Langgar Dron






 Laporan awal mengatakan bahawa nahas berlaku bukan sebab pilot dan bukan sebab kerosakan engine. 


Ada yang kata sebab langgar drone? Kita tunggu laporan penuh. 


************
Siasatan ke atas nahas pesawat berhampiran Bandar Elmina di Shah Alam pada 17 Ogos lalu telah menolak kemungkinan kerosakan enjin dan ketidakupayaan juruterbang sebagai punca kemalangan tersebut.


Menurut laporan awal yang diterbitkan oleh Kementerian Pengangkutan pagi ini, tiada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa enjin pesawat Beechcraft 390 Premier 1 telah dimasuki benda asing sebelum kemalangan berlaku.


"Kedua-dua enjin tidak mempunyai bukti pelepasan bilah seperti bekas lekuk atau tebuk di bahagian pemampat. Pelindung kipas juga tidak menunjukkan bukti pelepasan bilah seperti kemek atau tebuk.


"Tidak terdapat bukti dimasuki objek asing, bulu burung atau bahan lain ke bahagian-bahagian enjin," katanya.
ADS


Menerusi siasatan yang diketuai Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) Kementerian Pengangkutan, bukti menunjukkan juruterbang dan pembantu juruterbang pesawat itu tidak mengalami ketidakupayaan ketika di kokpit.


Justeru itu, laporan itu menyebut, "hipotesis mengenai masalah kesihatan dan faktor penyumbang kepada kemalangan ini mungkin diabaikan".


Kedua-dua mereka juga memiliki sijil perubatan yang sah daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).


"Atas keterangan saksi, PIC dilaporkan dalam keadaan baik pada malam sebelum kemalangan. Saksi juga memberitahu PIC berehat dengan baik sebelum penerbangan berlepas dari Langkawi," kata laporan awal itu.


Penyiasat juga berjaya mendapatkan gambaran mengenai apa yang mungkin berlaku terhadap pesawat itu berdasarkan rakaman audio yang diekstrak dari Perakam Suara Kokpit (CVR) pesawat tersebut.


Bagaimanapun, penemuan itu hanya akan dikeluarkan dalam laporan siasatan penuh sementara menunggu pemeriksaan semua bukti fizikal.


"Analisis awal rakaman CVR yang dipulihkan telah memberikan petunjuk kritikal untuk mendedahkan punca kemalangan, dengan tumpuan kepada sistem kawalan penerbangan pesawat.


"Hasil pemeriksaan dan penelitian yang belum selesai pada bahagian dan komponen pesawat berkaitan di makmal NTSB dan OEM adalah perlu untuk menyediakan bukti koloboratif dan/atau konklusif dalam menentukan punca kemalangan itu," kata laporan tersebut.


Nahas yang berlaku pada pukul 2.50 petang 17 Ogos lalu menyaksikan 10 orang terkorban apabila pesawat ringan milik Jet Valet Sdn Bhd itu terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina.


Mangsa terdiri daripada enam penumpang dan dua anggota krew pesawat, serta seorang penunggang motosikal dan seorang pemandu kenderaan yang sedang lalu di kawasan tersebut.


Antara mangsa yang turut terkorban ialah anggota exco kerajaan Pahang, Johari Harun.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/09/langgar-dron.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Russia Letak Tayar Atas Pesawat Pengebom Lindunginya Dari Serangan Dron Ukraine

Russia Letak Tayar Atas Pesawat Pengebom Lindunginya Dari Serangan Dron Ukraine

papar berkaitan - pada 6/9/2023 - jumlah : 419 hits
BERITAINTERNATIONALMALAYSIAAdmin Dalam usaha untuk memastikan pesawat pesawat tenteranya tidak menjadi mangsa kepada serangan dron Ukraine pihak tentera Russia telah memikirkan kaedah yang unik untuk memastikan pesawat pesawatnya itu selama...
Konvoi Tiga Sahabat Bertukar Menjadi Tragedi Motosikal Di Langgar Kereta

Konvoi Tiga Sahabat Bertukar Menjadi Tragedi Motosikal Di Langgar Kereta

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 295 hits
MARAN Konvoi tiga sahabat yang pulang selepas makan ikan patin Temerloh bertukar tragedi apabila kesemuanya maut setelah motosikal yang ditunggangi mereka dirempuh sebuah kereta di jalan besar Felda Jengka 17 di sini pada Sabtu Dalam kejadi...
400 Syarikat Dihukum Sebab Langgar Undang Undang Buruh Dan Aniaya Pekerja

400 Syarikat Dihukum Sebab Langgar Undang Undang Buruh Dan Aniaya Pekerja

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 155 hits
Menteri Sumber Manusia V Sivakumar memberitahu Bernama setakat tahun ini pihak kerajaan telah mengambil tindakan terhadap 400 syarikat kerana melanggar undang undang buruh Dengan denda berjumlah 2 17 juta ringgit sudah dikeluarkan terhadap ...
Bule Songong Di Bali Kembali Berulah Ditegur Langgar Lalu Lintas Malah Melawan Polisi

Bule Songong Di Bali Kembali Berulah Ditegur Langgar Lalu Lintas Malah Melawan Polisi

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 216 hits
Peristiwa itu terjadi di lampu merah depan Pos Polisi Lalu Lintas di Jalan Sunset Road Kuta Badung Senin siang
Tiga Maut Bas Ekspres Terbabas Langgar Pokok Di Merapoh Lipis Awal Pagi Tadi

Tiga Maut Bas Ekspres Terbabas Langgar Pokok Di Merapoh Lipis Awal Pagi Tadi

papar berkaitan - pada 22/9/2023 - jumlah : 230 hits
LIPIS Seorang anggota bomba antara tiga yang maut apabila bas ekspres dua tingkat terbabas dan melanggar pokok di Kilometer 81 Jalan Lipis Merapoh di Kampung Kubang Rusa di Merapoh awal pagi tadi Mangsa yang maut Mohd Syukri Mat Noor 55 seo...
7 Cara Jimat Elektrik Tanpa Berkorban Keselesaan

Tajuddin S Merdeka Reflection In A Sea Of Faces I Was Never Apart

Gempa Bumi Segamat Kerajaan Negeri Johor Saran Masjid Surau Anjur Solat Hajat

Menteri Dalam Negeri Kalah Saman Terpaksa Bayar Rm670 000 Kepada Sanusi

Sarapan Nasi Goreng Ayam Bakar Madu

Suzuki Swift Final Edition Warna Hitam Terhad 30 Unit Rm138k

Lirik Lagu Memilih Kamu Black Hanifah Adira Suhaimi

Orang Bermasalah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rafizi Tak Gentar Farhash Sedia Jumpa Di Mahkamah

Tidak Mengapalah

Hati Hati Ini Cara Elak Dapur Kaca Meletup Tiba Tiba

Trik Nak Buat Pencahayaan Rumah Nampak Lebih Mewah Cozy

Azzam Sham Penantian Luka Chord

Flagship Honor Magicpad 3 And Magicbook Art 14 2025 Now Available Nationwide