Langkah Tidak Wajib Pelajar Pakai Pelitup Muka Pelik Kata Pakar


Seorang pakar menyifatkan keputusan kerajaan untuk tidak mewajibkan pelajar memakai pelitup muka di sekolah sebagai “pelik”.
Ketua pegawai eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial Azrul Mohd Khalib berkata, kerajaan mewajibkan orang ramai memakai pelitup muka di tempat awam yang sesak bagi menyekat penularan wabak Covid-19.
Justeru katanya, langkah sama perlu dilaksanakan di sekolah.
“Tampak pelik sekiranya keputusan mewajibkan pelajar memakai pelitup muka ditangguhkan,” katanya kepada FMT.
“Penyakit berjangkit tidak menular secara berlainan di sekolah dan ia (sekolah) juga tidak terkecuali daripada langkah kesihatan awam.”
Menyifatkan bilik darjah sebagai tempat sesak dan tertutup yang menyaksikan interaksi yang tinggi Azrul berkata, adalah “tidak realistik” bahawa amalan penjarakan fizikal dapat dikuatkuasakan sepanjang masa.
Pada Selasa, Menteri Pendidikan Mohd Radzi Jidin berkata, kementerian belum memutuskan sama ada akan mewajibkan pelajar memakai pelitup muka.
Menjawab pertanyaan Teo Nie Ching (PH-Kulai) di Dewan Rakyat, Radzi berkata, berdasarkan garis panduan pembukaan semula sekolah, pemakaian pelitup muka di sekolah hanya “digalakkan”.
Teo bertanya sama ada kementerian akan menyediakan pelitup muka percuma kepada pelajar, terutama mereka daripada keluarga berpendapatan rendah (B40).
Radzi berkata, kementerian sedang membincangkan perkara itu dengan beberapa pihak.
Dalam pada itu, sumber dalam kementerian berkenaan yang tidak mahu mendedahkan status perbincangan tersebut memberitahu FMT bahawa keputusan yang bakal dibuat akan didasarkan pada nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).
Sekolah ditutup selama hampir 4 bulan berikutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) pada 18 Mac, namun dibuka secara berperingkat bermula 24 Jun hingga 22 Julai.
Dalam kenyataan kepada FMT, presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr N Ganabaskaran berkata, pemakaian pelitup muka sudah diwajibkan dalam pengakutan awam yang digunakan oleh sebilangan pelajar.
“Kita harus konsisten dan mewajibkannya di semua sekolah. Mana-mana tempat sesak meningkatkan risiko jangkitan,” katanya.
“Pemakaian pelitup muka juga membantu melindungi pelajar yang sedia mempunyai masalah kesihatan yang akan terdedah kepada risiko simptom atau komplikasi lebih buruk jika dijangkiti Covid-19.
“Kita perlu mengambil semua langkah pencegahan bagi mengurangkan risiko tersebut.” FMT
The post Langkah tidak wajib pelajar pakai pelitup muka ‘pelik’, kata pakar appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/08/langkah-tidak-wajib-pelajar-pakai-pelitup-muka-pelik-kata-pakar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Tempat Awam Wajib Pakai Pelitup Muka

Senarai Tempat Awam Wajib Pakai Pelitup Muka

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 455 hits
Gambar Bernama KUALA LUMPUR 17 Zulhijjah 1441H Jumaat Berikut adalah senarai tempat awam yang diwajibkan pemakaian pelitup muka Masjid surau dan rumah ibadatMajlis sosialPengangkutan awam seperti bas kereta api kapal terbang dan van sekolah...
Hari Pertama Perintah Wajib Pakai Pelitup Muka Masyarakat Akur Disiplin Diri

Hari Pertama Perintah Wajib Pakai Pelitup Muka Masyarakat Akur Disiplin Diri

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 356 hits
KUALA LUMPUR 1 Ogos Masyarakat umumnya akur dengan arahan kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam yang sesak bagi mengekang penularan wabak COVID 19 berkuat kuasa mulai hari ini Pemerhatian Bernama di sekitar ibu kota hari...
Covid 19 Jangan Pakai Pelitup Muka Di Dagu Ini 8 Perkara Anda Wajib Ambil Peduli Sebelum Terlambat

Covid 19 Jangan Pakai Pelitup Muka Di Dagu Ini 8 Perkara Anda Wajib Ambil Peduli Sebelum Terlambat

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 437 hits
Bermula pada 1 Ogos 2020 masyarakat perlu lebih berjaga jaga dan menitikberatkan tentang pemakaian pelitup muka di dalam pengangkutan awam dan tempat tempat awam yang sesak selepas diwajibkan oleh kerajaaan untuk membendung daripada jangkit...
Di Mana Tempat Wajib Pakai Pelitup Muka

Di Mana Tempat Wajib Pakai Pelitup Muka

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 1720 hits
Di mana tempat wajib pakai pelitup muka Sekarang kerajaan dah wajibkan pemakaian topeng muka atau lebih dikenali sebagai pelitup separuh muka aka penutup muka Ini senarai tempat yang wajib kena pakai mask ni Sayangilah rm1000 anda ye Karang...
Tak Pakai Pelitup Muka Rakyat Keliru Denda Tetap Kena

Tak Pakai Pelitup Muka Rakyat Keliru Denda Tetap Kena

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 375 hits
Kredit Wan Zamzahidi Wan Zahid Semalam 1 Ogos 2020 penguatkuasaan pemakaian pelitup muka telah bermula dan sebilangan rakyat Malaysia telah dihukum dengan denda RM1000 seorang atas sebab tidak memakai pelitup muka Menjadi banyak persoalan d...
Wakil Rakyat Pas Ini Salah Pakai Pelitup Muka Tidak Jaga Jarak

Wakil Rakyat Pas Ini Salah Pakai Pelitup Muka Tidak Jaga Jarak

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 435 hits
ARIF ATAN Ahli Dewan Undangan Negeri Gunung Semanggol Razman Zakaria dilihat tidak mematuhi prosedur operasi standard terhadap Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dalam usaha mengekang penularan wabak Covid 19 Tular di media sosial gambar...
Pelajar Sekolah Di Selangor Diberi Pelitup Separuh Muka Percuma Mb

Pelajar Sekolah Di Selangor Diberi Pelitup Separuh Muka Percuma Mb

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 383 hits
SHAH ALAM 29 Julai Kerajaan negeri Selangor akan mengedarkan pelitup separuh muka jenis boleh guna semula secara percuma kepada kira kira sejuta pelajar sekolah bermula Ogos ini bagi membendung penularan pandemik COVID 19 Menteri Besar Datu...
Yang Kena Saman Tak Pakai Pelitup Muka Masa Naik Kenderaan Persendirian Boleh Tuntut Semula Dengan Kkm Ismail Sabri

Yang Kena Saman Tak Pakai Pelitup Muka Masa Naik Kenderaan Persendirian Boleh Tuntut Semula Dengan Kkm Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 513 hits
Berita Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan orang ramai yang disaman kerana tidak memakai pelitup ketika menaiki kenderaan persendirian boleh menuntut semula wang mereka dengan Kementerian Kesihatan Malaysia Perka
Sumbangan Dana Pelitup Muka Untuk Pelajar Pelajar Kurang Mampu

Sumbangan Dana Pelitup Muka Untuk Pelajar Pelajar Kurang Mampu

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 813 hits
Sumbangan bantuan diperlukan segera untuk disalurkan kepada pelajar pelajar yang tidak berkemampuan membeli pelitup muka pakai buang Pihak kami mendapati ada sebahagian para pelajar yang memakai pelitup muka berulang kali sehingga kotor Ini...
Kawaguchi Facing Charges Over Unpaid Worker Wages Says Source

Psm The More You Suppress The More Will Turun

Kuala Selangor Catat Ipu Tidak Sihat

Kenapa Saya Kembali Pilih Billplz Untuk Bisnes Kecil Ngo

Retaining Top Talent For Businesses

Top 10 Lokasi Glamping Di Malaysia Harga Kelebihan

Rahsia Kek Butter Jadi Lembut Moist Tak Retak Tak Bantat

Govt Waives Kwtbb Charge Effective Aug 1


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tempat Tempat Menarik Di Beijing China

Konsert Dia Misha Omar 2025

Doa Ketika Hujan Lebat Takut Berlaku Mudarat

Cik B Terkejut Dengar Penjelasan Doktor Selepas Jalani Mri Scan Video

Sakit Yang Tak Terlihat

Pas Pn Bersedia Tampil Tawarkan Alternatif Kepimpinan Lebih Tersusun Inklusif Dan Berprinsip Di Pahang