Lagi Syarikat Rokok Bidas Kementerian Kesihatan Kerana Tidak Konsisten


Robin AugustinPengarah urusan JTI Malaysia Cormac O’Rourke berkata, kementerian Kesihatan harus memberi perhatian kepada isu rokok haram. PETALING JAYA: JTI Malaysia berkata, ia berkongsi kebimbangan syarikat pesaingnya, British American Tobacco (BAT) mengenai tafsiran dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan produk tembakau.

Ini berikutan langkah BAT memfailkan satu semakan kehakiman terhadap Kementerian Kesihatan berhubung keputusannya untuk mengkategorikan semula curut mini, yang dikenali sebagai cigarillos, sebagai rokok dan penarikan balik kebenaran menjual cigarillos sebagai produk tembakau bukan rokok.

Berhubung semakan kehakiman yang difailkan oleh BAT, pengarah urusan JIT Malaysia Cormac O’Rourke berkata, akar masalahnya ialah tafsiran undang-undang yang tidak konsisten, terutamanya Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Di bawah undang-undang ini, rokok didefinisikan sebagai “apa-apa hasil yang mengandungi keseluruhannya atau sebahagiannya tembakau yang dipotong, dicarik atau dikilang atau apa-apa terbitan atau pengganti tembakau yang digulung di dalam pembalut kertas tunggal atau lebih, dan boleh digunakan dengan serta-merta untuk merokok”.

O’Rourke berkata, walaupun definisi itu sendiri adalah jelas, namun semakan kehakiman tersebut menimbulkan persoalan tentang bagaimanakah definisi tersebut terpakai ke atas produk tembakau di pasaran yang “memenuhi semua sifat definisi sebatang rokok”.

“Kementerian tidak boleh bersikap selektif ketika menafsirkan dan menguatkuasakan undang-undangnya sendiri. Apabila sesuatu produk menepati definisi rokok, maka ia mesti dikuatkuasakan sebegitu, secara konsisten dan telus.”

Beliau juga menggesa Kementerian Kesihatan supaya memberi perhatian kepada isu rokok haram yang mewakili 65 peratus daripada semua rokok yang dihisap di negara ini.

Baru-baru ini pengarah urusan BAT Erik Stoel dilaporkan berkata, mereka “keliru” bahawa cigarillos jenis lain yang berada di pasaran tidak termasuk dalam tindakan penguatkuasaan.

Katanya, hanya cigarillos di bawah BAT menjadi tumpuan serbuan pihak berkuasa dan ini menurut beliau memperlihatkan sikap tidak konsisten kementerian dalam pelaksanaan dasarnya sendiri.

“Produk ini diluluskan sebagai item bukan-rokok bukan sahaja oleh Kementerian Kesihatan setah
un lepas, tetapi juga oleh Jabatan Kastam Malaysia.“Menarik balik kelulusan secara sepihak tanpa peluang rundingan adalah berlawanan dengan jangkaan wajar sebuah syarikat yang berdaftar secara sah, apatah sebuah syarikat yang disenaraikan seperti kami,” katanya dalam satu kenyataan bagi menjelaskan rasional BAT memfailkan semakan kehakiman itu.

Terdahulu Badan Bertindak Wanita bagi Kawalan Tembakau dan Kesihatan Malaysia (MyWATCH) menggesa Putrajaya menggubal satu undang-undang umum bagi semua hasil tembakau dan berkait tembakau bagi mengatasi masalah kelemahan undang-undang sedia ada.

Ini susulan kebimbangan kumpulan kesihatan awam berhubung produk hisapan bukan-bakar (HNB) dan curut mini yang dikecualikan daripada undang-undang berkaitan rokok kerana ia tidak didefinisikan sebagai rokok.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/11/lagi-syarikat-rokok-bidas-kementerian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kementerian Nafi Dakwaan Mtuc Pinda Akta 039 Pecahkan 039 Kesatuan Pekerja

Kementerian Nafi Dakwaan Mtuc Pinda Akta 039 Pecahkan 039 Kesatuan Pekerja

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 232 hits
Kementerian nafi dakwaan MTUC pinda akta pecahkan kesatuan pekerja Dikemas kini 15 minit yang lalu Diterbitkan pada 8 Nov 2
Sandiaga Uno Protes Bekraf Dilebur Dengan Kementerian Pariwisata

Sandiaga Uno Protes Bekraf Dilebur Dengan Kementerian Pariwisata

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 205 hits
Wakil Ketua Dewan Pembina Partai Gerindra Sandiaga Uno tidak setuju dengan dileburnya Badan Ekonomi Kreatif bersama Kementerian Pariwisata
Gandeng Kementerian Koperasi Dan Ukm Bukalapak Dorong Umkm Go Digital

Gandeng Kementerian Koperasi Dan Ukm Bukalapak Dorong Umkm Go Digital

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 252 hits
Bukalapak siap bekerjasama dan bersinergi dengan Kementerian Koperasi dan UKM untuk mendukung rencana pemerintah mengembangkan UMKM
Kementerian Perhubungan Dari 1 847 654 Truk 724 246 Di Antaranya Kelebihan Muatan

Kementerian Perhubungan Dari 1 847 654 Truk 724 246 Di Antaranya Kelebihan Muatan

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 235 hits
Bila dirinci ada beberapa pelanggaran yang persentasenya naik namun banyak pula yang turun Mulai dari pelanggaran daya angkut turun dari 12 7 persen di bulan September jadi 9 45 persen di bulan Oktober Pelanggaran dimensi justru naik dari 2...
Temukan Asn Radikal Kementerian Lembaga Luncurkan Portal Pengaduan Asn

Temukan Asn Radikal Kementerian Lembaga Luncurkan Portal Pengaduan Asn

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 218 hits
Portal ini nantinya dapat di akses pada www aduanasn id masyarakat nantinya bisa melaporkan ASN yang terpapar radikalisme
Kementerian Pupr Pastikan Tarif Tol Jagorawi Akan Naik

Kementerian Pupr Pastikan Tarif Tol Jagorawi Akan Naik

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 173 hits
Dalam perjanjian pengusaha jalan tol ada jaminan penyesuaian tarif yang mengacu pada inflasi Dengan kata lain penyesuaian tarif ini adalah hak badan usaha untuk menjaga tingkat tarif
Polri Akan Gandeng Kementerian Pupr Selidiki Penyebab Atap Sd Di Pasuruan Roboh

Polri Akan Gandeng Kementerian Pupr Selidiki Penyebab Atap Sd Di Pasuruan Roboh

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 190 hits
Polisi akan melibatkan ahli dari Kementerian Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat untuk ikut membantu penyelidikan penyebab robohnya atap Sekolah Dasar Negeri Gentong Pasuruan Jawa Timur
Serapan Anggaran Kementerian Pupr Baru 65 Persen Hingga November 2019

Serapan Anggaran Kementerian Pupr Baru 65 Persen Hingga November 2019

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 350 hits
Proses penyerapan bukan jadi tolak ukur utama terkait penggunaan anggaran Sebab banyak proyek di bawah wewenang instansi yang bersifat kontrak tahun jamak dan tidak harus selesai di tahun yang sama
Kementerian Pendidikan Berdepan Kekurangan Guru Seluruh Negara Timb Menteri

Kementerian Pendidikan Berdepan Kekurangan Guru Seluruh Negara Timb Menteri

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 266 hits
KUALA LUMPUR Kementerian Pendidikan ketika ini berdepan kemelut kekurangan warga pendidik bagi memenuhi permintaan guru sekolah di seluruh negara Menjelaskan perkara itu Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata ia berpunca daripada...
Importance Of Domain Valuation

Bazaar Wangsa Maju Draws Attention With Its Impressive Length

Study Warns Climate Change Will Lead To More City Fires

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

The New Evs From Bmw Will Outperform All Others On Range

Selamat Tinggal 0176076730

6 Ciri Ciri Yang Dicari Lelaki Daripada Seorang Wanita

Nippon Sushi Dan Myviets Melancarkan Menu Istimewa Sempena Ramadan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perkara Perkara Yang Perlu Dikurangkan Apabila Usia Mencecah 50an

Betamek Berhad Melancarkan Pusat Penyelidikan Dan Pembangunan Rnd

Lirik Lagu Hari Lebaran Siti Nordiana

Saat Hilang Tong Gas Mu

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas

Le Tour De Langkawi 2025 Tarikh Jadual Trek Perlumbaan