Laluan Terowong Di Hqe Kini Jadi Wad Rawat Pesakit Covid 19


Laluan di hospital Kota Kinabalu kini jadi wad rawat pesakit Covid-19
Sebuah laluan di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu, Sabah kini ditempatkan dengan katil dan peralatan perubatan untuk merawat pesakit Covid-19, dalam langkah sementara terbaru bagi berdepan peningkatan jangkitan di sana.

Video yang disebarkan di WhatsApp menunjukkan laluan itu, yang menghubungkan Jabatan Kecemasan dengan klinik-klinik pakar, dipenuhi dengan tangki oksigen dan katil yang sudah pun digunakan pesakit.




Malaysiakini difahamkan yang hospital itu juga telah merujuk pesakit bukan Covid-19 ke hospital lain dan klinik pakarnya juga digunakan untuk merawat pesakit Covid-19.

Ini bermakna Hospital Queen Elizabeth telah dijadikan hospital Covid-19 sepenuhnya - peranan yang dimainkan ketika peningkatan kes di Sabah selepas PRN tahun lalu.

Menurut pekeliling bertarikh 26 Julai yang dilihat Malaysiakini, pengarah hospital itu Dr William Gotulis mengumumkan semua klinik pakar ditutup sementara bagi menghalang wabak itu terus menular.

"Seperti yang diketahui, ekoran peningkatan kes Covid-19, pihak pengurusan hospital telah mengambil pendekatan menutup sementara perkhidmatan klinik pakar untuk menghalang penularan Covid-19 di kalangan kakitangan dan pengunjung Hospital Queen Elizabeth," katanya.

Seorang sumber dalam Kementerian Kesihatan juga berkata dewan bedah umum juga telah dijadikan wad Unit Rawatan Rapo (ICU), meningkatkan katil ICU daripada 14 kepada 50 buah.

MP mahu jawapan Ahli Parlimen Tawau Christina Liew berkata keadaan itu menyedihkannya kerana ia berlaku selepas tujuh bulan penguatkuasaan darurat bagi mengekang wabak Covid-19.

Membangkitkan kesihatan petugas barisan depan, Liew menggesa Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menangani keadaan di hospital itu.

"Ia boleh membahayakan keasihatan fizikal dan mental petugas barisan depan di sana," katanya.

Ketika dihubungi, jurucakap Covid-19 Sabah Masidi Manjun berkata sebarang persoalan berkenaan keadaan di Hospital Queen Elizabeth perlu dirujuk kepada pengarah JKNS Dr Rose Mudin.

Bagaimanapun, usaha Malaysiakini untuk menghubungi Rose tidak berjaya dan pegawainya berkata tiada kenyataan yang akan dikeluarkan berkenaan perkara itu.

Pada 28 Julai lalu, terdapat 913 kes baru di Sabah. Ia merupakan angka tertinggi dalam tempoh lapan bulan.

Liew berkata peningkatan tersebut antara lain disebabkan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) oleh orang awam.

Sebelum ini, kerajaan Sabah kekal dengan keputusan untuk membenarkan makan di restoran - bertentangan dengan SOP yang digariskan Majlis Keselamatan Negara (MKN).


Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin penghantaran vaksin yang lambat dan pengagihan yang tidak saksama sebagai turut menyumbang kepada masalah itu, dengan menambah ada pesakit di Hospital Queen Elizabeth yang baru menerima dos pertama.

Setakat 28 Julai, Sabah antara negeri dengan kadar vaksinasi paling perlahan, dengan hanya 18.8 peratus penduduknya yang telah menerima dos pertama dan 9.9 peratus yang telah lengkap kedua-dua dos.

Ia jauh berbeza dengan jirannya Sarawak, di mana dengan kadar 59.9 peratus telah menerima dos pertama dan 43.6 peratus lengkap dua dos.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/07/laluan-terowong-di-hqe-kini-jadi-wad.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Tanggung Kos Pindah Rawat Pesakit Bukan Covid 19 Ke Hospital Swasta

Kerajaan Tanggung Kos Pindah Rawat Pesakit Bukan Covid 19 Ke Hospital Swasta

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 644 hits
AGENDA DAILY Kerajaan tanggung kos pemindahan dan rawatan pesakit bukan Covid 19 dari hospital kerajaan ke hospital swasta Kerajaan memperuntukkan RM100 juta untuk tempoh dua tahun bagi tujuan penyumberluaran termasuk kos rawatan pesakit bu...
Jepun Lulus Antibodi Ronapreve Rawat Pesakit Covid 19

Jepun Lulus Antibodi Ronapreve Rawat Pesakit Covid 19

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 298 hits
Firma farmaseutikal gergasi Switzerland Roche hari ini memaklumkan Jepun menjadi negara pertama meluluskan rawatan antibodi Ronapreve bagi pesakit COVID 19 Kelulusan bagi ubat untuk mereka yang menghidap gejala ringan hingga sederhana itu d...
Kerajaan Belum Benarkan Ivermectin Diguna Rawat Pesakit Covid 19

Kerajaan Belum Benarkan Ivermectin Diguna Rawat Pesakit Covid 19

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 404 hits
AGENDA DAILY Kerajaan masih tidak membenarkan penggunaan Ivermectin untuk merawat pesakit Covid 19 India dan Peru menarik balik penggunaan Ivermectin kenapa kita mahu gunakannya kalau tidak ada indikasi kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr ...
Kkm Guna Baricitinib Rawat Pesakit Covid 19 Kategori Empat Dan Lima

Kkm Guna Baricitinib Rawat Pesakit Covid 19 Kategori Empat Dan Lima

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 370 hits
Tingkatkan keberkesanan dan dapat kurangkan kadar kematian PUTRAJAYA Hospital seluruh negara akan mula menggunakan ubat Baricitinib untuk rawatan kepada pesakit COVID 19 terutama pesakit kategori empat dan lima kata Ketua Pengarah Kesihatan...
Perkuburan Islam Khusus Untuk Pesakit Covid 19 Diteliti

Perkuburan Islam Khusus Untuk Pesakit Covid 19 Diteliti

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 366 hits
AGENDA DAILY Suasana malam tadi di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam terang benderang ketika petugas khas mengebumikan jenazah mangsa Covid 19 Gambar oleh Shahir Omar Astro Awani Kerajaan sedia meneliti membuka tanah perkuburan Is...
Dakwaan Bahawa Hpsf Muar Akan Menerima Seramai 200 Orang Pesakit Covid 19 Dari Kesang Adalah Tidak Benar

Dakwaan Bahawa Hpsf Muar Akan Menerima Seramai 200 Orang Pesakit Covid 19 Dari Kesang Adalah Tidak Benar

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 275 hits
SEBENARNYA Menurut kenyataan media Hospital Pakar Sultanah Fatimah Pihak pengurusan Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar menafikan bahawa pihaknya akan menerima 200 pesakit COVID 19 dari Kesang seperti yang t
Mesej Mayat Pesakit Covid 19 Didapati Masih Hidup Adalah Palsu Kkmm

Mesej Mayat Pesakit Covid 19 Didapati Masih Hidup Adalah Palsu Kkmm

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 425 hits
KUALA LUMPUR Hospital Kuala Lumpur menafikan mesej tular yang mendakwa kononnya ada pesakit COVID 19 yang disahkan meninggal dunia namun semasa mayat tiba di lokasi pengebumian pesakit itu didapati masih hidup Pasukan Respons Pantas Kemente...
Pesakit Covid 19 Kuarantin Kendiri Ditemui Meninggal Dunia

Pesakit Covid 19 Kuarantin Kendiri Ditemui Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 427 hits
Beberapa anggota bomba cuba membuka rumah mangsa di Kampung Kenangan Tun Syed Nasir PETALING JAYA Pesakit Covid 19 yang sedang menjalani kuarantin kendiri di rumahnya ditemui meninggal dunia oleh anak saudaranya dalam kejadian di Tangkak Jo...
Polis Buru Lo Hin Khiong Pesakit Covid 19 Melarikan Diri

Polis Buru Lo Hin Khiong Pesakit Covid 19 Melarikan Diri

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 255 hits
LO Hin Khiong diburu polis FOTO ihsan polis Kota Kinabalu Polis sedang memburu seorang lelaki disahkan positif Covid 19 yang melarikan diri ketika dalam perjalanan ke Pusat Kuarantin Likas di sini kelmarin Dalam kejadian jam 5 45 petang itu...
Monolog Jiwa Menunggu Antara Bertahan Dan Menyerah

Lirik Lagu Sesaat Aina Abdul

Hutang Oh Hutang Peningnya Aku

Bayi Kembar Isteri Arwah Masdeh Rosmin Debaran Saat Kelahiran Cucu

Strawberry Manis

Ayam Goreng Berempah Dan Bab Sedekah Penghapus Dosa

Senarai Filem Tahun 2026

Makluman Gempa Bumi Lemah Di Perairan Batu Pahat Johor Pada 27 September 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


17 Tahun Menghilang Kumpulan X Factor Kembali Reunion Buat Peminat Teruja Helok Helok Walaupun Dah Berusia

Didakwa Tak Bayar Hutang Intan Najuwa Razman Razmi Beri Respon Henti Buli Kami Nak Kami Bun H Diri Ke

Tmj Mengulas Isu Fam Dan Fifa

Pemuda Tempuh Perjalanan Lebih Lapan Jam Demi Segulung Ijazah

Izz Wan Demo Ore Comey Chord

Canopy House By Studio Mk27 A White Prism Suspended In Brazil S Atlantic Forest