Lagu Haiwan Dalam Dikir Barat



LAGU HAIWAN DALAM DIKIR BARAT. Dikir Barat sememangnya sudah terkenal dalam kalangan masyarakat, bukan sahaja masyarakat di Pantai Timur Semananjung, malah di seluruh negara.Di samping menjadi sumber hiburan, dikir barat juga adalah lagu rakyat yang  menjadi saluran menyampaikan kritik sosial dan mengecam salah laku anggota masyarakat. Kritik ini tidak disampaikan dengan terus terang tetapi melalui lirik yang berupa sindiran. Satu elemen menarik ialah penggunaan unsur haiwan untuk melambangkan pelbagai  sikap dan perangai manusia.Penggunaan haiwan dalam lirik dikir barat antaranya boleh dilihat di dalam lirik ciptaan dan nyanyian Cikgu Naim seorang pendikir yang terkenal. Antara haiwan yang muncul dalam dikir barat ialah cicak, itik, buaya, burung, tikus, lembu, nyamuk, lintah dan penyu.

CICAK
            Yang sering diperkatakan tentang cicak ialahkebolehannya memasuki semua bangunan, memanjat dinding yang tegak dan licin seperti  cermin, dan amalan bertelur merata-rata. Hal ini dijadikan perbandingan kepada sifat manusia yang licik dan meninggalkan kesan kekotoran di merata tempat. Cicak yang berada di pelbagai bangunan seperti rumah, sekolah dan masjid dijadikan sindiran kepada kelicikan manusia memasuki pelbagai lapangan.



Dale pioh dale songkok
Celah buku celah kitab
Nak telor dan nak berak
Dia tak pilih tempat

Cicok nampak baik
Takdok budi bahasa
Naik atas masjid
Puak cicak berak rata

Cicok nampak baik
Takdok budi bahasa
Naik atas masjid
Puak cicak berak rata

Tok imam tak cekak kutip
Hari ni sapu esok ada
Ore smaye ore ngatik
Pun cicok berok atah palo


Gambaran yang disampaikan agak lucu. Pendengar mungkin ketawa membayangkan keadaan surau dan kopiah yang dicemari oleh tahi cicak. Di sebalik itu ia  adalah analogi yang tepat bagi menggambarkan golongan remaja atau anak muda yang mengganggu ketenteraman masyarakat. Mereka mencemarkan persekitaran dan tidak memberi faedah kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Generasi muda membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah, tidak mempunyai akhlak dan disiplin. Kritik ini disampaikan melalui rangkap di bawah:
Cicak zaman moden
Suka bergaul bebas
Jalan hulu hilir
Dok main sepak kertas

Perangai pulak degil
Jalan nampak agah
Sekolah dia ponteng
Cikgu tak cekak pitah

Ayah takleh tegur
Ibu takleh lare
Perut nya wat lesung
Telinga badak perut payang

Dia tak pikir lasung
Jatuh bangun masa depan
Tokse cede payung
Sebelum turun hujan

Selain itu, lagu ini menyentuh masalah disiplin yang dihadapi di sekolah  seperti ponteng, buli, tidak membuat kerja sekolah, datang lewat dan lain-lain.  Dalam lagu ini turut diselitkan peribahasa sediakan payung sebelum hujan. Hal ini bermaksud, generasi muda haruslah mempersiapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan, kemahiran, dan kesungguhan untuk memajukan diri mereka agar tidak ketinggalan zaman dan menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat.
ITIKCikgu Naim turut menggunakan itik sebagai sindiran.dalam lagu-lagunya:



Itik kaki jelepek
Mulut sudu belakang pulak lentik
Jale napok bergolek
Tok ime tengok pun jadi ralit

Kalu perhati tengok
Itik jauh beza dengan ayam
Itik tino tubuh botok
Itik jantan tubuh nak panjang

Palo itik licin minyok
Buleh kerat buat perhiasan
Cuma perangai jah takdok gamok
Berehi bena main bawah jemoran

Loni dengan dulu ala tuan
Itik beza perangai
Itik dulu malu ala tuan
Zaman loni rok raak

Itik berehi bertelor
Tapi perangai malas mengeram
Lepas telor tinggal rata
Celah rumput dalam  rok  lalang
Ado jugak manusia dengan itik
Perangai lebih kurang
Lepas beranak tohok rata
Tepi parit kot birai longkang

Gejala buang anak ala tuan
Banyak benar terjadi
Manusia tergamok ala tuan
Bunuh anak sediri

Kelemahan itik kampung
apabila masuk ke bandar
Kade-kade  nyo cucuk hidung
Rambut hite dio kala hija
Nyo tok pakai doh kain sarung
Setakat mana dia kenal seluar
Kade-kade di kuala lumpur
Tok lebai tengok sampai tercabut semutar

Bakpo gak gini terjadi ala tuan
Kito ore Melayu
Budaya mana mari ala tuan
Bangsa kita tiru

Tabiat puak itik
Dia suka ko bergaul bebas
Tune ore pun dio kilik
Bini ore pun dio kebas

Sabit ramai kena penyakit
Akibat kerana mengambil dadah
Dea kena penyakit AIDS
Ibu bapa nyawa tak puah

Manusia hari ini ala tuan
Lupa dosa pahala
Kito ore mukmin ala tuan
Ingat syurga  neraka                 (Cikgu Naim:Youtube, 2008)




Terdapat beberapa aspek yang ditekankan. Yang pertama ialah perilaku itik yang tidak suka mengeram telur. Itik meninggalkan telur merata-rata dan hal ini disamakan dengan sifat manusia yang mengabaikan anak-anak mereka. Paling mengerikan ialah perbuatan membuang bayi akibat dari gejala  pergaulan bebas dan perbuatan sumbang . Melalui lagu ini pendikir turut mengkritik remaja yang tidak lagi mementingkan kesopanan lantaran terpengaruh dengan unsur budaya luar yang sedang menular terutama di bandar-bandar. Pergaulan bebas telah memberi kesan negatif terhadap kehidupan masyarakat. Antara kesan yang dapat dilihat ialah menularnya penyakit AIDS.

Pada rangkap akhir lagu, pendikir membuat kesimpulan bahawa masyarakat sudah tidak tahu membezakan antara baik dengan buruk, dosa  dengan pahala. Ekoran daripada itu, beliau  mengajak khalayak agar bertaubat dan kembali ke jalan yang diredhai Allah.
Kritik masyarakat juga disampaikan melalui lagu yang menggunakan perlambangan lintah dan buaya. Lintah yang  tinggal di kawasan sawah padi dan paya. merupakan sejenis haiwan penghisap darah. Oleh hal demikian, masyarakat Melayu telah mencipta satu peribahasa iaitu lintah darat yang bermaksud seseorang yang mengenakan bunga yang terlalu tinggi atas pinjaman yang diberikan. Lintah darat adalah juga panggilan kepada orang tengah yang mengambil untung lebih daripada sepatutnya. Misalnya orang tengah yang membeli ikan daripada nelayan-nelayan dengan harga yang rendah dan kemudian menjualnya kepada penjual ikan dengan kadar yang tinggi.
                              

Lintah
Kejadian lintah ni meme pelik sengoti
Dijadikan oleh Allah
Kure dale serba serbi
Tubuh lembik mace getah
Takdok tangan takdok kaki
Ado mulut takdok lidah
Ado palo tapi takdok dahi
Kejadian lintah

Hai malangnya nasib lintah
Manusia pakat benci
Lintah hidup hisap darah
Lintah tokleh nok make roti

Bekas lintah kekoh
Darah tubik payoh nok breti
Tinggal parut merah-merah
Kade sebulan pun tak hilang lagi

Sakat dunia moden
Lintah ni kure banyak
Demo igat muat jabir
Kelik dumoh pakat tanak minyak

Ubat budak kencing kain
Ore tino baru lepas beranok
Ore jate hok nyakit buasir
Rajin comor buasir jadi kelok

Tapi sedihnya jadi lintah
Takdok sapo hok ingat budi
Kerana lintah dulu tok skoloh
Takdok waris jadi menteri

Tok ngulu tok ambik kisah
Tok gawa tok jengok mari
Sakit demam susah payah
Kena tanggung la diri sendiri

Pikir masalah lintah
Rasa insaf dalam diri
                                                             (Cikgu Naim: Youtube, 2007)


. Lintah yang hidup dengan menghisap darah manusia , diumpamakan seperti golongan yang mencari keuntungan dengan menyusahkan masyarakat. Lagu ini juga menyatakan bahawa harta dan kedudukan sering dipandang dan menjadi ukuran utama dalam kalangan masyarakat. Manakala nilai budi pula sering dilupakan.  

Pendikir juga mengkritik dan menyindir pemimpin yang tidak amanah dan  pentadbir yang tidak menjalankan tugas. Di samping itu beliau  memberi nasihat kepada remaja agar rajin belajar supaya dengan ilmu di dada  dapatlah mereka membela nasib keluarga.

Buaya

cik siti anok tino mudo
keno hati-hati sekare banyok boyo
duduk kacip gigi ngibas bate eko
napok dok gi mari sibuk dok cari mangsa

boyo xdok muco nok ajok kito jale
gendo denga muto wak gi kat takdok ore
ulit suruh tido nyo japi jare-jare
suruh duduk blunjo nk tengok kakah dale

boyo zame moden nak make daging metoh
kering dio toksei dok nok make daging basoh
bulih daging musim daging jenih urat meroh
walau bele tungge dio make sapa sudoh

bekah kekoh boyo tu daging jadi glebek
bodi jadi kendo supo muto punoh spoket
kulit jadi malo pah isi jadi lembik
sbelom jatuh rego tulun denga ore ngepek

kalu boyo mudo tu make ganah lagi
soyok daging poho mamoh lumat rapat sendi
pranga boyo tuo walau dio takdok gosi
lagi dio tok sdawo dio make toksei breti

banyok crito bari kisoh-kisoh priha boyo
make dio lari lepah seko gomo seko
patut bunuh mati jange bui ningga bako
krano banyok jadi tohok anok rato-rato                                                                                  (Cikgu Naim: Youtube, 2007)

Terdapat beberapa aspek tentang buaya yang ditonjol  dalam lirik lagu ini. Ia adalah  haiwan ganas yang  suka memakan daging. Aspek-aspek ini telah digunakan untuk mengkritik manusia khasnya lelaki yang pandai memujuk perempuan dengan ayat-ayat manis supaya mengikutnya. Selaras dengan itu lagu ini menasihati remaja perempuan agar jangan mudah terpengaruh dan jangan percaya kepada lelaki yang baru dikenali.

KESIMPULAN
Dikir Barat adalah sebahagian daripada Lagu rakyat yang memainkan peranan penting dalam membentuk pemikiran masyarakat. Lirik Cikgu Naim menyampaikan kritik sosial.  Kritikan ini disampaikan melalui sindiran yang kebanyakannya menggunakan imej haiwan. Lagu-lagu ini banyak memberi pengajaran kepada ibu bapa untuk menjaga anak-anak. Tugas ibu bapa bukan sekadar menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan, malah memberi pendidikan agama yang secukupnya agar mereka mampu berdikari dan  sentiasa  menggunakan akal fikiran.  
Ia mengingatkan masyarakat khasnya generasi muda supaya menjaga nilai-nilai adat yang diwarisi. Masyarakat setempat perlu prihatin dan menjalankan tanggungjawab masing-masing  dalam menangani segala bentuk maksiat di tempat mereka.







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://zurinahhassan.blogspot.com/2020/04/penggunaan-haiwan-sebagai-sindiran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Haiwan Manakah Yang Paling Cerdik

Haiwan Manakah Yang Paling Cerdik

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 427 hits
Zoologis mengenal pasti Chimpanzee adalah haiwan paling cerdik Ia diikuti oleh gorila orang utan babon dan lain lain keluarga beruk Anjing kuda dan gajah turut dikategorikan sebagai haiwan cerdik sementara di laut ikan lumba lumba mendahulu...
Pertandingan Laga Haiwan Paling Rare Di Afghanistan

Pertandingan Laga Haiwan Paling Rare Di Afghanistan

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 358 hits
Segelintir penduduk begitu asyik menyaksikan pertandingan sabung burung puyuh di Kabul Afghanistan Keunikan sabung burung yang tidak boleh terbang tinggi ini merupakan salah satu hobi yang paling digemari oleh kaum lelaki Afghanistan Tidak ...
Lirik Lagu Makan Cili Meerfly 01 Trending Youtube

Lirik Lagu Makan Cili Meerfly 01 Trending Youtube

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 1398 hits
Lirik Lagu Makan Cili MeerFly 01 Trending Youtube Lirik Lagu Makan Cili MeerFlyEnjit enjit semut siapa sakit naik atasSiapa makan cili dia lah rasa PedasEnjit enjit semut siapa sakit naik atasSiapa makan cili dia lah rasa PedasNak Cerita si...
Lirik Lagu Canggung Wany Hasrita

Lirik Lagu Canggung Wany Hasrita

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 1089 hits
Canggung Wany HasritaLirik Lagu Canggung Wany HasritaJari jari jemari ang menghitung hariBila kau kembaliJanji janji tepati jangan kau ingkariKata kata hatiMana bumi Situ langit Sama juga hatiHati ketipak ketipung berlagu canggungBila hati ...
Last Resort Zoo Jerman Terpaksa Sembelih Haiwannya Sendiri Untuk Diberi Makan Kepada Haiwan Lain

Last Resort Zoo Jerman Terpaksa Sembelih Haiwannya Sendiri Untuk Diberi Makan Kepada Haiwan Lain

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 245 hits
Pengarah di sebuah zoo di Jerman mengakui bagi memastikan zoo mereka terus bertahan pihaknya mungkin terpaksa menghidang haiwan mereka sendiri kepada haiwan lain Zoo yang merupakan antara tempat tumpuan pelancong itu telah ditutup susulan d...
Covid19 Dan Haiwan Kesayangan

Covid19 Dan Haiwan Kesayangan

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 260 hits
Covid19 Dan Haiwan Kesayangan anda setakat ini belum ada lagi laporan yang menyatakan terdapat jangkitan dari haiwan kesayangan kepada manusia Akan tetapi kemungkinan boleh terjadinya jangkitan covid19 kepada haiwan kesayangan anda melalui ...
Covid 19 Haiwan Ternakan Dan Peliharaaan Terjejas

Covid 19 Haiwan Ternakan Dan Peliharaaan Terjejas

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 377 hits
Sila baca penerangan Jabatan Vertirinar berkaitan isu haiwan peliharaan dan risiko COVID 19
Haiwan Kesayangan Seperti Kucing Anjing Bukan Penyebar Covid 19 Kepada Manusia Jab Veterinar

Haiwan Kesayangan Seperti Kucing Anjing Bukan Penyebar Covid 19 Kepada Manusia Jab Veterinar

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 444 hits
HAIWAN kesayangan yang dibela seperti anjing dan kucing tidak boleh menjadi agen penyebar virus Corona kepada manusia Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dalam satu kenyataan berkata buat masa ini pemilik haiwan tidak perlu menjalankan ...
Haiwan Peliharaan Individu Positif Covid 19 Perlu Dikuarantin

Haiwan Peliharaan Individu Positif Covid 19 Perlu Dikuarantin

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 268 hits
KUALA LUMPUR 9 APRIL Haiwan peliharaan milik individu yang disahkan positif Covid 19 perlu diasingkan dan dikuarantin selama 14 hari bagi tujuan pemantauan kesihatan Pensyarah Kanan dan penyelidik penyakit haiwan kesayangan Fakulti Perubata...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation