Laman Karya Lumut Lakar
Laman Karya Lumut - Lakar | Walaupun Lakar dah wujud beberapa bulan lepas di Lumut, cik en masih tak tahu kewujudannya. Nampak tak cik en orang duduk rumah jarang keluar? Hahhahaha. So kali ini cik en nak kongsi dengan korang pasal Lakar ini. Lakar atau Laman Karya Lumut ini merupakan satu komuniti yang diusahakan oleh Kuasa Perak Kumpulan Aktivis Sahabat Alam dalam mengumpulkan beberapa komuniti untuk menjalankan pelbagai aktiviti seperti filem, nature arts, penanaman pokok, nursery bakau dan lain lain lagi. | Laman Karya Lumut - Lakar
Laman Karya Lumut - Lakar
Laman Karya Lumut - Lakar
Anyway cik en sebenarnya tak explore lebih sebabnya cik en nak jemput Blogger Perak untuk join aktiviti yang ada disini. Tapi disebabkan semuanya sibuk dengan jadual masing masing cik en buat review terlebih dulu apa yang ada disini. So apa yang cik en diberitahu ada beberapa bilik atau ruang di Laman Karya Lumut - Lakar ini dan disewa kepada beberapa komuniti seperti Nature InfoHub & Tours, Nagarakota, Lakar Cafe, Toko Buku Hamzah dan Hinggap Backpacker. Paling famous disini Hingap Backpacker dan Lakar Cafe
Gamabr di atas ini adalah gambaran kawasan Laman Karya Lumut - Lakar ini. Setiap bangunan ada terbahagi kepada 4 ruangan atau bahagian. Atas 2 dan bawah 2. Sebelah kanan sekali bawah adalah Nature InfoHub & Tours. Diatasnya adalah ruangan bermesyuarat atau perjumpaan kecil. Kalau nak buat surprise party pun boleh juga sebab ruangannya privacy dan santai. Sebelahannya adalah tempat jamming dan tempat buat cop untuk baju. Cik en sendiri dah lupa apa ke namanya proses itu. Tapi blok dia gunakan kayu di bawah ini
Disebelah atas Lakar Cafe ada ruangan santai, cit cat dan minum minum. Gambar di bawah ini adalah gambar di ruangan ini
Bangunan sebelah nya pula adalah Lakar Cafe dan cik en belum kesempatan untuk merasai menu yang ada disitu lagi. Insyallah dengan team Blogger Perak nanti cik en akan merasa dan berkongsi dengan korang. Kalau korang nak tahu menu apa yanga ada, korang boleh try tengok di Facebok LAKARkafe.
Bangunan sebelahnya pula dibawah adalah tempat baiki basikal. Di Laman Karya Lumut - Lakar ini selalu jadi tumpuan komuniti berbasikal. Jadi disini mereka akan dapatkan peralatan dan pembaikan basikal mereka. Diatasnya pula ada Toko Buku Hamzah yang mana buku yang tidak dijual di pasaran dan di Malaysia korang boleh dapat disini. Korang boleh pinjam bawa balik dengan menulis nama je.
Sebelahannya pula adalah Hinggap Backpacker Hostel untuk wanita dan bangunan sebelahnya untuk lelaki. Hinggap Backpacker Hostel ini tak la selesa macam hotel dan ianya sangat terhad dalam 10 orang macam itu. Sesuai untuk sesiapa yang datang ke sini dan menunggu feri ke Pangkor. Masa cik en datang ianya masih dalam penambahbaikan tapi korang boleh tengok progress di Hinggap Backpacker Hostel
Cik en akan story lebih lanjut Laman Karya Lumut - Lakar bila cik en kesana lagi nanti. So kalau korang nak tau aktiviti terbaru Laman Karya Lumut - Lakar ini atau nak join aktiviti mereka boleh la follow mereka di
Facebook : https://www.facebook.com/LakarLumut/Instagram : https://www.instagram.com/lamankaryalumut/
p/s : lepas ini nak story pula di Manjung ini port makan ketiaw kicap kuah kari best macam di Ipoh. Kena bersabar la ye untuk cik en update. Hihihi
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.nurfuzie.com/2019/03/laman-karya-lumut-lakar.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+EintanNurfuzie+%28Eintan+Nurfuzie%29