Kedua, hari ini juga buat pertama kali Azmin sedia meluangkan masa bertemu, berbincang dan minum kopi bersama Presiden PKR, Anwar Ibrahim di lounge Parlimen selama kira-kira 30 minit.Setelah tidak pernah hadir mesyuarat PKR sejak November tahun lalu dan dilihat berkrisis dengan beberapa kali berperang dalam kenyataan media dengan bossnya itu, pertemuan hari ini tentunya bukan suatu kebetulan.Apalagi, pertemuan itu diadakan di ketika yang sama beliau mengeluarkan kenyataan tidak akan meninggalkan PKR serta sedia menyokong kepimpinan sedia ada.Kalau pun bukan dirancang, ia tidak lain menunjukkan kesediaan dan lapangnya dada beliau pada waktu ini dalam menerima kepimpinan Anwar selaku Presiden PKR dan bakal Perdana Menteri ke-8 selepas Tun Mahathir Mohamad.
Jika tiada kelapangan dalam jiwanya, Azmin tentu saja boleh mengelak untuk minum kopi bersama Anwar sebagaimana beliau mengelak hadir mesyuarat selama 11 bulan sebelum ini.Walaupun Anwar mengatakan pertemuan minum kopi yang turut dihadiri Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung PKR itu bukan mesyuarat perdamaian, tetapi yang nyata ini adalah sesuatu yang positif yang diperlihatkan oleh Azmin, bukan saja untuk PKR, tetapi juga buat PH serta kerajaan.Dengan keadaan itu, PKR tiada lagi elemen perpecahan yang boleh dijadikan alasan untuk mengganggu-gugat janji peralihan kuasa kepada Anwar sebagaimana yang sudah dipersetujui serta dijanjikan.Cuma, selepas ini diharap Azmin terus menunjukkan komitmennya kepada PKR serta jawatan Timbalan Presiden yang sedang disandangnya dengan tidak lagi ponteng mesyuarat sebagaimana dilakukannya 11 bulan sebelum ini.Hadir dan berilah komitmen kepada PKR sebagai parti yang berasaskan reformasi dan menjadi harapan rakyat sejak tercetusnya gelombang bermula 1998 yang lalu. (ShahbudinHusin 15/10/2019)|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |