Lakukan Kaedah Baru Uji Jangkitan Covid Bukan Hanya Laksana Pkp



Langkah kerajaan Perikatan Nasional (PN) memperkenalkan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di 5 negeri mulai 13 Januari ini bukanlah penyelesaian muktamad untuk memutuskan rantaian pandemik Covid 19.
Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kaedah pengujian besar-besaran (mass testing/pooled testing) dan pengesanan kontak (contact tracing) yang lebih berkesan dari aplikasi MySejahtera perlulah diwujudkan dan dilaksanakan di negara ini.
Kerajaan PN juga harus mendedahkan strategi dan langkah yang akan diambil dalam membendung penularan wabak Covid-19 yang semakin berleluasa dan membimbangkan rakyat.
“Saya menggesa kerajaan bersikap telus berhubung data dan bantu pelbagai pihak untuk lebih faham di mana titik punca (hotspot) sebenar, terutamanya yang melibatkan pekerja-pekerja asing.
“Kementerian Kesihatan berkata mereka sedang mengkaji kaedah ‘pooled testing’, namun belum ada metode dan panduan mengenainya. Negara-negara lain telah membuktikan metode ini lebih berkesan dari hanya mengawal pergerakan. Justeru, saya ulang ketelusan sangat penting pada saat ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Presiden KEADILAN itu berpendapat, perlaksanaan PKP walaupun perlu namun impaknya kepada ekonomi amat tinggi.
Katanya, sektor yang paling terjejas tentulah Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang baru beransur-ansur pulih daripada beberapa siri PKP dan PKP Bersyarat tahun lalu, kini menghadapi penguncupan perniagaan sekali lagi.
“Malangnya, pengumuman terbaru akan terus mengesankan sektor perniagaan dan aktiviti ekonomi yang masih belum kebah dari dampak beberapa PKP sebelum ini sejak bulan Mac tahun lalu. Saya mendesak kerajaan lebih telus terkait realiti kewangan dan ekonomi negara serta bagaimana dana dapat disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
“Banyak perniagaan, terumatanya PKS atau IKS masih belum menerima subsidi upah dan mungkin tidak lagi tertampung dengan kesan pandemik. Langkah terkini hanya menjadi titik kritikal pada perniagaan-perniagaan yang di ambang penutupan,” katanya.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen Port Dickson itu mahu kerajaan PN segera mengumumkan pakej ransangan terbaharu bagi menampung perbelanjaan rakyat yang akan terjejas sepanjang PKP kali ini dan mungkin tempohnya disambung selepas 2 minggu.
“Ramai yang akan kehilangan kerja. Ramai yang akan dihempap kemiskinan. Kerajaan perlu mengumumkan segera peruntukan sebanyak RM500 juta untuk dua minggu seterusnya, termasuk bantuan-bantuan lain seperti subsidi upah dan bantuan untuk perniagaan atau perusahaan yang terjejas.
“Kerajaan juga mesti mengarahkan semua pihak melaksanakan kembali moratorium pinjaman (automatik) sehingga diberitahu kelak. Langkah dan pengumuman ini mesti dibuat segera,” katanya.
Datuk Seri Anwar juga menasihatkan kerajaan PN untuk tidak memilih bulu dalam melaksanakan SOP pada PKP kali ini.
Menurut beliau, hal yang berlaku tahun lalu apabila pemimpin dan menteri kerajaan terlepas hukuman apabila melanggar SOP tidak sewajarnya berulang sekali lagi.
“Perdana Menteri berkata sistem kesihatan kita di tahap yang sangat kritikal. Maka saya menggesa kerajaan untuk mengawal ketat dan tegas SOP tanpa cenderung kepada mana-mana pihak, tanpa mengira pangkat, jawatan mahupun kecenderungan politik. Pilihan Raya Negeri Sabah telah membuktikan kepada kita semua bahawa virus ini (menjangkiti) tidak mengira sesiapa,” katanya lagi.
Datuk Seri Anwar turut berpesan agar pengendalian mangsa-mangsa banjir di Selatan dan Pantai Timur tanah air mestilah dilakukan secara pematuhan SOP maksimum. Sekiranya tidak, maka akan wujud kluster-kluster baharu berkenaan banjir dan Pusat Pemindahan Sementara kelak.
Beliau berkata, inilah masanya kerajaan PN untuk menonjolkan kepimpinan yang bertanggungjawab. Pimpinan kerajaan juga, kata Anwar, harus sedar dari berkhayal supaya keadaan tidak semakin memburuk. Rakyat berhak dan memerlukan kepimpinan yang lebih baik dan tegas pada saat ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/31221

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Jangkitan Baharu Empat Angka Setiap Hari Pm Dijangka Umum Pkp 2 0 Petang Ini

Covid 19 Jangkitan Baharu Empat Angka Setiap Hari Pm Dijangka Umum Pkp 2 0 Petang Ini

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 316 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka membuat pengumuman penting petang ini susulan kenaikan kes mendadak COVID 19 yang mencatat empat angka setiap hari Pada 8 Januari lepas Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismai...
Rekod Baru 3 309 Kes Covid 19 Menjelang Pkp

Rekod Baru 3 309 Kes Covid 19 Menjelang Pkp

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 286 hits
PETALING JAYA Menjelang pelaksanaan perintah kawalan pergerakan sebanyak 3 309 kes baru Covid 19 dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu memecahkan rekod 3 027 kes pada 7 Jan lalu Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata seramai...
Covid 19 Udate Malaysia 3 027 Kes Baru

Covid 19 Udate Malaysia 3 027 Kes Baru

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 236 hits
AKU dok kata dah KERAMITA PN memang CLUELESS Ingat kot smlm dah cukup tinggi Hari ni 3 027 kes baru lagi TINGGI Mau aku tak kata Clueless Hgpa galakkan org melancung berpusu2 mcm kat Jeti Langkawi tu nak jaga SOP taik myk apa Yg puak KAKI b...
Covid 19 287 Kes Dilaporkan Hari Ini Tertinggi Sejak Pkp

Covid 19 287 Kes Dilaporkan Hari Ini Tertinggi Sejak Pkp

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 295 hits
PUTRAJAYA Penularan COVID 19 di Malaysia kian membimbangkan apabila angka jangkitan baharu terus melonjak dengan 287 kes dilaporkan hari ini iaitu yang tertinggi sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sr...
Kerajaan Pertimbang Sekatan Lebih Ketat Seperti Pkp Untuk Atasi Peningkatan Kes Covid 19

Kerajaan Pertimbang Sekatan Lebih Ketat Seperti Pkp Untuk Atasi Peningkatan Kes Covid 19

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 290 hits
Astro AwaniJelas sumber pakar kesihatan percaya sekatan itu boleh mengurangkan kadar kes harian sehingga 80 peratus Gambar fail KUALA LUMPUR Pihak berkuasa sedang mempertimbangkan langkah sekatan yang lebih tegas seperti dilaksanakan pada p...
Kami Hanya Jumpa Sebulan Sekali Gu Hyesun Dedah Sudah Miliki Kekasih Baru

Kami Hanya Jumpa Sebulan Sekali Gu Hyesun Dedah Sudah Miliki Kekasih Baru

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 295 hits
Dalam diam mungkin pelakon Gu Hye sun sedang mengulit cinta baru selepas berpisah secara rasmi dengan pelakon Ahn Jae hyun pada tahun lepas Dalam rancangan Face ID Gu Hye sun telah menghubungi pembantu pengarah untuk berbincang mengenai fil...
Pkp Cukup Kawal Covid 19 Suhakam

Pkp Cukup Kawal Covid 19 Suhakam

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 232 hits
13 JANUARI Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia menzahirkan kebimbangan berkenaan pengumuman Proklamasi Darurat oleh kerajaan baru baru ini yang bermula dari 11 Januari hingga 1 Ogos 2021 Proklamasi Darurat yang dikeluarkan bagi membendun...
Hiburan Baru Pulang Bercuti Di Langkawi Harris Anuar Disahkan Positif Covid 19

Hiburan Baru Pulang Bercuti Di Langkawi Harris Anuar Disahkan Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 308 hits
Mengejutkan apabila pelakon Harris Annuar disahkan positif COVID 19 selepas menjalani pemeriksaan di sebuah klinik swasta di Bangi kelmarin Menerusi entri yang dimuat naik di laman Instagram rasminya Harris kini sedang menantikan keputusan ...
2 433 Kes Baru Covid 19 9 Kematian

2 433 Kes Baru Covid 19 9 Kematian

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 295 hits
January 10 2021 6 57 PMPETALING JAYA Kementerian Kesihatan melaporkan 2 433 kes baru Covid 19 dalam tempoh 24 jam lalu dengan sembilan kematian Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu sebanyak 2 426 kes ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat