Laporan Double Six Tak Lengkap Tanpa Pendedahan Australia Kata Yong


 
Bekas ketua menteri Sabah, Yong Teck Lee berkata, hanya pelepasan laporan penuh tragedi Double Six oleh Malaysia dan Australia boleh menutup babak sejarah Sabah yang amat menyakitkan itu.PETALING JAYA: Hasil laporan tragedi pesawat “Double Six” yang dinyahklasifikasi kerajaan tidak lengkap sekiranya Australia juga tidak mendedahkan hasil siasatan nahas itu, kata bekas ketua menteri Sabah, Yong Teck Lee.
Yong berkata, kerajaan Australia sebelum ini pernah menyatakan penahanan laporan itu disebabkan Malaysia belum mendedahkan laporan akhir berhubung kes itu, lapor Berita Harian.
Beliau yang juga presiden Parti Maju Sabah (SAPP) berkata, Australia sebelum ini enggan mendedahkan laporan nahas itu dengan alasan ia boleh menjejaskan hubungan antarabangsa Komanwel dengan negara berkenaan.
“Arkib Negara Australia menamakan laporan itu sebagai Accident Malaysia Nomad Aircraft 9M-ATZ on 6 June 1976.
“Dalam dua balasan kepada wakil saya bertarikh 14 Mac 2012, Arkib Negara Australia menyatakan bahawa rekod mereka mengandungi butiran teknikal yang boleh memberi kesan kepada hubungan semasa Komanwel (Australia) dengan kerajaan negara asing.
“Dalam kes ini, negara asing itu bermakna Malaysia dan bukan yang lain,” katanya yang menambah kedua-dua laporan Malaysia dan Australia mesti diterbitkan sepenuhnya.
“Ini kerana Arkib Negara Australia juga mendedahkan bahawa bahagian tertentu teks telah dihapuskan atau dipadamkan.
“Hanya pelepasan laporan penuh di Malaysia dan Australia boleh menutup babak sejarah Sabah yang amat menyakitkan ini,” katanya.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum ini mengumumkan kerajaan bersetuju menyahklasifikasikan siasatan nahas pesawat 1976 yang meragut nyawa ketua menteri Sabah ketika itu, Fuad Stephens, dan 10 yang lain.
Dalam kejadian pada 6 Jun 1976, Fuad yang baru 53 hari mengangkat sumpah sebagai ketua menteri meninggal dunia bersama 10 yang lain termasuk menteri negeri apabila pesawat GAF Nomad yang dinaiki terhempas.
Mereka yang maut termasuk menteri negeri, Salleh Sulong, Chong Thien Vun, dan Peter Mojuntin.
Susulan kejadian itu, pengeluar GAF Nomad Australia dan Jabatan Pengangkutan Australia melancarkan siasatan untuk membuktikan bahawa nahas itu bukan disebabkan oleh masalah mekanikal.
Siasatan selesai kira-kira empat bulan kemudian, tetapi laporan penuh tidak didedahkan kepada umum. Sebaliknya, ia diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/04/laporan-double-six-tak-lengkap-tanpa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Bukti Sabotaj Punca Tragedi Double Six Menurut Laporan Nyahklasifikasi

Tiada Bukti Sabotaj Punca Tragedi Double Six Menurut Laporan Nyahklasifikasi

papar berkaitan - pada 13/4/2023 - jumlah : 570 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Tiada bukti sabotaj kebakaran atau letupan yang menjadi punca kemalangan tragik pesawat terhempas pada 1976 yang meragut nyawa Ketua Menteri Sabah ketika itu Fuad Stephens dan 10 yang lain menurut laporan tragedi ...
Double Six Report Raises More Questions Says Kin Of Crash Victim

Double Six Report Raises More Questions Says Kin Of Crash Victim

papar berkaitan - pada 13/4/2023 - jumlah : 208 hits
Donald Peter Mojuntin described the report on the Double Six tragedy as anticlimactic PETALING JAYA The recently declassified report on the fatal 1976 plane crash in Sabah known as the Double Six tragedy leaves the next of kin of victims wi...
No Idea Why Double Six Tragedy Report Classified Under Osa Says Loke

No Idea Why Double Six Tragedy Report Classified Under Osa Says Loke

papar berkaitan - pada 13/4/2023 - jumlah : 208 hits
Transport minister Loke Siew Fook said the report was probably classified because it was standard procedure then PETALING JAYA Transport minister Loke Siew Fook said he is unable to provide a reason as to why the report on the Double Six tr...
Double Six Crash Report Too Many Questions Not Enough Answers For Now

Double Six Crash Report Too Many Questions Not Enough Answers For Now

papar berkaitan - pada 13/4/2023 - jumlah : 463 hits
If this is all what the report is about why make us wait 47 years as if the government was hiding some kind of controversial top secret matter After a 47 year wait the report on the Sabah s tragic Double Six air crash is finally out And it ...
Fitnah Kata Menteri Berkait Laporan Opr Naik Julai

Fitnah Kata Menteri Berkait Laporan Opr Naik Julai

papar berkaitan - pada 31/3/2023 - jumlah : 155 hits
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menafikan OPR akan naik pada Julai PETALING JAYA Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata laporan sebuah media berhubung jangkaan kenaikan kadar dasar semalaman sebanyak 25 mata peratus...
Kematian Kanak Kanak Remaja As Akibat Senjata Api Naik Ketara Kata Laporan

Kematian Kanak Kanak Remaja As Akibat Senjata Api Naik Ketara Kata Laporan

papar berkaitan - pada 9/4/2023 - jumlah : 204 hits
KEMATIAN berkaitan senjata api dalam kalangan kanak kanak dan remaja di Amerika Syarikat melonjak 50 dalam tempoh dua tahun menurut analisis yang dikeluarkan Pusat Penyelidikan Pew minggu ini Sebelum penularan wabak Covid 19 pada 2019 angka...
Lift Ban On Book About Peter Mojuntin Urges Family Of Double Six Tragedy Victim

Lift Ban On Book About Peter Mojuntin Urges Family Of Double Six Tragedy Victim

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 309 hits
A picture of the book on Peter Mojuntin that was banned Image courtesy of Donald Mojuntin Facebook page KOTA KINABALU The family of the late Datuk Peter J Mojuntin urges Putrajaya to lift the ban on a book about the former Sabah minister fo...
Nak Kata Apa Melayu Mudah Kena Tipu

Nak Kata Apa Melayu Mudah Kena Tipu

papar berkaitan - pada 2/4/2023 - jumlah : 220 hits
Pengesahan daripada DrM Pengundi di beri Rm100 untuk undi PN Walaupun DrM membantu mereka semasa covid 19 dan becana ribut yang memusnahkan rumah mereka
Tak Guna 1 Sen Pun Dana Awam Kata Wee Berkait Lawatan Ke China

Tak Guna 1 Sen Pun Dana Awam Kata Wee Berkait Lawatan Ke China

papar berkaitan - pada 1/4/2023 - jumlah : 186 hits
Wee Ka Siong berkata beliau dipelawa menyertai lawatan rasmi perdana menteri ke Beijing PETALING JAYA Presiden MCA Wee Ka Siong menafikan dakwaan seorang wakil rakyat DAP berhubung penyalahgunaan dana awam ketika menyertai lawatan rasmi Per...
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

How To Survive Thanksgiving Travel