Lagi Pandangan Terkait Pekerja Petronas






De De
Aku sebenarnya malas nak komen isu pekerja kontrak Petronas yang baru-baru ni akan ditamatkan. Bukan sebab nak backup kerajaan atau Petronas. Tapi sebagai rakyat biasa yang duduk dalam kawasan majoriti pekerja oil & gas, aku rasa terpanggil untuk berkongsi sikit perspektif. Tambah pula aku sendiri pernah terlibat kerja dengan Petronas.


Aku pernah buat kerja kontrak dengan mereka, daripada projek loji, kilang sampai ke perumahan atau penginapan pekerja Petronas. Siapa-siapa yang pernah ambil job Petronas tahu, harga kerja dengan mereka memang lain macam. Tapi itu cerita dulu-dulu. Zaman sekarang ia dah mula berubah dan makin mengecil. Malah ada kalanya lebih elok buat kerja luar daripada Petronas kalau nak kejar profit. Kos operasi dan margin untung dah tak semewah dulu. Tapi dulu, satu job dengan Petronas boleh berkali ganda dari harga job JKR. Tapi bukan sebab nak ambil untung lebih. Kos tu termasuk semua. Syarat wajib, tahap keselamatan, kursus safety, briefing, permit, pemeriksaan perancah, PPE, audit, semuanya perlu lengkap.


Pernah satu kali aku cuma nak pasang lampu bangunan. Bukan lampu jalan atau jentera berat. Sekadar lampu ruangan. Tapi prosedur dia macam nak pasang enjin turbin. Sehari belum tentu siap. Mula-mula kena mohon permit. Kena hadir kursus keselamatan. Ada sesi taklimat lagi. Kena baca mukadimah kerja. Baca skop kerja. Baru nak angkat tangga, tetiba langit dah gelap. Loceng amaran berbunyi. Tak sempat nak panjat tangga, hujan turun pula. Budak-budak kerja kita yang melepak kat luar pagar senyum-senyum sambil kata, "Rilek dulu bohh. Hujang pulok nim. Permit kena buat semula nim, ke guaner bohh, kite smula-semula lah"


Aku senyum juga, gelak sikit, tapi dalam hati berasap. Sebab gaji budak-budak yang ikut aku tetap aku kena bayar. Kerja tak jalan, tapi duit tetap jalan keluar. Tapi aku faham. Itu Petronas. Standard dia memang lain. Kos tinggi tu bukan sebab tamak. Tapi sebab nak jaga nyawa, reputasi dan integriti kerja. Petronas bukan setakat buat duit, dia jaga nama negara.


Sebab tu aku nak cakap pasal isu staf kontrak Petronas yang kena tamat ni. Benda ni bukan baru. Dari dulu lagi sejak zaman Petronas berkembang masa era Tan Sri Hassan Marican, benda ni dah berlaku. Dulu satu famili boleh kerja sekali. Suami, isteri, anak semua bawah satu bumbung. Lepas tu dasar berubah. Hanya seorang ahli keluarga dibenarkan. Lepas tu langsung tak dibenarkan. Dasar berubah ikut waktu dan keadaan syarikat.


Petronas ni syarikat global. Bukan syarikat kecil. Risiko dia besar. Bila ekonomi dunia goyang, Petronas pun terasa. Bila pasaran minyak turun, dia pun susun semula tenaga kerja. Kontrak tak sambung bukan sebab zalim, tapi sebab pengurusan risiko.


Jadi bila orang marah-marah kata Madani zalim atau Petronas kejam, bagi aku itu pandangan yang terlalu mudah. Ini bukan cerita politik semata. Ini cerita realiti korporat.


Pengurusan Petronas bukan calang-calang. Orang yang uruskan syarikat ni bukan tahap nak jaga kantin sekolah. Standard mereka bertaraf dunia. Ada ISO, OSHA, standard API, semua cukup. Mereka tak buat keputusan main-main. Mereka buat keputusan berdasarkan risiko, kepakaran dan survival jangka panjang syarikat.


Satu lagi benda yang aku terlupa nak sebut. Majoriti yang kerja dengan Petronas atau dalam bidang oil & gas, terutamanya kat negeri-negeri pantai timur, ramai juga yang penyokong parti agama yang sangat tegar. Bukan semua lah, tapi memang ramai. Maklumlah, gaji besar, hidup selesa, rasa macam rezeki lebih sebab Tuhan sayang. Ada yang sampai wakafkan akal kononnya untuk jalan agama, tapi sebenarnya lebih kepada fanatik parti. Macam bila undi parti tu, terus rasa confirm masuk syurga.


Tapi realitinya bila kena tamat kontrak macam ni, mula pening kepala. Dan selalunya yang paling bising pasal isu ni, ya, golongan yang dulu paling yakin mereka paling betul lah yang mula terasa sekarang.


Jadi untuk sesiapa yang ditamatkan kerja, aku simpati. Aku faham peritnya. Tapi aku juga nak pesan satu benda penting.


Bila kau mula hari pertama kerja kontrak dengan Petronas, masa kau terima gaji pertama, masa tu juga kau patut dah mula plan untuk hari terakhir.


Sebab dunia korporat tak pernah janjikan kekal. Lagi besar syarikat, lagi awal mereka buat pemotongan bila ada gelombang ekonomi. Nama pun kontrak, maknanya tak kekal. Kecuali kau kerja tetap atau kerja kerajaan. Itu pun sekarang belum tentu selamat seratus peratus.


Jadi janganlah kita salahkan semata-mata kerajaan, atau CEO, atau sistem. Kadang-kadang kita kena tengok balik dalam cermin. Dah cukup bersedia ke kita untuk hadapi realiti dunia kerja?


-Jonah Ahmed






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/06/lagi-pandangan-terkait-pekerja-petronas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Petronas Dan Buang Pekerja

Isu Petronas Dan Buang Pekerja

papar berkaitan - pada 8/6/2025 - jumlah : 172 hits
ISLAHBerkenaan isu PETRONAS yang hangat didebatkan kebelakangan ini Ramai yang tanya kepada ISLAH betul ke Petronas nak buang pekerja Kalau ekonomi sedang baik baik saja kenapa masih perlu kurangkan tenaga kerja Seperti biasa ISLAH ringkask...
Pemberhentian Pekerja Petronas Disebabkan Cabaran Global Bukan Isu Petros Fadillah

Pemberhentian Pekerja Petronas Disebabkan Cabaran Global Bukan Isu Petros Fadillah

papar berkaitan - pada 8/6/2025 - jumlah : 202 hits
KUCHING Langkah Petroliam Nasional Bhd untuk mengurangkan tenaga kerjanya berpunca daripada cabaran global dan tidak berkaitan dengan isu syarikat minyak nasional itu dengan Petroleum Sarawak Bhd Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah...
Petronas Jamin Kebajikan Pekerja Diutamakan

Petronas Jamin Kebajikan Pekerja Diutamakan

papar berkaitan - pada 10/6/2025 - jumlah : 101 hits
KUALA LUMPUR PETRONAS menegaskan bahawa kebajikan pekerja tetap menjadi keutamaan walaupun syarikat sedang melaksanakan transformasi strategik bagi menghadapi cabaran global dan perubahan dalam industri tenaga Sebagai sebahagian daripada tr...
Petronas Diminta Kaji Henti 5 000 Pekerja Timbul Kebimbangan Kestabilan Pekerjaan Dan Ekonomi Negara

Petronas Diminta Kaji Henti 5 000 Pekerja Timbul Kebimbangan Kestabilan Pekerjaan Dan Ekonomi Negara

papar berkaitan - pada 13/6/2025 - jumlah : 109 hits
KUANTAN Petroliam Nasional Sdn Bhd diminta mengkaji untuk mengurangkan 10 peratus pekerja atau melibatkan kira kira 5 000 orang dalam proses penstrukturan se mu la syarikat minyak terkemuka dan terkaya negara tersebut Pengerusi Sekretariat ...
Petronas Job Cuts Mainly Affect Contract Workers Anwar

Petronas Job Cuts Mainly Affect Contract Workers Anwar

papar berkaitan - pada 7/6/2025 - jumlah : 107 hits
The move by Petroliam Nasional Bhd to trim its workforce involves mostly contract workers said Prime Minister Anwar Ibrahim It mostly involves contract he said briefly when asked to comment on reports that Petronas would cut about 5 000 emp...
Petronas Bakal Kurangkan 10 Peratus Tenaga Kerja Tengku Muhammad Taufik

Petronas Bakal Kurangkan 10 Peratus Tenaga Kerja Tengku Muhammad Taufik

papar berkaitan - pada 6/6/2025 - jumlah : 139 hits
KUALA LUMPUR Petroliam Nasional Bhd bakal mengurangkan 10 peratus daripada tenaga kerjanya dalam mendepani cabaran operasi yang sukar terutamanya disebabkan kejatuhan harga minyak mentah Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan T...
Opposition Slams Govt Squeezing Petronas For Rm32b Amid Layoffs

Opposition Slams Govt Squeezing Petronas For Rm32b Amid Layoffs

papar berkaitan - pada 7/6/2025 - jumlah : 134 hits
Opposition leader Hamzah Zainudin asked why the government demands dividends from Petronas without taking into account the company s decline in profits and the welfare of its employees In a statement today he said Petronas restructuring cou...
Kes Petronas Dan Petros

Kes Petronas Dan Petros

papar berkaitan - pada 7/6/2025 - jumlah : 106 hits
5000 pekerja Petronas di berhentikan Ia berkadar langsung dengan segala kemahuan Sarawak diberikan hak distribusi Gas atas nama Malayian agreement 63 oleh Anwar Ibrahim padahal ia mendatangkan lebih banyak mudarat dari kebaikan Tapi demi su...
Industri O G Tenat Petronas Vs Petros Masih Tak Selesai

Industri O G Tenat Petronas Vs Petros Masih Tak Selesai

papar berkaitan - pada 7/6/2025 - jumlah : 113 hits
Jazli Izuddin Dah masuk lebih setahun isu antara Petronas dan Petros masih belum nampak jalan penyelesaian yang betul betul konkrit Pertengahan Mei lepas kerajaan persekutuan dan kerajaan Sarawak umum kononnya dah capai persefahaman tapi ra...
Warung D Bamboo Ban Pecah Kuala Kurau Perak

Kombucha 7 Khasiat Menakjubkan Cara Buat Sendiri Di Rumah

Sustainable And Stylish The New Standard For Women S Medical Scrubs

Tanam Cili Padi Depan Rumah

Immigration Busts Syndicate Forging Marriage Documents

Cute Crunchy Creamy My Honest Thoughts On Cream O Strawberry

Siti Nordiana Seribu Setia Chord

Johari Ghani Youths No Longer Care About Party S Legacy Umno Must Focus On Credibility Climate And Reform To Woo Them


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sehijau Warna Itu

Paip Penapis Air Cuckoo Bocor

Resepi Kek Lapis Dendam Aurora

Sir Ni Blippi Malaysia Kan Teknik Chant Cikgu Ini Buat Anak Mudah Ingat Ejaan

Tak Cukup Duit Deposit Ini Cara Beli Rumah Pertama Anda Tanpa Beban Besar

Agrodana Campus Trading Competition 2025 Ajang Edukasi Dan Unjuk Kemampuan Mahasiswa Di Dunia Trading