Langkawi Nazak Persatuan Pelancong Pengusaha Feri Rayu Pkpb Ditamatkan


Bernama
Alexander berkata industri pelancongan Langkawi semakin suram sekali gus menyebabkan kesan terhadap ekonomi penduduk yang amat bergantung kepada kehadiran pelancong. - Astro Awani LANGKAWI: Beberapa persatuan mewakili sektor perhotelan, perniagaan serta pemandu pelancong di Langkawi hari ini merayu kerajaan menamatkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di pulau peranginan itu yang kini disifatkan sedang 'nazak' ekoran ketiadaan pelancong
 Persatuan berkenaan ialah Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Kedah dan Perlis, Persatuan Perniagaan Langkawi (Niagakawi), Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (MAHO) serta Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Kedah dan Perlis
 Turut sama membuat rayuan tersebut ialah Dewan Perniagaan Cina Langkawi, Persatuan Pemandu Pelancong Langkawi serta syarikat pengendali feri Konsortium Ferry Line Ventures
 Timbalan Presiden Niagakawi Datuk Alexander Isaac berkata industri pelancongan Langkawi semakin suram sekali gus menyebabkan kesan terhadap ekonomi penduduk yang amat bergantung kepada kehadiran pelancong
 "Kumpulan ini mewakili lebih 8,000 pekerja yang terlibat secara langsung atau tidak dalam sektor pelancongan
 "Kami merayu agar kerajaan menamatkan PKPB di Langkawi memandangkan pulau ini berada dalam kategori zon hijau
 "Ketika ini tiada pelancong yang datang, jika kerajaan menamatkan PKPB di Langkawi serta membenarkan perjalanan antara kawasan hijau, keputusan ini bakal memberi sinar kepada pulau ini," katanya dalam sidang media di sini hari ini
 Alexander berkata selain itu mereka juga berharap kerajaan memberi pertimbangan untuk menyediakan moratorium menyeluruh dan bantuan kewangan segera kepada semua peniaga di Langkawi agar dapat meneruskan perniagaan
 Pengerusi MAH Kedah dan Perlis Eugene Dass pula berharap kerajaan meneruskan pemberian diskaun bil elektrik kepada sektor perhotelan memandangkan mereka telah kehilangan pendapatan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
 "Sektor pelancongan termasuk hotel terjejas teruk akibat pandemik COVID-19, justeru kita amat memerlukan perhatian kerajaan, jika boleh selain diskaun bil elektrik, boleh diberi pertimbangan mengenai cukai tanah serta subsidi gaji diteruskan sehingga Jun tahun depan," katanya
 Sementara itu, Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Cina Langkawi Ku Chin Loon berkata kira-kira 300 hingga 400 ahli persatuan itu kini bingung memikirkan pengumuman kerajaan pada Belanjawan 2021 berhubung pengenaan cukai ke atas rokok dan produk tembakau di semua pulau bebas cukai mulai 1 Jan tahun depan
 "Pelancong datang ke Langkawi kerana pakej menarik yang ditawarkan, mereka juga membuat pembelian barangan bebas cukai seperti rokok
 "Jika kerajaan teruskan keputusan ini, 300 hingga 400 ahli persatuan ini bakal terkesan
 "Kita baru sahaja mula nak berniaga kembali, bangkit selepas terjejas akibat COVID-19, kami harap kerajaan buat penilaian semula sebelum keputusan ini dilaksanakan," katanya sambil menambah jualan rokok menyumbang 30 hingga 40 peratus pendapatan kepada ahli persatuan tersebut.-- BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/langkawi-nazak-persatuan-pelancong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkpb Hanya Satu Perjalanan Feri Ulang Alik Ke Langkawi Dalam Sehari

Pkpb Hanya Satu Perjalanan Feri Ulang Alik Ke Langkawi Dalam Sehari

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 245 hits
LANGKAWI 9 NOV Perjalanan feri ulang alik bagi laluan Langkawi Kuala Kedah Langkawi dihadkan kepada satu perjalanan sehari bermula hari ini hingga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat tamat kata Pengarah Laut Wilayah Utara Jabatan Laut Mal...
Banyak Kluster Sembuh Pkpb Wajar Ditamatkan

Banyak Kluster Sembuh Pkpb Wajar Ditamatkan

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 187 hits
AYER KEROH 20 Nov Penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang bermula esok disifatkan wajar dilaksanakan berikutan terdapat beberapa kluster di negeri ini sudah sembuh sepenuhnya Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah nege...
30 Pengusaha Bas Sekolah Bakal Tutup Kedai Rayu Bantuan Kerajaan

30 Pengusaha Bas Sekolah Bakal Tutup Kedai Rayu Bantuan Kerajaan

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 435 hits
November 19 2020 Lebih ramai pengusaha bas sekolah dijangka tutup kedai kerana tidak dapat beroperasi susulan penutupan sekolah dan pelaksanaan PKPB di kebanyakan negeri PETALING JAYA Bermula awal tahun depan lebih ramai pengusaha bas sekol...
Pkpb Pengusaha Butik Pengantin Rugi

Pkpb Pengusaha Butik Pengantin Rugi

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 194 hits
KUALA NERANG Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat selama empat minggu bermula hari ini memberi kesan kepada kebanyakan peniaga termasuk pengusaha butik pengantin Seorang pengusaha butik pengantin di pekan Kuala Nerang di sini m...
Pkpb Di Seluruh Negeri Melaka Dan Terengganu Serta Kedah Kecuali Daerah Kulim Ditamatkan Bermula 21 November

Pkpb Di Seluruh Negeri Melaka Dan Terengganu Serta Kedah Kecuali Daerah Kulim Ditamatkan Bermula 21 November

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 248 hits
Datuk Seri Ismail Sabri hari ini mengumum PKPB di seluruh negeri Melaka Kedah dan Terengganu ditamatkan kecuali daerah Kulim PKPB DI SELURUH NEGERI MELAKA DITAMATKAN PADA 21 NOVEMBER 2020 MAJLIS KESELAMATAN NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI PK...
Pkpb Di Kedah Melaka Johor Terengganu Ditamatkan Kecuali Beberapa Daerah

Pkpb Di Kedah Melaka Johor Terengganu Ditamatkan Kecuali Beberapa Daerah

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 240 hits
Kerajaan hari ini bersetuju menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di negeri negeri Kedah Melaka Johor dan Terengganu mulai esok Bagaimanapun menurut Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beberapa
Demi Kebaikan Pengguna Peniaga Persatuan Peniaga Cina Rayu Kerajaan Pertimbang Semula Larangan Penjualan Arak

Demi Kebaikan Pengguna Peniaga Persatuan Peniaga Cina Rayu Kerajaan Pertimbang Semula Larangan Penjualan Arak

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 206 hits
Susulan keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk mengenakan larangan penjualan arak di kedai runcit kedai serbaneka dan kedai ubat tradisional Cina berkuatkuasa Oktober 2021 Persatuan Peniaga Cina memohon keputusan itu dikaji semula Pen...
Mb Terengganu Mohon Pkpb Ditamatkan Lebih Awal

Mb Terengganu Mohon Pkpb Ditamatkan Lebih Awal

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 231 hits
Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengemukakan permohonan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin supaya kerajaan menamatkan lebih awal perintah kawalan pergerakan bersyarat di negeri itu Ahmad Samsuri berkata dia telah meng...
Feri Ke Langkawi Beroperasi Semula Esok

Feri Ke Langkawi Beroperasi Semula Esok

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 276 hits
Oleh ALOR SETAR Perkhidmatan feri dari Kuala Perlis ke Langkawi akan dibuka semula esok selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di negeri ini akan berakhir tengah malam ini Sehubungan itu orang yang ramai yang ingin melancong atau ber...
Economists Tout Entrepreneurship As Panacea For Poverty

Teroka Pemikiran Baharu Bina Ekosistem Teknologi Ai

Maksud All Eyes On Rafah

Savour Malaysia Tour Packages Provided By Malaysian Aviation Group

Majlis Rumah Terbuka Koperasi Norras Berhad

Jengah Kebun Melihat Tanaman

3 Top Rated Things To Do In Jakarta

Vivo Unveils The Perfect Night Party 2024 At Zepp Kuala Lumpur



Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra


Penjawat Awam Ditahan Salah Guna Jawatan Luluskan Rm12 000 Untuk Kegunaan Diri

Berkait Rasuah Di Perlis Sprm Cadangkan Seorang Suspek Didakwa

Beware Misplaced Trust In Pseudo Intellectuals

Menu Tengahari Sup Ayam Ala Thai Kobis Goreng

Undang Luak Rembau Selamat Dikebumikan

Siri Oppo Reno12 Akan Dilancarkan Di China Pada 23 Mei