Ladang Salahuddin Sudah Menunjukkan Hasil


RENCANA KHAS
Setelah melalui tempoh setahun, 
Salahuddin boleh senyum.PERINGKAT awal ramai yang kurang yakin dengan pelantikan Salahuddin Ayub sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Ketidak yakinan itu ditunjukkan kepada ejekan terhadap beberapa pandangan dan idea beliau yang dikemukakan peringkat awal untuk memajukan komuniti dibawah tanggungjawab kementerian itu.

Pandangan dan ideanya digelak serta dijadikan isu untuk memperlekeh dan merendah-rendahkan kemampuannya.

Tanpa mengambil kira keberadaan beliau dalam jemaah menteri pertama kali, tanpa berbekalkan apa-apa pengalaman berkerja, beliau terus diserang tanpa ampun maaf. Satu tindakan tidak wajar yang menunjukkan kejamnya dunia politik.
Ada logiknya kalau orang sangsi dengan kemampuan beliau sebagai menteri yang akan mengurus dan membangunkan sektor pertanian, ternakan dan perikanan yang merupakan sektor penting negara. Sebabnya mudah, beliau tidak ada pengalaman langsung baik sebagai jemaah menteri dan juga dalam bidang bersangkutan. Salahuddin tidak pernah menjadi atau memegang apa-apa jawatan berkaitan kementerian berkenaan. Beliau terus “berdecun” naik diangkat menjadi menteri.

Semasa kecilnya beliau hanya menjadi pembantu bapaknya menanam dan mengutik koko. Mungkin sekali sekali ke laut, itu bukan pun untuk memancing tetapi melihat rakan memancing sahaja.

Tetapi itu bukan boleh dijadikan alasan untuk langsung menolaknya kerana sesiapa pun berada dalam proses pembelajaran. Selain bekerja pembelajaran juga mengilmukan seseorang dengan sebarang ilmu.

Seorang yang arif, maha tahu dan bijaksana, ia bermula dengan langkah pertama yang kekok dan sumbang. Tidak ada orang yang lahir terus jadi cerdik dan cemerlang melainkan terpaksa melalui berbagai tahap dan fasal fasal tertentu. Nah, demikian juga dengan Menteri MOA ini. Dari sehari ke sehari beliau mempelajari apa yang perlu, setia mendengar teguran dan kritikan dan kini beliau sudah mulai menguasainya.

Tanam nanas belakang rumah.

Salah satu yang digelak dan dijadikan lelucon ialah mengenai cadangannya kepada nelayan agar menanam nanas di belakang rumah. Cadangan ini dijaja bagi menggambarkan dangkalnya pemikiran menteri pertanian ini. Otak konsevertif melihat nanas dan ikan dua perkara yang kontras. Mereka mengira nelayan tidak tahu berbuat kerja di daratan dan hanya arif dengan kerja-kerja dilautan sahaja.

Sebenarnya yang perlu diketawakan di sini bukan Salahuddin, tetapi orang yang gelak dan mahu merendahkan pemikiran Salahuddin itu. Mereka terlalu gaduh, tidak cuba memahami dan mencari logik disebalik cadangan itu. Mereka yang tepu dengan sifat konsevertif, mengira nelayan tahu buat kerja dalam air tetapi “nehe” kerja atas tanah.

Salahuddin tidaklah sedangkal yang diduga mengenai hal ini. Cadangan beliau itu bukan kerja “major”, untuk nelayan mengatasi masalah mereka, tetapi ia sekadar sebagai sumber pendapatan tambahan. Itulah yang cuba diterap dan dipraktikan oleh nelayan.

Mereka yang mempertikaikan cadangan Salahuddin itu mempersoal, macam mana nelayan hendak tanam nanas, kerana mereka tidak mempunyai tanah. Lagipun kebanyakan nelayan tinggal di pinggir pantai, dimana tanahnya tidak sesuai untuk tanaman nanas. Sekali lagi mereka gelap pandangan dalam hal ini untuk membaca peta akal Salahuddin.

Mereka yang ketawa itu, hanya memikir nanas hanya boleh ditanam di atas kawasan luas (ladang) semata-mata. Sebenarnya Salahuddin tidak serendah akal mereka yang ketawa itu. Beliau sendiri tahu seluas mana tanah dan kawasan dimiliki nelayan. Masakan beliau tidak membuat kajian mengenai aset dan harta nelayan.

Apa yang dimaksudkan ialah, melihat kepada tradisi orang Melayu, mereka memiliki seruang laman sebagai halaman masing-masing, di rusuk ataupun di belakang rumah. Nah, tanah itulah yang mahu diusahakan sebagai menambah pendapatan. Daripada ianya terbiar, membazir, elok dipenuhi dengan tanaman rampai pokok buah-buahan seperti rambutan, mangis, langsat dan nanas itu.

Seperkara lagi, apabila membuat cadangan itu, mungkin setelah beliau mengetahui masih ada tanah-tanah terbiar di kampung-kampung tanpa diusahakan dengan sebarang tanaman. Nah, tanah inilah yang dicadangkan agar diusaha. Jadi tidak timbul nelayan tidak mempunyai kawasan untuk bertani. Dalam pada itu juga masa digunakan nelayan untuk mengerjakan tanaman ini sewaktu mereka tidak boleh turun ke laut ketika musim gelora.

Selain itu, ada beberapa lagi cadangan dan idea menteri itu dipersendakan. Ini termasuk mengenai hal teknikal dan salah faham. Misalnya apabila beliau mengumumkan harga telor turun dua (2) sen beliau diketawakan. Pengumuman itu dipermainkan, kononnya kemampuan kerajaan PH hanya mampu menurunkan harga telor dua sen sahaja dalam memenuhi janji untuk menurunkan harga barang. Yang ikut sama mepersendakan perkara ini, bukan ketua cawangan Umno dan cawangan parti agama, tetapi bekas PM Najib Razak sendiri.

Najib tidak sepatutnya memberi respon terhadap ketidakwajaran pengumuman itu memandangkan beliau bekas PM, yang seharusnya menegur hal lebih besar dan faham mengenai Salahuddin. Apa pun teguran dan perhatian Najib itu, memberi kebaikan dan nilai tersendiri kepada Salahuddin; apabila seorang bekas PM ikut sama memerhati kerja Salahuddin ia bermakna penting. Salahuddin menjadi salah seorang menteri yang mendapat perhatian.

Nilai secara adil dan saksama.

Menilai kemampuan Salahuddin sebagai menteri dan juga menilai MOA keseluruhan diperingkat awal tidak adil. Kementerian itu dan pencapaian menterinya baru boleh dinilai selepas ia berjalan beberapa bulan. Kini usia kerajaan PH dan kementerian itu sudah hampir setahun. Ketika inilah tempoh yang munasabah untuk membuat penilaian ke atas apa-apa idea, cadangan dan perubahan dilakukan.

Semua pihak perlu adil dalam membuat penilaian ini dan jangan bertolak daripada rasa cemburu dan irihati. Kita perlu membuat penilaian secara adil dan saksama. Penilaian merupakan kritikan kepada menteri itu untuk kebaikan. Dan sebaik-baik kritikan ialah yang konstruktif.

Mungkin kita tidak rajin untuk membuat kajian dan semakan bagi menilai sejauh mana kejayaan dicapai dalam tempoh itu. Rumusan yang dibuat selepas diwawancara oleh media massa semalam, sempena genap setahun kementerian itu, boleh diambil kira untuk kita mencari justifikasi di sebalik kelemahan Salahuddin. Walaupun ia kebanyakan masih bersifat cadangan, plan atau pun idea tetapi setidak-tidak ia sudah dapat diambil sebagai kayu ukur untuk menilainya.

Seperti mana digariskan sebagai rumusan wawancara dengan media massa semalam, beliau telah mengambil dan melakukan beberapa inisiatif dan perubahan polisi sedia ada untuk tingkatkan pembangunan dan kemajuan kaum petani, penternak dan nelayan. Jelas dalam rumusan itu Salahuddin atau MOA menumpukan kepada tiga sektor, pertanian, perikanan dan ruminan.

Sekurang-kurang terdapat empat inisiatif atau tindakan pantas diambil oleh MOA yang memberi keyakinan kepada rakyat untuk kemajuan warga petani.

Antara inisiatif dirancangkan:

1. “Land consolidation” membolehkan pesawah mengerjakan sawah dalam kawasan skala lebih besar. Dalam masa sama juga akan memperkenalkan model duopoli, untuk memecahkan monopoli beras yang selama ini menjadi kekangan kepada kemajuan kehidupan petani.

2. Memperkenalkan rancangan untuk menghapuskan harga siling bagi beras tempatan serta memperkenalkan harga siling bagi beras putih import.

3. Sektor perikanan, mengurangkan rantaian pemasaran ikan dengan harapan ia akan menambahkan pendapatan nelayan. Untuk tujuan ini inisiatif diambil memperbanyakkan pasar nelayan, menggalakan penggunaan argomall, dimana produk pertanian dijual di sini serta memperbanyak argobazar online.

4. Dalam sektor ruminan akan mempelbagaikan sumber import dan mengurangkan peratus sumber import daging yang kini mencecah 60% dimana 100% daging kerbau dari India.

Dalam pada itu terdapat 10 perkara utama yang digariskan untuk dicapai dalam masa setahun oleh MOA.

1. Membuka pasaran durian sejuk beku untuk di eksport ke Cina. Laluan ini telah dimenterai pada 20 Ogos 2018, dimana sebanyak 67 ladang durian telah didaftarkan sebagai pengeksport. Langkah ini bakal menjadikan Malaysia sebagai negara pengeksport durian beku utama dunia.

2. Menggalakkan anak-anak muda terlibat dalam usahawan dengan mewujudkan Agropreneur Muda. Setakat ini seramai 403 agropreneur muda telah mendapat bantuan MOA dengan nilai RM10,000 hingga RM20,000, mereka ini akan menjadi pengusaha rintis dalam bidang pertanian.

3. Kaum wanita juga tidak ketinggalan diperihati sama oleh MOA dengan membiayai usahawan wanita bawah B40 dibawah program Agro Nissa. Program ini dilancarkan pada Novemvber 2018, seramai 1,719 usahawan muda wanita telah diwujudkan setakat Mac 2019 dengan peruntukan sebanyak RM5,359,975.96.

4. Industri pengeluaran ayam juga diperkenalkan dengan mewujudkan model peniagaan industri pengeluran ayam Pertubuhan Peladang. Menerusi model ini sebanyak 4770 mt dikeluarkan dengan nilai sebanyak RM34.4 juta.

5. MOA juga berusaha keras untuk memerdekakan nelayan daripada dibelenggu pasaran orang tengah dengan mewujudkan pasar nelayan. Sebanyak 128 pasar nelayan diwujudkan setakat ini. Dalam hubungan ini MOA juga sedang mengkaji untuk mengenakan lesen kepada orang tengah.

6. MOA bukan sahaja mengeluar berbagai produk tetapi turut sama mempromosikannya. Agro Kulinari diwujudkan untuk tujuan ini dengan mengadakan Malaysia Street Food Festival. Sebanyak RM5.5 juta diperuntukan untuk projek ini.

7. Akan menjadikan produk kelapa, nanas, durian, ternakan ruminan dan jagung bijian sebagai sumber kekayaan baru. Menerusi program ini usaha perluasan ladang, pemulihan ladang, tambahan keluasan ladang dan projek integrasi telah dan sedang dijalankan.

8. Perikanan Laut Lepas juga dilaksanakan bagi menggalakkan tangkapan ikan tuna, dimana usaha ini mampu menyumbang kepada hasil negara sebayak USD300 juta setahun.

9. Bidang pertanian bukan sahaja tertumpu di luar bandar, tetapi ia juga turut membabitkan kawasan bandar. Program Pertanian Bandar diperkenalkan untuk menggalak urban farming dengan teknologi yang boleh meningkat hasil pengeluaran.

10. Terbaru ialah beras wangi istimewa, projek printis yang akan dijalankan oleh Kada. Projek ini secara tidak langsung akan mengurangkan import beras wangi yang kini dimonopolikan syarikat tertentu yang dilaksanakan melalui taktik kononnya beras wangi tidak boleh ditanam di negara ini.

Demikian insentif dan langkah-langkah proaktif yang telah dilakukan oleh MOA. Ia sekali nampak begitu ideal dan Rahmatan-lil alamin, sekali. Tetapi kena diingat segala insentif itu masih dalam peringkat kajian atau pun perintis ia tidak semestinya mencapai sasaran yang diunjurkan.

Justeru untuk mencapaikan segala sasaran itu semua pihak dalam MOA harus bersatu hati, bersatu tenaga dan ikhlas. Dasar dan polisi yang baik tidak mudah berjaya sekiranya tidak ada kerjasama dan komitmen semua pihak.

Salahuddin juga tidak seharusnya berpuas hati dengan beberapa langkah dan program yang digubal itu, sebaliknya perkara penting memantau dan memastikan ia dijalankan seperti mana diimpikan. Hendaknya ia jangan hanya indah di kertas sahaja tetapi tidak nampak dek mata dan tercapai dek tangan.

Penglibatan semua agensi.

Menyentuh mengenai kemajuan dan pencapaian MOA ia bukan sahaja bergantung kepada daya fikir Menteri semata-mata. Sebaliknya gabungan kerjasama bersama pegawai kerajaan sangat diperlukan. Begitu juga dengan peranan kesemua 13 agensi di bawah Kementerian ini menjadi penanggungjawab sama. Setiap pengerusi agensi dan CEOnya kena memastikan mereka ikhlas dan berdaya maju dalam menggerakkan agensi masing-masing.

Jika kegagalan kementerian ini membawa petani keluar dari belenggu kemiskinan walaupun beribu perancangan dibuat mungkin disebabkan salah dalam bekerja, nah, baikilah cara bekerja itu agar apa dirancang itu akan menjadi kenyataan. Budaya kerja lama perlu ditinggalkan dan semua pihak harus mempunyai wawasan dan aspirasi sejajar dengan kerajaan hari ini.

Pegawai kerajaan yang menjadi agen pelaksana perlu memastikan semua perancangan berjalan secara sistematik dan penuh kebertanggungjawaban. Manakala ketua-ketua agensi juga harus lebih berdaya maju memikirkan apa-apa perancangan dibawah bidang kuasa masing-masing yang efektif. Mungkin untuk tempoh setahun ini semua agensi memperkenalkan satu program untuk satu agensi. Sekiranya semua agensi memiliki satu program, MOA akan mempunyai 13 program atau projek baharu yang akan mengangkat kementerian berkenaan.

Setakat ini walaupun hampir semua agensi sudah dikemas dan dilengkapi, tetapi masih belum ada idea atau projek dikemukakan yang bertaraf nasional untuk dilancarkan oleh Menteri. Kecuali Fama, agensi lain seperti LKIM, LPP, atau Nafas nampaknya belum ada apa-apa projek atau rancangan yang boleh diletakkan sebagai projek mega mereka untuk tahun pertama ini.

Kejayaan dan pencapaian memberangsangkan MOA tidak mustahil dapat dilakukan sekiranya semua pihak dalam kementerian itu menyahut seruan menterinya yang akan menjadi pahlawan atau pembela masyarakat petaani, nelayan dan penternak.

Sepatah kata Salahuddin yang perlu dipegang sebagai azimat oleh semua warga MOA ialah, beliau bersedia menghadapi siapa sahaja menjadi musuh petani. Baginya nasib petani, nelayan dan penternak dalam pembelaanya, dan kejayaannya atas kehendak Allah jua. Dan "ladang: yang diusahakan Salahuddin kini sudah mula menunjukkan hasil. [wm.kl.12:57 pm 23/04/19]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2019/04/ladang-salahuddin-sudah-menunjukkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prabowo Deklarasikan Kemenangan Kpu Ingatkan Tunggu Hasil Rekapitulasi Resmi

Prabowo Deklarasikan Kemenangan Kpu Ingatkan Tunggu Hasil Rekapitulasi Resmi

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 301 hits
Komisioner KPU Pramono Ubaid meminta pasangan capres cawapres dan masyarakat menunggu perhitungan manual resmi dari KPU terkait hasil akhir Pemilu 2019 Pernyataan Pramono itu menanggapi deklarasi kemenangan paslon nomor urut 02 Prabowo Subi...
Ahy Tanggapi Hasil Quick Count Partai Demokrat Menunggu Hasil Resmi Kpu

Ahy Tanggapi Hasil Quick Count Partai Demokrat Menunggu Hasil Resmi Kpu

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 270 hits
AHY mengimbau rakyat untuk tak mempercayai hoaks yang berusaha membenturkan kubu yang berhadapan di Pemilu 2019 ini
Hasil Quick Count Pilpres 2019 Wilayah Jakarta Jokowi Atau Prabowo Yang Unggul

Hasil Quick Count Pilpres 2019 Wilayah Jakarta Jokowi Atau Prabowo Yang Unggul

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 389 hits
Suara masuk hasil quick count Pilpres 2019 beberapa lembaga survei sudah di atas 90 persen Pasangan Joko Widodo Ma ruf Amin tercatat masih unggul dari lawannya Prabowo Subianto Sandiaga Uno
Sultan Minta Semua Pihak Ikhlas Menerima Hasil Pemilu 2019

Sultan Minta Semua Pihak Ikhlas Menerima Hasil Pemilu 2019

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 263 hits
Sultan berharap tidak perlu ada People Power sebagai respon dari hasil Pemilu 2019 Sultan pun berharap agar Indonesia bisa lebih baik paska Pemilu 2019
Hasil Hitung Suara Pilpres 2019 Di Tps Petamburan Jokowi Unggul Atas Prabowo

Hasil Hitung Suara Pilpres 2019 Di Tps Petamburan Jokowi Unggul Atas Prabowo

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 329 hits
Penghitungan suara di TPS 045 Petamburan capres cawapres nomor urut 01 Joko Widodo dan Ma ruf Amin unggul dari rivalnya capres cawapres nomor urut 02 Prabowo Subianto dan Sandiaga Uno Jokowi Ma ruf mendapat suara 98 sementara Prabowo Sandia...
Ahy Dan Ibas Pantau Hasil Quick Count Di Dpp Demokrat

Ahy Dan Ibas Pantau Hasil Quick Count Di Dpp Demokrat

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 259 hits
Beberapa kali dia menyebut beberapa lembaga survei mulai dari LSI Indikator Ini LSI berapa nih LSI sekitar 10 11 persen yah kata AHY sambil terus memantau layar besar di ruangan DPP Partai Demokrat Jakarta Pusat Rabu
Pilpres 2019 Menko Luhut Yakin Jokowi Menangi Hasil Quick Count

Pilpres 2019 Menko Luhut Yakin Jokowi Menangi Hasil Quick Count

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 332 hits
Sejumlah tokoh tim sukses pasangan calon presiden nomor urut 01 Joko Widodo dan Ma ruf Amin sudah menyambangi Djakarta Theater Jakarta Pusat Rabu Rencananya di Djakarta Theater Jokowi dan Ma ruf serta para timsesnya memantau hasil hitung ce...
Megawati Mudah Mudahan Hasil Kpu Jokowi Teruskan Tugas Sebagai Presiden

Megawati Mudah Mudahan Hasil Kpu Jokowi Teruskan Tugas Sebagai Presiden

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 245 hits
Megawati Mudah mudahan Hasil KPU Jokowi Teruskan Tugas sebagai Presiden Mega meminta semua pihak untuk menunggu keputusan resmi KPU terkait hasil penghitungan suara Serta tidak mengeluarkan hasil apapun sebelum KPU merilis hasil akhirnya
Hasil Visum Tak Ditemukan Tanda Bunuh Diri Di Jasad Ibu Dan Anak Tewas Di Kontrakan

Hasil Visum Tak Ditemukan Tanda Bunuh Diri Di Jasad Ibu Dan Anak Tewas Di Kontrakan

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 275 hits
Dokter Forensik RS Bhayangkara Palembang Kompol Mansyuri mengungkapkan biasanya ada tanda tanda sebelum seseorang melakukan percobaan bunuh diri Misalnya menyakiti tubuhnya terlebih dahulu Namun berdasarkan hasil visum ciri ciri itu tidak d...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas