Lagu Yang Berkaitan Dengan Najis Dadah
Lagu-lagu yang biasa kita dengar kebiasaannya mengangkat tema cinta dan perasaan antara lelaki dan perempuan semata-mata. Lagu yang paling mendapat sambutan biasanya lagu-lagu kecewa kerana pasangan curang dan cinta tak kesampaian. Sebenarnya ada banyak sangat lagu Melayu yang membawa mesej yang baik dan tidak berkisah tentang cinta dunia sahaja. Ada juga lagu yang mengandungi isi tersirat berkaitan dengan penyalahgunaan dadah. Cuma taklah disebut secara jelas dan nyata perkataan DADAH tu.Nanti kang jadi lagu Agensi Anti Dadah pula.
Berikut adalah beberapa buah lagu yang berkaitan dengan najis dadah.
1. Mereka yang Rebah - Nyanyian RamaiLagu ni ada dalam buku teks Bahasa Melayu masa MY tingkatan dua dulu. Allahyarhamah Cikgu Hajah Siti Riah dahulu suruh kami nyanyi ramai-ramai dalam kelas. Siap buat pertandingan lagi. Lagu ni asalnya dinyanyikan secara beramai-ramai oleh penyanyi popular sekitar 1980-an. Antara artis yang menyumbang suara dalam lagu ini adalah DJ Dave, Sheila Majid, Abdullah Chik, Ben Nathan, Noraniza Idris, Bob Rezal, Azizul Khamis, Shuib Freedom serta Ibnor Riza.Lagu ni dimuatkan dalam Album Hitam Putih Kehidupan yang diterbitkan oleh EMI Malaysia bersama dengan Jawatankuasa Album Anti Dadah pada tahun 1987.
Tajuk : Mereka yang RebahPenyanyi : Various ArtistLagu: Fauzi MarzukiLirik: Habsah Hassan
Lihatlah sekeliling kitaBetapa saban hari pasti ada sajaHarapan serta bunga bangsaYang rebahTak memadai sekadar keluhanApatah lagi jelingan serta cemuhanYang jatuh dan yang rebah ituAdalah anak watan mu
* Untukkan sedikit masa emasmuKerana mereka memerlukan muTersesat mereka di hujung jalanMarilah bersamaMemberi bimbingan
Tak daya mengawali diriLantaran terlalu menurut kata hatiMereka bagaikan kehilanganPedoman di masa depan
Ulang *
2. Mati Hidup Semula - Jamal AbdillahLagu Mati Hidup Semula ni dikatakan diambil dari kisah benar riwayat hidup penyanyi lagenda Jamal Abdillah. Lagu yang diterbitkan pada tahun 1986. Kalau dilihat bait demi bait dalam lagu ni, memang tentang kekesalan seseorang yang pernah terjebak dengan najis dadah. Kalau dah terjebak, Memang lupa dunia dan lupa keluarga.Sebenarnya kalau kita tak fikir tentang diri sendiri, fikirkanlah tentang ibu bapa dan orang yang mengasihi kita.
Tajuk : Mati Hidup Semula Penyanyi : Jamal Abdillah
Tak sudi memandang tidak mengapaKerana ku mengerti aku insan hinaTapi dengar apaku katakanUntuk pedoman di hari muka
Dulu hidupku rasakan matiMata terbuka tapi tak berhatiKiniku rasa dihidupkan kembaliWalaupun peritnya setengah mati
( korus )Baru kukenal bulan dan bintangBetapa indah dunia dipandangBaru kukenal ayah ibu adik abangKerana dulu fikiran melayang
Jalan nak ku lalu masih panjangAkanku tempuh hari mendatangKepadaku berilah peransangAgar kejayaan dapatku julang
Manusia sepertiku usah kau hinaKelak menambah sakit didadaSelagi aku bernama manusiaTak lepas dari salah dan dosa
Salahku lakukan meruntuhkan namaKerana perbuatan mengikut rasaNamunku bersyukur pada yang EsaSetelah matiku hidup semula
3. Aku Mahu Pulang - AmukLagu ni memang jelas dan nyata kisah seorang penagih dadah yang mahu kembali ke pangkal jalan. Harap-harap sempat untuk bertaubat atau dalam bahasa senikata dalam lagu tu mencuci dosa. Takde orang yang sengaja memilih dadah sebagai pegangan hidup, tapi tulah 'kita manusia'.
Tajuk : Aku Mahu PulangPenyanyi : AmukPencipta : Fauzan / Bok Lokman
Gelap malam pasti terangSang mentari pasti datangKesesatan perjalananRahmat Tuhan menentukan
Berikan ku masaMencuci dosaAkukan pulang menebus usiaDi musim berlalu sepi memburuMemaksa perindu meruntuhkan nafsuDengan khayalan sebuah kehidupanJarum suntikan menjadi peganganMenjadi buruan
Gelap malam pasti terangSang mentari pasti datangKesesatan perjalananRahmat Tuhan menentukan
Terimalah kembali wajah iniJangan terus membenci sampai matiSedang hari berganti kau mengertiSedang masa berganda kau merasaAku manusia pelakon ceritaDi pementasan alam ciptaan-NyaBukan sengaja melanggar arahanKadang terlupa watak dan peranan aku manusia
Gelap malam (gelap malam)Pasti terang (pasti terang)Sang mentari (sang mentari)Pasti datang (pasti datang)Kesesatan (kesesatan)Perjalanan (perjalanan)Rahmat Tuhan (rahmat Tuhan)Menentukan (menentukan yeah)
Terimalah kembali wajah iniJangan terus membenci sampai matiSedang hari berganti kau mengertiSedang masa berganda kau merasaAku manusia pelakon ceritaDi pementasan alam ciptaan-NyaBukan sengaja melanggar arahanKadang terlupa watak dan peranan aku manusia
Gelap malam (gelap malam)Pasti terang (pasti terang)Sang mentari (sang mentari)Pasti datang (pasti datang)Kesesatan (kesesatan)Perjalanan (perjalanan)Rahmat Tuhan (rahmat Tuhan)Menentukan (menentukan yeah)
4. Putus Terpaksa - Ziana ZainNi lagu dari sebelah pasangan kepada mereka yang telah rebah. Bagi MY, kalau dah terjebak dengan benda terlarang ni, bukan mudah untuk mereka berubah, Jadi, berikan sedikit masa dan lihat. Kalau tetap tak berubah juga, betullah seperti lirik lagu ni. Terpaksa jua undur diri. Jangan menempah kata orang. Tajuk : Putus TerpaksaPenyanyi : Ziana ZainPencipta : Sa'ari Amri/ Sa'ari Amri
Seringkali kau menepisTiap persoalanAda sesuatu kau sembunyikanDari pengetahuankuDapat aku merasakanKetara perubahanSetelah jelas terbuktiSesuatu yang terlarangMenjadi teman hidupmuSelain aku
Verse 2:Demi masa hadapan kitaAku merayu kuncikan keinginanmuBernafaslah dalam sejahteraKupasti ruang untukmuMasih ada
Chorus :Puas sudah ku menghimpun doaAgar kau berubahBerpaling membentukImpian hidup kitaNamun tiada oh kudratkuUntuk halang keinginanSuaraku tak berdayaMenentang kemahuanmuSia-sia belaka akuBerkorban kasih ku padamuSekiranya kauMasih tak ubah pendirianYang hanya menjanjikanPemergian ngeriYang tak memberi erti
(CHORUS )
Verse 3 :Demi masa hadapanTak sanggup akuBertemankan oh kasihmuYang penuh dengan fantasiTerpaksa jua ku undur diriTerpaksa jua ku undur diri
5. Ku Ingin PulangLagu ni kurang popular sebab dia dalam album dan bukan single yang hits. Tapi MY tahu la lagu ni sebab pernah ada kaset dia. Memang kalau sekali dah terjebak, susah nak berubah. Ramai yang tertewas dari yang berjaya. Sebaiknya, janganlah sesekali kita termula mencuba walaupun sekali.Tapi bila tengok lirik lagu ni, aduhai setianya pasangan dia. Sentiasa sedia menrima dengan pintu terbuka. Kat kampung-kampung selalu ada pasangan yang macam ni. Yang dah sah bernikah la. Keluar masuk pusat pemulihan dan rawatan. Bila balik rumah, buat isteri mengandung, kemudian bila masuk pusat rawatan semula. Anak dah bertatih nanti keluar pusat. dan isteri tetap setia menanti.
Tajuk : Ku Ingin PulangPenyanyi : Kumpulan ScanPencipta : Sa'ari Amri / Habsah Hassan
Setiap ketika di mana pun diriku beradaDi puncak di lembah kutahu kau yang terhampir di jiwaTapi mengapakah setiap kali ku ingin pulang padamuBerbagai kilauan bayangan indah melintas pandangankuDari padamuBerkali terjebak ke dasar yang hinaKu ulangi berjanji akan berubahTetapi semuanya tiada terkotaMenjadi biasa belum tertunai janjikuMenjauhi kehidupan yang palsuSeperti biasa aku tertewas dan alahNamun kau sentiasa sediaMenerima pulang ku dengan pintu terbukaBerkali terjebak ke dasar yang hinaKu ulangi berjanji akan berubahTetapi semuanya tiada terkotaMenjadi biasa belum tertunai janjikuMenjauhi kehidupan yang palsuSeperti biasa aku tertewas dan alahNamun kau sentiasa sediaMenerima pulang ku dengan pintu terbuka
6. Hitam Putih Kehidupan - Sheila MajidLagu ni berada dalam album yang sama dengan lagu Mereka yang Rebah di atas tu. Lagu ni sesuai dijadikan nyanyian koir di sekolah sekolah. Kehidupan kita memang sangat berharga dan tak sepatutnya kita bazirkan dengan menjadikan diri kita sebagai korban angkara dadah durjana.
Tajuk : Hitam Putih KehidupanPenyanyi: Sheila MajidPencipta : Adnan Abu Hassan / Habsah Hasan
Lihatlah sekitar alamDunia luas terbentangLangit tinggi kebiruanPohon-pohon kehijauanHembusan bayu yang menyegarkan
Dengarkan di sana-siniBeburung riang menyanyiBerbunga aneka warnaSumber kedamaian jiwaMensyukuri nikmat Maha Esa
Begitu berharga kehidupan iniBagi mereka yang tahu menghargaiMengapa terdorong oleh perasaanKalau turutkan hati diri menjadi korban
Tiada yang dapat lari dari masalah diriHadapilah dengan tenangTiap cabaran yang datangAtasinya dengan keimanan
Sekadar buat renunganUntukmu teman tersayangHitam putih masa depanSendirian menentukanHidup ini usah persiakan
Begitu berharga kehidupan iniBagi mereka yang tahu menghargaiMengapa terdorong oleh perasaanKalau turutkan hati diri menjadi korban
Sekadar buat renunganUntukmu teman tersayangHitam putih masa depanSendirian menentukanHidup ini usah persiakan
Hitam putih masa depanSendirian menentukanHidup ini usah persiakan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziankhalil.com/2023/09/lagu-yang-berkaitan-dengan-najis-dadah.html