Lagu Miss Diva Nyanyian Ifa Raziah Syok Sendiri
Lagu Miss Diva Nyanyian Ifa Raziah Syok Sendiri? Assalammualaikum semua! Wah panas tak tajuk Ruby buat kali ini? Hehehe. Rilek dulu, Ruby amat meminati Ifa Raziah ya. Ifa Raziah seorang yang versatile. Menyanyi boleh, mengacara boleh, berlakon boleh, berniaga boleh dan membantu perniagaan orang lain pun boleh! Bukan biasa-biasa. Women empowerment! Kalau Kak Ifa berimpian, pasti dia buat sampai jadi. Walaupun dilabel syok sendiri. Tapi, dia lakukan yang terbaik. Tengoklah video muzik Miss Diva nyanyian Ifa Raziah. Lain dari yang lain.
Lagu Miss Diva Nyanyian Ifa Raziah Syok Sendiri?Bertempat di New World Hotel Petaling Jaya pada 28 Februari 2020 telah berlangsung pelancaran single terbaru Ifa Raziah iaitu Miss Diva. Ifa Raziah tampil dengan single terbaru berjudul Miss Diva, lagu ciptaan Hafiz Hamidun dan komposer Indonesia, Ressa Herlambang. Lagu bergenre Pop Dance itu siap dirakamkan tahun lalu sementara video muzik (MTV) yang mendapat sentuhan hebat daripada pengarah muda berbakat besar iaitu Syahid Rushdan. Ia mula dirakamkan pada Januari lalu selepas Ifa pulang dari menunaikan Umrah
Kata Ifa atau pemilik nama penuh, Saripah Raziah Mustapha, ini adalah kerjasama kedua dengan Hafiz selepas lagu Starlela yang dilancarkan pada Julai 2019. Berdasarkan keserasian itu, sekali lagi Ifa menaruh kepercayaan terhadap Hafiz untuk menghasilkan lagu Miss Diva
“Saya pilih Hafiz kerana dia memahami kehendak saya serta ampu mencorakkan lagu yang sesuai dengan suara saya. Kebanyakan lagu ciptaan Hafiz bersesuaian dengan jiwa saya dan saya yakin lagu Miss Diva akan turut disukai ramai dan menempa kejayaan seperti mana lagu Starlela,” katanya.
Untuk single terbaru ini, Ifa bekerjasama dengan Universal Music Asia dan MTV Miss Diva juga ditaja oleh BQueen Beauty Spa. Kos keseluruhan video muzik hampir RM 100,000
Ceres Jewels Menaja Barang Kemas Bernilai RM 3.5 Juta
Menjayakan rakaman MTV itu, Ifa berbesar hati diberi peluang mengenakan barangan kemas bernilai RM3.5 juta, tajaan Ceres Jewels iaitu satu set tiara, anting-anting dan cincin.
Set tiara yang dipakai Ifa dihasilkan dengan menggunakan 1,400 butir permata jenis Aquamarine bernilai RM3 juta, set anting-anting bernilai lebih RM300,000 dan dua cincin bernilai RM65,000
Konsep Video Muzik Sebagai Queen Ravenna
Bercakap mengenai MTV, kata Ifa konsepnya diadaptasi daripada filem Snow White And Hunstman, berkisar kepada ‘kuasa wanita’. Dalam MTV itu Ifa dijelmakan sebagai ratu jahat persis Queen Ravenna lakonan Charlize Theron dalam filem The Huntsman: Winter's War
"Gerun apabila memakai tiara dan set barang kemas bernilai jutaan ringgit untuk menampilkan ifa sebagai watak Queen Ravenna yang tidak mahu wanita lain menandingi kejelitaannya, persis kisah yang tersirat dalam lagu Miss Diva. Watak Queen Ravenna mirip Miss Diva yang menganggap dirinya hebat dan ‘meletup’. Tetapi karektor dan perwatakan yang dipaparkan dalam MTV itu hanyalah lakonan, saya masih ‘orang’ yang sama,” katanya.Lirik Lagu Miss DivaSetiap langkah ku danSetiap Gerak ku
Membuat kau terpaku
Setiap tuturku dan
Setiap kata ku
Membuat kau membeku
Terbang ke awan
Membelah angkasa
Menuju ke puncak
Mengenggam semesta
Aku yang pertama
Miss Diva
Tiada yang kedua
Miss Diva
Kata apa saja
Miss Diva
Sedikit pun tak goyah
Mahkota aku
Miss Diva
Aku kesini
Engkau ekori
Aku kesana engkau hampiri
Apa ku lakukan
Engkau perhatikan
Tidak senang
Panas perasaan
Terbang ke awan
Membelah angkasa
Menuju ke puncak
Mengenggam semesta
Aku yang pertama
Miss Diva
Tiada yang kedua
Miss Diva
Kata apa saja
Miss Diva
Sedikit pun tak goyah
Mahkota aku
Miss DivaVideo Muzik Miss Diva
Tahniah Ifa Raziah kerana berjaya menghasilkan video muzik dan lagu yang bertenaga! Sukses Selalu
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ruby.my/2020/02/lagu-miss-diva-nyanyian-ifa-raziah-syok.html