Lain Yang Disuruh Siasat Lain Pulak Yang Disiasat Sprm Oh Sprm


 

SPRM serbu pejabat, siasat Invoke Solutions, dakwa Rafizi.


FMT Reporters -November 16, 2022 Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mempersoalkan SPRM tidak menyiasat dakwaan projek kapal tempur pesisir (LCS) dan projek tebatan banjir bernilai RM2 bilion berserta bukti didedahkan sebelum ini.PETALING JAYA: Syarikat data Invoke Solutions Sdn Bhd, yang diasaskan Rafizi Ramli, diserbu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi, dakwa timbalan presiden PKR itu.
Tindakan itu mengundang persoalan Rafizi kerana beliau mendakwa SPRM tidak menyiasat dakwaan projek kapal tempur pesisir (LCS) dan projek tebatan banjir bernilai RM2 bilion berserta bukti yang didedahkannya sebelum ini.
“Hari ini, sedang saya berkempen, SPRM datang serbu pejabat saya, tahan budak-budak saya selama tujuh jam. Kita cakap pasal skandal RM2 bilion (projek tebatan banjir), dia tak siasat.
“Kita cakap pasal kapal LCS dan sudah tunjuk bukti mengenai (Datuk Abdul) Latiff Ahmad (bekas timbalan menteri pertahanan), tunjukkan wang RM200 juta yang masuk ke syarikat palsu, dia tidak siasat.
“Satu sen pun yang membabitkan syarikat saya adalah wang saya dan pelabur, bukan wang rakyat. Saya ambil duit poket saya, bayar kepada 150 budak yang pandai untuk didik mereka dalam perniagaan.
“(Tan Sri) Azam Baki (Ketua Pesuruhjaya SPRM) ini, dia hantar pegawai dia serbu. Sampai 9 malam tadi masih kena kacau,” katanya ketika berucap pada Ceramah Mega Ayuh Malaysia, Kita Boleh di Wangsa Maju malam tadi, lapor Berita Harian.
Sebelum ini, SPRM memaklumkan akan membuka kertas siasatan berhubung perisytiharan harta yang dilakukan Rafizi, susulan satu laporan yang dibuat sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Sementara itu, Rafizi berkata, beliau akan meneruskan pendedahan mengenai skandal projek tebatan banjir Sungai Langat 2, yang didakwa membabitkan Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man.
Rafizi mendakwa, beliau mempunyai bukti lain yang menunjukkan projek itu diluluskan selepas Parlimen dibubarkan, tindakan yang melanggar undang-undang.
“Saya nak tengok, apa Azam Baki dan SPRM jawab lepas ini. Tuan Ibrahim ingat saya mempunyai satu atau dua dokumen.
“Selalunya, kalau saya mula dedah sesuatu, saya boleh heret sampai berbulan-bulan,” katanya.
Rafizi sebelum ini menuntut penjelasan Tuan Ibrahim berhubung status projek kerja rancangan tebatan banjir Sungai Langat 2 bernilai RM2 bilion yang didakwa dalam proses mendapat kelulusan.
Beliau mendakwa, kementerian itu sedang dalam proses untuk menganugerahkan tender terbabit secara rundingan terus kepada sebuah syarikat kontraktor menerusi surat bertarikh 7 Okt 2022, sedangkan ia tidak boleh dibuat oleh kerajaan sementara.
Susulan dakwaan itu, Tuan Ibrahim menjelaskan bahawa surat yang ditunjukkan Rafizi itu bukan dikeluarkan beliau atau kementeriannya, selain menyebut bahawa surat itu dikeluarkan sebelum Parlimen dibubarkan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/11/lain-yang-disuruh-siasat-lain-pulak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awani Ringkas Sprm Siasat Dakwaan Surat Aku Janji Sokong Zahid Jadi Pm

Awani Ringkas Sprm Siasat Dakwaan Surat Aku Janji Sokong Zahid Jadi Pm

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 181 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid astroawani com Astro AWANI LIV...
Sprm Siasat Perisytiharan Harta Rafizi

Sprm Siasat Perisytiharan Harta Rafizi

papar berkaitan - pada 11/11/2022 - jumlah : 216 hits
Pengerusi Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz menunjukkan laporan terhadap Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli yang akan diserahkan kepada SPRM di Putrajaya KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malay...
Ramai Pihak Selar Rafizi Ugut Boss Sprm Tetapi Tidak Pula Menggesa Sprm Siasat Dakwaan Rafizi

Ramai Pihak Selar Rafizi Ugut Boss Sprm Tetapi Tidak Pula Menggesa Sprm Siasat Dakwaan Rafizi

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 174 hits
Susulan kenyataan Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli yang berikrar mahu mencari Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki tampil beberapa pihak termasuk bekas pegawai kerajaan mempertahankan boss SPRM itu melalui media arus perdana nbsp Pihak berken...
Siasat Jangan Tak Siasat

Siasat Jangan Tak Siasat

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 201 hits
Semalam Timb Menteri Kesihatan dah nyatakan pendirian Kementerian Doktor yang 1 Tidak lengkap pengajian perubatan 2 Tidak habiskan housemanship sebagaimana yang ditetapkan dan 3 Tidak mendaftar dengan MMC TIDAK BOLEH menggunakan gelaran dok...
Fitnah Anwar Bawa Agenda Lgbt Polis Siasat Ketua Pas Perak

Fitnah Anwar Bawa Agenda Lgbt Polis Siasat Ketua Pas Perak

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 121 hits
BernamaIPOH Polis Perak membuka kertas siasatan berhubung dakwaan calon Perikatan Nasional di Dewan Undangan Negeri Gunung Semanggol Razman Zakaria menyampaikan ceramah berunsur fitnah dan berniat jahat terhadap Pakatan Harapan Ketua Polis ...
Apa Pulak Noh Engkau Dah Tak Tercalon Nak Marah Ke Zahid Buat Apa Memang Engkau Tak Layak Lah

Apa Pulak Noh Engkau Dah Tak Tercalon Nak Marah Ke Zahid Buat Apa Memang Engkau Tak Layak Lah

papar berkaitan - pada 12/11/2022 - jumlah : 152 hits
Selepas Khairy kini Noh pula sindir Zahid selepas tidak tercalon Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar disingkir daripada menjadi calon BN pada PRU 15 ini Tan Sri Noh Omar nampaknya juga menyindir Presiden UMNO Datuk Se...
Shahbudin Ahli Parlimen Bn Jangan Korner Pulak Depan Agong Esok

Shahbudin Ahli Parlimen Bn Jangan Korner Pulak Depan Agong Esok

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 121 hits
Shahbudin Husin Berikutan masih tiada ketentuan berhubung siapa yang memiliki majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Yang Dipertuan Agong telah menitahkan 30 Ahli Parlimen BN mengadap baginda pagi esok di Istana Negara Titah terseb...
Mca Tidak Terlibat Perbincangan Ph Bn Pulak

Mca Tidak Terlibat Perbincangan Ph Bn Pulak

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 149 hits
Apa sebenarnya yang dijanjikan anwar kepada zahid hamidi dan kenapa zahid begitu beria untuk bergabung dengan PH sedangkan MP BN kebanyakkan membantah dan mereka bersedia menjadi pembangkang Isu ini akan selesai dengan mudah sekiranya PH PN...
Demand Kekayaan Anak Mahkamah Putus Ibu Tak Layak Terima Harta Mendiang Goo Hara

Gsk Sokong Kepentingan Imunisasi Dewasa Dalam Kalangan Rakyat Malaysia

Pm Anwar Meets With Indonesia S Finance Minister For Discussions In Riyadh

Syok Sendiri Demi Kepuasan

Nga Kor Ming S Influence In Dap On The Rise

Gear Up For Standard 1 Registration

Senarai Cawangan Atm Bank Islam Di Seluruh Negeri Kelantan

Irma Hasmie Enggan Komen Status Perkahwinan Apa Yang Penting Allah Jaga Hati Fikiran Kami



5 Adaptasi Permainan Video ke TV dan Filem Paling Berjaya Setakat Ini

10 Fakta Biodata Erysha Emyra Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Cinta Untuk Sekali Lagi Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya


Dapatkan Ganjaran Besar Apabila Anda Prapesanan Samsung Ai Tv 2024 Hari Ini

Sprm Tahan Menteri Besar Perlis

Powering Progress How Ev Charging Stations Are Shaping The Transportation Landscape

M A Due Diligence Don T Settle For Smoke And Mirrors Get A Quality Of Earnings Assessment

Tiada Petanda Salah Tinggalkan Anfield

Mb Perlis Tak Direman