Langgar Kuasa Istana Tun M Nak Jadi Apa



Kenyataan perdana menteri sementara Tun Mahathir kepada media semalam, kononnya Yang DiPertuan Agong berkata tiada pihak yang mendapat majoriti merupakan satu pelanggaran tugas-tugas PM interim.
PM interim sebagai penasihat tanpa kuasa tidak wajar mengumumkan apa-apa butir perbualannya dengan Istana. Hal ini telah mendahului Agong dalam keadaan Mahathir sedar mesyuarat khas Majlis Raja-raja akan berlangsung hari ini dan membuat ketetapan penyelesaian situasi politik semasa.
Lebih memalukan, PM interim yang tugasnya hanya menasihati kerajaan bercadang memanggil sidang khas Dewan Rakyat bagi melantik PM sah. Mahathir melanggar dua perkara dalam hal ini. Pertama PM interim tiada kuasa memanggil satu sidang khas, sebaliknya kerana kuasa ini hanya wujud pada PM sah melalui Perkara 11 (3) Aturan Mesyuarat Dewan Rakyat.
Kedua, tidak diamalkan dalam demokrasi Malaysia, Dewan Rakyat melantik perdana menteri. Kuasa lantikan hanya milik Agong seperti yang termaktub di bawah Perkara 40(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. Perlantikan melalui Dewan akan merosakkan Perlembagaan dan mendorong kepada krisis Perlembagaan selepasnya.
Anwar paling layak
Dalam hal ini, Agong telah bertindak bijaksana mengikut sistem demokrasi yang diamalkan. Beliau menemuramah 221 ahli parlimen dan meminta mereka menamakan siapa yang disokong menjadi perdana menteri. Nama yang paling banyak menerima sokongan tentulah Anwar Ibrahim melalui gabungan Pakatan Harapan.
Kaedah mengikut Perlembagaan berupa Agong memberi peluang kepada Anwar mentadbir kerajaan minioriti. Kerajaan seumpama ini tidak asing di Eropah. Belgium dan Denmark misalnya sering diperintah secara kerajaan minioriti selepas pilihan raya umum.
Dengan kerajaan minioriti maka perdana menteri harus melantik menteri kabinet daripada semua parti besar atau yang difikirkan sesuai dan bukan sahaja blok gabungan yang dianggotai beliau. Bermakna dalam situasi politik Malaysia, menteri kabinet juga harus datang dari Umno, Pas, blok Sabah dan Sarawak juga Bersatu jika difikirkan sesuai.
Kerajaan minioriti boleh bertahan
Kerajaan minioriti biasanya bertahan dengan cara rundingan dan lantikan anggota kabinet daripada pelbagai parti. Lebih meyakinkan formula ini berpotensi berjaya kerana sifat ahli politik Malaysia yang suka bergayut kepada ‘kuasa PM’, maka tidak mustahil selepas Anwar mengangkat sumpah angka 92 ahli parlimen menyokongnya akan segera ditambah kepada 120 dalam beberapa hari sahaja.
Parti-parti di Sabah dan sarawak yang mahukan peruntukan pembangunan akan segera menjadi sekutu PH. Agong boleh mengutamakan formula ini berbanding kerajaan perpaduan Tun Mahathir yang ditolak awal-awal oleh Umno dan Pas. Atau langkah mengarut Dewan Rakyat melantik PM.
Sekiranya kerajaan Anwar mahu dijatuhkan melalui undi tidak percaya maka hal itu tidak akan berlaku dalam mana-mana sesi parlimen pada tahun ini kerana kerajaan masih baru dan parti-parti sekutu yang menyokong tidak mungkin berasa tidak puas hati atau janji dikhianati dalam tempoh yang singkat.
Namun jika berlaku juga undi tidak percaya selepas lebih setahun maka hal itu adalah lazim apabila pilihan raya umum berlaku dalam tempoh empat tahun. Tindakan paling demokratik tentulah Agong memberi peluang Anwar mengangkat sumpah PM. Kos pilihan raya yang dilaporkan menelan belanja kira-kira RM700 juta sebagaimana anggaran Pengerusi SPR boleh dihemat dan Agong pula telah melaksanakan lunas-lunas demokrasi yang sewajarnya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/26531

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peralihan Kuasa Belum Mesyuarat Tun M Telah Buat Keputusan Nak Jadi Macam Bn Juga Kah

Peralihan Kuasa Belum Mesyuarat Tun M Telah Buat Keputusan Nak Jadi Macam Bn Juga Kah

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 292 hits
Tun M berkata Saya bersedia untuk meletak jawatan BILA BILA MASA Tun M juga berkata Apa pun keputusan mesyuarat Majlis Presiden PH saya akan letak jawatan SELEPAS APEC Sesiapa yang pening kepala sila makan panadol sekarang Pada Jumaat ini M...
Guna Pelan B Desak Tun M Serah Kuasa

Guna Pelan B Desak Tun M Serah Kuasa

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 275 hits
Seorang pemimpin PKR tidak menolak kemungkinan gerakan reformasi dan himpunan jalanan akan berulang sekali lagi sekiranya pelan peralihan kuasa Perdana Menteri antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berlaku Mei...
Tun Dr Mahathir Tiba Di Istana Negara

Tun Dr Mahathir Tiba Di Istana Negara

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 271 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Istana Negara dipercayai bagi menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini Dr Mahathir tiba pada 4 45 petang menaiki kenderaan Proton Perdana diiringi oleh p...
Tidak Ke Istana Negara Tiada Pengumuman Dari Tun M Malam Ini Kata Pegawai

Tidak Ke Istana Negara Tiada Pengumuman Dari Tun M Malam Ini Kata Pegawai

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 329 hits
Tiada apa apa pengumuman dari Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam ini berhubung pembentukan kerajaan baru Foto oleh Firdaus LatifKUALA LUMPUR 23 Feb Perdana menteri tidak akan membuat apa apa kenyataan malam ini kata pegawainya su...
Peralihan Kuasa Terpulang Kepada Saya Tun M

Peralihan Kuasa Terpulang Kepada Saya Tun M

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 262 hits
Tiada tarikh ditetapkan bagi Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada penggantinya Dr Mahathir berkata mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan malam ini memutuskan bahawa beliau akan memutuskan bila masanya...
Panggil Sidang Dewan Rakyat Tun M Cabar Kuasa Agong

Panggil Sidang Dewan Rakyat Tun M Cabar Kuasa Agong

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 222 hits
Pakatan Harapan menolak cadangan Perdana Menteri Sementara Tun Mahathir untuk memanggil sidang Dewan Rakyat bagi melantik Perdana Menteri Dalam kenyataan medianya Majlis Presiden PH berkata Mahathir tidak wajar mendahului titah Yang di Pert...
Ph Johor Hilang Kuasa Amanah Salahkan Tun Mahathir

Ph Johor Hilang Kuasa Amanah Salahkan Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 307 hits
Hari menyaksikan perubahan kerajaan di Johor Pakatan Harapan menjadi kerajaan negeri Johor sebelum ini tumbang dengan sendirinya bila mana Tun Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Johor kini di perintah oleh gabungan ...
Tak Boleh Terima Kenyataan Tun M Umno Hanya Tunggu Kenyataan Rasmi Istana Negara Annuar

Tak Boleh Terima Kenyataan Tun M Umno Hanya Tunggu Kenyataan Rasmi Istana Negara Annuar

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 336 hits
UMNO sedang menunggu kenyataan rasmi Istana Negara selepas Perdana Menteri interim Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Yang di Pertuan Agong tidak menemui mana mana Ahli Parlimen yang memperoleh majoriti yang jelas untuk dilantik sebagai Pe...
Terpulang Kepada Saya Bila Nak Letak Jawatan Tun Mahathir

Terpulang Kepada Saya Bila Nak Letak Jawatan Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 395 hits
Putrajaya Tiada tarikh ditetapkan bagi Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada penggantinya Dr Mahathir berkata mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan malam ini memutuskan bahawa beliau akan memutuskan bi...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang

Pemain Newcastle Tonali Dituduh Melanggar Peraturan Pertaruhan Bahasa Inggeris

Akmal Sokong Mb Johor Tularkan Isu Kesesakan Tambak Johor

Tanding Solo Pilihan Akhir Jika Umno Mahu Kembali Tadbir Sabah Kata Penganalisis

Netizen Sebak Tengok Anak Lap Air Mata Bella Astillah Ayden Macam Dah Biasa Mesti Mak Dia Selalu Nangis