Langkah Melaka Guling Km Bukan Usaha Ph Sumber Pkr



(Malaysiakini) – Desas-desus bahawa kerajaan baru atau kerajaan perpaduan akan dibentuk di Melaka bukan usaha Pakatan Harapan (PH), kata satu sumber PKR.
Melabelkan konflik dalaman antara Adun kerajaan negeri Melaka hari ini sebagai “Langkah Melaka”, sumber itu mendakwa bahawa kerajaan negeri yang diterajui oleh Ketua Menteri Sulaiman Md Ali kini di hujung tanduk.
“Pertama, saya ingin menegaskan bahawa “Langkah Melaka” ini bukan satu usaha PH pusat mahupun PH pimpinan negeri. Malah, PH Melaka tidak pernah bertindak menumbangkan kerajaan negeri sejak PH ditumbangkan di Melaka.
“Ini adalah isu domestik antara Adun kerajaan negeri yang tidak puas hati dengan ketua menteri.
“Pergolakkan dalaman ini sudah berbangkit sekurang-kurangnya dua minggu yang lalu. Sekurang-kurangnya, empat Adun kerajaan negeri tidak sehaluan dengan pimpinan negeri,” kata sumber itu kepada Malaysiakini.
Untuk rekod, pada 2 Mac 2020, BN mengumumkan bahawa kerajaan negeri Melaka di bawah pimpinan Adly Zahari tumbang selepas dua Adun Bersatu Mohd Rafiq Naizamohideen (Paya Rumput) dan Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) keluar daripada gabungan itu.
Selain itu, Adun PKR Muhammad Jailani Khamis (Rembia), dan Adun DAP Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu) juga meninggalkan PH dan menyertai dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).
Ini menjadikan sebanyak 17 wakil rakyat menyokong PN berbanding 11 di bawah gabungan PH.
Susulannya, pada 9 Mac 2020, Adun Umno Sulaiman Md Ali (Lendu), dilantik sebagai ketua menteri Melaka yang baru.
PH sedia terima tawaran kerajaan baru
Sementara itu, sumber yang sama juga mengesahkan bahawa semalam Pengerusi PH Anwar Ibrahim berjumpa dengan 11 Adun PH di pejabatnya di Petaling Jaya.
“Saya turut menghadiri perjumpaan itu bersama-sama dengan wakil pemimpin PKR, DAP dan Amanah.
“Terdapat pelbagai maklum balas mengenai isu semasa di Melaka. Namun, secara amnya, semua pihak menghadiri perjumpaan setuju untuk menyertai jika mendapat undangan daripada kerajaan baru,” katanya.
Buat masa ini, PH mempunyai 11 Adun di Melaka masing-masing tujuh dari DAP, dua PKR sementara dua daripada Amanah.
Ali Rustam kuarantin kendiri?
Sementara itu, Yang di-Pertua Negeri Melaka Mohd Ali Rustam dikatakan sedang menjalani kuarantin kendiri selepas didakwa menjadi kontak rapat dengan seorang pesakit Covid-19.
Sumber dalaman kerajaan negeri Umno berkata usaha menghubungi Ali Rustam tidak berjaya setakat ini.
“Kami diberitahu bahawa TYT sedang menjalani kuarantin kendiri.
“Jadi, jika adanya pertukaran kerajaan ini mungkin masa sekurang-kurangnya dua minggu,” kata sumber Umno dari Melaka.
Malaysiakini sedang cuba menghubungi pejabat Yang di-Pertua Negeri untuk mendapatkan pengesahan.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/10/01/langkah-melaka-guling-km-bukan-usaha-ph-sumber-pkr/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Perlu Tanggungjawab Jika Prn Melaka Jejas Kesihatan Awam Kata Pkr

Umno Perlu Tanggungjawab Jika Prn Melaka Jejas Kesihatan Awam Kata Pkr

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 571 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONUmno harus bertanggungjawab jika Pilihan Raya Negeri Melaka menjejaskan kesihatan orang ramai kerana keputusan melaksanakan pilihan raya dalam waktu pandemik Covid 19 ini meletakkan rakyat dalam risiko jangkitan Bahkan...
Langkah Melaka Adalah Trial Exam Untuk Pru15

Langkah Melaka Adalah Trial Exam Untuk Pru15

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 276 hits
Adakah Umno akan berpakat dengan Perikatan Nasional atau pun berpakat dengan Pakatan Harapan untuk PRU15 Atau adakah Umno akan lawan Perikatan Nasional dan juga Pakatan Harapan atau lawan kedua duanya sekali di dalam pertandingan tiga penju...
Ph Idris Haron Mohon Menghadap Ydp Melaka

Ph Idris Haron Mohon Menghadap Ydp Melaka

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 337 hits
malaysiakini comDiterbitkan Oct 4 2021 2 32 PMPakatan Harapan bersama empat wakil rakyat yang menarik sokongan terhadap kerajaan negeri Melaka memohon untuk menghadap Yang di Pertua Negeri Melaka Pengerusi PH Melaka Adly Zahari berkata sura...
Keputusan Flip Flop Punca Kerajaan Melaka Tumbang

Keputusan Flip Flop Punca Kerajaan Melaka Tumbang

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 407 hits
Amir Mamat dan Nuraliawati Sabriam hmetro com myMelaka Bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron bersama tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional Perikatan Nasional dan Bebas mengumumkan menarik sokongan terhadap keraja...
Jatuhkan Kerajaan Melaka Idris Haron Nor Azman Gugur Keahlian Umno

Jatuhkan Kerajaan Melaka Idris Haron Nor Azman Gugur Keahlian Umno

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 343 hits
October 4 2021 6 58 PMPETALING JAYA Keahlian bekas Menteri Besar dan ADUN Sungai Udang Idris Haron serta ADUN Pantai Kundor Nor Azman Hassan dalam Umno tergugur secara automatik kerana terlibat dalam gerakan menjatuhkan kerajaan Melaka Ketu...
Krisis Melaka Zahid Tarik Sokongan Boleh Kenapa Dua Adun Umno Tak Boleh

Krisis Melaka Zahid Tarik Sokongan Boleh Kenapa Dua Adun Umno Tak Boleh

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 339 hits
agendadaily com4 10 2021ADUN UMNO Sungai Udang Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan ADUN UMNO Pantai Kundor menarik sokongan kepada Ketua Menteri Melaka daripada parti itu Datuk Seri Sulaiman Md Ali Tidak ada isu semasa Preside...
Klebang Down Town Melaka Now Open

Klebang Down Town Melaka Now Open

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 317 hits
Assalammualaikum Dunia Huhuuu Melaka kan dah masuk fasa 3 Welcome to Klebang So semua aktiviti dah di benarkan namun begitu dengan SOP yang mesti dipatuhi Haaa jom langkahBadut pon ado Jalan jalan Rounding Bodyguard Letak gambau sini ler se...
Akhirnya Idris Tiga Adun Tarik Sokongan Kerajaan Umno Berakhir Di Melaka

Akhirnya Idris Tiga Adun Tarik Sokongan Kerajaan Umno Berakhir Di Melaka

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 290 hits
WALAUPUN sebelum ini dua daripada empat daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka menafikan dengan tegas mereka akan menarik sokongan kepada Ketua Menteri Datuk Sulaiman Md Ali namun semua itu hanyalah penafian politik Hari ini dua daripad...
Fatwa Mufti Mesir Dapatkah Pahala Solat Berjemaah Oleh Seorang Lelaki Yang Solat Di Rumah Bersama Isterinya

Perkhidmatan Tukang Rumah Kawasan Kuala Lumpur Shah Alam Dan Selangor

Redmi Pad 2 Series Drops With Next Level Entertainment

Itu Keputusan Hakim Peguam Negara Pm Anwar Tak Masuk Campur Urusan Dnaa Najib

Friday Notes From The Quran Declaring This Halal And Declaring That Haram

Compartment Food Box Custom Solusi Ideal Untuk Makanan Seimbang Menarik

Penjual Tempatan Berinovasi Dalam Landskap E Dagang Yang Semakin Melangkaui Persaingan Harga

Beli Iphone Murah Bawah Rm2000 Di Malaysia Refurbished Vs Second Hand Mana Lebih Berbaloi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Upsi Oriental Daily 19 06 2025

Lirik Lagu Tunggu Aku Danial Ismail And Hyqal Haidy

Pokok Cili Padi Vs Pokok Ciku Di Kebun Kecilku

Brownies Dan Creampuff Nuttella Ekin Yusof

Siti Nurhaliza Bisakah Chord

Fazura Luar Biasa Chord