Lahir Di Malaysia Membesar Di Malaysia Berpendidikan Di Malaysia Tetapi Kurang Pemahaman Dalam Bahasa Melayu Memalukan


Syarat baharu kemasukan polis lahir anggota berkualiti rendah: Netizen
BANGI – Keputusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melonggarkan syarat kemasukan kekosongan jawatan konstabel tanpa kepujian dalam subjek Bahasa Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada calon bukan Bumiputera dan Orang Asli mendapat reaksi pelbagai pihak.

Di laman Facebook, terdapat netizen yang mnyindir segelintir orang bukan Melayu berikutan tidak mendapat kepujian dalam kertas Bahasa Melayu peringkat SPM, meskipun menjadi rakyat di negara ini.

Pengguna laman Facebook, Ainin Parid dengan sinisnya berkata, inisiatif daripada PDRM adalah bagus, yang menunjukkan orang bukan Melayu tidak fasih berbahasa Melayu.

“Lahir di Malaysia. Membesar di Malaysia. Berpendidikan di Malaysia. Tetapi kurang pemahaman dalam Bahasa Melayu. Memalukan,” katanya.

Mengulas mengenai perkara sama, pengguna yang hanya dikenali Mat Tawe Judoh mempersoalkan, sebab hanya orang Melayu kerap menjadi petugas barisan hadapan termasuk anggota polis, tentera, jururawat dan sebagainya.

“Orang bukan Melayu tak sayang negara mereka?” soalnya.

Sementara itu, pengguna Edwin Ledger dalam tulisannya berkata, pihaknya tidak bersetuju tindakan PDRM melonggarkan keputusan SPM berkenaan.

Beliau berkata, tindakan itu akan melahirkan anggota polis berkualiti rendah.

“Kita memerlukan anggota yang bijak dan berani. Masa untuk tumpukan subjek seperti Fizik dan Matematik,” katanya.

Selain itu, Irwan Anuar berkata, antara alasan paling ketara ramai di kalangan bukan Bumiputera gagal memasuki PDRM disebabkan mereka tidak memperoleh sekurang-kurangnya dua kredit dalam SPM termasuk subjek Bahasa Melayu.

Bagaimanapun, katanya, dalam kemasukan khas kali ini, PDRM memberi peluang kepada mereka menduduki semula dan mendapat kredit dalam kertas Bahasa Melayu bagi tempoh enam tahun perkhidmatan.

“Sekiranya gagal dalam tempoh berkenaan, mereka akan diberhentikan daripada perkhidmatan,” katanya.

Terdahulu, PDRM melonggarkan syarat kepada mana-mana calon bukan Bumiputera dan Orang Asli yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan konstabel tanpa perlu mendapat kepujian dalam subjek Bahasa Melayu peringkat SPM.

Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Ramli Din berkata, kelonggaran bagi membolehkan lebih ramai warganegara bukan bumiputera menyertai PDRM pada pengambilan khas yang dibuka mulai 18 hingga 31 Mac ini.

“Kelonggaran syarat itu diberi bagi permohonan jawatan konstabel Gred YA1 lelaki dan perempuan menerusi Pengambilan Khas Bukan Bumiputera. Ia juga sebagai galakan supaya lebih ramai rakyat di negara ini menyertai PDRM.

“Bagaimanapun, mereka yang terpilih ke dalam jawatan perlu menduduki semula subjek Bahasa Melayu peringkat SPM dalam tempoh enam tahun mereka berkhidmat dan perlu lulus dengan kepujian. Sekiranya masih gagal dalam tempoh enam tahun, khidmat mereka akan ditamatkan,” katanya. - ismaweb.net

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/03/lahir-di-malaysia-membesar-di-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ujian Diagnostik Bahasa Inggeris Pemahaman Dan Penulisan Tahun 6 Upsr

Ujian Diagnostik Bahasa Inggeris Pemahaman Dan Penulisan Tahun 6 Upsr

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 498 hits
Ujian Diagnostik Bahasa Inggeris Pemahaman Tahun 6 UPSR Perkongsian ini khas kepada guru mata pelajaran Bahasa Inggeris bagi menilai tahap penguasaan murid dalam Bahasa Inggeris Pemahaman Dengan melaksanakan Ujian Diagnostik ini para guru d...
Guna Bahasa Melayu Pun Tak Konsisten Kenapa Tuntut Nak Guna Kalimah Allah

Guna Bahasa Melayu Pun Tak Konsisten Kenapa Tuntut Nak Guna Kalimah Allah

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 361 hits
Isu penggunaan kalimah Allah yang dituntut penganut Kristian dibimbangi menjadi strategi terancang dakyah kristianisasi untuk memurtadkan umat Islam Atas dasar itu mantan Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia Ustaz Shuhaib Ar Rum...
Bahan Pendidikan Tahun 1 Latihan Tambahan Bahasa Melayu

Bahan Pendidikan Tahun 1 Latihan Tambahan Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 358 hits
Latihan Tambahan Bahasa Melayu Tahun 1 ini dikongsi untuk memberikan latihan tambahan kepada guru guru bahasa melayu bagi murid tahun 1 Bahan ini menyentuh tema pertama iaitu tema keluargaku sayang yang digunakan semasa proses pembelajaran ...
Pendedahan 6 Kes Melayu Murtad Paling Terkenal Di Malaysia Info Yang Ramai Tidak Tahu

Pendedahan 6 Kes Melayu Murtad Paling Terkenal Di Malaysia Info Yang Ramai Tidak Tahu

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 726 hits
PENDEDAHAN 6 Kes Melayu Murtad Paling Terkenal Di Malaysia INFO YANG RAMAI TIDAK TAHU 1 Lina JoyNama asalnya ialah Azlina Jailani Berwajah typical Malay berbangsa Melayu keturunan Jawa dan berumur 42 tahun Bekerja di ProQuest di Taipan Suba...
Industri Aeroangkasa Pertanian Pintar Diantara Industri Yang Akan Diberi Fokus Pada Rancangan Malaysia Ke 12

Industri Aeroangkasa Pertanian Pintar Diantara Industri Yang Akan Diberi Fokus Pada Rancangan Malaysia Ke 12

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 239 hits
Rancangan Malaysia ialah pelan ekonomi dengan jangkamasa 5 tahun dimana kerajaan akan memfokuskan kepada membangunkan sejumlah industri untuk memastikan negara ini berdaya saing dengan negara negara lain Terkini Perdana Menteri Tan Sri Muhy...
Kajian Menunjukkan Rakyat Malaysia Masih Mahu Najib Razak Dilantik Sebagai Perdana Menteri Ke 9

Kajian Menunjukkan Rakyat Malaysia Masih Mahu Najib Razak Dilantik Sebagai Perdana Menteri Ke 9

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 314 hits
ARAU Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan masih mempunyai pengaruh tersendiri dalam kalangan rakyat negara ini dan menjadi pilihan diangkat semula sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke 15
Suka Meluah Di Media Sosial Bagus Ke

The Complete Guide What To Expect From Malaysia S New School Curriculum 2027

Penyondol Tu Cuba Plan Dengan Bekas Suami Untuk Buat Saya Nusyuz Tular Video Viral Wanita Terjah Hari Nikah Bekas Suami

My Comfort Food

Anwar Kirim Sejambak Bunga Buat Mic

Maybank2u Mae Cara Reset Password Kalau Dah Kena Block

Brain Fuel On The Go Why Natural Nootropic Pouches Are The Future Of Energy

Hari Ke 2 Kempen Sabah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


An Introduction To The Best Gold Trading Platform In Malaysia

Benda Paling Kecil Tapi Boleh Buat Aku Senyum Hari Ni

Lirik Lagu Mendewasa Amad Dayyan

Sakit Tekak Dan Batuk Bertandang Lagi

Ringgit Semakin Kukuh Pejuang Sgd Keluh Gaji Jadi Sedikit Monolog Jiwa

New Images Of The 333 Horsepower Mild Hybrid Powered Volkswagen T Roc R Have Been Unveiled