itu laporan RCI dibuat kurang seminggu selepas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi keterangan kepada RCI dipengerusikan Tun Md. Raus Sharif? Sudah lengkap dan muktamadkah laporannya?
Mengulas perkara itu kepada wartawan Mingguan Malaysia, MOHD. FADHLI MOHD. SULAIMAN dan jurugambar, SADDAM YUSOF baru-baru ini, beliau mendesak kerajaan mendedahkan laporannya. Mohamed Haniff juga berpotensi menjadi saksi yang akan dipanggil RCI bagi tujuan membantu suruhanjaya itu mencapai keputusan tepat berhubung isu Batu Puteh.
MINGGUAN: Boleh jelaskan bagaimana tercetusnya isu melibatkan kes Pulau Batu Puteh dan penubuhan RCI?
MOHAMED HANIFF: Pada 23 Mei 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan tiga pulau menyaksikan Pulau Batu Puteh hak milik Singapura, Pulau Batuan Tengah milik Malaysia manakala Tubir Selatan tiada keputusan pemilikan. Ia akan ditentukan mengikut persempadanan perairan negara yang menguasainya.
Ketika itu, Peguam Negara Malaysia ialah Tan Sri Abdul Gani Patail. Sebenarnya, keputusan dibuat ICJ tidak bermaksud Malaysia kalah. Tetapi, perkara ini tidak diketengahkan kerajaan sejak dahulu lagi disebabkan sikap ahli politik yang ‘kaki penipu’.
Semasa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri, beliau melantik Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai Peguam Negara dan pada 28 Julai 2016, beliau memperoleh keterangan baharu (berhubung kes Batu Puteh), namun tidak dapat diketengahkan. Maka, beliau memfailkan semakan kehakiman dan berurusan dengan konsultan di England.
Tetapi, tidak semudah itu memfailkan semakan kehakiman kerana ada peruntukan dan prinsip undang-undang di bawah ICJ yang mesti dipatuhi. Pada 2 Februari 2017, barulah semakan kehakiman difailkan.
Apabila Pakatan Harapan (PH) yang menang pilihan raya umum (PRU) pada Mei 2018 pada masa perbicaraan belum bermula lagi kerana semakan bicara pada 11 Jun 2018, peguam mengendalikan kes ini gabra lah mahu teruskan atau kerajaan baharu tidak mahu dan lain-lain.
Sepanjang tempoh menjadi kerajaan antara 10 Mei hingga 4 Jun 2018, saya banyak berada di pejabat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk memberi nasihat perundangan.
Benarkah anda dihubungi Pejabat Peguam Negara (AGC) berhubung kes ini?
Ya, ketika itu ada dua peguam Malaysia hubungi saya melalui telefon memaklumkan kepada saya untuk bawa perkara ini kepada pengetahuan Tun Mahathir. Beliau pula meminda pandangan saya dan kata, ini urusan negara dan pandangan saya tidak penting kerana saya bukan Peguam Negara atau menteri. Maka, Tun Mahathir kena ikuti proses undang-undang, minta pandangan dari AGC dan sebagainya. Ketika ini, kesemua prosesnya dilakukan dengan betul.
Apa yang anda tidak puas hati?
Masalahnya, kerajaan dan ahli politik sekarang tidak berfikir mengikut proses undang-undang. Kononnya, Tun Mahathir membuat keputusan sendiri dengan menarik balik permohonan membatalkan keputusan ICJ yang menganugerahkan bidang kuasa undang-undang Batu Puteh kepada Singapura.
Benarkah seperti didakwa? Adakah ia mengikuti proses dan tatakelola yang betul? Jika tidak, bagaimanakah cara membetulkannya? Tetapi, masalahnya, cara penyampaian yang dibuat oleh kerajaan di bawah pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dahulu dengan mewujudkan pasukan petugas khas bagi membuat kajian menyeluruh kes ini jelas berbaur politik. Bukan untuk kepentingan negara.
Atas kapasiti apa anda bersuara tentang kes ini?
Saya sepatutnya bakal seorang saksi dalam RCI untuk menyampaikan rentetan peristiwa bagaimana keputusan ini dibuat. Saya pernah dihubungi dua peguam memberitahu meminta saya sampaikan pandangan kepada Tun Mahathir tentang kes ini kerana mereka tahu antara tahun 2015 hingga 2017 saya menjadi peguam beliau.
Jadi, mereka fikir, cara paling mudah adalah menghubungi saya, sedangkan saya bukannya menteri atau peguam negara. Ditegaskan, saya tidak menyebelahi mana-mana pihak kerana sebagai peguam, saya bercakap secara objektif mengikut lunas undang-undang.
Bagaimana kontroversi ini berlaku? Adakah sebelum atau selepas penubuhan rasmi RCI Batu Puteh?
Sebenarnya, kontroversi ini sudah bermula pada 29 Oktober 2021 lagi ketika Ismail Sabri mengisytiharkan pembentukan jawatankuasa tentang kes Pulau Batu Buteh. Ketika itu ramai pengamal undang-undang termasuk saya mempertikaikan isu perlembagaan dan perundangan jawatankuasanya.
Sebab, mana-mana yang berkepentingan negara wajar mempunyai sumber kuasa, tetapi, ini tiada sumber kuasa di bawah perlembagaan dan undang-undang. Maka, saya melihat ia lebih kepada jawatankuasa yang bermotifkan politik.
Mengapa anda berkata sedemikian?
Jawatankuasa ini diterajui Apandi dan beberapa ahli panel yang bagi saya mempunyai kepentingan konflik, kerana beliau sendiri yang memfailkan semakan kehakiman kepada ICJ terhadap keputusan yang dibuat ICJ pada 23 Mei 2008.
Sebagai peguam negara, apabila memfailkan semakan dan kerajaan baharu menarik balik semakan ketika itu, bukankah beliau sebenarnya secara tidak langsung menjadi bakal saksi? Jadi, beliau kena beritahu jawatankuasa khas mengapa beliau failkan semakan kehakiman?
Inilah kepentingan konflik terbesar yang wujud ketika beliau sendiri yang memfailkan semakan dan menerajui jawatankuasa khas. Orang yang mempunyai kepentingan dari segi keputusan jawatankuasa tidak boleh mengadilinya.
Tempoh masa bermula jawatankuasa itu adalah enam bulan dan tamat pada 29 April 2022, tetapi kerajaan ketika itu melanjutkannya sehingga 30 Ogos 2022 barulah keluar apa yang dikatakan sebagai laporan RCI. Ia kononnya dibentang ke Kabinet, kemudian senyap.
Namun, semua tahu selepas 30 Ogos tahun sama, tidak lama kemudian Parlimen bubar dan jika masih ingat Ismail buat kenyataan dalam kempen pilihan raya. Bukankah kita sudah buat jawatankuasa Batu Puteh? Persoalannya, bukankah itu ‘peluru’ kempen pilihan raya untuk tujuan politik?
TERMA RUJUKAN
Bagaimana dengan RCI Batu Puteh yang sudah ditubuhkan?
Ini perkara yang baik selagi melibatkan kepentingan negara. Kita mahu semak apakah prosedur yang dibuat itu mengikut sistem urus tadbir negara, kedaulatan undang-undang atau mengikut keputusan politik.
Tetapi, sepatutnya ada terma rujukan agong atas permintaan kerajaan untuk mengkaji, meneliti rentetan peristiwa berkaitan pemfailan semakan dan penarikan balik semakan, tujuan melihat ada atau tidak tatakelola sistem tadbir urus negara berkaitan keputusan berhubung kedaulatan negara dibuat mengikut proses yang betul atau sebaliknya?
Jika ada cadangan daripada RCI, bagaimana ia boleh dibaik pulih jika perlu? Jadi, ini terma rujukan. Masalahnya, walaupun RCI telah dibentuk sejak awal tahun ini, namun, tiada langsung media melaporkan berkenaan terma rujukannya.
Anda ada pertikaian tentang keahlian dalam RCI?
Di sini saya tidak sehaluan dengan permohonan yang dibuat pasukan peguam Tun Mahathir untuk membatalkan kelayakan Md. Raus sebagai pengerusi RCI dan anggota-anggotanya. Bagi saya tiada isu pun berkaitan pelantikan beliau sebab sebagai bekas Ketua Hakim Negara, beliau paling layak menjadi pengerusi RCI kerana ini tidak melibatkan isu peribadi.
Cuma, ada dua peguam yang pernah menganggotai jawatankuasa ditubuhkan Ismail dahulu berada dalam RCI, yang bagi saya ada kemungkinan kepentingan konflik kerana mereka berdua terlibat dalam jawatankuasa khas terdahulu. Semestinya, mereka telah melalui apa yang sepatutnya proses penelitian dan penemuan yang perlu yang membawa kepada laporan jawatankuasa khas dan RCI.
Apa pendapat anda tentang prosiding RCI Batu Puteh dijalankan secara tertutup?
Kalau pun mahu buat prosiding RCI secara tertutup, jangan lupa, saya sendiri terlibat secara langsung dalam RCI Forex pada 2017. Jadi, kalau kerajaan mahu buat secara tertutup, maklumkanlah sejak awal terma rujukan bahawa prosiding RCI Batu Puteh akan dikendalikan secara terbuka atau tertutup. Sekarang kita semua tidak tahu langsung,
Seseorang yang mempunyai kepentingan siasatan berhak hadir dari hari pertama sehinggalah tamat prosiding melalui peguam kerana ia dijamin di bawah akta suruhanjaya siasatan. Dalam isu ini, kita mahu semak siapa yang menarik balik keputusan itu?
Sebagai pengerusi RCI, Md. Raus sepatutnya tahu perkara ini. Mengapa beliau tidak benarkan Tun Mahathir hadir sebagai orang berkepentingan memandangkan beliau sahaja yang boleh menjawabnya? Saya berharap jawapan tersebut dinyatakan di dalam laporan muktamad RCI kelak.
Apa gunanya penubuhan RCI yang dikatakan demi kepentingan negara tetapi dijalankan secara tertutup? Media sendiri sebagai cabang keempat kerajaan dan semak dan imbang pun tidak tahu keadaan sebenar yang berlaku termasuk terma rujukannya.
Bagaimana dengan laporan RCI yang dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong pada Selasa lalu?
Kita kena pastikan apa yang berlaku pada hari tersebut. Masalahnya tiada hujung pangkal prosiding, tiba-tiba sahaja sudah keluar laporan yang pengerusi RCI menghadap Seri Paduka di Istana Negara untuk menyerahkan laporan terkini RCI.
Apa maksudnya? Beliau memberi andaian kepada pembaca seolah-olah laporan RCI Batu Puteh sudah selesai. Orang ramai mungkin beranggapan yang laporan itu sudah muktamad. Padahal Tun Mahathir baru selesai memberi keterangan pada 12 Jun lalu. Dalam masa enam hari sahaja laporan sudah siap atau adakah itu adalah laporan bersiri?
Tetapi, mengapa perlu hantar laporan bersiri kepada Istana Negara pula? Paling penting, laporan ini hendaklah diserahkan kepada pihak berkepentingan dan dedahkan laporan yang lengkap. Saya khuatir kerana prosidingnya dijalankan secara tertutup dan jika permohonan Tun Mahathir melalui peguamnya tidak dinyatakan di dalam laporan RCI.
Ada kemungkinan juga keterangan beliau juga mungkin dibuat secara tidak lengkap. Saya tahu, saya juga bakal seorang saksi yang akan dipanggil memberi keterangan menceritakan rentetan peristiwa yang lengkap, maka, berilah salinan laporan kepada pihak-pihak berkepentingan termasuk saya sendiri. Berlaku adillah dan beri kami untuk melihatnya.
Kami mahu pastikan apa yang kami terangkan itu ada atau tidak di dalam laporannya? Supaya dalam tempoh beberapa tahun ke hadapan, rakyat Malaysia pun boleh baca dan faham. Inilah kepentingan RCI untuk memberi rakyat faham sekali gus mengelakkan kekhuatiran.
Jika kerajaan tidak mendengarnya, maka, rakyat Malaysia boleh buat kesimpulan sendiri. Adakah rakyat mahu percaya kandungan laporan RCI itu atau tidak?
Apa implikasinya jika prosiding dijalankan secara terbuka?
Tiada. Kalau kerajaan kata ini demi kepentingan negara, jadi, apa masalahnya? Tiada isu keselamatan negara dan pihak berkuasa yang terlibat. Kita cuma mahu tahu adakah cara menarik balik keputusan itu mengikut tatakelola dan sistem tadbir urusan atau benar atau tidak?
Berlaku adillah, jangan syok sendiri dan kata ini demi kepentingan negara seperti yang dikatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said. Tetapi, di Parlimen beliau boleh pula buat tuduhan yang Tun Mahathir buat keputusan secara diam-diam? Walaupun beliau tidak sebut nama secara khusus, tetapi, semua tahu siapa perdana menteri ketika itu.
Ada yang berpandangan prosiding tertutup untuk elak spekulasi?
Bukankah spekulasi itu telah dibuat oleh kerajaan sendiri? Bukankah Azalina yang memandai-mandai buka mulut dan cakap macam-macam kononnya Tun Mahathir buat keputusan sendiri? Anda menuding jari kepada negarawan sebelum RCI ditubuh. Adakah itu adil? Jangan cakap buat prosiding terbuka kerana bimbang spekulasi bertebaran, padahal sudah keluarkan macam-macam tohmahan dan sekarang mahu prosiding tertutup sebab takut kebenaran keluar?
Saya berharap Raus sebagai bekas Ketua Hakim dan Pengerusi RCI tidak terperangkap dengan perkara busuk ini yang cuba diusahakan oleh pihak tertentu.
Azalina tidak berhak mendahului RCI dengan kenyataan-kenyataan lanjut sebelum RCI mengeluarkan laporan. Jika beliau seorang menteri yang matang, Azalina mesti minta maaf di Parlimen kerana kenyataannya sebelum ini. Jangan berselindung di bawah tembok yang rapuh.
Jika gesaan anda tidak didengari?
Maka, saya kasihan dengan rakyat Malaysia. Bukan sahaja soal isu Batu Puteh, tetapi, mana-mana isu urus tadbir negara kita perlukan kerajaan yang telus, amanah dan jujur. Rakyat sendiri akan menilainya dan membuat keputusan dalam pilihan raya seterusnya dan memilih kerajaan yang lebih baik. – Mingguan Malaysia




Source link
The post Laporan RCI Batu Puteh: Berlaku adil, jangan syok sendiri appeared first on Edisi Viral Plus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://plus.edisiviral.com/laporan-rci-batu-puteh-berlaku-adil-jangan-syok-sendiri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muslihat Mahathir Laporan Rci Forex Rm30 Bilion Diperap Tapi Mahu Rci Batu Puteh Di Buka Kepada Umum

Muslihat Mahathir Laporan Rci Forex Rm30 Bilion Diperap Tapi Mahu Rci Batu Puteh Di Buka Kepada Umum

papar berkaitan - pada 11/6/2024 - jumlah : 89 hits
Oleh Adam MalikMahathir memohon mahkamah untuk memerintahkan prosiding tertutup itu terbuka kepada umum dan memecat tiga daripada tujuh ahli panel RCI kerana didakwa berisiko berat sebelah Setelah memerap Laporan RCI FOREX RM30 bilion ketik...
Batu Puteh Rci Stays Closed Door Ex Cj Still Heads It

Batu Puteh Rci Stays Closed Door Ex Cj Still Heads It

papar berkaitan - pada 13/6/2024 - jumlah : 63 hits
The Royal Commission of Inquiry into Malaysia s 2018 withdrawal of its appeal over the International Court of Justice decision to award Batu Puteh s sovereignty to Singapore will remain closed door and not open to the public The RCI will al...
Dr M Ridiculous To Claim I Made Own Decision On Batu Puteh

Dr M Ridiculous To Claim I Made Own Decision On Batu Puteh

papar berkaitan - pada 13/6/2024 - jumlah : 61 hits
Former prime minister Dr Mahathir Mohamad denied that he made a unilateral decision to withdraw the application for review and interpretation of the Pulau Batu Puteh judgment in 2018 Instead he said the decision was discussed at the cabinet...
How Dr M Got It Wrong On Batu Puteh

How Dr M Got It Wrong On Batu Puteh

papar berkaitan - pada 23/6/2024 - jumlah : 58 hits
Dr Mahathir Mohamad at a press conference on June 12 about his decision to drop the case on sovereignty over Batu Puteh PETALING JAYA Dr Mahathir Mohamad may have misconstrued legal advice when deciding to drop a case on Malaysia s sovereig...
Hadis 40 Kupas Secara Berilmu Bebas Jangan Ikut Tafsiran Sendiri

Hadis 40 Kupas Secara Berilmu Bebas Jangan Ikut Tafsiran Sendiri

papar berkaitan - pada 23/6/2024 - jumlah : 87 hits
Pengajaran Hadis 40 atau Matan Hadits Arbain Imam Nawawi perlu dilakukan secara berintegriti dan berilmu serta tidak berasaskan kepentingan sesuatu pihak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kitab hadis yang sering dibaca di sek...
Kes Batu Puteh Bukan Keputusan Saya Sendirian Tun M

Kes Batu Puteh Bukan Keputusan Saya Sendirian Tun M

papar berkaitan - pada 13/6/2024 - jumlah : 54 hits
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan membuat keputusan sendirian dalam kes membabitkan tuntutan Pulau Batu Puteh sehingga Malaysia kehilangannya Beliau berkata sebaliknya keputusan itu diputuskan Kabinet pada 2018 dengan ...
Pakai Kereta Adalah Pilihan Jadi Jangan Merungut

Pakai Kereta Adalah Pilihan Jadi Jangan Merungut

papar berkaitan - pada 10/6/2024 - jumlah : 73 hits
Norizan Walaungs Abah korang pun sokong Subsidi bersasar cuma dia tak berani buat sbb takut hilang undi
Hang Jangan La Tak Bagi Penerangan Kat Kawan Hang Tu Tapi Hang Low Class Punya Olang

Hang Jangan La Tak Bagi Penerangan Kat Kawan Hang Tu Tapi Hang Low Class Punya Olang

papar berkaitan - pada 10/6/2024 - jumlah : 84 hits
Najib BakarDia gini Nurul Mohamed Yusoff hang sepatutnya sebagai kawan kena bagitau member tu kenderaan komersil boleh dapat diesel harga subsidi Tapi hang macam biasa la sebagai politikus low class yang cuma nak hentam musuh tak bagi pun s...
Atok Jangan Gelabah

Atok Jangan Gelabah

papar berkaitan - pada 12/6/2024 - jumlah : 32 hits
Kah kah ATOK SAKA Tua TAKUT DAH GELABAH GAGAL HALANG RCI WALATOK walargon walaun untit PNyembah dan PEMUJA ATOK NAIK JULIN BIJIK MATA PENIN ATOK NAK TERLONDEH LEPASNI Mahkamah juga menolak permohonan pemohon untuk menangguhkan prosiding RCI...
Feilina Feisol Mother Friend And Great Advocate Of Autism Rights

Muhyiddin Terlebih Perasan Di Sungai Bakap

Moxy Putrajaya Keselesaan Dan Keseronokkan Dalam Satu Tempat

How The Manly 150ah Lithium Battery Protects Against Overcharging And Short Circuits

With China Producing Many Cars Should We Be Happy

Israel Telah Kalah Tapi Ini Bukan Kata Pas

Najib Tun Razak Game Over

Apa Jadi Kalau Rakyat Jumpa Lubuk Emas Belakang Rumah Hak Milik Siapa Sebenarnya



Info Sinopsis Kutipan Filem Kutukan Ilmu Hitam Waruga Black Magic Curse 2024 Kini Di Netflix Malaysia

5 Tumbuhan Berbentuk Aneh Yang Menyerupai Organ Manusia

Info Dan Sinopsis Filem Pemandi Jenazah The Corpse Washer 2024 Kini Di Netflix Malaysia

Berapakah Tahap Kepanasan Suhu Api Dapur Gas Anda

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dedaun Hijau Di Angin Lalu Slot Megadrama Astro Ria


Comfort Vs Control Can Waistdear Shapewear Balance Both

Wany Hasrita Madu Dua Chord

It Is A Great Achievement

Upscale Retirement Homes In Malaysia A Double Edged Sword

5 Star Hotel Kuala Lumpur Malaysia Top Luxury Kl

Zeus4d Experience Endless Entertainment