Langgar Lari Dsp Nazri Didakwa Bunuh Pelajar


malaysiakini.com
Diterbitkan: Dec 18, 2023 10:13 AM
Seorang pegawai kanan polis hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di Ipoh atas pertuduhan membunuh seorang pelajar sekolah menengah, Jumaat lepas

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada Mohd Nazri Abdul Razak, 44, yang memasuki mahkamah sambil kepala ditutup dengan kain, berbaju putih dan berseluar hitam, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret S Punitha kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Tertuduh yang berpangkat Deputi Superintendan (DSP), didakwa melakukan kesalahan membunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Jati di Ipoh, antara 12.05 tengah hari hingga 12.40 tengah hari, 15 Dis.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun atau maksimum 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 12 sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pegawai Pendakwa Raya Azlina Rasdi (Ketua), Timbalan Pendakwa Raya Khairul Azreem Mamat, Timbalan Pendakwa Raya Wan Azimah Yaakob, Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz, Timbalan Pendakwa Raya Saiful Akmal Mod Said, Timbalan Pendakwa Raya Nasrul Hadi Abdul Ghani, Timbalan Pendakwa Raya J.S. Geetha dan Timbalan Pendakwa Raya Low Qin Hui.

Sementara tertuduh diwakili peguam Low Yap Loong.

Tiada jaminan ditawarkan ke atas tertuduh dan mahkamah menetapkan 7 Feb 2024 sebagai tarikh sebutan semula kes, sementara menunggu laporan berkaitan, antaranya laporan kimia.

Pada 15 Dis lepas, tular di media sosial seorang pelajar lelaki maut selepas motosikal yang dinaiki dilanggar dan diseret oleh sebuah kereta di Jalan Taman Jati berhampiran SMK Jati di Meru, Ipoh dipercayai dipandu oleh seorang pegawai kanan polis berusia 44 tahun.

Kemalangan itu menyebabkan Muhammad Zaharif meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian dada dan abdomen.

Susulan itu, pegawai kanan polis berkenaan ditahan reman tiga hari bermula Sabtu, bagi membantu siasatan.

Sementara itu, abang mangsa Zarul Fitri, 29, dilihat berlinangan air mata ketika mengikuti sesi pertuduhan tersebut.

Terdahulu, suasana pilu menyelubungi perkarangan mahkamah apabila keluarga Muhammad Zaharif tiba bagi mengikuti pendakwaan kes berkenaan.

Bapa saudara mangsa Abdul Razak Judin, 48, ketika ditemui pemberita di luar perkarangan mahkamah berkata beliau bersama dua lagi saudara yang lain, hadir bagi mendengar pertuduhan kes hari ini.

“Setakat ini ibu bapa dan keluarga mangsa, Alhamdulillah sudah boleh menerima apa yang telah berlaku dan kita semua reda dengan pemergian arwah,” katanya.

Puluhan anggota polis turut dilihat mengawal sekitar perkarangan mahkamah, dan keadaan berada dalam keadaan terkawal.

Semalam, Jabatan Peguam Negara melalui kenyataan memaklumkan pegawai kanan polis terbabit dituduh di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini, dengan pihaknya mendapati terdapat keterangan yang mencukupi untuk mendakwa suspek atas kesalahan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/12/langgar-lari-dsp-nazri-didakwa-bunuh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Suspek Kes Polis Langgar Pelajar Didakwa Atas Pertuduhan Membunuh Hari Ini

Hiburan Suspek Kes Polis Langgar Pelajar Didakwa Atas Pertuduhan Membunuh Hari Ini

papar berkaitan - pada 18/12/2023 - jumlah : 118 hits
Pegawai kanan polis yang disyaki melanggar seorang pelajar tingkatan lima akan dituduh di bawah Seksyen 302 di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataannya memaklumkan bahawa pihaknya telah mendapati bahawa...
Lari Asrama Polis Akan Ambil Keterangan Pelajar Dakwa Dibuli

Lari Asrama Polis Akan Ambil Keterangan Pelajar Dakwa Dibuli

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 102 hits
Khamis lalu remaja berkenaan dilaporkan hilang dari kawasan sebuah sekolah di Cheras sebelum ditemukan dalam keadaan lemah di hadapan Masjid Saidina Othman Bandar Tun Razak KUALA LUMPUR Polis akan mengambil keterangan seorang pelajar lelaki...
Polis Siasat Pelajar Maut Dilanggar Lari

Polis Siasat Pelajar Maut Dilanggar Lari

papar berkaitan - pada 16/12/2023 - jumlah : 106 hits
BERNAMAIpoh Polis sedang menyiasat kejadian seorang pelajar berusia 17 tahun maut dilanggar lari sebuah kereta berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Jati Meru di sini tengah hari tadi Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri m...
Penganggur Didakwa Bunuh Tuan Rumah Sewa

Penganggur Didakwa Bunuh Tuan Rumah Sewa

papar berkaitan - pada 6/12/2023 - jumlah : 74 hits
Faris Fuadfaris fuad bh com myANGGOTA polis mengiringi Mohamad Amirul Arshad ke mahkamah yang menghadapi tuduhan membunuh seorang wanita warga emas di Taman Ehsan Kepong di Mahkamah Selayang FOTO Hairul Anuar RahimSelayang Penganggur didakw...
Semua Menyalahkan Dsp Nazri

Semua Menyalahkan Dsp Nazri

papar berkaitan - pada 20/12/2023 - jumlah : 72 hits
Zainuddin Omar Umur masih 44 berpangkat DSP dan isteri beliau kata suaminya panas baran Nazri dalam unit D9 IPD Kedah tentunya mempunyai kuasa besar menanggani jenayah berat Tiada jaminan ditawarkan ke atas tertuduh dan mahkamah menetapkan ...
Ustaz Didakwa Lakukan Amang Seksual Terhadap Lima Pelajar Lelaki

Ustaz Didakwa Lakukan Amang Seksual Terhadap Lima Pelajar Lelaki

papar berkaitan - pada 19/12/2023 - jumlah : 77 hits
Nur Izzati Mohamadam hmetro com myUSTAZ yang berdepan pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap lima pelajar lelaki dibawa ke Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini FOTO Nur Izzati MohamadButterworth Ustaz didakwa di Mahkamah Sesyen...
Pegawai Kanan Polis Ditahan Kes Langgar Lari Depan Sekolah

Pegawai Kanan Polis Ditahan Kes Langgar Lari Depan Sekolah

papar berkaitan - pada 16/12/2023 - jumlah : 89 hits
Muhammad Zulsyamini Sufian Suriam hmetro com myORANG ramai membantu seorang pelajar tingkatan lima yang terbabit kemalangan di hadapan sebuah sekolah di Meru Ipoh FOTO TularIpoh Pegawai kanan polis ditahan bagi membantu siasatan kemalangan ...
Amang Seksual 5 Pelajar Lelaki Guru Agama Didakwa

Amang Seksual 5 Pelajar Lelaki Guru Agama Didakwa

papar berkaitan - pada 18/12/2023 - jumlah : 88 hits
Mahkamah Sesyen Butterworth membenarkan tertuduh berusia 29 tahun itu diikat jamin RM20 000 dan melarangnya mendekati atau mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan PETALING JAYA Seorang guru agama didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth atas...
Lari Asrama Tak Tahan Dibuli Ibu Pelajar Lapor Polis

Lari Asrama Tak Tahan Dibuli Ibu Pelajar Lapor Polis

papar berkaitan - pada 20/12/2023 - jumlah : 88 hits
Ibu kepada pelajar lelaki sebuah sekolah berasrama penuh di Cheras yang melarikan diri kerana dikatakan tidak tahan dibuli hari ini membuat laporan polis berhubung perkara itu Beliau berkata laporan polis dibuat di Pondok Polis Hospital Can...
Pet Expo Midvalley 2024

15 Breathtaking Mediterranean Powder Room Ideas From Classic To Modern

All Cheers For 1q 2024 Gdp Growth Of 4 2 But Sustaining That Pace Is Tricky And Highly Challenging

Tajuk Utama Minggu Ini Ytl Power Euforia Gabungan Axiata Inflasi Rendah Gdp 1q Wajib

Speed Read Rsd S Nitrous Fueled Bmw R18 Drag Bike And More

Cara Buat Kad Guru Malaysia Online Dan Cara Dapatkan Sijil Guru Malaysia

Isu Uitm Kerajaan Kena Berani

Kenapa Bini Aku Tak Cantik



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia


Bolehkah Berbuka Puasa Karena Merasa Pusing

Flexibility In Business Operations

Aktiviti Kunjungan Hormat Grt Dan Ppim Ke Atas Tun M Ppim 20 05 2024

Biodata Shalin Zulkifli Ratu Boling Tenpin Negara

Bacaan Rukuk Cara Rukuk Yang Afdhal

Nyoman Paul Mundur Perlahan Chord