Lagu Negaraku Sejarah Maksud Lirik


Lagu Negaraku : Sejarah & Maksud Lirik
Lagu kebangsaan merupakan lambang kebesaran sesebuah negara selain daripada bendera. Ia juga melambangkan identiti dan jati diri sesebuah negara tersebut.
Sebagai rakyat Malaysia, kita wajar menghayati sejarah serta maksud di sebalik lagu Negaraku yang kita nyanyikan sejak di bangku sekolah.

Lagu Negaraku telah diangkat sebagai lagu kebangsaan Malaysia dan diperdengarkan buat julung kalinya selepas detik 12 malam 31 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor.
Bermula dari detik itu, lagu Negaraku terus kekal menjadi lagu rasmi negara.
Mungkin ada yang belum tahu, namun lagu ini mempunyai sejarah yang cukup menarik. Ayuh kita ketahui dengan lebih lanjut mengenai lagu Negaraku.
Baca Juga : Rukun Negara Malaysia : 5 Prinsip, Teks & Sejarah Pembentukan
Sejarah Lagu Negaraku Semasa negara berada di ambang kemerdekaan sekitar tahun 1956, semua negeri di Tanah Melayu sudah pun mempunyai kebesarannya sendiri. Jadi, wajarlah negara kita mempunyai satu lagu untuk diangkat sebagai lagu kebangsaan.
YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang menggalas jawatan Ketua Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri ketika itu telah membuat keputusan bahawa sebuah kebangsaan perlu dicipta sebelum negara mencapai kemerdekaan.
Oleh itu, sebuah pertandingan mencipta lagu kebangsaaan telah diadakan. Lebih menarik lagi, penyertaan tidak hanya terhad kepada penduduk tempatan, malah ia turut menerima penyertaan dari seluruh dunia. Difahamkan sebanyak 514 lagu telah diterima dari serata dunia.
Sumber : Jabatan Penerangan Malaysia Jawatankuasan Khas Pemilihan Lagu Kebangsaan Lagu kebangsaan tidaklah dipilih sewenang-wenangnya, malah sebuah jawatankuasa telah dibentuk bagi membuat pilihan tepat. Jawatankuasa ini terdiri daripada :
Pengerusi :
YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Ahli-ahli :
Haji Mustafa Albakri, Penyimpan Mohor Besar Raja Mealyu mewakili Raja-RajaTun Abdul Razak Hussein, Menteri PelajaranTan Sri Ya’akob Latiff, Pengarah PeneranganDSP Croft, Pengarah Muzik, Band Polis PersekutuanKapt Lenthall, Pengarah Muzik, Askar MelayuAT Read, Pengarah Penyiaran Radio Setiap lagu yang diterima telah diteliti satu persatu. Namun, jawatankuasa berpendapat bahawa tiada lagu yang sesuai untuk dipilih dan dijadikan lagu kebangsaan.
Oleh itu, jawatankuasa kemudiannya mencadangkan untuk mempelawa beberapa orang penggubah lagu terkenal dan bertaraf antarabangsa untuk mencipta lagu kebangsaan iaitu :
Benjamin BrittenSir William WaltonGian Carlo MenettiZubir Said Mereka telah menggubah dan mencipta beberapa lagu yang bermutu tinggi namun jawatankuasa berpendapat bahawa lagu ciptaan mereka masih tidak sesuai untuk dijadikan lagu kebangsaan.
Pemilihan Lagu Kebangsaan Berdasarkan Lagu Kebesaran Negeri Akhirnya, jawatankuasa membuat keputusan untuk mendengar kesemua lagu kebesaran negeri yang sedia ada bagi mengenalpasti lagu yang sesuai dijadikan lagu kebangsaan.
Pada 5 Ogos 1957, lagu kebesaran negeri Perak “Allah Lanjutkan Usia Sultan” telah dipilih menjadi lagu kebangsaan kerana didapati mempunyai unsur kemelayuan.
Upacara pemilihan lagu kebangsaan telah berlangsung di Dewan Polis Depoh, Kuala Lumpur.
Sebanyak empat buah lagu telah diperdengarkan oleh Pasukan Pancawagam Polis Diraja. Pemilihan dibuat oleh Jawatankuasa Khas Pemilihan Lagu Kebangsaan.
Keputusan ini kemudiannya dikemukakan kepada Majlis Raja-Raja Melayu dan telah dipersetujui.
Apabila telah memilih lagu kebangsaan, tajuk dan seni kata lagu kebangsaan perlu ditambah baik.
Kerajaan menawarkan RM 1,000 kepada penggubah untuk mencipta seni kata lagu kebangsaan. Tawaran ini telah dimenangi oleh Encik Saiful Bahri bin Elyas.
Akta Lagu Kebangsaan 1968 Seperti yang termaktub dalam Akta Lagu Kebangsaan 1968, lirik lagu Negaraku hanya menggunakan satu bahasa sahaja iaitu Bahasa Melayu dan ia mesti dinyanyikan dalam Bahasa Melayu.
Oleh itu, penggunaan bahasa lain diibaratkan tidak menghormati isi kandungan akta tersebut.
Maksud Lirik Lagu Negaraku Berdasarkan perkongsian daripada Jabatan Penerangan Malaysia, lirik lagu Negaraku membawa maksud seperti berikut :
Menyeru rakyat daripada pelbagai kaum, agama dan sosiobudaya hidup bersatu padu dan mengejar pelbagai kemajuan.Memohon rahmat dan kebahagiaan daripada Tuhan untuk kesejahteraan raja, rakyat dan negara Malaysia.Berdoa kepada Tuhan untuk keselamatan negara.Menuntut kita supaya bersyukur, taat kepada raja dan sanggup berkorban demi mempertahankan negara.Menggambarkan kesetiaan rakyat yang tidak berbelah bagi kepada tanah air. Celeration of 60th Merdeka day 2017 in Dataran Merdeka. .- Art Chen / The Star. Kepentingan Lagu Negaraku Lagu kebangsaan turut memainkan peranan penting bagi negara iaitu :
Meningkatkan ketaatan dan kesetiaan kepada Raja.Menyerlahkan semangat patriotik.Menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.Memupuk perpaduan dan keharmonian.Meningkatkan usaha untuk memajukan diri sendiri.Lambang kemegahan dan kebanggaan rakyat Malaysia. Lagu Negaraku merupakan simbol semangat patriotik yang mekar dalam setiap rakyat Malaysia.
Adalah tanggunggjawab kita untuk menghayati maksud dan serta memeliharanya demi kedaulatan negara. Semoga perkongsian ini dapat menanam rasa cinta yang lebih mendalam pada negara.
Sumber : Jabatan Penerangan Malaysia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/lagu-negaraku/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=lagu-negaraku

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lirik Lagu Ayda Jebat Tak Bisa Lepas

Lirik Lagu Ayda Jebat Tak Bisa Lepas

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 156 hits
Lirik Lagu Ayda Jebat Tak Bisa LepasLirik Lagu Ayda Jebat Tak Bisa Lepas Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Entri kali ini Momi nak kongsi kepada anda sebuah lagu dari Ayda Jebat yang berjudul Tak Bisa Lepas Lagu ini adalah hasil ciptaan ...
Lirik Lagu The Gadys Gelek Jambu

Lirik Lagu The Gadys Gelek Jambu

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 187 hits
Lirik Lagu The Gadys Gelek JambuLirik Lagu The Gadys Gelek Jambu Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Entri kali ini Momi nak kongsi kepada anda sebuah lagu dari The Gadys yang berjudul Gelek Jambu Lagu ini adalah hasil ciptaan oleh Mage Gl...
Lirik Lagu Gracie Abrams Difficult

Lirik Lagu Gracie Abrams Difficult

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 115 hits
My double vision Is only amplifyin everythin he isn t
Lirik Lagu Maneskin Official The Loneliest

Lirik Lagu Maneskin Official The Loneliest

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 128 hits
You ll be the saddest part of me A part of me that will never be mine
Lirik Lagu Wajah Kekasih Siti Nurhaliza

Lirik Lagu Wajah Kekasih Siti Nurhaliza

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 159 hits
kosmo Ku menyaksikan dedaun kekeringanGugur ke bumi gersang tiada penghuniTiada mentari awan kesuramanBagaikan waktu yang terhenti Ku menyaksikan seraut wajah cintaYang kehampaan tiada lagi bermayaKini kehilangan sebuah harapanBagaikan cint...
Lirik Lagu De Fam Berubah

Lirik Lagu De Fam Berubah

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 254 hits
Lirik Lagu De Fam BerubahLirik Lagu De Fam Berubah Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Entri kali ini Momi nak kongsi kepada anda sebuah lagu dari De Fam yang berjudul Berubah Lagu ini adalah hasil ciptaan oleh Mage Glowrush Pique Upai Aja...
Lirik Lagu Indah Ruhaila All My Heart

Lirik Lagu Indah Ruhaila All My Heart

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 225 hits
Lirik Lagu Indah Ruhaila All My HeartLirik Lagu Indah Ruhaila All My Heart Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Entri kali ini Momi nak kongsi kepada anda sebuah lagu dari Indah Ruhaila yang berjudul All My Heart Lagu ini adalah hasil cipta...
Lirik Lagu Mia Lateefa Feat Ismail Izzani Kau Tahu

Lirik Lagu Mia Lateefa Feat Ismail Izzani Kau Tahu

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 154 hits
Lirik Lagu Mia Lateefa Ismail Izzani Kau TahuLirik Lagu Mia Lateefa feat Ismail Izzani Kau Tahu Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Entri kali ini Momi nak kongsi kepada anda sebuah lagu dari Mia Lateefa feat Ismail Izzani yang berjudul Be...
Panduan Lengkap Tentang Brand Perlindungan Pendaftaran Dan Penegakan

Polis Cari Waris Lelaki Maut Kemalangan

Zaid Urges Cabinet Transparency On Najib House Arrest Bid

Celebrating Mother S Day With Legumes Dining With The Queens

Ceo Badan Berkanun Ditahan Sprm Disyaki Seleweng Dana Projek Rm1 2 Bilion

Lirik Lagu Dari Jauh Alyph

Kerajaan Lulus Pemanjangan Landasan Ltsip

Langkawi Welcomes The World Residences At Sea And Celebrates Tourism Resurgence



Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix


Bufet Buka Puasa Kat Hotel Excelsior Ipoh

Hasil Tanaman Dalam Pasu

More Than Genetics How Life Experiences Shape Our Health

Disyaki Seleweng Rm8 Juta Dalam Akaun Amanah 2 Firma Guaman Disiasat

Agc Rejects Sanusi Bid To Dismiss Sedition Charges

Is Anwar Ever Going To Release Najib