Langkah Terhormat Adalah Letak Jawatan Kata Gomez Pada Ahli Lppr


 
BERITAHariz Mohd1Ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM perlu letak jawatan dan dipertanggungjawabkan berhubung isu melibatkan pemilikan saham Azam Baki.
Perkara itu dinyatakan ahli ekonomi Edmund Terence Gomez, yang juga bekas ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM.
Menurut Gomez, ahli LPPR telah mengakui tiada kuasa untuk membuat keputusan berhubung dakwaan terhadap Azam, sesuatu yang didakwa dilakukan panel pada November tahun lalu setelah mendengar penjelasan ketua pesuruhjaya SPRM itu berhubung saham yang dimilikinya pada 2015.
“Pada pandangan saya, perkara yang terhormat adalah untuk mereka letak jawatan.
“Kerana…mereka sendiri mengaku, mereka telah melakukan sesuatu yang sekarang mereka akui tidak patut dilakukan, atau tiada kuasa untuk melakukannya,” katanya kepada Malaysiakini.
Dalam sidang media pada 5 Jan lalu, Pengerusi LPPR Abu Zahar Ujang berkata Azam telah memberi penjelasan pada 24 Nov lalu berhubung pemilikan saham berjumlah dua juta.
Abu Zahar berkata, panel berpuas hati dengan penjelasan Azam - bahawa bahawa akaun trading miliknya digunakan oleh adiknya, Nasir Baki dan saham tersebut telah pun dipindahkan kepada Nasir.
Abu Zahar juga berkata mereka berpuas hati dengan penjelasan Azam bahawa dia tidak mempunyai manfaat kewangan mahupun konflik kepentingan dalam pemerolehan saham tersebut.
Bagaimanapun, tiga hari kemudian, enam ahli LPPR dalam kenyataan bersama menyangkal kenyataan Abu Zahar dan berkata ia hanya pendirian peribadinya.
Gagal sebagai semak dan imbang
Gomez menggesa ahli LPPR untuk menunjukkan minit mesyuarat 24 Nov tersebut agar orang awam dapat melihat apa yang berlaku.
“Adakah mereka bertindak secara wajar apabila isu ini mula dibawa ke mesyuarat pada 24 Nov?
“Jika, berdasarkan pengakuan mereka sendiri, mereka lakukan sesuatu yang mereka tahu di luar bidang kuasa, iaitu untuk memutuskan Azam tidak melakukan kesalahan, mengapa mereka melakukannya?
“Bukankah mereka patut dipertanggungjawabkan kerana berbuat demikian walaupun tiada kuasa?”
Mengulas lanjut, Gomez juga mempersoalkan bagaimana ahli LPPR dipilih.
Dia mendakwa ahli lembaga telah gagal melaksanakan tugas - iaitu sebagai mekanisme semak dan imbang untuk SPRM dan pengurusan tertingginya.
“Ini antara pengajaran yang kita dapat. Krisis ini menunjukkan mereka tidak berfungsi seperti sepatutnya,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://idahsalam.blogspot.com/2022/01/langkah-terhormat-adalah-letak-jawatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panas Ahli Panel Lppr Letak Jawatan Terence Gomez Sprm Azam Baki

Panas Ahli Panel Lppr Letak Jawatan Terence Gomez Sprm Azam Baki

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 215 hits
Kesemua ahli Lembaga penasihat pencegahan Rasuah LPPR suruhan raya pencegahan rasuah malaysia perlu meletakkan jawatan dan dipertanggung jawabkan berhubung isu melibatkan pemilikan jutaan saham oleh ketua pesuruhjaya SPRM Azam Baki Itu lah ...
Saya Tolak Jawatan Duta Switzerland Kerana Perlu Letak Jawatan Ahli Parlimen Kata Nazri

Saya Tolak Jawatan Duta Switzerland Kerana Perlu Letak Jawatan Ahli Parlimen Kata Nazri

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 275 hits
Nazri Aziz berkata blogger seperti Hussein Hamid fikir mereka tahu semua sedangkan mereka tidak tahu GEORGE TOWN Nazri Aziz mendedahkan beliau ditawarkan jawatan duta ke Switzerland pada 2019 tetapi menolaknya kerana perlu meletak jawatan s...
Imam Mandikan Remaja Curi Tabung Masjid Dah Letak Jawatan Kata Exco Selangor

Imam Mandikan Remaja Curi Tabung Masjid Dah Letak Jawatan Kata Exco Selangor

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 386 hits
January 14 2022 Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor Zawawi Ahmad Mughni berkata peletakan jawatan iman itu dimaklumkan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Mohd Shahzihan Ahmad PETALING JAYA Imam terbabit dalam kontroversi memandikan remaj...
Azam Baki Kian Terbelit Di Semua Sudut Demi Sprm Letak Jawatan Langkah Terpujinya

Azam Baki Kian Terbelit Di Semua Sudut Demi Sprm Letak Jawatan Langkah Terpujinya

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 268 hits
Hanya sehari selepas mengadakan sidang media bagi membebaskan dirinya yang sedang terperangkap dalam satu lubang Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki akhirnya terperangkap ke dalam lebih banyak lubang lagi Bagi tujuan menepis dakwaan sekaligus ...
Abu Zahar Ujang Dan Borhan Dolah Perlu Letak Jawatan

Abu Zahar Ujang Dan Borhan Dolah Perlu Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 264 hits
Abu Zahar Ujang Dan Borhan Dolah Perlu letak Jawatan Majlis Presiden Pakatan Harapan menggesa Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM Abu Zahar Ujang direhatkan sementara sehingga siasatan terhadap dakwaan pemilikan saham membabi...
Jangan Heret Saya Jadi Kurang Ajar Kata Dua Ahli Pas Kepada Nik Abduh

Jangan Heret Saya Jadi Kurang Ajar Kata Dua Ahli Pas Kepada Nik Abduh

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 222 hits
FAZLI RADZIPerpecahan dalaman Pas ketika parti itu menjadi kerajaan dilihat semakin memuncak apabila ada ahli parti tersebut bersuara secara terbuka menyekolahkan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Aziz Penyokong tegar ...
Perjelas Kenapa Bersih Nama Azam Atau Letak Jawatan Abu Zahar Diberitahu

Perjelas Kenapa Bersih Nama Azam Atau Letak Jawatan Abu Zahar Diberitahu

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 291 hits
January 8 2022Pengerusi Bersih Thomas Fann dan Presiden Aliran Anil Netto menyelar Abu Zahar Ujang yang dilihat menutup penglibatan Azam Baki PETALING JAYA BERSIH menggesa Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah Suruhanjaya Pencegahan...
Kenyataan Abu Zahar Berhubung Azam Baki Adalah Pandangan Peribadinya Enam Anggota Lppr

Kenyataan Abu Zahar Berhubung Azam Baki Adalah Pandangan Peribadinya Enam Anggota Lppr

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 239 hits
KUALA LUMPUR 8 Jan Enam anggota Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah hari ini berkata kenyataan media yang dikeluarkan oleh pengerusi LPPR Tan Sri Abu Zahar Ujang Rabu lepas berhubung kontroversi melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suru...
Why Terpene Purity Is The Unsung Hero In Premium Cannabis Products

Warga Indonesia Maut Ditikam Lima Warga Senegaranya Ditahan

Siapa Akan Ganti Rafizi Dan Nik Nazmi

Nurul Izzah Admits Hajj Trip With Hubby Is Self Funded After Backstabbing By Own Pkr Member

Hari Lautan Sedunia Antara Manfaat Dan Risiko Kerang Kerangan Dalam Diet Rakyat Malaysia

Daqmie Korbankanlah Chord

Meet The Malaysian Couple On The Forbes 30 Under 30 Asia 2025 List

Duit Bulanan Bantu Selesai Hutang Amp Modal Berniaga Diberikan Kepada Keluarga Wanita Itu Sejak Tahun 2018 Maiwp


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Kenapa Lidah Jadi Begitu

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land

Samenta Calls For Higher Sst Threshold To Help Smes

Chronology Of Tragic Gerik Bus Crash That Claimed 15 Lives

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian