Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing Terminal Udara Terbesar Di Dunia Seluas 140 Padang Bola


China bakal membuka lapangan terbang gergasi terbesar di dunia bernilai berbilion dolar dan apa yang lebih unik, ia menyerupai bentuk tapak sulaiman sempena meraikan ulang tahun ke-70 penubuhan negara itu.

Daxing Airport

Kerja pembinaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing di Beijing itu secara rasmi berakhir kelmarin (1/7/2019) dan sedia untuk dibuka secara rasmi pada 30 September depan.

Sambutan majlis tersebut akan menyaksikan Presiden Xi Jinping memberi tabik hormat ketika perarakan tentera di samping perasmian hab futuristik tersebut.

Lapangan terbang tersebut terletak 46 kilometer di selatan Dataran Tiananmen dan akan beroperasi pada kapasiti penuh pada tahun 2025.

Ia dilengkapi empat landasan dan berpotensi menerima sehingga 72 juta penumpang pada setiap tahun.

Menjelang 2040, hab tersebut dijangka diperluaskan lagi kepada lapan landasan termasuk satu untuk kegunaan tentera selain boleh menampung sehingga 100 juta penumpang setiap tahun, sekali gus menjadikan ia terminal tunggal terbesar di dunia.

Pada masa ini, Lapangan Terbang Atlanta di Amerika Syarikat (AS) boleh menerima lebih 100 juta penumpang, namun di dua terminal.

Menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa, pengangkutan udara kini berkembang pesat di China memandangkan taraf hidup meningkat seiring dengan keinginan rakyat untuk melancong dan ia dijangka mengatasi AS dengan menjadi pasaran penerbangan terbesar di dunia menjelang pertengahan 2020.

Beijing akan menyaksikan 1.6 bilion penerbangan setiap tahun bermula 2037 dan jumlah itu lebih satu bilion berbanding 2017.

Sejak tahun 2016, Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing semakin sesak dengan jumlah penumpang melebihi 90 juta dan angka itu meningkat kepada lebih 100 juta pada 2018.

Ibu negara China yang mempunyai populasi sehingga 21 juta penduduk dijangka menerima 170 juta penumpang pada 2025 yang mana ketibaan itu akan dibahagikan antara dua lapangan terbang di ibu negara.

Seluas 140 padang bola

Pada keluasan 700,000 meter persegi atau bersamaan 140 padang bola sepak, struktur baharu tersebut akan menjadi salah satu terminal lapangan terbang terbesar di dunia.

Bangunan itu direka arkitek Anglo-Iraq, Zaha Hadid yang meninggal dunia pada 2016 bersama anak syarikat kejuruteraan Aeroports de Paris.

Rekaan bahagian dalamnya menonjol dengan garis aliran, melengkung dan penggunaan cahaya yang menembusi ke tingkat paling bawah menerusi bukaan bumbung bangunan.

Di bawah terminal yang menelan kos AS$17.5 bilion (RM72.3 bilion) itu terdapat stesen kereta api dan kereta api bawah tanah yang membolehkan penumpang tiba di pusat bandar dalam tempoh kira-kira 20 minit.

Saluran CCTV melaporkan, gabungan SkyTeam termasuk Delta Air France dan KLM akan berpindah ke lapangan terbang baharu tersebut bersama rakan kongsi mereka, Eastern Airlines dan China Southern Airlines.

Syarikat penerbangan terbesar, Air China, dijangka meneruskan operasi mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing yang menerima ketibaan 101 juta penumpang pada tahun 2018 lalu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
8 Lapangan Terbang Paling Menggerunkan Di Dunia!10 Kehilangan Pesawat Udara Yang Menggempar Dunia
sumber: sinarharian



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/07/lapangan-terbang-terbesar-di-dunia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lapangan Terbang Terbesar Di Dunia Bakal Dibuka

Lapangan Terbang Terbesar Di Dunia Bakal Dibuka

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 264 hits
China bakal membuka lapangan terbang gergasi bernilai berbilion dolar menyerupai tapak sulaiman sempena meraikan ulang tahun ke 70 penubuhan negara itu JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGy...
Band Hardcore Taring Wakili Indonesia Dalam Festival Metal Terbesar Dunia Di Jerman

Band Hardcore Taring Wakili Indonesia Dalam Festival Metal Terbesar Dunia Di Jerman

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 281 hits
Band hardcore asal Bandung Taring akan tampil di Jerman pada Agustus mendatang Band beranggotakan Hardy Angga Ferry dan Gebeg ini akan unjuk gigi dalam festival musik ekstrim terbesar di dunia Wacken Open Air
Ranking Baru Bola Sepak Dunia Malaysia Kini Atasi Indonesia Dan Singapura

Ranking Baru Bola Sepak Dunia Malaysia Kini Atasi Indonesia Dan Singapura

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 559 hits
Berdasarkan kemas kini terbaharu pada 14 Jun yang dibuat oleh badan FIFA Malaysia telah berjaya melonjak ke tangga ke 159 dunia Ranking itu menunjukkan Malaysia berada pada tangga ke 159 mengatasi kedudukan negara jiran Indonesia yang berad...
Adu Dhabi Memulakan Operasi Ladang Janakuasa Solar Terbesar Dunia Dengan 3 2 Juta Panel

Adu Dhabi Memulakan Operasi Ladang Janakuasa Solar Terbesar Dunia Dengan 3 2 Juta Panel

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 210 hits
Sumber kuasa yang lebih lestari sudah wujud berdekad lamanya dalam bentuk kuasa angin ombak dan solar Tetapi kerana harga petroleum yang rendah tiga sumber tenaga lestari ini dilupakan hingga menyebabkan kerosakan alam yang kronik Hanya sej...
Orang Terkaya Ke 2 Dunia Curhat Kesalahan Keputusan Bisnis Terbesar Dalam Karirnya

Orang Terkaya Ke 2 Dunia Curhat Kesalahan Keputusan Bisnis Terbesar Dalam Karirnya

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 214 hits
Pendiri Microsoft sekaligus orang terkaya kedua dunia Bill Gates bercerita mengenai kesalahan keputusan bisnis terbesar dalam karirnya Kesalahannya masih disesalinya hingga sekarang Bill Gates menyesal telah memberikan kesempatan bagi Googl...
5 Fakta Unik Bola Made In Majalengka Tampil Di Piala Dunia Hingga Buatan Narapidana

5 Fakta Unik Bola Made In Majalengka Tampil Di Piala Dunia Hingga Buatan Narapidana

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 200 hits
Presiden Joko Widodo saat pertemuannya dengan Presiden Argentina Mauricio Macri memberikan cinderamata berupa sebuah bola Bola tersebut buatan Majalengka Provinsi Jawa Barat Bola itu buatan PT Triple S yang sudah mendapat lisensi dari FIFA ...
Televisyen Luar Rumah Terbesar Dunia Dengan Skrin 301 Inci Dijual Pada Harga Rm6 2 Juta

Televisyen Luar Rumah Terbesar Dunia Dengan Skrin 301 Inci Dijual Pada Harga Rm6 2 Juta

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 218 hits
Televisyen dengan skrin sebesar 55 inci kini boleh dianggap normal di kebanyakan rumah kerana dijual pada harga mampu milik di Malaysia Hanya lima tahun lalu TV dengan saiz skrin yang sama dijual pada harga puluhan ribu Tetapi jika anda mah...
Tanggapan Pengusaha Mobil Tentang Polusi Udara Jakarta Terburuk Dunia

Tanggapan Pengusaha Mobil Tentang Polusi Udara Jakarta Terburuk Dunia

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 188 hits
Menurut Ketua Umum Gabungan Industri Kendaraan Bermotor Indonesia Yohannes Nangoi salah satu upaya untuk menekan polusi udara oleh kendaraan diperlukan bahan bakar yang ramah lingkungan Bahan bakar ramah lingkungan kata dia tak lain bahan b...
Yakin Ada Khasiat Ladang Biak 6 Billion Ekor Lipas Antara Terbesar Dunia

Yakin Ada Khasiat Ladang Biak 6 Billion Ekor Lipas Antara Terbesar Dunia

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 259 hits
Lipas merupakan serangga yang sering ditakuti oleh kebanyakan manusia Ketakutan yang dialami bukanlah kerana serangga itu berbahaya namun disebabkan rasa geli terhadapnya Namun begitu disebalik kebencian rata rata orang terhadap serangga it...
Towards More Comprehensive Pension Reform

3 Sebab Kenapa Kashmir Menjadi Pilihan Traveler Malaysia

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Jetama Taja Sabah Fc Rm5 Juta Musim Ini

Tak Sekolah

Legoland Malaysia Resort Empowers Teachers And Students To Conquer The Legoland School Challenge 2024



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3


Drama Racun Rihanna Lakonan Intan Najuwa Rita Rudaini

Bunga Paling Seram Di Dunia

Logo Autentik Untuk Produk Asli Madu

Ucapan Hari Jadi Ucapan Lawak Untuk Kawan Islamik

Hadiah Hari Guru 40 Idea Hadiah Yang Menarik

Gara Gara Al Bani Menuduh Iamam Bukhari Kafir Karena Takwil