Lapan Lelaki Ditahan Khianat Potong Kabel Tm Sebabkan Kerugian Rm500 Ribu


MELAKA, 5 Ogos (Bernama) — Polis menahan lapan lelaki yang pernah dilantik sebagai pekerja kontrak Telekom Malaysia Bhd (TM) kerana disyaki melakukan perbuatan khianat dengan memotong kabel fiber optik milik syarikat telekomunikasi itu sehingga menyebabkan kerugian kira-kira RM500,000.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Afzanizar Ahmad berkata kesemua suspek berusia lingkungan 24 dan 42 tahun termasuk seorang berjawatan penyelia itu ditahan dalam tangkapan berasingan di daerah Muar dan Batu Pahat, Johor dan di sekitar Melaka Tengah dan Jasin bermula 12.50 tengah malam pada 3 Ogos hingga 7 malam, semalam.
Beliau berkata perbuatan khianat itu menyebabkan berlakunya gangguan sistem telekomunikasi di bangunan kerajaan seperti di mahkamah, institusi perbankan dan pejabat pihak berkuasa tempatan di sekitar Ayer Keroh, kawasan perumahan di Bukit Baru dan beberapa kawasan di Kandang serta Merlimau yang dilaporkan berlaku pada 30 Julai lepas.
“Kami menerima empat laporan polis yang dibuat oleh seorang juruteknik TM berusia 36 tahun tentang perbuatan khianat yang berlaku iaitu dua di Balai Polis Bukit Baru pada 1 dan 3 Ogos, dan masing-masing satu di Balai Kandang (31 Julai) dan Balai Merlimau (1 Ogos).
“Justeru, satu pasukan khas ditubuhkan dan suspek pertama hingga keenam ditahan di daerah Muar dan Melaka Tengah manakala dua lagi menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perjumpaan dan Taklimat Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bersama Ketua Polis Daerah Melaka Tengah di sini, hari ini.
Afzanizar berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan perbuatan khianat itu dilakukan ekoran persaingan dalam perniagaan untuk mendapatkan kontrak namun siasatan lanjut masih dijalankan.
Katanya siasatan awal mendapati dua daripada suspek tersebut yang berusia 26 dan 27 tahun mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan dadah dan curi kenderaan.
Afzanizar berkata semua suspek direman selama empat hari dari tarikh mereka ditahan iaitu bermula kelmarin dan semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.
Beliau berkata tiga kenderaan termasuk manhole key dan playar yang dipercayai digunakan untuk melakukan perbuatan khianat itu turut dirampas bagi membantu siasatan lanjut.
Dalam perkembangan lain, katanya 82 kompaun berjumlah RM82,000 dikeluarkan terhadap orang awam, pelanggan dan pengusaha premis perniagaan kerana melanggar SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan dalan tempoh 8 April hingga hari ini.
“Sebanyak 30 orang telah menjelaskan denda dan kebanyakan kesalahan melibatkan premis makanan yang tidak meletakkan seorang pekerja untuk menjaga pintu masuk bagi merekod suhu dan maklumat pelanggan serta beroperasi lebih daripada masa yang dibenarkan dalam tempoh PKPP,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata pemilik premis perniagaan atau pusat hiburan tidak boleh sewenang-wenangnya meminta atau memegang kad pengenalan pelanggan atau pengunjung untuk tujuan merekod data peribadi mereka sebelum memasuki premis sebaliknya pendaftaran hanya perlu dilakukan menggunakan manual atau menerusi aplikasi MySejahtera.
— BERNAMA
The post Lapan Lelaki Ditahan, Khianat Potong Kabel TM Sebabkan Kerugian RM500 Ribu appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/08/05/lapan-lelaki-ditahan-khianat-potong-kabel-tm-sebabkan-kerugian-rm500-ribu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih Lapan Ribu Individu Pulang Dari Luar Negara Ismail Sabri Dedahkan Jumlah Kes Positif Di Antara Mereka

Lebih Lapan Ribu Individu Pulang Dari Luar Negara Ismail Sabri Dedahkan Jumlah Kes Positif Di Antara Mereka

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 425 hits
Daripada 8 011 individu yang pulang ke tanah air sejak 24 Julai lalu seramai 20 orang positif Covid 19 dan dibawa ke hospital
Sindiket Judi Kebal Respon Bekas Pegawai Polis Yang Difitnah Kerana Kacau Sindiket Jenayah Ada Kabel Besar

Sindiket Judi Kebal Respon Bekas Pegawai Polis Yang Difitnah Kerana Kacau Sindiket Jenayah Ada Kabel Besar

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 701 hits
Foto Mohd Ali Ameer BatsyahSeorang bekas Pegawai Polis yang berpangkat tinggi telah memberi respon terhadap pendedahan Asri Janggut mengenai sindiket judi yang kebal Beliau menceritakan pengalaman dirinya yang difitnah gara gara menumpaskan...
Kabel Mikro Usb Kami

Kabel Mikro Usb Kami

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 336 hits
Bukan mudah mencari kabel mikro USB yang sesuai dengan telefon pintar milik keluarga kami Kabel USB GolfKebel USB mikro jenama Golf adalah bagus daripada segi kadar cas bateri telefon Masalahnya cuma kabel USB mikro Golf ni kepalanya tidak ...
5806 Sindiket Judi Miliki Kabel Luar Biasa Sinar Harian 12 08 2020

5806 Sindiket Judi Miliki Kabel Luar Biasa Sinar Harian 12 08 2020

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 452 hits
SHAH ALAM Faktor pengaruh atau kabel dimiliki sindiket perjudian menjadikan mereka kebal dan terlepas daripada dikenakan tindakan undang undang Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Othman berkata perkara itu ketara a...
Menengok Pengrajin Pisau Untuk Potong Hewan Kurban Di Pakistan

Menengok Pengrajin Pisau Untuk Potong Hewan Kurban Di Pakistan

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 300 hits
Menengok Pengrajin Pisau untuk Potong Hewan Kurban di Pakistan Muslim di seluruh dunia merayakan Idul Adha 1441 Hijriah yang menandai Nabi Ibrahim saat bersedia mengorbankan putranya Ismail untuk menunjukkan kepatuhan kepada Tuhan
Hiburan Nia Atasha Nafi Potong Rambut Persis Tomboy Kerana Putus Cinta Dengan Qi Razali

Hiburan Nia Atasha Nafi Potong Rambut Persis Tomboy Kerana Putus Cinta Dengan Qi Razali

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 881 hits
Bertindak memotong rambut panjangnya dan tampil dengan gaya potong rambut pendek persis tomboy model dan pelakon Nia Atasha mendedahkan beliau memang berambut pendek sejak dari zaman sekolah lagi dan kini terbit rasa rindu untuk mengulang g...
Apple Mula Menjual Kabel Thunderbolt 3 Pro Pada Harga Rm649

Apple Mula Menjual Kabel Thunderbolt 3 Pro Pada Harga Rm649

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 245 hits
Kabel yang baik akan dapat digunakan untuk jangka masa yang lama Oleh itu kabel dengan bahan tahan lasak lasak besi gred industri atau yang dianyam menjadi pilihan berbanding PVC yang akan terkoyak selepas beberapa tahun Apple ialah syarika...
Anda Guna Candy Detergent Di Rumah Hati Hati Ia Boleh Sebabkan Keracunan Teruk

Anda Guna Candy Detergent Di Rumah Hati Hati Ia Boleh Sebabkan Keracunan Teruk

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 381 hits
Jika anda selalu shopping online pasti pernah terlihat detergent candy atau laundry beads yang berwarna warni dan sangat menarik di mata Ia sebenarnya adalah sabun pencuci baju tetapi dibuat dalam bentuk kapsul Sekali pandang macam gula gul...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Harga Netflix Malaysia Terkini 2025

Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal