Lanjut Sehingga 19 Ramadan Pkp Dilonggarkan Sedikit Untuk Dua Perkara


Oleh MALAYSIA DATELINE 
         April 23, 2020 9:39 pm

Hanya diberi sedikit kelonggaran terhadap dua perkara apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan dua minggu sehingga 12 Mei bersamaan 19 Ramadan.

Kelonggaran itu hanya membabitkan kebenaran pelajar di institut pengajian tinggi (IPT) di kampus untuk pulang ke rumah dan kebenaran satu kali perjalanan kepada rakyat yang terkandas di kampung atau tempat lain sebelum PKP fasa pertama dikuatkuasakan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan hal tersebut dalam Perutusan Khas Ramadan secara langsung menerusi RTM, sebentar tadi.

PKP fasa tiga sepatutnya berakhir pada 28 April ini selepas kali pertama dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu.

Menurut Muhyiddin, hampir 100,000 pelajar di kampus yang sebelum ini tidak dibenarkan pulang boleh kembali ke pangkuan keluarga masing-masing sedikit masa lagi.

Proses membawa pelajar itu pulang, ujarnya, giat dirancang kerajaan dengan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandangkan ia membabitkan jumlah yang besar.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan mesti merancang pergerakan pelajar terbabit dengan teliti untuk pastikan ia teratur dan tidak menyebabkan risiko jangkitan koronavirus baharu (Covid-19).

“Sebelum dibenarkan pulang, semua pelajar ini akan dipastikan benar-benar sihat dan tidak mempunyai gejala Covid-19. Kepada anak kita yang berada di kampus, insya-Allah dalam tempoh yang tak berapa lama lagi, anda semua boleh pulang ke pangkuan keluarga,” jelasnya.

Muhyiddin berkata, butiran terperinci mengenai pergerakan pulang tersebut akan diumumkan kerajaan dalam masa terdekat.

“Jadi, kepada ibu bapa sabar dulu. Beri sedikit masa kepada kementerian yang berkaitan untuk menguruskan perkara ini.

“Saya tahu anda semua rindukan anak masing-masing. Insya-Allah, dalam sedikit masa lagi, anak anda dah boleh berada di rumah. Yang penting mereka semua boleh pulang dengan selamat,” katanya.

Keduanya, beliau berkata, kerajaan menimbang untuk memberikan kebenaran satu kali perjalanan untuk mereka yang berada di kampung atau di tempat lain dan hendak balik semula ke rumah masing-masing.

Jelasnya, kebenaran tersebut hanya diberi kepada mereka yang terperangkap di kampung atau di tempat lain sebelum kerajaan melaksanakan PKP yang pertama.

Bagi tujuan itu, katanya, kerajaan giat mengumpul data dan mengkaji kaedah terbaik untuk mengatur pergerakan yang dijangka tentunya membabitkan jumlah yang besar.

“Seperti yang diumumkan Menteri Kanan Pertahanan, mereka yang terbabit boleh mendaftar secara online di aplikasi disediakan PDRM, atau membuat temu janji untuk hadir ke balai polis bagi tujuan membuat pendaftaran.

“Adalah penting untuk polis mengatur perjalanan saudara-saudari supaya tidak berlaku kesesakan di jalan raya atau di hentian di lebuh raya.

“Anda juga perlu pastikan anda sihat dan tidak mempunyai apa-apa gejala sebelum memulakan perjalanan,” pesannya.

Muhyiddin berkata, butiran terperinci mengenai hal tersebut akan diumumkan kerajaan dalam masa terdekat.

“Ini adalah sedikit kelonggaran yang diberikan setakat ini. Saya ulang sekali lagi, Sedikit kelonggaran. Bukan terlalu longgar.

“Kedua-dua langkah ini juga akan dipastikan teratur dan tidak menjejaskan usaha kita memerangi Covid-19,” tambahnya lagi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/04/lanjut-sehingga-19-ramadan-pkp.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mengajar Anak Mengaji Quran Bersama Dirumah Ambil Kesempatan Masa Terluang Tempoh Pkp Dan Ramadan Yang Menghampiri

Mengajar Anak Mengaji Quran Bersama Dirumah Ambil Kesempatan Masa Terluang Tempoh Pkp Dan Ramadan Yang Menghampiri

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 1038 hits
Sedar tak sedar terdapat hikmah tersembunyi disebalik wabak Covid 19 yang melanda Semua aktiviti yang formal menjadi tergendala dan hampir kesemua orang menjalani perintah kawalan pergerakan di mana kebanyakan masa tinggal di rumah sahaja J...
Pkp Dilanjutkan Dua Minggu Lagi

Pkp Dilanjutkan Dua Minggu Lagi

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 230 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah kawalan pergerakan akan disambung lagi dua minggu sehingga 28 April Keputusan itu dibuat susulan maklum balas Kementerian Kesihatan Malaysia bagi membendung wabak Covid 19 Berdasarkan na...
Covid19 Pkp Ramadan Di Rumah Atau Penjara

Covid19 Pkp Ramadan Di Rumah Atau Penjara

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 576 hits
PKP RAMADAN DI RUMAH ATAU PENJARA PKP RAMADAN DI RUMAH ATAU PENJARA Buatlah pilihan yang bijak Tepuk dada tanya hati Jangan sia siakannya Posted by on Buatlah pilihan yang bijak Tepuk dada tanya hati Jangan sia siakannya Teruskan duduk ruma...
Kes Menurun Kepada Dua Angka Rakyat Diseru Terus Patuh Pkp

Kes Menurun Kepada Dua Angka Rakyat Diseru Terus Patuh Pkp

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 305 hits
Setelah hampir sebulan Malaysia menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula sejak 18 Mac lalu dan semalam baru sahaja memasuki fasa ketiga yang dilanjutkan sehingga 28 April 2020 Usaha kerajaan bagi memutuskan rantaian penularan CO...
Pkp Ramadan Cod Kurma Dried Rotab Mariami Dan Kurma Ajwa Nabi Madinah Di Kajang Bangi Semenyih

Pkp Ramadan Cod Kurma Dried Rotab Mariami Dan Kurma Ajwa Nabi Madinah Di Kajang Bangi Semenyih

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 818 hits
PKP RAMADAN COD KURMA DRIED ROTAB MARIAMI DAN KURMA AJWA NABI MADINAH DI KAJANG BANGI Semenyih Assalamualaikum dan Selamat Berpuasa semua PKP ni bukan mudah bila seorang mummy yang bekerja nak kena uruskan anak anak sekolah online anak anak...
Polis Buru Dua Lelaki Menyamar Polis Buat Roadblock Pkp Untuk Samun

Polis Buru Dua Lelaki Menyamar Polis Buat Roadblock Pkp Untuk Samun

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 1012 hits
BUKIT MERTAJAM 22 April Polis sedang mengesan dua lelaki dipercayai menyamar sebagai anggota pasukan keselamatan itu dan mengadakan sekatan jalan raya sempena Perintah Kawalan Pergerakan di Jalan Sungai Lembu Machang Bubok di sini sebelum m...
Pelaksanaan Pkp Fasa 1 2 Memperlihatkan Tren Jumlah Kes Baharu Covid 19 Sedikit Terkawal Kp Kesihatan

Pelaksanaan Pkp Fasa 1 2 Memperlihatkan Tren Jumlah Kes Baharu Covid 19 Sedikit Terkawal Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 382 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan bahawa pelaksanaan PKP Fasa 1 dan 2 memperlihatkan tren jumlah kes baharu Covid 19 menjadi sedikit terkawal tanpa kenaikan mendadak Kenyataan tersebut dinyatakan pada sidang media ...
Pkp Gpppkmm Lancar Aplikasi Bantu Penjaja Sepanjang Ramadan

Pkp Gpppkmm Lancar Aplikasi Bantu Penjaja Sepanjang Ramadan

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 493 hits
KUALA LUMPUR Gabungan Persatuan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia melancarkan applikasi dikenali sebagai Warong Digital ERamadhan Bazar untuk membantu golongan penjaja dan peniaga menjalankan perniagaan sepanjang Ramadan t...
Rakyat Berang Pkp Dua Darjat

Rakyat Berang Pkp Dua Darjat

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 330 hits
Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tiada siapa yang boleh terlepas daripada tindakan jika melanggar PKP Namun kata Ketua Polis Perak Datuk Razarudin Husain Bagaimanapun berdasarkan gambar majlis makan yang tular kesemua ha...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Pahang Bersatu Chief Denies Plans To Join Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cekodok Pisang Rangup Di Luar Dan Tanda Kematian

Top Reasons Online Casino Malaysia Has Become A Preferred Choice For Gamblers

Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi

Selepas Setahun Terima Kasih Allah Beego Kongsi Foto Bersama Linda Hashim Amp Anak Anak

Ular Sawa Kekenyangan Makan Anak Lembu

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Validasi