Laluan Berliku Menjelang Prn P Pinang


freemalaysiatoday.com
Predeep Nambiar dan Dineskumar Ragu
-January 8, 2023 
Penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang berakhir, pada 2 Ogos. Pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas penggal tamat jika tidak dibubar lebih awal. (Gambar Facebook)
GEORGE TOWN: Pilihan raya negeri (PRN) Pulau Pinang pastinya dinantikan susulan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang pernah menjadi musuh ketat mengetepikan perbezaan demi satu kerjasama.

Pemimpin dua parti itu dilihat bersedia bekerjasama, namun akar umbi dikatakan tidak begitu selesa mencontohi amalan itu di peringkat pusat.

Seorang pemimpin kanan DAP ketika ditanya sentimen akar umbi, memberitahu FMT: “Anwar Ibrahim hanya berkuasa baharu sebulan. PRN mesti dilaksanakan dalam tempoh lapan ke 10 bulan ini. Situasi sudah berubah dan akar umbi perlu memahami tiada musuh kekal dalam politik.”

Bagaimanapun, tidak mudah bagi PH mengekalkan majoriti besar seperti mana diterima pada pilihan raya 2018, mengambil kira peningkatan populariti Perikatan Nasional (PN) dalam kalangan pengundi Melayu.

Kepala Batas, Permatang Pauh dan Tasek Gelugor kini dikuasai PN, pada PRU November lalu, jentera PH perlu bekerja keras di kawasan nusa teras Melayu di Balik Pulau dan Seberang Perai demi mengekang “gelombang hijau” – terma digunakan bagi menggambarkan kejayaan pakatan PN-PAS.

Kebimbangan di kerusi PKR

Seorang sumber dalaman PH, berkata timbul kebimbangan berhubung kerusi campuran dipegang PKR yang mana laluan mempertahankannya dianggap berliku, namun menambah: “Saya yakin semuanya akan berjalan lancar memandangkan faktor Anwar dan kerjasama dengan Umno.”

Pada pilihan raya 2018, PKR menang tipis di tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Sumber itu juga berkata, pakatan politik PH dan BN menjelang PRN berkemungkinan hanya dengan Umno susulan kesukaran mencapai titik persamaan antara beberapa pihak dalam PH dengan MCA dan MIC.

“Kita boleh mengatasi PN dengan mengurangkan pertembungan pada PRN. Jika anda mencampur jumlah PH dan BN pada PRU15, kita boleh menang mudah di kawasan Melayu,” katanya.

Mengapa ikatan DAP-Umno perlu

“Pengundi Cina dulunya bimbang dengan kerjasama DAP-Umno. Tetapi, hari ini, jajaran Umno bersama PH dilihat sangat penting untuk mengekang PAS.”

Katanya: “Undi PRU15 merupakan buktinya. Kita sedia mengetahui apa yang dijangka berlaku.”

Dalam 40 DUN Pulau Pinang, PH menguasai 33 kerusi dengan lebih dua pertiga majoriti menerusi DAP (19 kerusi), PKR (12) dan Amanah (2 kerusi). Umno memiliki dua kerusi, manakala Bersatu (4) dan PAS (1).

Penggal DUN itu berakhir pada 2 Ogos dan pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh dua bulan selepas penggal tamat, atau lebih awal.

Beberapa pihak dalam Umno tidak selesa

Meskipun PH negeri mahu menjalin kerjasama dengan Umno, akar umbi parti itu agak sukar menerimanya terutama mereka menentang dasar PH Pulau Pinang berhubung penambakan tanah.

Seorang pemimpin tempatan Umno, berkata kebanyakan (ahli akar umbi) enggan bersama DAP kerana doktrin anti-DAP sudah terlalu lama dimomokkan.

“Pemimpin parti yang kekal memegang doktrin itu tidak dapat menerima kerjasama PH-BN. Inilah isu yang kita hadapi,” katanya.

Jangkaan tarikh PRN

PRN boleh diadakan pada Julai bagi Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, kata bekas pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Katanya, Julai merupakan tempoh bersesuaian susulan jemaah haji sudah kembali ke tanah air.

PRN di enam negeri dijangka membabitkan kos RM450 juta kepada SPR sekiranya diadakan serentak dan tambahan RM100 juta jika diadakan berasingan.

13 kerusi marginal

Kaji selidik dilakukan FMT mendapati terdapat 13 kerusi dianggap tidak selamat atau menang tipis, pada 2018, dengan tujuh kerusi disandang PKR, selain Umno dan Bersatu masing-masing dua; Amanah dan PAS masing-masing satu.

Kerusi marginal dengan peratusan undi dimenangi parti:Permatang Berangan (Umno) 37.8%
1. Pinang Tunggal (PKR) 38.7%
2. Sungai Dua (Umno) 41%
3. Bertam (Bersatu) 41.2%
4. Sungai Acheh (PKR) 44.1%
5. Telok Ayer Tawar (PKR) 44.4%
6. Penanti (PKR) 44.9%
7. Permatang Pasir (Amanah) 45.3%
8. Sungai Bakap (PKR) 45.5%
9. Telok Bahang (Bersatu) 45.6%
10. Pulau Betong (PKR) 49.6%
11. Seberang Jaya (PKR) 53.1%
12. Penaga (PAS) 53.5%

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/01/laluan-berliku-menjelang-prn-p-pinang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Yakin Mampu Menang Prn Selangor Negeri Sembilan P Pinang

Ph Yakin Mampu Menang Prn Selangor Negeri Sembilan P Pinang

papar berkaitan - pada 8/1/2023 - jumlah : 159 hits
Mohamad FadliPETALING JAYA Pakatan Harapan yakin dapat terus mempertahankan Selangor Negeri Sembilan dan Pulau Pinang dalam pilihan raya negeri tahun ini Setiausaha Agungnya Saifuddin Nasution Ismail bagaimanapun berkata peluang PH menawan ...
Bersedia Sertai Kerajaan Di P Pinang Selangor Dan Negeri Sembilan Zahid Beritahu Umno

Bersedia Sertai Kerajaan Di P Pinang Selangor Dan Negeri Sembilan Zahid Beritahu Umno

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 210 hits
January 14 2023 KUALA LUMPUR Umno diminta bersedia untuk menyertai kerajaan di Pulau Pinang Selangor dan Negeri Sembilan selepas PRN akan datang Presiden Zahid Hamidi berkata Umno dengan kerajaan perpaduan akan mampu menghadapi PRN dengan g...
Pengotor Sombong Kecewa Singgah Gerai Roti Canai Popular Di Pulau Pinang Lelaki Hairan Orang Ramai Makan

Pengotor Sombong Kecewa Singgah Gerai Roti Canai Popular Di Pulau Pinang Lelaki Hairan Orang Ramai Makan

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 213 hits
Zaman sekarang ini mudah saja untuk sesuatu tempat menjadi tumpuan orang ramai kunjungi asalkan ianya viral di platform media sosial Namun tidak semestinya bila sesuatu tempat itu mendapat gelaran viral ia akan mencapai standard pengunjung ...
Prn Agihan Awal Kerusi Antara Umno Dap Pkr Amanah Selesai

Prn Agihan Awal Kerusi Antara Umno Dap Pkr Amanah Selesai

papar berkaitan - pada 30/12/2022 - jumlah : 184 hits
agendaily com30 12 2022UMNO akan bekerjasama dengan DAP PKR dan AMANAH menghadapi PRN di enam negeri tahun depan UMNO serta Barisan Nasional dan gabungan parti dalam Pakatan Harapan PKR DAP AMANAH dikatakan masih berunding agihan kerusi unt...
Bercuti Ke Fort Cornwallis Pulau Pinang

Bercuti Ke Fort Cornwallis Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 206 hits
Akhirnya tibalah masa mama nak update blog cerita basi mama Mama pernah cakap dalam post sebelum2 ni yang mood nakupdate blog memang kelaut sejak mama first time dijangkiti Covid pada hujung bulan Mac tahun 2022 dulu Masa tu selepas tamat k...
Ph Garis Tiga Faktor Tawan Semula Kedah Dalam Prn

Ph Garis Tiga Faktor Tawan Semula Kedah Dalam Prn

papar berkaitan - pada 1/1/2023 - jumlah : 125 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jan 1 2023 12 50 PMPH Kedah menyuarakan keyakinan untuk menawan kembali Kedah dalam pilihan raya negeri yang akan diadakan tahun ini berdasarkan situasi politik semasa Pengarah Komunikasi dan Penerangan PH Kedah ...
Prn 6 Negeri Melayu Tolak Umno Kerana Kerjasama Dengan Dap

Prn 6 Negeri Melayu Tolak Umno Kerana Kerjasama Dengan Dap

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 174 hits
agendaily com03 01 2023Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu Sokongan orang Melayu berkemungkinan akan beralih daripada UMNO kepada Perikatan Nasional pada pilihan raya negeri dalam beberapa bulan akan datang menurut Timba...
Bufet Ramadan Tunamaya Beach Spa Resort Desaru Rasa Nusantara Buffet Dinner

Resepi Kek Lapis Batek Pelangi

Travelperk Collects 200m Boosting Its Valuation To 2 7b

Sempena Tahun Baharu Lunar Maafkanlah Razman Pemimpin Pkr Beritahu Hannah

Wanita Yang Kematiannya Disambut Oleh Para Malaikat

Lirik Lagu Cari Kawan Queen Virgo Benzooloo

Beli G Shock Kat Dataran Pahlawan

Govt Merges 3 Cabinet Committees On Health Into One


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Uncle Mike And His Boys Ring In The Tung Tung Chiang

What Is There To Do During Chinese New Year In Malaysia

Panduan Lafaz Niat Puasa Ramadhan

Kuala Lumpur Alternative Bookfest 2025

Queen Virgo Benzooloo Cari Kawan Chord

Nowseeheart Ku Harap Cinta Chord