Langkah Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Blog Anda Di Auto Copy Paste
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian. Mimpi ngeri bagi setiap blogger atau penulis adalah apabila artikel mereka ditiru bulat-bulat oleh orang lain. [ Mungkin bukan setiap blogger, tapi bagi aku, ya, mimpi ngeri ] Ya, aku baru sahaja sedar bahawa aku telah menjadi salah seorang mangsa blog ditiru dan dicopy paste
Kalau ada yang mengambil maklumat dari blog aku, kemudian memberikan backlink kepada blog aku semula, aku tak kisah sangat. Tapi bila mana mencuri keseluruhan artikel yang aku tulis penat-penat, berhempsa pulas memikirkan idea tanpa sebarang credit dan sebagainya, ini boleh mendatangkan marah
---------------
BAGAIMANA AKU SEDAR BLOG DI COPY PASTE?
👉 Kebiasaannya setiap hari aku akan lihat pada statistik blog, melihat berapa pageview dan sebagainya. Aku juga lihat dari mana traffik ke blog datang. Kebiasaanya sumber trafik daripada link yang sama sahaja
👉 Tapi satu hari ni aku check ada link daripada blog yang aku tak kenal. Kemudian, aku terus ke link tersebut, lihat apakah entri yang menjadi trafik ke blog aku. Manalah tahu kalau di blog tersebut ada artikel yang dicreditkan pada blog aku
👉 Terkejut dan terdiam beberapa saat apabila melihat semua artikel dari tahun 2018 sehingga ke 2019 ada di dalam blog tersebut. Yang peliknya, artikel sebelum-sebelum 2018 tak ada pulak dekat blog tu
TINDAKAN PERTAMA AKU?
😠 Sebelum meng-Google cara nak hilangkan dan selesaikan perkara ini, aku ada buat status di facebook berkenaan masalah yang dihadapi iaitu tentang blog yang dicopy paste secara bulat-bulat
LINK : STATUS POST
👍 Alhamdulillah, aku bernasib baik kerana ramai rakan-rakan blogger yang hebat dan bijaksana merupakan rakan di facebook juga. Alhamdulillah, beberapa respond dan komen daripada mereka sangat-sangat membantu dalam menyelesaikan permasalahan ini.
👍 Di bawah ini aku kongsikan beberapa komen bernas dan komen pilihan daripada status tersebut
RESPOND RAKAN-RAKAN DI FACEBOOK
✋👿 CARI WRITER
✋👿 TIADA NILAI DI MATA GOOGLE
✋👿 REPORT KE GOOGLE
✋👿 SETTING BLOG & FEED
✋👿 TIBA-TIBA BLOG TU DAH TAKDA
😎 Kepada yang mempunyai masalah yang sama, bolehlah mencuba cadangan-cadangan yang diberikan oleh mereka yang arif tentang dunia blogging ini
😎 Kepada yang membuat blog copy paste dan copy blog aku, aku nak bagitahu bahawa cubalah lakukan sesuatu yang lebih elok dan baik. Mencuri artikel dari blog orang lain, buat pemilik blog tersebut marah dan terasa dianiayai, bukanlah benda yang elok! Kalau tak ada idea nak menulis artikel, buatlah perkara lain, contohnya memasak, membuat video tiktok atau menonton youtube. Tak perlu habiskan masa mencuri artikel dan blog orang lain! 😡
😎 Sebagai penutup kepada entri ini, aku nak berterima kasih kepada semua rakan-rakan blogger dan rakan-rakan difacebook yang sudi memberikan respond yang bernas-bernas belaka. Alhamdulillah, segala cadangan yang diberikan aku akan ikut supaya memastikan kejadian jenayah kecurian harta intelek ini tidak berlaku lagi
Sekian
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aerillhassan.blogspot.com/2020/01/langkah-yang-perlu-dilakukan-sekiranya-blog-anda-di-auto-copy-paste.html