Lagu Raya Pasal Makan Mestilah Ada
Lagu Raya kemestian semasa sambuta Hari Raya Aidilfiri. Lagi seronok kalau ada lagu raya pasal makanan,kan? Memang ada!
Kredit: Evening Standard
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira
– Suasana Di Hari Raya, Anuar Zain dan Elina-
Lagu Raya Berkenaan Makanan untuk Anda…
Saya pasti bahawa setiap rakyat Malaysia terutamanya yang menyambut Hari Raya Aidilfitri mengetahui lagu di atas malahan menunggu dengan penuh kesabaran agar akhirnya, anda dapat menjadikan bait-bait l realiti. Saya yang sedang menulis artikel ini turut menunggu dengan penuh kesabaran akan Bulan syawal agar saya boleh makan pada waktu petang tanpa rasa serba salah.
Bagi meningkatkan semangat anda pada hari-hari terakhir puasa, marilah kita mendengar beberapa buah lagu Raya yang mengandungi frasa-frasa atau berkenaan dengan makanan. Tanpa melengahkan masa lagi, dengarkanlah lagu-lagu raya untuk membangkitkan semangat raya anda.
Salam Lebaran – Mark Adam Ft Eyza Bahra & W.A.R.I.S.
Kisah di pagi rayo
bomacam tawo bomacam hibo
Lomang kotupek tosodio
Apo kau tuggu laie,
Makan!
Aidilfitri Muncul Lagi – Pretty Ugly
Teringat kisah lucu waktu kecilku
Mulut penuh kuih
Rendang masak lodeh
Kerna buncit perut butang seluar tercabut
Menjelang Syawal -Pesawat
Terdengar Suara Takbir
Kalimah Agung dilaungkan
Riuh Rendah di dapur
Lemang Rendang dihidangkan
Suasana Hari Raya – Sharifah Aini
Rasalah ketupat ini
Dengan rendangnya sekali
Sudilah rasa kuihku
Pilihlah yang mana satu
Bila Takbir Bergema – Rafeah Buang
Jangan kau lupa ketupat di dapur
Rendang di kuali jangan biar hangus
Cuba lihat itu kanak-kanak berlari
Di halaman rumah bermain bunga api
Suasana Di Hari Raya – Anuar Zain & Elina
Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi
Selamat Hari Raya – SALOMA
Marilah bergembira
Bersama menikmati hari raya
Mintak mak kuih sepotong
Saya mahu makan kerna perut kosong
Tari Lebaran – Sheqal
Jikalau membakar lemang
Janganlah sampai jadi rentung
Jikalau berpencak di lebaran
Janganlah lupa sopan santun
Maka dengarlah wahai pembaca dan hiburkanlah diri anda dengan lagu-lagu raya di atas. Sambil tolong ibu atau bapa yang masak kat dapur, bukalah lagu-lagu ini untuk berikan percikan nostalgia tentang hari raya tetapi ingat, jangan lupa rendang kat periuk, hangus nanti.
SELAMAT HARI RAYA WARGA MALAYSIA.
The post Lagu Raya Pasal Makan? Mestilah Ada! appeared first on Butterkicap.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.butterkicap.com/open-house/nostalgia-raya