Laksam Kelantan Sedap




Bila disebut sahaja laksam, pasti akan terbayangkan kuih ala ala kue teow yang berasal dari Kelantan. Saya memang penggemar laksam dan saya boleh rasa jika laksam itu sedap dan menjadi seperti laksam Kelantan atau tidak dengan hanya satu suapan sahaja. 
Bulan Ramadhan ini banyak gerai gerai di bazar Ramadhan yang menjual laksam. Saya pula seperti wajib menikmati juadah laksam ini sekurang kurangnya sekali. Jadi kali ini, saya memilih untuk menyediakannya sendiri. Lagi pula, semua anak anak saya juga pengemar laksam. Jadi ada geng.
Semasa zaman kanak kanak dulu, saya suka sangat makan laksam yang dijual oleh kakak sepupu saya yang saya panggil Kak Nik Yam. Pada saya, laksa beliau lah yang paling sedap dan sangat nostalgia. 
Setelah berpuluh tahun berlalu, saya gagahkan diri menelefon anak sepupu supaya menanyakan resipi laksam bonda beliau. Alhamdulillah kerana saya berjaya juga mengorek sana sini sehingga lengkap hidangan laksam. 
Seperti mana yang kita tahu laksam didatangkan dengan set laksam, kuah laksam, ulam ulaman dan sambal. Zaman saya kecil kecil dulu, laksam akan dihidangkan dengan sambal yang dibuat dari cili kering dan garam. Semasa dihidangkan, dihidangkan sekali garam dan belacan. Siapa suka lebih garam, boleh ceduk sendiri. 


Hari ini saya kongsikan resipi yang diajar oleh sepupu saya. Di dalam kuah laksam, beliau tidak menggunakan bawang putih. Jadi versi beliau tiada penggunaan bawang putih. 
Untuk menyedapkan kuah laksam saya hari ini, saya menggunakan kiub ikan bilis Knorr. Ianya menjadikan kuah laksam saya lebih sedap dan berperisa. 
Ada resipi lengkap dan dah ada video step by step. Apa lagi? Jom lah buat sendiri. Bukan apa, kalau beli di bazar Ramadhan, rasanya memang lari dari rasa laksam Kelantan. Lari jauh dan tak terkejar gitu. Hahaha. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa meihat video penuh penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel. Boleh klik di SINI.  Selamat mencuba...


Laksam Kelantan Azie KitchenOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:2 cawan tepung beras3 ½ cawan air
Satukan tepung dan air dan kacau dengan whisk. Adunan mestilah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Jika suka, boleh tapis bagi memastikan tiada tepung yang berketul.
Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih. Masukkan tudung periuk atau pinggan plastik tahan panas yang telah dilenser minyak, ke dalam periuk pengukus.
Kacau adunan supaya tidak mendap. Tuang 2 senduk adunan ke atas tudung periuk. Tutup pengukus dan biarkan dalam 3-4 minit sehingga ianya kelihatan sedikit menggelembung. Jangan sehingga menggelembung banyak kerana ianya akan melekat. Laksam tidak boleh terlalu tebal kerana akan pecah semasa digulung.
Angkat dan dengan menggunakan garfu, cungkil sedikit dan gulung laksam sambil ditolak tolak sehingga bergulung dan akhirnya tolak ke dalam bekas tanpa perlu menyentuh dengan tangan.


Setelah sejuk, boleh dipotong atau digunting kuih laksam. Hidangkan dengan kuah laksam, ulam ulaman dan sambal.
Nota:Lenser minyak untuk kali pertama sahaja. Untuk seterusnya, tak perlu lagi lenser minyak. Ulang dan buat sehingga habis.

Satu adunan di atas menghasilkan 6 gulung laksam.
Kuah laksam½ kg ikan kembung - rebus dengan 2 keping asam keping dan 1 sudu besar garam1 kotak santan kotak - 200 ml½ sudu besar lada hitam tumbuk kasar2 keping asam keping1 kiub pati ikan bilis Knorr1 sudu besar gula atau secukup rasa½ sudu besar garam800 ml air - ikut kepekatan kuah disukaiBa
Bahan kisar:5 biji bawang merah½ inci haliaIkan rebus
 diasingkan tulang dan isi. Kisar isi ikan dengan santan. Tuang ke dalam periuk.
Tulang dan kepala ikan dikisar bersama air dan ditapis untuk mengambil airnya.
Tuangkan bahan kisar, asam keping dan air secukupnya. Kacau rata.
Masak dengan api sederhana sehingga mendidih. Sentiasa dikacau supaya kuah tidak berketul. Masukkan kiub ikan bilis, lada hitam, garam dan gula.
Sesuaikan rasa dan boleh ditutup api. Selepas tutup api, terus dikacau beberapa minit.
Nota:Jika kuah kelihatan pekat, tambah air panas.
Sambal:Cili kering - rebusGaram
Tumbuk cili dan garam sehingga hancur. Nota: perlu dilebihkan garam.
Ulam ulaman:KubisKacang panjangTimunBunga kantan





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2021/04/laksam-kelantan-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Buat Sambal Kelantan Sedap Untuk Stok Sebulan Berpuasa

Cara Buat Sambal Kelantan Sedap Untuk Stok Sebulan Berpuasa

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 324 hits
Tak lengkap hidangan berbuka tanpa sambal Kalau nak tahu Sambal Kelantan ini memang popular di negeri Cik Siti Wan Kembang Ia sesuai dimakan untuk semua jenis nasi Kalau pernah rasa kenduri di Kelantan ha inilah sambalnya Sekali buat dalam ...
Resipi Kepak Ayam Madu Sedap Ala Bazar Boleh Masak Secara Homemade

Resipi Kepak Ayam Madu Sedap Ala Bazar Boleh Masak Secara Homemade

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 440 hits
Advertorial46 Artis Selebriti Meriahkan Rancangan Memasak Rasa Nostalgia RamadanSharifah Shahirah Sakinah Kongsi Resipi Warisan Keluarga Dalam Rasa Nostalgia Ramadan Ep1Pencicah SambalResipi PilihanCara Buat Sambal Kelantan Sedap Untuk Stok...
Cara Masak Nasi Ayam Citarasa Keluarga Paling Sedap Mudah Untuk Berbuka

Cara Masak Nasi Ayam Citarasa Keluarga Paling Sedap Mudah Untuk Berbuka

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 460 hits
Advertorial46 Artis Selebriti Meriahkan Rancangan Memasak Rasa Nostalgia RamadanSharifah Shahirah Sakinah Kongsi Resipi Warisan Keluarga Dalam Rasa Nostalgia Ramadan Ep1Pencicah SambalResipi PilihanCara Buat Sambal Kelantan Sedap Untuk Stok...
Cara Buat Air Bandung Laici Cincau Paling Sedap Amp Kaww Segelas Memang Tak Cukup

Cara Buat Air Bandung Laici Cincau Paling Sedap Amp Kaww Segelas Memang Tak Cukup

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 338 hits
Air bandung laici cincau antara minuman yang sering dicari digerai gerai minuman terutamanya di bulan Ramadhan Warna merah jambu yang memikat dan rasanya yang sedap lemak lemak manis digemari semua peringkat usia tidak kiralah kanak kanak m...
4 Ayam Goreng Paling Sedap Di Malaysia Kfc Vs Mcd Vs Texas Chicken Vs Marrybrown

4 Ayam Goreng Paling Sedap Di Malaysia Kfc Vs Mcd Vs Texas Chicken Vs Marrybrown

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 1078 hits
Kali ini kita bawakan pertarungan antara ayam goreng pula KFC vs MarryBrown vs McD vs Texas Chicken Mana paling sedap Korang geng mana cuba komen sikit
Iftar 4 Mee Udang Sedap

Iftar 4 Mee Udang Sedap

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 254 hits
Asalamualaikum dan Alhamdulillah cepat masa berlalu dah hari ke lima kita berpuasa hari ini semuga terus diberikan kesihatan yang baik untuk terus menjalankan ibadah dibulan Ramadhan yang mulia ini Aamiinmenu berbuka petang semalam kak rose...
Ikan Unga Masak Kari Tak Cukup Bahan Tetap Sedap

Ikan Unga Masak Kari Tak Cukup Bahan Tetap Sedap

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 471 hits
Ikan Unga Masak Kari Sedapnya Sejak kat rumah ada banyak stok ikan unga dan ikan kambing maka berikan ikan lah kita menu sehari hari So kita pelbagaikan menu tu dari kari asam pedas goreng berlada dan macam macam lagi Nanti saya akan kongsi...
Resepi Sup Sayur Di Gandingkan Bersama Reja Ayam Dan Fish Cake Sedap

Resepi Sup Sayur Di Gandingkan Bersama Reja Ayam Dan Fish Cake Sedap

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 604 hits
Salah Satu lauk yang aku suka masak dan makan adalah sup sayur dan di campur dengan sedikit reja ayam dan fish cake aka tepung isi ikan Kami satu keluarga amat menyukai sup sayur sebegini Sedap berkhasiat dan menyihatkan Sangat sesuai untuk...
Siakap Stim Lemon Air Tangan Kak Liza Terlajak Sedap Nikmatnya Lain Macam

Siakap Stim Lemon Air Tangan Kak Liza Terlajak Sedap Nikmatnya Lain Macam

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 498 hits
Asyik masak gulai je kadang kadang tu rasa jemu juga kan Tapi bagi yang suka makan lauk yang tak menggunakan santan selain hidangan sup anda boleh cuba buat cara stim pula Tak kisahlah ikan atau ayam stim Janji menu ni suami dan anak akan p...
Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Free Sample Libresse Knowyourv

Ahmad Fadzli Suk Selangor Baharu

Civil Servants Advised To Exercise Caution With Quick Loans

Cara Order Di Website Dealer Orodesign

Fire Destroys House And Seven Vehicles In Hulu Besut

Vegan And Gluten Free Acv Gummies Without The Junk And With All The Benefits

Kenduri Kahwin Anak Saudara Di Teras Jernang Selangor


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Agong Titah Pertahan Kedaulatan Negara Walau Seketul Batu Karang Di Lautan

Pembukaan The Millen Penang Autograph Collection Hotels Mengambil Intipati Era Kolonialisme

Majlis E Day Anak Buah Kesayangan Nieyl

Trump Exits Who Apa Halatuju Kesihatan Dunia Lesung Batu Medic Show 28 01 2025

Syarat Yang Perlu Ada Dalam Perjanjian Sewa Beli Rumah

Sireh Pinang Mudo