Langkawi Bukan Batu Puteh Dr M Jawab Sultan Johor


MALAYSIA NOW

Menurut Mahathir, Langkawi tidak pernah dituntut Thailand atau tertakluk dengan kes undang-undang antarabangsa di mana dua negara perlu bersetuju dan patuh dengan keputusannya.

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata membenarkan tambakan tanah oleh Singapura adalah tindakan buruk yang lebih serius berbanding mematuhi keputusan Mahkamah Antarabangsa (ICJ) untuk mengisytiharkan Pulau Batu Puteh milik republik tersebut, menjawab kritikan Sultan Johor berhubung keputusan Malaysia yang tidak membuat rayuan terhadap keputusan itu.
Mahathir juga menolak perbandingan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berhubung pulau yang menjadi pertikaian itu dengan Langkawi, yang juga merupakan kawasan Parlimen yang diwakili oleh bekas perdana menteri itu.
Beliau berkata, berbanding Pulau Batu Puteh yang dituntut Singapura, Langkawi tidak pernah dituntut oleh Thailand, atau tertakluk dengan kes undang-undang antarabangsa di mana dua negara perlu bersetuju dan patuh dengan keputusannya.
“Sebaliknya kerajaan Johor melalui surat telah menyatakan bahawa Johor tidak menuntut Pulau Batu Puteh sebagai milik kerajaan Johor.
“Kemudian Malaysia mendakwa Pulau Batu Puteh adalah milik Malaysia. Maka ini dipertikai oleh Singapura. Dan berlakulah kontroversi,” tulisnya.
Minggu lalu, Sultan Ibrahim mengecam keputusan Mahathir supaya kerajaan Malaysia tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan ICJ pada 2008 dalam penghakimannya berhubung Batu Puteh atau turut dikenali sebagai Pedra Branca, sebagai milik Singapura.
“Mengapa soal kedaulatan Johor seolah-olah tidak penting kepada kerajaan pada waktu itu? Adakah kita negeri anak tiri?
“Kalau tak suka Johor… Cuba kalau Malaysia kehilangan Pulau Langkawi kepada Thailand, bagaimana rasa orang Kedah agaknya?” kata Sultan Ibrahim dalam sebuah hantaran Facebook.
Awal bulan ini, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pasukan tindakan khas untuk mengkaji beberapa pilihan yang boleh diambil Malaysia dalam tuntutannya terhadap Batu Puteh.
Pulau seluas 8,500 persegi itu terbentuk daripada batu granit, ia dianugerahkan kepada Singapura pada 2008 setelah kedua-dua kerajaan bersetuju untuk membawa tuntutan ke ICJ.
Sultan Ibrahim berkata pasukan petugas tersebut harus mencari alasan di sebalik keputusan Mahathir untuk menerima keputusan ICJ dan tidak berusaha untuk merayu semakan semula kes tersebut sambil menambah isu Pulau Baru Puteh adalah membabitkan isu kedaulatan negara.
Mahathir mengingatkan Malaysia sudah berjanji untuk mematuhi setiap keputusan muktamad yang dikeluarkan ICJ, selain turut berkata rundingan mengenai perkara itu tidak menghasilkan sebarang keputusan.
“Negara yang bermaruah mesti hormati janji. Hanya negara yang tidak bermaruah yang akan mungkir janji.
“Muktamad adalah muktamad. Jika sebuah negara tidak hormati janji, tidak ada negara lain yang akan buat perjanjian dengan negara berkenaan. Ia menjadi negara pariah,” katanya.
Dalam pada itu, Mahathir turut memetik penambakan tanah oleh Singapura berhampiran perairan Johor sebagai contoh di mana kedaulatan negara boleh tergugat.
“Jika tanah yang dijual adalah untuk menambak dan membesar negara lain, dia tidak berbeza dengan menjual bahagian-bahagian tertentu negara kepada negara lain.
“Hari ini kita jual air dan tanah berlori-lori dan berkapal-kapal ke negara lain guna untuk membesar negara mereka.
“Atau kita jual laut untuk ditambak dan dimiliki serta diduduki oleh orang lain, keadaannya tidak berbeza dari menjual bahagian-bahagian negara kepada negara asing,” katanya.
Mahathir yang memiliki hubungan keruh dengan Istana Johor beberapa kali mengkritik perjanjian dalam penjualan air mentah Johor ke Singapura.
Mahathir dan Sultan Ibrahim juga turut memiliki perselisihan berhubung projek kontroversi, Forest City, sebuah projek pembangunan mega melibatkan empat pulau buatan yang dibina bagi menarik pembeli rumah dari China.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/langkawi-bukan-batu-puteh-dr-m-jawab.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Johor Sultan Right To Be Angry Over Loss Of Batu Puteh

Johor Sultan Right To Be Angry Over Loss Of Batu Puteh

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 285 hits
ADUN SPEAKS The ruler of Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskander is rightly upset as to why the former government of Pakatan Harapan under Dr Mahathir Mohamad withdrew the appeal against the decision by the International Court of Justice to be...
Pulau Batu Puteh Sultan Johor Mahu Penjelasan Tindakan Kerajaan Tun M Dulu

Pulau Batu Puteh Sultan Johor Mahu Penjelasan Tindakan Kerajaan Tun M Dulu

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 314 hits
Mengapa soal kedaulatan Johor seperti tak penting pada waktu itu Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar JOHOR BAHRU Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mahu tindakan diambil ke atas pihak ...
Johor Sultan Demands Clear Explanation Why Pulau Batu Puteh Case Dropped

Johor Sultan Demands Clear Explanation Why Pulau Batu Puteh Case Dropped

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 224 hits
JOHOR BARU Johor Ruler Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar demands a clear explanation why the Federal Government under Tun Dr Mahathir Mohamad in 2018 dropped the review application for the Pulau Batu Puteh case in the Internation...
Tuntutan Pulau Batu Puteh Perlu Libatkan Sultan Johor Kerajaan Negeri

Tuntutan Pulau Batu Puteh Perlu Libatkan Sultan Johor Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 565 hits
PASIR GUDANG Keputusan kerajaan untuk menyemak semula undang undang berkenaan Pulau Batu Puteh atau Pedra Branca perlu melibatkan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mungkin boleh menzahirkan pandangan Baginda dalam perkara itu...
Promises Must Be Kept Dr M Says After Johor Ruler Criticises Batu Puteh Decision

Promises Must Be Kept Dr M Says After Johor Ruler Criticises Batu Puteh Decision

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 252 hits
Former prime minister Dr Mahathir Mohamad has defended his government s decision not to proceed with an International Court of Justice review on Pulau Batu Puteh s sovereignty in 2018 This was after Johor s Sultan Ibrahim Sultan Iskandar cr...
Kehilangan Pulau Batu Puteh Bn Lah Puncanya Amanah Johor

Kehilangan Pulau Batu Puteh Bn Lah Puncanya Amanah Johor

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 184 hits
October 12 2021 Kehilangan pulau Batu Puteh BN lah puncanya Tindakan bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang menuding jari kepada kerajaan Pakatan Harapan berhubung isu Pulau Batu Puteh didakwa hanyalah bermotifkan politik...
Dr Mahathir Jawab Sultan Johor

Dr Mahathir Jawab Sultan Johor

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 168 hits
Dr Mahathir MohamadIsu Pulau Batu PutehULASAN l Tidak wajar kita banding Langkawi dengan Pulau Batu Puteh Langkawi adalah pulau yang diiktiraf sebagai pulau milik Malaysia sedangkan Pulau Batu Puteh ialah beting atau dengan izin sandbank ya...
Pulau Batu Puteh Mahathir Tak Jawab Persoalan Sebenar

Pulau Batu Puteh Mahathir Tak Jawab Persoalan Sebenar

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 262 hits
Pulau Batu Puteh Mahathir tak jawab persoalan sebenar Tun Mahathir Mohamad tidak menjawab persoalan sebenar tentang Pulau Batu Puteh Persoalan sebenar ialah apakah sebab sebenarnya kerajaan PH tidak meneruskan semakan terhadap penghakiman P...
Johor Ruler Briefed On Pulau Batu Puteh Issue

Johor Ruler Briefed On Pulau Batu Puteh Issue

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 192 hits
Sultan of Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar today granted an audience to the Minister in the Prime Minister s Department Wan Junaidi Tuanku Jaafar at Istana Pasir Pelangi here for a briefing on the Pulau Batu Puteh issue Accordi...
Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Pas Youth Dap Shouldn T Politicise Our Criticism Of Xmas Celebration

Quit State Govt On Principle Over Cooperation With Dap Akmal Told

Siti Kasim Allow Malaysian Muslims To Choose If They Wish To Come Under Syariah Or Civil Law

Asyik Beri Contoh Pengurusan Dan Kejayaan Usahawan Luar Negara Ja Kenapa Bukan Syed Mokhtar

Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Jom Asah Minda Dan Cabar Logik Ini 50 Teka Teki Paling Susah