Lantai Kotor No Problem Spray Mop Kan Ada Spray Saja
Perangai mak-mak sangat ni. haha. Dulu tak heran pun mop ke, vakum ke. Kisah lah kan. Haha. Tapi sekarang kisah sangat.Antara alatan rumah yang penting ni. Kalau dia tak ada, jenuh lah nak kena lap dengan kain kalau air atau ada kotoran kat lantai. Fenattt mami. So nampak tak fungsi dia yang penting sangat kena ada di setiap rumah. Tambah-tambah macam rumah k.fiezz ni yang kat ruang memasak tu suka benor lah segala percikan dalam kuali atau periuk jatuh ke lantai. Maklumlah chef masak, main campak-campak je, samaada tepat masuk dalam kuali / periuk atau pun ada yang ter miss jatuh ke lantai. haha. IKUT PEREDARAN MASA, PILIH SPRAY MOPKebetulan bulan lepas, mop lama kat rumah k.fiezz ni dah patah batang dengan kepala dia tu. Memang tak boleh nak beli batang lain sebab dia patah kat tempat penyambung tu. Jadi suku dari batang tu terlekat di penyambung. K.fiezz ada cuba keluarkan tapi tak boleh. Tunjuk dengan mr hubby kot boleh mr hubby tarikkan yang lebihan tersangkut di penyambung tu. kalau boleh keluarkan nanti beli batang yang lain. Memang tak boleh lah cerita dia. Mr hubby bagi green light suruh buang. Yeay. Selalu mr hubby ni susah sikit nak buang-buang barang. K.fiezz yang rajin. haha. 5S kan. haha.
Bila dah buang mop lama tu, masalah pula. Sebabnya nak mop lantai di kawasan ruang memasak yang k.fiezz cakap kat atas ni. Aahhh sudah.. K.fiezz tak berapa suka pijak lantai yang berminyak lepas tu ada tompokan masakan yang terjatuh atas lantai kat area situ. Sakit mata ni tengok.
Sebelum mula PKPB haritu ada kitaorang ke Aeon, k.fiezz dah usya mop baru. Lepas tu adik ipar beritahu mak mertua k.fiezz ada beli spray mop. Mula k.fiezz macam 'hah..spray mop'. Serius ketinggalan sungguh lah. Lepas tengok gambar spray mop ni dalam shopee, eh..macam best je. Nak spray mop ni lah. Ikut peredaran masa sikit, yea tak..Moden sikit spray mop ni. Botol spray dah sekali kat batang dia tu. Kita main tekan-tekan je. So let's order.
Tadaaaa...sampai dah spray mop yang order dari shopee ni.. Yeay
Mop baru. Tak salah pilih jenis yang ni. MOP LANTAI TERBAIKDah sampai tu, tak terus guna. Sebab masa sampai spray mop ni hari kerja. Sabtu lepas, tak ada buat apa. Kita rasmikan lah spray mop ni. Dia sampai dalam kotak kecil. K.fiezz pun masa dapat tu, macam 'eh..kecil kotak dia'. Bila buka kotak, kena sambung sendiri spray mop ni. Tak susah pun. K.fiezz buat sendiri je, tak minta bantuan mr hubby. Jadi maksud k.fiezz, tak complicated sangat lah nak pasang dia
Bila dah siap pasang. Wah, best lah spray mop ni. Memang mop lantai terbaik ni. Tak salah pilihan k.fiezz pilih yang ni. Kepala dia tu boleh pusing-pusing 360 darjah. Terutama di tempat yang macam susah nak kita mop. Terbaik lah. Nak air, tak ada hal beb. Spray kan sahaja. Botol spray tu dah sekali di batang dia & nak tekan air tu keluar di pemegang. Senang je lah guna dia. Praktikal sangat.
Nampak tak di celah bedah ni boleh je masuk, tak ada masalah. hehe
Suka suka.
RAJIN MENGEMOPMakin rajin lah mengemop lepas ni. hehe. Eh lupa pula, yang kain dia tu boleh cuci yea. Jadi setiap kali selepas guna, boleh basuh & sidai untuk keringkan. Kain tu jenis lekatkan sahaja pada kepala tu. Ada pelekat dah siap letak.
Memang rasa rajin pula mengemop sejak dah ada spray mop ni. hehe.
Kalau korang yang nak beli ni, k.fiezz memang setuju sangat. Serius, berbaloi weiii.
Harga spray mop ni yang k.fiezz beli di shopee >> RM41.00 sahaja. shipping..Free..Masa mr hubby order ni, dapat Free Shipping..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2020/11/Lantai-Kotor-No.html