Langsung Ph Akan Kemuka Bukti Sokongan Diterima Kepada Agong Salahuddin


WARTAWAN MAMALYSIA KINI



LANGSUNG | Malaysiakini melaporkan perkembangan terkini keadaan politik semasa berikutan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang berusia 20 bulan.

Jika anda suka laporan kami, sokong media bebas dengan melanggan Malaysiakini dengan harga serendah RM0.55 sehari. Maklumat lanjut di sini

LANGSUNG  5.30 petang: Eastin Hotel, Petaling Jaya - Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata PH akan mengemukakan perakuan bersumpah (SD) anggota parlimen yang menyokong Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri, kepada Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata, surat daripada Istana Negara semalam tidak menyatakan secara khusus tempoh masa untuk kedua-dua pihak mendapatkan sokongan melalui SD.

"Kita yakin ada angka (sokongan MP) yang cukup, sebab itu kita usaha sampai saat ini.

"Tiba-tiba kita dengar pengumuman rasmi istana, sebab itu kita akan cari jalan...InsyaAllah kita akan buktikan (ada sokongan). Kita ada hujah yang cukup," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan sama ada SD yang dihantar oleh ketua-ketua parti kepada Istana tengah hari tadi cukup untuk membolehkan PH menubuhkan kerajaan.

Beliau juga berkata PH akan meneliti aspek undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan sebelum menentukan langkah seterusnya.

5.15 petang: Ahli majlis tertinggi Bersatu Wan Saiful Wan Jan berharap pelantikan Muhyiddin sebagai perdana menteri menandakan berakhirnya krisis politik dan pembinaan semula negara

"Para pemimpin yang menerima mandat baru ini harus memastikan jasa baik para pemimpin masa lalu akan terus dihargai," tambahnya.

Beliau juga meminta Bersatu untuk kembali bersama-sama dengan disiplin yang lebih baik.

Sementara itu, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang ditemui di rumah Muhyiddin menyatakan rasa] syukur atas keputusan itu.

“Alhamdulillah. Kerja keras kita selama seminggu berjaya angkat Muhyiddin sebagai PM,” katanya.


4.55 petang: Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menyambut pengumuman istana tentang lantikannya sebagai perdana menteri dengan sujud syukur.

Dalam satu video berdurasi 51 saat yang dikongsikan di laman Facebook Rita Sarbanon Ismail, Muhyiddin dilihat sedang mengerjakan sujud syukur, sebelum kemudiannya menadah tangan dipercayai berdoa selama beberapa puluh saat.

Sebelum itu, pada jam 4.30 petang, Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Muhyiddin sebagai perdana menteri kelapan menggantikan Dr Mahathir Mohamad yang kini berkhidmat sebagai perdana menteri interim.

Ketika ditemui media di kediamannya di Bukit Damansara, Muhyiddin mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya dan berharap semua rakyat Malaysia menerima keputusan Istana.

"Saya bersyukur kepada Allah dianugerahkan jawatan perdana menteri kelapan. Dengan izin dan perkenan Agong.

"Saya menjunjung kasih di atas perkenan Agong dan sebab itu saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan moral kepada saya.

"Dan kita telah pun beristiqamah untuk menyatakan syukur atas anugerah diberikan Allah kpd saya.

"Saya hanya menohon untuk seluruh rakyat Malaysia menerima baik keputusan diumumkan Istana Negara hari ini," katanya.

Muhyiddin juga menambah bahawa beliau dimaklumkan bahawa upacara angkat sumpah akan diadakan di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada pukul 10.30 pagi esok.


4.30 petang: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa dilaporkan berkenan melantik Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri kelapan

4.24 petang: Anggota Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik menyatakan sokongannya buat Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri.

Katanya, meskipun dia tidak boleh berkompromi dengan sebarang usaha untuk menjejaskan kepentingan agenda Melayu, Islam dan Bumiputera, dia juga sukar untuk bersekongkol dengan individu-individu yang terlibat rasuah dan korupsi dan sedang diadili di mahkamah.
“Kemelut ini perlu diselesaikan segera.

“Dengan ini, saya menyatakan sokongan saya kepada YAB Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri Malaysia.

“Saya juga ingin menyeru kepada semua Ahli Parlimen Bersatu untuk kembali bersatu dan meletakkan kepentingan negara mengatasi kepentingan politik,” katanya dalam satu kenyataan.


Warisan kata kedudukan tak berubah, masih sokong Dr M
4.10 petang: Parti Warisan Sabah berkata ia kekal konsisten dalam sokongannya terhadap Anggota Parlimen Langkawi, Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.

"Selepas mengadakan mesyuarat dengan pimpinan tertinggi parti, Warisan tetap dengan pendirian sebelum ini iaitu menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri," kata Setiausaha Agung Warisan Loretto Padua
Keputusan itu disahkan semula berikutan mesyuarat kepimpinan.


Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata Anggota Parlimen Keningau, Jeffrey Kittingan, yang pagi ini dilihat di kediaman Presiden Bersatu Muhyidddin Yassin di Kuala Lumpur, tidak akan menyokong Mahathir.

Mahathir dan Muhyiddin, walaupun dari parti yang sama, kini berbalah dan bersaing untuk membentuk kerajaan baru.


Istana Negara keluar kenyataan rasmi jam 5 petang ini
4.09 petang: Bernama melaporkan Istana Negara akan keluarkan kenyataan rasmi pada jam 5 petang ini.


Anwar dakwa tiga MP sertai PH
3.40 petang - Hotel Eastin, Petaling Jaya: Presiden PKR,  Anwar Ibrahim mendakwa tiga anggota parlimen menyertai Pakatan Harapan (PH) termasuk Anggota Parlimen Serian, Richard Riot dari GPS

Ini menjadikan jumlah sokongan anggota parlimen kepada Dr Mahathir Mohamad adalah seramai 95 orang berbanding 92 sebelum ini.

Anwar, bagaimanapun tidak menamakan dua anggota parlimen lain yang beralih arah kepada PH.
"(Angka) jauh lebih tinggi sebab 95 itu (dari) PH, Tun M tentulah bawa beberapa (MP) lagi," katanya.

Tanpa memberitahu angka yang tepat, beliau berkata PH kini sudah mempunyai jumlah anggota parlimen yang mencukupi di pihak mereka.

Ketika diminta mengesahkan Riot menyertai PKR, Anwar berkata, pemimpin berkenaan akan menyertai parti itu.

"Tadi dia call, dia mohon lama dah, tadi dia call , dia confirm he is on the way," katanya.


Pagi Jeffrey sokong Muhyiddin, petang didakwa sokong Mahathir
3.31 petang: Jika di sebelah pagi Jeffrey Kitingan menyatakan sokongan kepada Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri, di sebelah petangnya anggota parlimen Keningau itu dikatakan mengubah pendirian.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil menerusi Twitternya mendakwa Jefrrey kini beralih sokongan kepada Dr Mahathir Mohamad

"PKR dan PH mengucapkan terima kasih kepada YB Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Ahli Parlimen Keningau (P.180) yang telah menyatakan sokongan terbuka buat @chedetofficial sebagai calon Perdana Menteri," katanya.
KEADILAN & amp; Pakatan Harapan mengucapkan terima kasih Kepada YB Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Ahli Parlimen Keningau (P.180) Yang Telah menyatakan Sokongan Terbuka buat @chedetofficial . SEBAGAI calon Perdana Menteri & mdash; Fahmi Fadzil (@fahmi_fadzil) 29 Feb 2020 Awal pagi tadi Jeffery dari parti Star, merupakan salah seorang anggota parlimen yang berkumpul di kediaman Muhyiddin dalam rancangan untuk memaklumkan kepada istana bahawa mereka mempunyai majoriti membentuk kerajaan baru

Setelah kira-kira 40 minit pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong, Muhyiddin dilihat meninggalkan istana, sementara Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, yang mengiringi beliau hanya berkata "Kami akan kembali esok".

SAMBUNGAN BERITA SILA LIHAT DI SINI


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/langsung-ph-akan-kemuka-bukti-sokongan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Dakwa Dapat 112 Undi Sokongan Kumpul Bukti Malam Ini Untuk Menghadap Ydp Agong

Ph Dakwa Dapat 112 Undi Sokongan Kumpul Bukti Malam Ini Untuk Menghadap Ydp Agong

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 289 hits
Pakatan Harapan akan mengadakan mensyuarat tergempar malam ini susulan perlantikan Tan Sri Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 8 oleh Yang di Pertuan Agong Ini kerana PH percaya bahawa mereka masih mempunyai sokongan ma...
Notmypm Trending Di Twitter Bukti Ada Yang Tidak Hormat Keputusan Agong

Notmypm Trending Di Twitter Bukti Ada Yang Tidak Hormat Keputusan Agong

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 436 hits
Ada yang menyokong Ada yang tidak Ada yang suka bersyukur Ada juga yang marah Inilah yang berlaku sekarang apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin diputuskan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke 8 sebentar tadi apabila ia diumumkan oleh pihak...
Ph Kumpul Bukti Termasuk Sd Yakin Mampu Tunjuk Jumlah Sokongan Majoriti

Ph Kumpul Bukti Termasuk Sd Yakin Mampu Tunjuk Jumlah Sokongan Majoriti

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 283 hits
AKMAL MANAF Timbalan Presiden AMANAH Datuk Seri Salahuddin Ayub yakin dan percaya Pakatan Harapan mampu menunjukkan jumlah sokongan majoriti dalam masa terdekat ini Beliau berkata pihaknya akan mengadakan mesyuarat sebentar lagi dan akan me...
Peluang Anwar Untuk Mendapat Sokongan Majoriti Mp Dan Perkenan Agong Bentuk Kerajaan Baru

Peluang Anwar Untuk Mendapat Sokongan Majoriti Mp Dan Perkenan Agong Bentuk Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 519 hits
Ambillah peluang ini dalam situasi sekarang secara sah daripada sebok tuding sana sini PRU14 PH menang jadi kerajaan atas FAKTOR Anwar Buktikanlah sekarang Kemaskini Tindakan Anwar Wan Azizah Matsabu dan limguaeng ke PMO pagi ini sangat tep...
Nafi Terlibat Rasuah Cleopatra Minta Kemuka Bukti

Nafi Terlibat Rasuah Cleopatra Minta Kemuka Bukti

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 154 hits
PETALING JAYA 2 Mac Silakan siasat Berani kerana benar Demikian kenyataan Cleopatra atau nama sebenar Nur Fathiah Syazwana Shahruddin selepas dituduh terlibat dengan rasuah membabitkannya dengan bekas menteri belia dan sukan Syed Saddiq Sye...
Anwar Menghadap Ydp Agong Kemungkinan Yang Akan Berlaku Jika Tun M Dan Anwar Gagal Mendapat Sokongan Majoriti

Anwar Menghadap Ydp Agong Kemungkinan Yang Akan Berlaku Jika Tun M Dan Anwar Gagal Mendapat Sokongan Majoriti

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 475 hits
Malam ini 23 Feb 2020 Perdana Menteri Dr Mahathir menghadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Walaubagaimanapun YDP Agong belum membuat keputusan kerana baginda perlu mendapat penjelasan daripada kedua dua pihak Pada 24 Feb 2020...
Tiada Keyakinan Sokongan Majoriti Bakal Pm Agong

Tiada Keyakinan Sokongan Majoriti Bakal Pm Agong

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 508 hits
Tiada Keyakinan Sokongan Majoriti Bakal PM Agong Yang di Pertuan Agong masih belum memperoleh keyakinan seorang Ahli Parlimen yang mendapat kepercayaan majoriti di Dewan Rakyat bagi membentuk kerajaan baharu menurut kenyataan Istana Negara ...
Langsung Gps Akan Patuh Terhadap Keputusan Agong

Langsung Gps Akan Patuh Terhadap Keputusan Agong

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 270 hits
LANGSUNG Malaysiakini melaporkan perkembangan terkini mengenai situasi politik semasa berikutan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan dua hari lalu
Langkah Gagal Dr Mahathir Jumpa Spb Ydp Agong Minta Tempoh 3 Tahun Pm Interim

Langkah Gagal Dr Mahathir Jumpa Spb Ydp Agong Minta Tempoh 3 Tahun Pm Interim

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 525 hits
If you check mate Mahathir he will bring out another king from his pocket Tapi malangnya kali ini poket Dr Mahathir bocor dan buah king yang Dr Mahathir simpan dalam poket sudah tercicir Berlakon sedih menunjukkan sikap yang kononnya prihat...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip