Land Swap Kenapa Najib Razak Bersyukur Kenyataan Mat Sabu


ISMA WEBMari kita lihat siapa yang kenaaaa...


SEMALAM, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu @ Mat Sabu dalam satu kenyataan media, mendedahkan sedikit hasil siasatan jawatankuasa khas dipengerusikan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang terhadap beberapa projek Kementerian Pertahanan, termasuk ‘land swap’.Jawatankuasa itu dikenali sebagai Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK).
Pedang mengalu-alukan pembongkaran sebarang salah laku dalam kerajaan yang menyebabkan kerugian kepada rakyat. Tak kiralah kerajaan dulu atau kerajaan sekarang. Apalagi, jika ia membabitkan keselamatan dan kedaulatan negara.
Pedang juga setuju dengan pendedahan Mat Sabu atau di kalangan anak muda beliau lebih mesra dengan panggilan ‘Abang Mat’. Lagipun, rumah Abang Mat di Seksyen 19 Shah Alam tak jauh dari rumah Pedang.
Cuma kenyataan media Mat Sabu semalam – yang menjurus untuk menunjukkan kelemahan pentadbiran kerajaan sebelum ini – bagaimanapun tidak menyebut tahun bila projek ‘land swap’ bermula. Tetapi mengikut laporan media, projek ‘tukar tanah’ Kementerian Pertahanan itu berlaku sejak 1997.
Menurut kenyataan Menteri Pertahanan kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu, hasil siasatan yang dibentangkan pada 28 Januari lalu mendapati, 16 projek ‘land swap’ membabitkan 2,923 ekar tanah milik Kementerian Pertahanan dengan nilai sebanyak RM4.756 bilion dan membabitkan kos projek RM4.886 bilion.
“JKTUPKK juga mendapati anggaran kerugian atau ketirisan hasil Kerajaan sepanjang pelaksanaan projek land swap adalah melebihi RM500 juta.” (Dalam kenyataan itu baris bermula dengan …kerugian hingga RM500 juta… ditebalkan)
Kata Mat Sabu lagi, kementerian dimaklumkan bahawa majoriti pelaksanaan projek ‘land swap’ sebelum ini adalah tidak dirancang dengan teliti dan pemilihan syarikat pemaju tidak dilaksanakan due diligence yang komprehensif.
“Terdapat juga campur tangan politik dalam pemilihan lokasi land swap tersebut yang bertujuan untuk kepentingan politik pihak-pihak tertentu. Keadaan tersebut telah menyebabkan sebahagian projek telah melangkaui tempoh kontrak yang telah dipersetujui sebelum ini.
“Sehubungan itu, saya akan mengarahkan pegawai saya untuk membuat laporan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan agensi-agensi berkaitan yang lain untuk menjalankan siasatan seterusnya mengambil tindakan lanjut seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang,” kata Mat Sabu.
Tetapi apakah pendedahan yang dibuat oleh Mat Sabu – yang dilantik oleh Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Menteri Pertahanan kerajaan Malaysia baharu – bertujuan menunjukkan salah laku kerajaan yang mentadbir Malaysia sebelum ini memandangkan projek ‘land swap’ itu bermula pada 1997?
Siapa Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan pada 1997?
“Saya bukan Menteri Pertahanan mahupun Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri ataupun Menteri Kewangan pada tahun 1997.” Demikian dijelaskan Datuk Seri Najib Razak, ketika mengulas pendedahan laporan siasatan projek ‘land swap’ itu.
Beliau berkata, Perdana Menteri pada 1997 adalah Dr Mahathir, sementara Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Najib dilantik menjadi Menteri Pertahanan dalam Kabinet Dr Mahathir pada 1991 hingga 1995. Menteri Pertahanan pada 1997 ialah Tan Sri Syed Hamid Albar (1995-1999), namun Najib sekali lagi memegang jawatan itu mulai 1999 hingga 2008. Beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 2004 hingga 2009, ketika pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Pada 3 April 2009, Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-6 sehinggalah Barisan Nasional (BN) kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), 9 Mei tahun lalu.
“Alhamdulillah. Laporan yang mengambil masa 8 bulan ini juga telah membuktikan bahawa Tan Sri Rafidah Aziz Malaysian Citizen telah memfitnah saya.
“Beliau (Rafidah) pernah bertegas dengan sumpah “Demi Allah” bahawa ‘setiap inci tanah’ berjumlah 40,000 hektar Kementerian Pertahanan dan tentera telah diswastakan kepada tiga individu” di bawah kerajaan BN semasa saya PM.
“Fitnah ini yang digunakan untuk menaikkan kemarahan undi tentera sebelum PRU14 adalah sangat keji kerana nama Allah telah digunakan untuk melemparkan tuduhan ini,” kata Najib ketika mengulas lanjut pendedahan Mat Sabu, dalam laman Facebook beliau.
Isu ‘land swap’ membabitkan tanah Kementerian Pertahanan timbul selepas Rafidah mendakwa pemilikan lebih 40,000 hektar tanah kementerian itu dipindahkan kepada sebuah syarikat milik tiga individu tanpa tender terbuka. Dakwaan itu dibuat menerusi satu surat terbuka yang ditujukan kepada Najib, 8 April tahun lalu – sebulan sebelum PRU14.
Beliau mendakwa semua tanah berkenaan dipajakkan selama 40 tahun kepada syarikat berkenaan untuk dibangunkan dengan pelbagai projek komersial. Antara hartanah yang disebut oleh Rafidah dalam surat terbuka itu adalah Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi dan Kem Majidee di Johor Bahru.
Najib sudah dikira menjawab pendedahan Mat Sabu mengenai projek ‘land swap’. Sekarang, yang kena jawab ialah Dr Mahathir, Anwar, Syed Hamid, Abdullah dan Rafidah, kerana projek itu bermula pada 1997.
Sebenarnya, Pedang lihat ada mainan politik di belakang kenyataan media Mat Sabu mengenai projek ‘land swap’ ini. Fikirkan ‘gelombang’ yang sedang berlaku sekarang dalam PH.
Kata Pedang: Khabarnya ‘perbalahan’ team-team dalam parti gabungan PH semakin hebat. Apakah pakatan ini akan menjadi kerajaan gabungan paling singkat dalam sejarah?



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/02/land-swap-kenapa-najib-razak-bersyukur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Land Swap Laporan Kes Sudah Dibuat Kementerian Mat Sabu

Isu Land Swap Laporan Kes Sudah Dibuat Kementerian Mat Sabu

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 244 hits
KUALA LUMPUR Tiada keperluan untuk membuat laporan polis setakat ini berhubung kes ketirisan hasil kerajaan yang dianggarkan melebihi RM500 juta sepanjang pelaksanaan projek land swap kementerian ini kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu Bel...
Mat Sabu Over Rm500m Losses In Mindef Land Swaps Since 1997

Mat Sabu Over Rm500m Losses In Mindef Land Swaps Since 1997

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 266 hits
Land swap deals involving the Defence Ministry have resulted in over RM500 million in losses and leakages said minister Mohamad Sabu He said this was detailed in a report by the special investigation committee on procurement governance and ...
Mat Sabu Tolong Jawab Persoalan Najib Ni

Mat Sabu Tolong Jawab Persoalan Najib Ni

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 337 hits
Amat sedih membaca ini Selepas anggota anggota dan veteran ATM telah dihasut dan dipergunakan oleh PH sebelum PRU14 mereka kini diketepikan PH boleh jarah RM82 bilion dari Petronas dan melaksanakan bajet 2019 dengan perbelanjaan yang lebih ...
Mat Sabu Tourists Confident In Sabah S Improved Security Situation

Mat Sabu Tourists Confident In Sabah S Improved Security Situation

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 246 hits
The improving security situation in Sabah is giving foreign tourists more confidence in the state says Defence Minister Mohamad Sabu Mohamad said many foreign tourists especially from China travel to Sabah and bring economic growth to the s...
Perbandingan Menteri Pertahan Asean Mat Sabu Paling Tidak Berkelayakan

Perbandingan Menteri Pertahan Asean Mat Sabu Paling Tidak Berkelayakan

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 289 hits
ASEAN MINISTERS OF DEFENCE 1 General Prawit WongsuwanThailand Minister of Defence Qualifications Saint Gabriel s College Armed Forces Academies Preparatory School Chulachomklao Royal Military Academy 36 years of military service rising up t...
Jangan Percaya Pas Parti Bohong Mat Sabu

Jangan Percaya Pas Parti Bohong Mat Sabu

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 553 hits
KOTA BHARU Parti Amanah Negara yakin ahli PAS akan hilang kepercayaan terhadap parti itu berikutan pembohongan yang dilakukan pemimpin mereka Presiden PAN Mohamad Sabu turut menyifatkan PAS sebuah parti yang berbohong dan tidak boleh diperc...
Mat Hasan Tiada Masalah Dengan 039 Malu Apa Bossku 039 Najib

Mat Hasan Tiada Masalah Dengan 039 Malu Apa Bossku 039 Najib

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 544 hits
Mat Hasan tiada masalah dengan gaya Najib Dikemas kini 23 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 7 Feb 2019 8 40PM middot
Mat Sabu Akui Tidak Pernah Memiliki Ijazah Atau Pun Diploma Terus Terang Dan Jujur

Mat Sabu Akui Tidak Pernah Memiliki Ijazah Atau Pun Diploma Terus Terang Dan Jujur

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 801 hits
KUALA LUMPUR 9 Feb Menteri Pertahanan Mohamad Sabu yang turut terpalit dengan kontroversi melibatkan kelayakan akademik kerana didakwa memiliki ijazah seni kulinari palsu tampil membela diri apabila menafikan perkara itu Mohamad malah membe...
Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis

Umno Explores Every Means Possible To Free Najib

Calon Bersatu Prk Kkb Tunggang Isu Kematian Teoh Beng Hock

100 Cawangan Kfc Tutup Dan Akur Kuasa Boikot

Perasaan Bila Orang Namakan Kucing Mereka Dgn Nama Anda

Bonus R 5000 Jogue Ca A T Queis Onlin

Kkb Polls Boycotting The Ballot Box Unproductive Says Yeoh



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Belajar Menerima Keluarga Pasangan Anda

Plaza Premium Group Expands Flight Club Dining Brand At Kuala Lumpur International Airport Terminal 1

Lumira Eka Heights Seremban Perumahan Gaya Hidup Moden

Siapa Nak Tahu Asal Usul Selfie

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

Kes Denggi Meningkat