Lagi Kes Geram Dan Makan Hati Akibat Dibekukan Dia Mula Mengamuk Hentam Kah Kah Kah Nasib Baik Tak Terbang


 
Panas! Geram tidak dilibatkan lagi dalam MKN, menteri Bersatu hentam cara kerajaan PN tangani wabak Covid-19June 10, 2021 Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Mohd Redzuan Md Yusof mendakwa dia tidak lagi diundang ke mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Bercakap kepada Malaysiakini, anggota parlimen Bersatu itu juga mempersoalkan cara kerajaan menangani wabak Covid-19, terutama berkaitan dengan program vaksinasi.
“Kini saya bukan anggota MKN. Dahulunya anggota MKN. Saya tak tahu apa yang berlaku. Kali terakhir saya bersama MKN adalah sebelum Hari Raya (Aidilfitri),” katanya.
Menurut Redzuan, dia sepatutnya hadir dalam MKN sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas Badan Pengurusan Bencana Nasional (Nadma).
Sambil mengakui bahawa adalah menjadi hak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin  memutuskan siapa yang harus terlibat dalam proses membuat keputusan, namun anggota parlimen Alor Gajah itu berkata dia berasa kecewa.
“Kalau tengok susunan gazet tu sendiri ya, saya yang sepatutnya mengawasi.
“Tapi itu terpulang kuasa PM. Kalau nak menguruskan bencana ada cara-cara tertentu atas kebolehan seseorang
“Tapi kalau PM tak nampak Nadma menguruskan becana, kenapa letakkan di bawah tugas-tugas khas”‘ soalnya.
Mengenai spekulasi tentang pemecatannya, Redzuan berkata hal itu disebabkan oleh kepemimpinan yang tidak mahu “terlalu ramai orang melakukan perkara yang sama” dan dia dianggap masih baru dalam politik berbanding menteri lain.
“Kadang-kadang tu orang nampak kita ni seorang yang baru dalam politik.
“Jadi ukuran kebolehan tu orang yang baru dalam politik. Itu pendapat sayalah,” katanya.
“Saya tak pernah jadi menteri selain bawah PH (Pakatan Harapan) untuk bangunkan usahawan.
“Menteri yang lain telah lama dalam politik. Mereka memberi kebolehan yang lebih. Itu terpulang kepada PM untuk membuat analisa, untuk memberi tugas-tugas kepada menteri sedia ada atau menteri yang banyak pengalaman, yang telah lama dalam politik,” katanya.
Malaysiakini telah menghubungi Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob yang mengawasi MKN untuk mendapatkan komen.
Ketika berita ini ditulis, Ismail berkata Malaysiakini harus menghubungi MKN sendiri.
Bagaimanapun, pemimpin tertinggi MKN tidak menjawab pertanyaan berhubung perkara itu.
‘Kelulusan vaksin tak konsisten’
Mengenai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Redzuan berpendapat banyak lagi perkara perlu dilakukan.
Dia mempersoalkan keputusan untuk menerima vaksin tertentu tetapi bukan vaksin lain yang telah mendapat persetujuan daripada negara asal dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
“Di Malaysia kita ada akta semua barang-barang perubatan, nak masuk je kena kelulusan NPRA (Bahagian Regulatori Farmasi Negara). Kalau tak ada, kena rampas.
“Tapi apa pun, dalam darurat, general perang sepatutnya menggunakan kuasanya untuk mengenepikan NPRA.
“Contoh kalau dunia boleh menerima penggunaan vaksin menerusi EUL (Senarai Kegunaan Darurat) dari negara asalnya dan WHO, kita harus menggunakannya untuk mendapatkan bekalan vaksin yang lebih beragam.
“Kita tak boleh hanya bergantung pada Covax dan NPRA untuk meluluskannya. Contoh hari ini ada vaksin lain seperti Sputnik V dan Sinopharm,” tambahnya.
Mendakwa proses kelulusan vaksin tidak konsisten, Redzuan berkata vaksin Sinovac dari China menerima persetujuan bersyarat dari NPRA pada bulan Mac.
“Macam Sinovac, sebelum dapat kelulusan WHO baru-baru, ia telah dapat EUL daripada negara asal. Tapi ada juga yang dah dapat EUL negara asal tapi masih tak diperakui NPRA.
“Tak konsisten. Kenapa NPRA masih tak mahu memudahcarakan sebab mereka boleh tambah lagi pembekalan vaksin.
“Pada pendapat saya, dalam keadaan darurat, kita boleh menggunakan kuasa kita atas NPRA berdasarkan EUL dari negara asal dan WHO.
“Apa masalah kita? Ini yang menimbulkan banyak persoalan dari segi pengurusan,” tambahnya.
Gunakan kemudahan sedia ada
Redzuan juga mengkritik cara kerajaan mengendalikan program vaksinasi, termasuk tumpuan kepada penubuhan pusat pemberian vaksin (PPV) mega.
Katanya, kemudahan seperti itu mungkin perlu di bandar-bandar besar bagi mengelakkan kepadatan penduduk, namun kerajaan sepatutnya menggunakan kemudahan sedia ada di seluruh negara untuk memudahkan orang ramai menerima vaksin.
“Tak perlu nak berbelanja jutaan ringgit untuk mewujudkan PPV mega yang menarik perbelanjaan duit kerajaan yang mana hari ni kita punyai cabaran hadapi fiskal defisit.
“Kenapa nak beli langsir, partition kerusi meja nak letak dekat situ (PPV)? Walhal kita boleh menggerakkan klinik kita di seluruh negara.
“Dan Pharmaniaga dah jadi kontraktor kerajaan sebagai syarikat logistik. Kumpulkan semua vaksin, hantar ke outlet, orang datang bawa IC, ambil suntikan, scan Qr code, masuk MySejahtera,” katanya.
Redzuan menambah kerajaan juga memiliki sumber manusia yang besar, yang boleh dikerahkan untuk mempercepat progam vaksinasi.
Sebagai contoh, katanya, Angkatan Pertahanan Awam (APM), yang merupakan sebuah agensi di bawah Nadma, mempunyai lebih 2.2 juta sukarelawan.
“Kita ada infrastruktur walaupun bukanlah lebih (besar) dari agensi lain, tapi cukup untuk membantu.
“Kita boleh gerakkan (APM) untuk membantu dan tak melibatkan kos yang tinggi,” tambahnya.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/lagi-kes-geram-dan-makan-hati-akibat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kah Kah Kah Lebai Ada Niat Tak Baik Kah Kah Kah Hati Mesti Mau Bersih

Kah Kah Kah Lebai Ada Niat Tak Baik Kah Kah Kah Hati Mesti Mau Bersih

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 191 hits
Geram tak dapat menghadap Agong Hadi bagi signal PAS kekal istiqamah bersama MuhyiddinJune 10 2021Ketika seorang lagi pemimpin tertinggi parti politik memasuki pintu gerbang Istana Negara untuk menghadap Yang di Pertuan Agong Presiden PAS A...
15 Kes Baru Covid 19 Dalam Masyarakat Di S 039 Pura Semua Kedai Makan Hua Zai Ditutup

15 Kes Baru Covid 19 Dalam Masyarakat Di S 039 Pura Semua Kedai Makan Hua Zai Ditutup

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 221 hits
SINGAPURA Singapura melaporkan 15 kes baru jangkitan COVID 19 dalam masyarakat sehingga tengah hari Selasa termasuk tujuh kes yang tidak berkait dengan kes sebelum ini Lapan dikaitkan dengan kes terdahulu dengan enam sudah dikuarantin dan d
Hiburan Risau Kes Harian Covid 19 Makin Meningkat Farahdhiya Luah Hasrat Nak Terbang Ke London

Hiburan Risau Kes Harian Covid 19 Makin Meningkat Farahdhiya Luah Hasrat Nak Terbang Ke London

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 227 hits
Pelakon dan penyanyi Farahdhiya meluahkan hasrat hatinya yang ingin sangat terbang ke London untuk bertemu ibunya kerana terlalu bimbang akan kes harian COVID 19 yang semakin meningkat dari hari ke hari di Malaysia Farahdhiya atau nama sebe...
Ditebak Putus Dek Hyeri Baik Dengan Jang Kiyong Netizen Lega Lihat Ryu Junyeol Hyeri Keluar Makan

Ditebak Putus Dek Hyeri Baik Dengan Jang Kiyong Netizen Lega Lihat Ryu Junyeol Hyeri Keluar Makan

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 433 hits
Rasanya ramai yang mengetahui bahawa Hye ri dan Jang Ki yong kini sedang sibuk dengan penggambaran drama My Roommate Is A Gumiho Walaubagaimanapun kedua mereka yang kelihatan rapat dalam pelbagai aktiviti promosi menimbulkan khabar angin ba...
Tamat Dengan Rating Baik Ending Youth Of May Runtun Hati Penonton

Tamat Dengan Rating Baik Ending Youth Of May Runtun Hati Penonton

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 295 hits
Rasanya ramai yang sedih apabila drama Youth Of May sudah pun menamatkan tayangannya kelmarin kan Sinopsis Youth Of May ialah sebuah drama melodrama mengisahkan dua anak muda yang jatuh cinta pada Mei 1980 iaitu satu zaman reformasi dan pen...
Ni Mesti Kes Banyak Makan Cincau Masa Raya Lelaki Serang Staff 7e Pelanggan Staff Petronas Ditahan Polis

Ni Mesti Kes Banyak Makan Cincau Masa Raya Lelaki Serang Staff 7e Pelanggan Staff Petronas Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 300 hits
Ni mesti kes banyak makan cincau masa raya Lelaki serang staff 7E pelanggan staff Petronas ditahan polisPadah melakukan khianat dan serangan terhadap pelanggan serta pekerja kedai serbaneka di Jalan Sultan Mahmud Kuala Terengganu kelmarin s...
Kah Kah Makan Taik

Kah Kah Makan Taik

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 371 hits
HAMDAN TAHAApa pun ini Azmin lulus kan dulu ada ceramah PAS tu di Kelantan pas tak akan kerjasama dengan kerajaan yang luluskan kasino di genting dan kilang arak Tak boleh capur taik dengan bubur kata mereka lah sebelum dapat dapat taik pun...
Lirik Sakik Hati Ayesa

Lirik Sakik Hati Ayesa

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 251 hits
Di tanam mangko nyo tumuahBa pupuak jo basiramiNan jan nyo layuaLah kambang bungo di hatiBanghalau kumbang manggaduahBaitu bana sayang diriLah kambang bungo di hatiBanghalau kumbang manggaduahBaitu
Pelayan Littlebigplanet Ditutup Akibat Tekanan Penggodam

Pelayan Littlebigplanet Ditutup Akibat Tekanan Penggodam

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 168 hits
Selepas serangan demi serangan dan selepas penggodam memuat naik mesej berbaur kecaman akhirnya pelayan bagi permainan LittleBigPlanet ditutup Pelayan permainan tersebut telah bergelut dengan serangan sejak bulan Mac lalu ketika diandaikan ...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation