Langkawi Tutup Kedai Ipoh Pula Tumpuan Pelancong


 
Lupakan sekejap mengenai ada tidaknya titah tambahan untuk membolehkan Najib Razak kembali berehat di rumahnya, dan bukan di penjara. Ini kerana PAS sedang berusaha menutup pelbagai kelemahan di negeri-negeri yang ditadbirnya dengan mengalih muncung serangan kepada DAP.
Yang sepatutnya menjadi berita ialah bagaimana Langkawi di bawah kelangkang PAS terus merudum, sebaliknya Ipoh dalam dakapan DAP semakin menjadi tumpuan pelancong.
Ipoh kini dipilih sebagai salah satu daripada lapan destinasi pelancongan terbaik di benua Asia bagi tahun 2025. Bukan itu sahaja, Ipoh, Perak menduduki tangga kelima dalam senarai tersebut, hatta kota Osaka, Jepun berada di tempat keenam.
Langkawi pula mengalami kebalikan dari jumlah kemasukan pelancong ke pulau peranginan ini.
Baru-baru ini saya duduk minum dengan seorang kawan lama, yang merupakan salah seorang pengusaha penginapan bajet di Langkawi. Beliau terpaksa mengangkat tangan tanda mengalah, lantas menjual perniagaannya lantaran pulau mitos ini kini kurang menerima kehadiran pelancong.
Meskipun beliau berjujur tidak pasti apa yang menyebabkan keadaan ini berlaku, ada beberapa hal yang menurutnya menyumbang kepada gejala merudumnya pelancong ke pulau Mahsuri ini.
Pertama, kemasukan pelancongan merosot dipercayai ada kaitan dengan kekerapan perkhidmatan feri ke pulau ini dari tanah besar. Saya difahamkan oleh beberapa teman ahli sains politik yang membuat kajian di pulau ini ketika pilihan raya lepas, salah satu punca Tun Dr Mahathir kalah teruk di sini ialah kerana kegagalan beliau melakukan sesuatu yang bermakna untuk mengatasi kekurangan di atas.
Teman saya si pengusaha resort mengatakan pekan Kuah memang lengang dan kelihatan seperti dilanggar garuda. Keadaan yang dahsyat ini menyebabkan pengusaha kecil sepertinya tidak lagi dapat menampung kos operasi seperti bayaran pajakan tanah dan gaji pekerja. Rata-rata pengusaha resort hanya berupaya menggajikan pekerja dengan bilangan sangat minimum untuk terus beroperasi, katanya.
Menurut teman saya tersebut, sebagai pengusaha dengan modal kecil beliau tidak mampu mengambil pekerja asing, dan mengharapkan orang tempatan. Malah ia satu kaedah menyediakan peluang pekerjaan kepada warga Langkawi.
Akan tetapi keadaan di Langkawi memang menyedihkan. Penafian demi penafian dari orang politik pernah diselar oleh Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA) yang menyifatkan Langkawi bakal bergelar ‘pekan hantu’ jika tiada langkah drastik daripada kerajaan.
Akan tetapi di sini juga datangnya masalah sebenar Langkawi, pembangunan kepelancongan Langkawi datang dari atas, iaitu kerajaan; bukannya berpunca dari bawah iaitu rakyat Langkawi sendiri.
Ahli akademik Shida Irwana Omar dalam ‘The tourism life cycle: An overview of Langkawi Island, Malaysia (2014)’ telah pun memberi amaran sedekad yang lalu bahawa gerakan ‘bottom-up’ lebih munasabah untuk menarik kehadiran pelancong ke Langkawi.
Jika dibandingkan dengan Bali atau Phuket misalnya, kemeriahan pelancong ke pulau-pulau tersebut banyak didorong oleh aktiviti pelancongan yang dijana dan dibina oleh masyarakat sendiri, yang menyedari bahawa kehidupan mereka sangat bergantung dari segi ekonominya kepada sektor ini. Maka masyarakat bergotong royong mengusahakan pelbagai aktiviti pelancongan dan memastikan kejayaan aktiviti mereka itu. Justeru tari kencak, keratan sawah, dan aneka macam lagi acara termasuk Pesta Sastera Ubud yang saban tahun menarik minat sasterawan seluruh dunia adalah semuanya usaha sendiri, dengan bantuan yang sangat minimal dari atas.
Di Langkawi perkara sebaliknya berlaku. Langkawi menanti atau menadah saja pemberian dari kerajaan. Ini membawa kaitan kepada poin kedua.
Menurut teman saya, sejak PAS memerintah Kedah, tidak semena-mena ahli masyarakat serasa malas bekerja.
“Bila kita perlu plumber, tak ada yang nak datang bekerja. Kita telefon tak berjawab. Kita hantar mesej tak berbalas. Akibatnya kerosakan terus berlaku di resort milik aku dan pelancong yang datang memberi rating rendah.”
Bukan itu sahaja, menurut teman saya; mencari tukang bersih kamar juga begitu payah. Misalnya, jika dia ke Kuala Lumpur beberapa hari atas beberapa urusan, dan pulang kembali ke Langkawi kemudiannya, dia akan mendapati cadar kotor berlonggokan tidak bercuci. Bilik bersawang, daun di laman tidak bersapu. Keadaan yang serupa didapati di kebanyakan tempat, katanya, seolah-olah penyakit kemalasan merebak dan mewabak.
Teman saya itu mengakui sukar untuk bersaing dengan pulau-pulau di Thailand, atau Indonesia yang membenarkan penjualan alkohol secara terbuka.
“Tapi jika kerajaan negeri ingin mendapat keberkatan dan menstrategikan Langkawi sebagai pulau peranginan Islami, tidak ada pun usaha yang bersungguh-sungguh membawa pelabur dan juga pelancong dari Timur Tengah misalnya. Aku tak fikir mereka ada idea, gagasan dan tahu bagaimana melaksanakan sesuatu.”
Keadaan ini sangat mendukacitakan. Langkawi sebuah pulau yang indah dan mempunyai banyak keistimewaan untuk diperagakan, akan tetapi mengharapkan semua datang dari atas tidak akan membantu pembangunan pelancongan. Masyarakat sendiri mesti berminat dan ikut serta dalam sektor kepelancongan ini.
Berbeza dengan sektor lain, pelancongan adalah sebuah sektor yang tumbuh dari bawah. Jika masyarakat pulau ini sendiri misalnya menyediakan magis atau naratif tertentu yang membuatkan pelancong ingin hadir maka itu pasti membantu. Kita harus sedar pelancong tidak semestinya mahu ke sesuatu destinasi untuk melihat keindahan semata-mata tetapi juga tertarik dengan aktiviti masyarakat yang unik.
Langkawi mesti diselamatkan. Kerajaan persekutuan hanya berupaya menyediakan fasiliti yang berkenaan sahaja, pihak kerajaan negeri harus menumbuhkan minat ini dalam kalangan orang tempatan. Akan tetapi apabila pimpinan sedia ada kelihatan murung, tidak kreatif, serasa bangang tapi menunjuk pintar, dan tiada kesungguhan maka tidak mungkin orang di bawah akan juga memaparkan kecanggihan.
Orang Langkawi harus mencontohi orang Ipoh. Bukan sahaja menyayangi kota mereka, tetapi bersedia menumbuhkan aktiviti dan acara agar orang luar mahu bertandang. Orang tak akan suka datang ke tempat kita kalau kita sendiri buat muka menyampah. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/01/langkawi-tutup-kedai-ipoh-pula-tumpuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Didakwa Jual Sandwich Tak Halal Um Tutup 2 Kedai Serbaneka

Didakwa Jual Sandwich Tak Halal Um Tutup 2 Kedai Serbaneka

papar berkaitan - pada 11/1/2025 - jumlah : 125 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Universiti Malaya mengarahkan penutupan dua premis kedai serbaneka 24 jam dalam kampusnya susulan dakwaan penemuan produk pek sandwich diragui status halal Dalam kenyataan UM berkata label itu berkait produk sandw...
Man City Seri Tindakan Phil Foden Pula Jadi Tumpuan

Man City Seri Tindakan Phil Foden Pula Jadi Tumpuan

papar berkaitan - pada 27/12/2024 - jumlah : 125 hits
Tindakan perancang tengah Man City Phil Foden menarik seluar pemain Everton menjadi perhatian ketika terikat seri dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Khamis Man City turun menerima kunjungan Everton dengan tuan rumah hanya mencatatkan sat...
Haji Hadi Gelar Madani Jahiliah Anggap Ph Pula Wakil Penjajah

Haji Hadi Gelar Madani Jahiliah Anggap Ph Pula Wakil Penjajah

papar berkaitan - pada 31/12/2024 - jumlah : 139 hits
HarapandailyHanya kurang 24 jam melangkah ke tahun baharu 2025 Pas menggelar dasar kerajaan yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim bukannya Madani Islam sebaliknya Madani Jahiliah Dalam masa sama presiden parti pembangkang itu Tan Sri Abdu...
Kali Ini Giliran Scammer Pula Kena Tipu

Kali Ini Giliran Scammer Pula Kena Tipu

papar berkaitan - pada 27/12/2024 - jumlah : 115 hits
AgensiTaipei Seorang lelaki di Taiwan merangka rancangan yang bijak dan memainkan tiga peranan berbeza untuk menyelamatkan bapanya daripada geng penipuan wang tunai South China Morning Post melaporkan dia berjaya memikat scammer untuk mempe...
Tips Apa Itu Tasreh Raudah Dan Apa Pula Nusuk

Tips Apa Itu Tasreh Raudah Dan Apa Pula Nusuk

papar berkaitan - pada 2/1/2025 - jumlah : 122 hits
Ramai yang bertanya Apa itu Tasreh Raudah dan apa pula Nusuk Terutama bagi mereka yang pertama kali ingin menunaikan umrah perkara ini mungkin kedengaran asing Jom Shasha jelaskan satu persatu 1 Apa Itu Raudah Raudah ialah kawasan istimewa ...
Setiausaha Politik Menteri Wilayah Pula Buat Laporan Polis Terhadap Kj

Setiausaha Politik Menteri Wilayah Pula Buat Laporan Polis Terhadap Kj

papar berkaitan - pada 12/1/2025 - jumlah : 93 hits
Setiausaha Politik Menteri Wilayah Pula Buat Laporan Polis Terhadap KJSetiausaha Politik Menteri Wilayah Persekutuan Nor Azrina Surip menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap Khairy Jamaluddin di IPD Putrajaya pada Sabtu KUALA LUMPUR ...
Pas Dan Ngo Melayu Jom Bela Najib Dengan Kes Baru Pula

Pas Dan Ngo Melayu Jom Bela Najib Dengan Kes Baru Pula

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 102 hits
Ini yang aku kata Sibuk nak dapatkan pengampunan diraja untuk Najib Nak Hakikatnya dia ada lagi kes di mahkamah Dan nampak gaya yang ini pun Ke penjara lagi le gamaknya Sepertinya biar selesai semua kes Lepas tu barulah minta pengampunan Ba...
Beli Durian 1o1 Dan Durian Kampung Pula

Beli Durian 1o1 Dan Durian Kampung Pula

papar berkaitan - pada 5/1/2025 - jumlah : 188 hits
Beli Durian 101 dan durian kampung kawin 4 Biji RM100 Okay ke tak Durian tu agak besar saiz dia dan dapat 2 bekas besar tupperware plastik bila telah di kopek Puas la makan walau minggu lepas baru beli musang king dengan durian udang merah ...
Kalau Rasa Terancam Di Malaysia Banyak Negara Lain Lalu Bandingkan Nilai Barangan Pula Anda Rasa Masih Terancam

Kalau Rasa Terancam Di Malaysia Banyak Negara Lain Lalu Bandingkan Nilai Barangan Pula Anda Rasa Masih Terancam

papar berkaitan - pada 27/12/2024 - jumlah : 175 hits
Zainuddin OmarSetiap kali pemilihan negara terbaik untuk bersara hanya satu negara yang numero uno iaitu PANAMA Kerana curious saya membuat beberapa kajian dan pembacaan kenapa Panama kerap jadi negara nombor satu untuk bersara dan apakah b...
Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Top Marketing Strategies For Buzz

Hari Ke 29 Rezeki Datang

Persediaan Persekolahan

Ayu Raudhah Reda Pemergian Anak Bongsu Dia Adalah Pinjaman Allah

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


From Paris London

Drama Abang Bunga Macho

Rayola Pai Indak Ka Babaliak Chord

Indonesia Beli Dron Bayraktar Turkiye

Ipayment Cara Membuat Pembayaran Online Agensi Yang Terlibat

V Speed A Made To Order Custom Buell Xb12 From Florida