Langkah Gagal Dr Mahathir Jumpa Spb Ydp Agong Minta Tempoh 3 Tahun Pm Interim



"If you check mate Mahathir, he will bring out another king from his pocket".

Tapi malangnya kali ini, poket Dr. Mahathir bocor dan buah 'king' yang Dr. Mahathir simpan dalam poket sudah tercicir.


Berlakon sedih, menunjukkan sikap yang kononnya prihatin pada rakyat terutamanya masyarakat Melayu Islam dan negara adalah tektik lapok Dr. Mahathir untuk cuba perdaya dan mempengaruhi rakyat.

Kali ini, semua perancangan Dr. Mahathir gagal.

Bermula dari meletak jawatan sebagai Perdana Menteri ke 7, meletak jawatan sebagai Pengerusi PPBM, dilantik sebagai Perdana Menteri Interim, menggunakan Akuan Bersumpah (SD) Ahli Parlimen yang beliau yakin sudah mencukupi adalah strategi politik Dr. Mahathir yang pada awalnya mengikut perancangan beliau.

Tetapi bila Ahli Parlimen dari Muafakat Nasional yang terdiri dari UMNO, PAS, MCA dan MIC mempersembahkan kepada SPB YDP Agong bahawa SD Ahli Parlimen Muafakat Nasional yang menyokong Dr. Mahathir hanya sah sekiranya kerajaan gabungan tidak melibatkan DAP.

Sekiranya kerajaam campuran yang bakal dibentuk melibatkan DAP, maka dengan sendirinya sokongan Ahli Parlimen Muafakat Nasional kepada Dr. Mahathir batal.

Selepas mengadap SPB YDP Agong, pemimpin Muafakat Nasional membuat sidang dan menyatakan pendirian tegas mereka bahawa sokongan kepada Dr. Mahathir telah ditarik balik dan sebulat suara telah meminta perkenan dari SPB YDP Agong supaya membubarkan parlimen supaya rakyat boleh kembali memilih dalam PRU 15.

Hingga ke tahap ini Dr. Mahathir tahu bahawa perancangan beliau akan gagal lalu Dr. Mahathir cuba dapatkan sokongan dari Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Dr. Mahathir berjaya dapatkan sokongan dari GPS tetapi kerana beliau tidak lagi mendapat sokongan padu dari Ahli Parlimen Pakatan Harapan, Dr. Mahathir melalui jalan sukar untuk berkuasa.

Hampir lewat petang selepas kesemua 221 Ahli Parlimen selesai mengadap SPB YDP Agong, Dr. Mahathir mendapat perkhabaran yang lebih mengejutkan.


Dari jangkaan mendapat sokongan seramai 138 Ahli Parlimen, Dr. Mahathir cuma mendapat sokongan dari 54 orang Ahli Parlimen.


Manakala Anwar Ibrahim yang pada mulanya konon menyatakan sokongan tidak berbelah bagi pada Dr. Mahathir mendapat 92 sokongan dari Ahli Parlimen.

Manakala 61 Ahli Parlimen yang bernaung di bawah Muafakat Nasional yang terdiri dari 42 Ahli Parlimen Barisan Nasional, 18 Ahli Parlimen PAS dan 1 Ahli Parlimen PBRS minta supaya parlimen dibubarkan.

Dan baki 14 Ahli Parlimen dikatakan sama ada menyokong Muhyiddin Yassin atau Tengku Razaleigh Hamzah.

Ironinya, tidak ada satu pun dari 4 orang yang dicalonkan sebagai Perdana Menteri mendapat sokongan majoriti dan tidak ada satu pun gabungan parti politik yang mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

Dr. Mahathir Merayu Kepada SPB YDP Agong Supaya Memanjangkan Tempoh Perdana Menteri Interim Selama 3 Tahun


Selepas kesemua 221 Ahli Parlimen selesai mengadap SPB YDP Agong, dikhabarkan Majlis Raja Raja akan mengadakan mesyuarat khas untuk menamatkan kemelut politik tanah air.

Pada sebelah petangnya, selepas membuat pengumuman khas sebagai Perdana Menteri dengan muka dan nada emosi tapi tidak berapa nak menjadi, Dr. Mahathir telah memohon mengadap SPB YDP Agong dan merayu supaya tempoh lantikan beliau sebagai Perdana Menteri Interim dilanjutkan hingga 3 tahun.

Satu langkah terdesak Dr. Mahathir untuk kekalkan kuasa!!!

Apakah Perdana Menteri Interim Sah Mengikut Perlembagaan Persekutuan?


Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan membenarkan SPB YDP Agong untuk membubarkan parlimen atas budi bicara baginda sendiri, sama ada dengan atau tanpa nasihat dari Perdana Menteri.

Memandangkan tiada Perdana Menteri ketika ini dan tiada siapa pun Ahli Parlimen pada pandangan SPB YDP Agong mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen yang lain, maka SPB YDP Agong boleh membubarkan parlimen dan menitahkan supaya pilihanraya umum di adakan.

Perlantikan Perdana Menteri Interim bukan sahaja tidak terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan malah bertentangan dengan Undang Undang Malaysia.

Tujuan Perdana Menteri Interim adalah sebagai 'care taker' kepada kerajaan tetapi dalam keadaan sekarang, Malaysia sudah tidak lagi mempunyai kerajaan dan Perdana Menteri Interim yang tiada sebarang kuasa eksekutif adalah bersendirian dalam mentadbir Malaysia yang sudah tidak ada kerajaan.

Adalah amat mustahil untuk melanjutkan tempoh waktu sah Perdana Menteri Interim walau pun selama sebulan, apa lagi kalau hendak dilanjutkan selama 3 tahun!!!

Ampun Tuanku, rakyat Malaysia percaya, hasil mesyuarat Tuanku dengan Majlis Raja Raja akan membuat keputusan yang terbaik serta mengikut kemahuan rakyat dan tidak mengikut nafsu serakah seorang dua ahli politik yang terlalu tamak pada kuasa.

Kemahuan kami rakyat jelata ialah supaya parlimen dibubarkan dan kami boleh memilih kerajaan yang baru kerana rakyat sudah bosan dengan pemimpin dalam Kerajaan Pakatan Harapan yang terlalu banyak berpoltik hingga mengabaikan rakyat yang sedang kesusahan.

Ampun Tuanku


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malayjaya.blogspot.com/2020/02/langkah-gagal-dr-mahathir-jumpa-spb-ydp.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agong Lantik Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri Interim

Agong Lantik Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri Interim

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 536 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri interim sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu TUN Dr Mahathir Mohamad dilantik Perdana Menteri Interim TUN Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri int...
Tun Mahathir Dijangka Menghadap Ydp Agong Jam 5 Petang Ini

Tun Mahathir Dijangka Menghadap Ydp Agong Jam 5 Petang Ini

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 398 hits
Astro Awani Dr Mahathir mengutuskan surat peletakan jawatan beliau kepada Agong sekitar jam 1 tengah hari Isnin Gambar fail KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mus...
Langkah Politik Dr Mahathir Gagal Fahmi Luah Dalam Lukisan

Langkah Politik Dr Mahathir Gagal Fahmi Luah Dalam Lukisan

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 348 hits
Fahmi Reza menggambarkan Speaker Dewan Rakyat menghalang sidang khas dijadual Isnin Foto ihsan Twitter FahmiKUALA LUMPUR 28 Feb Aktivis dan kartunis Fahmi Reza menarik perhatian umum dengan hasil seni terbarunya berkait situasi politik sema...
Agong Enggan Jumpa Saya Lagi Tun Mahathir

Agong Enggan Jumpa Saya Lagi Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 547 hits
KUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong sudah membuat keputusan untuk tidak berjumpa dengan saya lagi Demikian kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media khas di Yayasan al Bukhary di sini hari ini Menurut beliau yang j...
Anwar Menghadap Ydp Agong Kemungkinan Yang Akan Berlaku Jika Tun M Dan Anwar Gagal Mendapat Sokongan Majoriti

Anwar Menghadap Ydp Agong Kemungkinan Yang Akan Berlaku Jika Tun M Dan Anwar Gagal Mendapat Sokongan Majoriti

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 475 hits
Malam ini 23 Feb 2020 Perdana Menteri Dr Mahathir menghadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Walaubagaimanapun YDP Agong belum membuat keputusan kerana baginda perlu mendapat penjelasan daripada kedua dua pihak Pada 24 Feb 2020...
Dr Mahathir Mulakan Tugas Sebagai Pm Interim

Dr Mahathir Mulakan Tugas Sebagai Pm Interim

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 388 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memulakan tugas sebagai Perdana Menteri interim Dr Mahathir dilihat memasuki Perdana Putra di Putrajaya yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri pada pukul 9 29 pagi Loading Beliau yang menaiki kenderaan ras...
Dr Mahathir Dilantik Pm Interim

Dr Mahathir Dilantik Pm Interim

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 496 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad KUALA LUMPUR Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah telah berkenan menerima peletakan jawatan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Namun begitu menurut Ketua Setia...
Dr Mahathir Jumpa Pemimpin Utama Politik Di Putrajaya

Dr Mahathir Jumpa Pemimpin Utama Politik Di Putrajaya

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 344 hits
PUTRAJAYA 25 FEB Perdana Menteri Sementara Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan bersama tokoh pemimpin politik di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan antara pemimpin parti pol...
Video Dan Teks Penuh Perutusan Khas Tun Mahathir Mohamad Perdana Menteri Interim Malaysia

Video Dan Teks Penuh Perutusan Khas Tun Mahathir Mohamad Perdana Menteri Interim Malaysia

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 948 hits
Sedia maklum bahawa Tun Mahathir Mohamad yang sebelum ini telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri ke 7 Malaysia telah dilantik oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong sebagai Perdana Menteri Interim Malaysia Perlantikan ter...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa