
Ikan bilis dan udang kering dibasuh dan dikeringkan.
Apabila dah kering, blend ikan bilis dan udang kering guna blender kering/tanpa air.
Masukkan gula dan 1 cawan air. Kena pandai sukat air dan gula, kalau tak nak manis, kurangkan gula dan air pulak jangan terlebih, nanti inti lambat mengering.
Apabila gula dah larut, masukkan serbuk cili dan bahan yang dah diblend tadi.
Kacau sehingga jadi kering atau jadi seperti serunding.
Saya biarkan inti semalaman untuk jadikan inti tu betul-betul kering dan berderai, supaya tak basah semasa proses pintal pada kulit popia nanti.
Untuk kulit, potong kulit seperti digambar secara memanjang dan simpankan dalam bekas yang mempunyai tuala basah. Ini kerana, kulit popia akan cepat kering dan koyak jika dibiarkan terkena angin dan susah untuk dipintal.
Lepastu, bolehlah korang santai-santai start memintal sambil tunggu waktu berbuka puasa..hehehe. Kalau dah semua ada kat umah, bolelah ramai-ramai tolong pintal sekali.
Selamat mencuba dan selamat berpuasa.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |