Langkah Langkah Menyiapkan Tugasan Psv Tanpa Bimbingan Guru
Di sini aku bagi tips cara mudah untuk menyiapkan Tugasan Pendidikan Seni Visual SPM tanpa bimbingan guru.
1. Baca kesemua 9 soalan yang diberi.
2. Oleh sebab korang tidak belajar PSV tetapi ingin ambil PSV, pilih sendiri soalan mengikut kemampuan. Aku pilih Soalan 5.
3. Beli kertas lukisan warna putih saiz A3 yang beratnya 200gsm sebanyak 30 keping.
4. Beli kertas A4 putih yang beratnya 100 gsm, gam , gunting atau pisau.
5. Baca semula soalan yang dipilih.Soalan 5 okay !
Part 1
1. Buat tag ini sebanyak 30 keping. Cetak atau fotostat menggunakan kertas A4 - 100 gsm.
***Anda boleh cetak lebih dan jual dengan harga RM2 sekeping.
2. Isi maklumat yang diperlukan pada kesemua tag tersebut. Tulis sendiri menggunakan pen hitam.
3. Tampal tag tersebut pada muka hadapan kertas A3 di penjuru atas sebelah kanan di setiap helaian kertas.
4. Lukis bingkai pada setiap helaian
5. Taip ayat berikut di komputer dan cetak
Koleksi Gambar Pelbagai Ilustrasi Pada Sampul Duit Sebagai Sumber Ilham Dengan Catatan.
***Anda boleh cetak lebih dan jual dengan harga RM2 sekeping.
6. Potong atau Gunting ayat tersebut dan tampal pada kertas A3. Lihat contoh :
7. Buat carian di internet dengan kata kunci "contoh design sampul duit"
*Pilih reka bentuk sampul duit mempunyai resolusi melebihi 400 pixel.
8. Download 20 reka bentuk sampul duit pelbagai perayaan di Malaysia , simpan dalam satu folder khas
9. Cetak rekabentuk tersebut di atas kertas A4 dengan cetakan bewarna
***Anda boleh cetak lebih dan jual dengan harga RM5 sekeping.
10. Potong dan tampal rekabentuk tersebut ke atas kertas A3. Catatkan url website sumber diperolehi. Lihat contoh :
*Pastikan susunan tersebut seIMBANG dan penggunaan RUANG yang baik.
11. Jika korang rajin, cari 4 sampul duit sebenar dan tampalkan pada kertas A3.
Dapatkan tanda tangan seorang Guru PSV untuk pengesahan hasil kerja korang jika sudah lengkap.
Part 2
1. Taip perkataan berikut di komputer dan cetak
Koleksi Gambar Perayaan Sebagai Sumber Ilham Dengan Catatan.
***Anda boleh cetak lebih dan jual dengan harga RM2 sekeping.
3. Gunting atau Potong mengikut saiz yang sesuai
4. Tampal pada kertas A3 korang seperti gambar di bawah.
5. Sila layari internet menggunakan kata kunci 'perayaan kaum di Malaysia'. Cari gambar yang mempunyai pixels melebihi 400.
6. Download 20 gambar perayaan dan simpan dalam satu folder khas. Catat url gambar tersebut.
7. Cetak kesemua gambar tersebut di atas kertas A4 yang tebalnya 100 gsm
***Anda boleh cetak lebih dan jual dengan harga RM5 sekeping.
8. Potong kesemua koleksi gambar perayaan tersebut.
9. Potong dan tampal gambar perayaan tersebut ke atas kertas A3. Catatkan url website sumber diperolehi. Contoh hasil kerja :
Dapatkan tanda tangan seorang Guru PSV untuk pengesahan hasil kerja korang jika sudah lengkap.
Part 3
Bahagian ini melibatkan kerja melukis dan mewarna.
1. Sediakan kertas A3 seperti ini:
2. Taipkan perkataan berikut :
Lukisan Atau Catan Realistik Suasana Perayaan Yang Dipilih Sebagai Sumber Ilham
3. Potong dan Tampal pada kertas A3 seperti gambar di bawah :
4. Bahagian ini memerlukan korang melukis semula salah satu gambar yang dipilih pada Part 2.
Anda dinasihatkan mememilih gambar perayaan yang mempunyai gambar manusia(figura).
5. Ambil satu helaian baru kertas A3 dan buat catan realistik.
6. Lakar dan warnakan. Korang boleh guna apa-apa jenis warna yang korang suka. Di bawah ini adalah contoh yang tidak tepat.
7. Pastikan seorang guru PSV menandatangani hasil kerja tersebut sebagai pengesahan.
Okay , coming soon Bahagian 4 ..............................
Part 4
1. Taipkan perkataan berikut dan cetak :
Lakaran Reka Bentuk Sampul Duit Dengan Catatan.***Anda boleh cetak lebih dan jual dengan harga RM2 sekeping.
2. Potong dan Tampal pada kertas A3 seperti gambar di bawah :
3. Buat carian di internet dengan kata kunci "template sampul duit"
4. Pilih yang sesuai, download dan simpan dalam folder khas. Bahan ini adalah sumber rujukan.
5. Korang perlu membuat 8 lakaran sendiri berdasarkan sumber rujukan yang dipilih. Lihat contoh :
Catatan dibuat dengan menyatakan bahagian depan dan belakang sampul.
6. Pastikan seorang guru PSV menandatangani hasil kerja tersebut sebagai pengesahan.
Coming soon ................... nanti aku sambung ye ! Korang siapkan dulu kerja kat bawah ni.
Part 5
1. Taipkan perkataan berikut dan cetak :
Lakaran Perkembangan Idea Ilustrasi, Tipografi Dan Lain-lain Yang Berkaitan Dengan Catatan.2. Potong dan Tampal pada kertas A3 seperti gambar di bawah :
Part 6
1. Taipkan perkataan berikut dan cetak :
Kajian Reka Letak Ilustrasi Dan Tipografi Pada Hamparan Dengan Catatan.
2. Potong dan Tampal pada kertas A3 seperti gambar di bawah :
Part 7
1. Taipkan perkataan berikut dan cetak :
Kajian Warna dan Skema Warna Dengan Catatan.
2. Potong dan Tampal pada kertas A3 seperti gambar di bawah :
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://pyanla.blogspot.com/2019/03/langkah-langkah-menyiapkan-tugasan-psv.html